#192 Our 1st Anniversary

Bismillah. Alhamdulillah.

Nak poyo-poyo cite pasal 1st Anniversary macam geli hati pula rasanya tapi, hello, my blog, suka hati I lah nak tulis apa pun. hehe.

Sok lusa, 5 tahun mendatang, 10 tahun mendatang, if nothing takes over blogs, hopefully, I can still smile reading at my old entries. Specifically, on our 1st Anniversary of being husband and wife.

Sekejap betul masa berlalu. Rasa macam penat kenduri kahwin tak hilang lagi. Haha. Over! Tup-tup eh dah 1 tahun berlalu, dah 12 bulan meneroka perihal pasangan dan dah 365 hari dilalui bersama. Macam-macam dilalui. Masam, manis, letih, penat, gembira, sedih, geram, seronok dan sebagainya. Syukur alhamdulillah. This is our very first milestone and we made it excellently! Syukur.

What makes our 1st Anniversary more special is that we have Muhammad Yusuf Aali tagging along with us. 

Rezeki anak dapat cepat, alhamdulillah. Semuanya dalam perancangan Allah swt dan kami terima dengan hati terbuka.

What I can conclude untuk 1 tahun pertama ni, cabaran utama kami ialah kewangan/financial. Tidak dinafikan, pasangan yang baru kahwin pasti merasai cabaran ini dan kami tidak terlepas darinya. Syukur kerana kami bersetuju untuk steady, tanpa perlu berlumba-lumba dengan pencapaian orang lain yang seusia kami. 

Kami tinggal di rumah sewa. Apartment. Nothing fancy.
Beberapa bulan pertama menyewa, kami tidur beralaskan tilam kekabu, tanpa katil. Tetap lena.
Holiday pertama kami ialah honeymoon di Langkawi dan holiday terakhir kami ialah honeymoon di Melaka. Kedua-duanya ditaja. Hehe. Selepas itu, no more holiday for us. But we are fine.

1 tahun pertama ini, konsepnya ialah bersyukur apa adanya. Sebagai isteri, terima sajalah apa adanya. Janganlah sibuk meminta-minta. Sebagai suami, tenang sajalah apa adanya. Jangan gelabah takut tak cukup itu ini. 

Allah pasti mencukupkan semuanya buat kita. Kan?

Mencabarnya tahap kewangan pada tahun pertama ini, hanya Allah swt yang tahu. Lagi-lagi apabila perlu menerima kunjungan orang baru dalam keluarga. Persiapan mesti dilakukan, keperluan mesti dicukupkan. Jadi apa yang kami lakukan?

Kata Wonderpets, 'apa yang penting? Kerjasama!'. Ya, begitulah. Kami menabung secara bersama, kami main kutu secara bersama dan juga persendirian. Al hasil, cukup semuanya untuk kami. Tidak bermewah-mewahan pun semuanya cukup.

Penjimatan demi penjimatan dilakukan. Apabila orang menawarkan nak beri barang keperluan itu dan ini, kami terima dengan lapang dada. Barang terpakai pun, apa salahnya? 

Realitinya, baby cots, besen mandi baby, baju baby, barut baby, kain bedung baby, dan macam-macam lagi. Semuanya orang bagi. Kami tambah sedikit sebanyak apa yang perlu untuk mencukupkan sahaja. Jimat? Sangat jimat!

So yeah, 1 tahun ini, sangat bermakna untuk kami.
Bagaimana kami raikannya? Well, no fancy celebration, hanya lunch date bersama, ditemani Yusuf. Hehe.

Saya buat reservation untuk lunch di Majestic Hotel for 2 persons. Mahal? Mahal sikit lah daripada biasa, tapi bak kata orang berpengalaman, "Anniversary tak datang hari hari".  

Bukan berhabis beribu pun. Sekadar berhabis RM105 seorang, yakni RM210 untuk 2 orang, pada hari istimewa yang hanya muncul 1 kali dalam 365 hari. Kiranya kalau menabung sehari RM1 untuk menyambut Anniversary style ini, siap ada lebihan duit lagi. Hehe. 

So yeah, nothing fancy. Kami makan bersama. Makanan banyak gila. Tak daya nak rasa semua. Tempat pun selesa. Yusuf pun lena dalam stroller. Sambil makan, kami bersembang. Suami menitip pesan-pesan untuk kami bersama mengusahakan sebaiknya. Semoga perkahwinan ini bersama hingga ke Syurga abadi. Sambil-sambil tu diselit juga some throwbacks tentang apa yang telah kami lalui sepanjang 1 tahun bersama. 

Mungkin menjelang 5, 10, 15, 20 tahun dan seterusnya, tidaklah kami bersungguh meraikannya seperti tahun pertama ini. Oleh sebab itulah, saya mengusahakannya untuk tahun pertama ini. 

Suami sedikit khuatir melihat kepada bajet yang sangat terhad memandangkan masih di pertengahan bulan. Tapi saya katakan pada suami, "duit boleh dicari, anniversary setahun sekali". Dan, approval granted right after! haha. Cuma saya rahsiakan lokasi lunch date kami sehinggalah tiba waktu untuk dia memandu kereta ke lokasi. Haha.

Saya sendiri berkira-kira, wajar tak untuk lunch di Majestic Hotel? Mahal. Bazir tak? Yada-yada.

Tapi akhirnya, saya kunci pilihan saya. Kerana apa?
Kerana saya fikir, saya belum pasti adakah saya punyai peluang untuk meraikan anniversary perkahwinan pada masa-masa mendatang. Panjangkah umur saya? Allahualam. 

Jadi, segera saya kunci pilihan saya dan katakan kepada diri, 'lets create more memories'.

Untuk suami;
"Terima kasih kerana memilih diri ini menjadi suri di hatimu. 365 telah berlalu dan semoga beribu hari lagi dapat aku lalui sebagai isterimu."

Wassalam

Comments

Popular Posts