#191 Kapaten's Breastfeeding Journey Part 1

Bismillah. Alhamdulillah.

Tahukah anda, menaip tajuk entry sahaja telah membuatkan saya rasa geli hati. Gila mak-mak sangat punya topik. But what to do, semenjak melahirkan Yusuf, banyak sangat dah memori yang Kapaten hilang. Kecuali perkara-perkara baru yang mak-mak baru seperti saya lalui contohnya hal menyusukan anak, hal pampers anak, hal baju anak, dan yang seangkatan dengannya. Fokus terkini, sememangnya perihal anak. Kadang-kadang terlupa perihal suami. Kahkah.

Maka, topik perbualan terkini marilah kita fokuskan kepada hal my breastfeeding journey. I do hope, hal breastfeeding ni dilihat secara terbuka. It should has nothing to do dengan tarikan seksual, sepatutnya. Fokus kepada apa yang terbaik untuk kesihatan anak, tumbesaran anak. 

Alhamdulillah, so far Allah swt rezekikan Yusuf untuk dapat menyusu badan secara eksklusif sejak lahir hingga sekarang. Dah 2 bulan lebih dah, rezeki Yusuf banyak.


Sokongan

Latar belakang keluarga saya, ramai dari kalangan orang perubatan. Kakak-kakak doktor, abang-abang ipar doktor, mak saya pesara jururawat. Jadi, kebaikan susu ibu ni memang tak menjadi argument langsung, malah mendapat sokongan sepenuhnya. Maybe none of my sisters menyusukan anak selama 2 tahun, asbab mereka bekerjaya. Tapi insyaAllah penyusuan eksklusif selama 6 bulan itu berjaya. 

Persediaan Awal

Sejak saya mengandungkan Yusuf, saya bercita-cita untuk menyusukan Yusuf selama yang mungkin. Tapi saya tak ada lah nak stress kan diri. Saya tak de google-google supplement untuk boost milk production pun. Saya chill-chill saja. Yakin, Allah akan beri rezeki secukupnya buat Yusuf. Tapi 2 perkara yang penting pada hemah saya, bagi membantu kelancaran penyusuan, yang perlu dilakukan ketika mengandung adalah:
1- membuat urutan payudara; dan
2- menghadiri kelas antenatal bersama suami.

Untuk urutan payudara, saya tidak berhasrat untuk memperincikannya di sini. Semuanya boleh google. Saya amalkan ketika waktu mandi sahaja. Hujung trimester 2 dah boleh amalkan. Jangan fikir negatif. Fikir untuk kebaikan anak yang akan dilahirkan.

Untuk kelas antenatal, perlu sangat lah saya rasa khususnya untuk first time parents. Kadang-kadang kita rasa kita pandai semua benda, tapi sebenarnya tak. Mana nak pandai kalau semuanya pertama kali. Membaca tak sama dengan praktikal. Membaca, membantu kelancaran praktikal tapi tak sama dengan mengalaminya sendiri. Kenapa perlu hadiri bersama suami? Kerana suami akan turut diajar bagaimana untuk membantu isteri dalam mengharungi fasa kelahiran, selepas bersalin, termasuklah hal penyusuan. Suami yang menghadiri kelas antenatal akan lebih bersifat empati kerana barulah dia sedar, tak mudah rupanya menjadi isteri dan ibu.

Saya dan suami menghadiri kelas antenatal anjuran Hospital Pusrawi. Sangat memuaskan hati. Banyak dapat ilmu, dan goodies. Sijil juga tidak lupa. Nanti review lain kali (kalau rajin).

Mind Setting

Alhamdulillah, sepanjang mengandung, tiada langsung perbincangan kami berkisarkan "nanti anak lahir nak beli susu formula apa?". Kami masing-masing fokus bahawa anak akan menyusu badan. Malah, langsung tidak sediakan fm back up in case tiada susu. Lenggang kangkung check in hospital. Yakin.

