#181 saya tidak berkepit

Bismillah. Alhamdulillah.

Few days back, masa borak-borak kosong dengan suami sebelum tidur, dia tanya, "Bila awak nak tulis novel?"

Penyakit juga suami aku ni kekadang tanya random question, out of nowhere.

"Nape pulak kena tulis novel?", saya tanya.

"Yelah, tulis novel pasal kisah kita. Lejen kot!", begitulah suami yang perasan syok sendiri.

"Ah tak kuasa. Panjang sangat ceritanya. 10 tahun pun orang tak habis baca..".

Lepas tu he went on and on pasal cerita-cerita drama sebelum kahwin, yada yada, and I cut everything off by saying, "Dah lah, jangan nak buat throwback pulak. Nak tidur.."

Kata orang, baru-baru kahwin semuanya manis. But as we go along the journey together, there will be obstacles and challenges yang definitely akan menguji kesabaran, kesetiaan, keyakinan kita. We are not perfect. We will never be perfect. But we can work towards perfection.

Azraei and I are two individuals yang very different in character. Obviously we were raised by two different families, dengan cara berbeza. Lihat cara kami berbeza, lihatlah kedua ibu bapa kami, lagilah berbeza. Hehe. So pendek cerita, memang berbeza.

But maturity is the key to survive, to communicate better and to tolerate with each other. Lucky that he is married to 29 year old me. If he is married to 25 year old me, he has to listen to too many complaints, coming from non other than yours truly. Jiwa muda, semua nak rebel. Jiwa tua sikit ni, pejam mata and chill saja lah.

My friends think that kerja saya lepas berkahwin hanya berkepit dengan suami. Kahkah. Kuat sangat pengaruh drama kengkawan ni. Hakikatnya, langsung tidak.

Currently kami masih alternate tinggal di rumah parents. Kejap sana, kejap sini. Walhal dah sewa rumah dah tapi macam-macam perkara yang kami perlu settlekan dulu sebelum betul-betul move to rumah sewa. My health condition pun is quite dramatic recently jadi kita watlek watpis jap sebelum berpindah secara total.

So anyway, Azraei sesubuh hari dah keluar pergi kerja. Yours truly sedikit pemalas, pergi kerja paling awal jam 730. Ofis dalam Kolumpo. Apa ada hal. Naik AKLEH bayar tol, sampai.haha. Lepas tu, saya balik kerja pukul 5, by 530 dah sampai rumah. Lepak layan anak buah, makan, sembahyang Maghrib semua, Azraei tak pulang-pulang. Haha. Kebiasaannya I would see him at 9 or 10. It depends on di rumah mana saya berlabuh. Hehe. And the routine continues selama 5 hari seminggu.

Weekends? Even worst.

I have classes to attend on Saturday. Every Saturdays. My class starts at 8 am, and ends at 9 pm. Hari Sabtu adalah hari Azraei menyantuni keluarganya manakala saya menyantuni kelas. Habis kelas 9 malam, sampai rumah about 10 pm, kau rasa masih bernafsu ke untuk aku berjimba dan merayap pusing kolumpo? Jawapannya tidak. Otak dah lesu, perut dah berkeronyok, badan dah letih, jawapannya saya hanya mahu rehat dan tidur.

So we left with hari Ahad untuk spend masa secara berkualiti bersama. Itu pun kalau tak ada agenda bersama keluarga lah. Usually hari Ahad adalah hari menyantuni keluarga secara bersama. Bertabahlah kita secara berjemaah ya?

So till date, belum sempat lagi kitorang nak pergi tengok movie berdua. Itu adalah cita-cita yang belum kesampaian. Bila letih dengan jadual yang padat, selera nak melepak tu jadi kurang. Semoga Allah swt beri kelapangan masa untuk dapat kami explore the world bersama-sama.

Cabaran jadual padat tu tak jadi isu lah kepada saya mahupun Azraei. Kerja Azraei terkadang menuntut dia untuk outstation. Alah bisa tegal biasa, untuk saya. Kita dah biasa independent dan bukan jenis menempel. Setakat suami pergi outstation, apa ada hal kan. Dapat kita extra time untuk tidur. Haha.

29 tahun lebih saya hidup independent. Ummi Abah bukan jenis mengongkong. Dan saya bukan jenis manja menempel. Jenis degil adalah, Ummi Abah tak bagi pun kita redah jugak. So, bersuamikan orang yang selalu kena pergi outstation ni, is really not a big deal. #kekwat

So walaupun kawan-kawan menganggap masa kita banyak habis menempel kat suami, kita bertabahlah. Itu assumption sahaja. Jangan ambil hati. One fine day, they will understand. Sebab setiap orang akan melalui perkara yang lebih kurang sama. It is just a matter of time.

I can't wait to finish my Diploma in Syariah Legal Practice. This final semester is daymmm challenging. Mencabar fokus dan kesabaran. Segeralah masa berlalu dan cepatlah tamat belajar dengan cemerlang. Tak sabar nak konvo tahun depan. Haha.

Sebenarnya tak sabar nak ada hari Sabtu yang boleh bersantai dan melepak. How I wish I could prepare Nasi Lemak, Nasi Ayam, Nasi Tomato on Saturdays. Tak apalah kalau suami tak nak makan, saya nak makan! hahaha.

May Allah ease our journey. Ameen



Comments

Popular Posts