Jadi, semenjak Yusuf di hospital, saya telah berusaha mencuba menyusukannya sendiri. Saya melahirkan secara cser. Umum mengetahui, pergerakan melahirkan secara cser ini sangat terbatas. Tapi saya usahakan juga untuk berjalan perlahan-lahan dari wad ke nursery untuk menyusukan Yusuf. Padahal bukan reti pun. Satu haprak tak reti. Buat-buat reti je. Orang lain first time experience menyusukan anak di atas katil hospital. Saya tidak. Sekadar di atas kerusi, di dalam nursery hospital. Redah sajalah.

5 hari Yusuf di hospital, saya datang 2 kali sehari selepas saya discharged. Datang untuk menyusukan dan menghantar susu. Awal-awal tu manalah ada susu sangat pun. Pam punya pam, kita yang sakit. Colostrum keluar pun tak sampai 1 oz. Tapi, redah sajalah demi anak. Ada waktu yang kita penat-penat datang dari rumah nak susukan dia, dia tidur lena, kejut pun tak bangun. Frust juga rasanya. Tapi takpelah, dia penat. Ada waktu pula dia menyusu lebih sejam, sampai kita pun naik lenguh. Walaupun lenguh, gembira tak terkata. 

Syukur kerana suami saya pun menyokong tanpa berbelah bahagi walaupun dia terpaksa menunggu lama. Bukannya dia boleh masuk nursery tu pun. Suami hanya boleh tengok takat pintu je. Memang cabaran.

Pemakanan

Saya makan kurma, saya makan ulam pegaga. Alhamdulillah by the time Yusuf discharged tu, siap ada lebihan susu yang dipulangkan semula sebab tak habis guna pun. Alhamdulillah. Keep your mind positive, itu tipsnya.

So basically apa yang saya makan untuk kelancaran susu ketika dalam pantang adalah:

  • kurma, minimum 3 biji sehari. the more the better. but I keep it at 3 at least sebab saya bukanlah pemakan kurma sebenarnya. tapi untuk anak, telan juga. saya makan kurma Ajwa sebab kurma lain macam tak tertelan tekak ini.
  • ulam pegaga, jadikan kawan baik dalam setiap heavy meal kita. saya cicah-cicah dengan kicap sikit, buat penambah selera. kicap boleh makan ke dalam pantang? ah, pedulik. haha.
  • minum air masak banyak-banyak. ke hulu ke hilir bersama botol air besar.
  • air barli minum juga sebab nurse kata barli bagus untuk boost milk, tapi saya stop after few days sebab saya terlupa, barli buat badan jadi sejuk. tak sesuai dalam pantang.
  • lobak putih, masak bening atau sayur air gitu. Off course lah mak saya yang masakkan. Tapi, rasa lobak putih ni macam tak sedap sangat kan? hehe.
Tu antara yang saya cuba. Tapi saya fokus dengan item satu, dua dan tiga sahaja secara amnya.

Usaha je lah, hasilnya kita serah kepada Allah swt.

Stok EBM

Saya mula buat stok susu ketika dalam pantang lagi. Bukan sebab mengejar stok pun. Tapi sebab I have to pump kalau tak memang bocor, dan taknak bengkak. I think by second week berpantang, freezer mak saya dah semak dengan stok EBM Yusuf. 

Masa awal-awal tu kan baby bukan banyak menyusu pun. Jadi, biarlah freezer yang kenyang makan susu. Haha. Okay, tak kelakar.

Melihat kepada banyaknya stok EBM Yusuf, mak saya terganggu dengan penuhnya freezer dia. Hehe. Sebab nak letak daging untuk masak rendang for raya semua tak muat. Maka, diasaknya kami untuk membeli deep freezer khas untuk EBM. Memang nak beli freezer pun tapi ingatkan boleh lah tunggu sampai balik rumah sewa lepas habis pantang. Rupanya tak boleh. Kena beli juga deep freezer.

So saya beli deep freezer kat Lazada. Murah. Janji nak sampai before raya, sudahnya lepas raya baru sampai. Kwangjaq Lazada mengecewakanku. Sempat lah berbalas email dengan Customer Service Lazada, complaint itu ini. Tapi bila dapat deep freezer tu, terus dah tak kecewa. Alhamdulillah.

By the time raya tu, stock EBM Yusuf ada more than 100 packets, roughly at least about 300oz. Mind you, ni semua rezeki Yusuf. Saya tak ambil sebarang supplement sepanjang berpantang kerana Yusuf kena prolonged jaundice. Saya hanya makan apa yang saya sebutkan di atas sebagai tambahan kepada makanan berpantang biasa. Khuatir kalau makan supplement kang, efek kepada Yusuf. Although saya dah beli Phytonatal Nona Roguy awal-awal lagi, tapi langsung tak makan sepanjang pantang kerana prolonged jaundice Yusuf.

Allah swt Maha Pemurah. Kita usaha, Dia beri setimpal dengan usaha.

Breast Pump

Oh lupa nak sentuh perihal breast pump. 

Dalam persediaan menunggu kelahiran Yusuf, almost everything keperluan saya dan suami beli kecuali breast pump. Saya tahu breast pump mahal, jadi saya tak mahu membazir kerana tersilap beli. Kebetulan, kawan baik saya offer untuk pinjamkan saya Medela Swing Single kepunyaan dia, jadi saya terima pelawaan tu. Saya fikir, boleh cuba dengan pump pinjam dulu. Kalau production bagus, beli sendirilah nanti. As a first time parent, I don't really know what to expect when it comes to breastfeeding. Cuma positif, niat nak breastfeed anak. Gitu.

So, saya pinjam Medela Swing Single kawan saya punya tu. Sampai sekarang, dah 2 bulan lebih saya pakai. Saya tak boleh nak compare dengan breast pump lain sebab, inilah satu-satunya breast pump yang saya dah cuba. So far, it works well on me. 

Cuma, sebab ianya single, ia makan masa untuk saya selesai mengepam kedua-dua belah. Kalau sebelah 20 minit, total satu sesi saya perlukan 40 minit. Letih sangat. 

Bila dah start kerja ni, lagilah mencabar. Kita kat ofis, bukan macam kat rumah. Masa terbatas, suasana terbatas. So saya decide, saya nak beli breast pump yang double. Since last week saya dah google-google, baca review, minta recommendation kawan-kawan, sedara-mara. Saya nak breast pump yang heavy duty, yang tak bulky sangat, yang boleh guna usb, bateri, plug. After considering banyak faktor khususnya bajet, saya decide to go for Malish Ilaria. Saya belum dapat lagi, nanti dah dapat baru boleh buat review. Cuma semalam, saya sempat singgah Pumponthego Wangsa Maju, saya dah mencubanya. Saya rasa amazed dengan keselesaan breast shield nya, sebab Medela yang saya guna, tak seselesa itu. 

Ok perihal komitmen untuk menyusukan secara eksklusif ni memang mencabar. Sejak anak lahir, memang tidur malam dah tak lena. Tidur tidur ayam. Gitu. Bila menyusukan secara eksklusif ni, lebih mencabar. Tapi saya berfikir macam ni, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai anak kenyang! haha.

Lepas tu jenuhnya nak membasuh berkoyan-koyan storage bottle setiap hari. But it's okay. For the benefit of my Yusuf, I will enjoy doing those things. 

Anyway, sorry for the lengthy and boring post with no photos. Cite gebang, gambar takde, bukti takde lah. Fine. 

Tak kuasa kita nak post gambar EBM. Hehehe. Sekian dulu untuk post ini. Nanti sambung kendian kendian apabila rajin dan ada idea.

Wassalam

Comments

Popular Posts