156# meningkat, menurun atau stagnant?

Kalau orang intai FB dan IG saya sejak semalam, mungkin orang menyampah dan meluat. Tak habis habis pasal Dilwale dan pasal Kajol lawa gila.

Masalahnya, memang Kajol lawa gila dan muda gila dalam filem tu. Nak cakap apa lagi? Hehe.

Semalam date dengan Dr Shabira (yang busy gila itu). Susah nak curi masa melepak bersama sebab masing-masing busy. Especially Doktor level houseman yang dikulikan. What do you expect. Hehe. 

Everytime dengar luahan perasaan Shabira pasal kekejaman para senior di hospital, mesti teringat tekanan bertalu-talu yang kurasakan zaman chambering dulu. Menyampah sungguh perasaannya. Hari-hari rasa nak quit. Tapi habis juga. Hehe

So anyway, Dilwale memang best. I am not a fan of hindustan, nor SRK nor Kajol. I am a fan of Pajora. Kenal? Bagus kalau kenal. Kalau tak kenal, bahaya. 3 jumaat je lagi hayatmu bersisa. Haha.

Tapi suka lah tengok lakonan mereka yang sangat sweet dan menjadi itu. When they announced that they will make a come back together, teringin benar lah nak menengoknya.

So yes we did yesterday. Walaupun hanya tinggal tiket di kerusi barisan paling hadapan, ku gagahi jua. Duduk di barisan kedua paling hadapan. Kira boleh nampak lubang hidung Kajol. Haha.

Kajol lawa gila dan nampak muda gila. SRK masih sweet lah as usual walaupun tak semuda Kajol tapi muda juga.


Berdebar kita memikir, nanti kalau umur kita 40 tahun, kita akan muda remaja cantik lawa gojes anggun manis cun macam tu jugak tak? Tolonglah jawab 'ya'. Haha

Off course lah kita tak nak cerita jalan cerita Dilwale. Pergi lah tengok sendiri. Dengan syarat jangan pergi tengok dengan non-mahram, jangan berkhalwat, bermaksiat dalam wayang. Actually jangan bermaksiat di mana-mana pun lah.

Kalau rasa tengok wayang ni boleh buat kita lupa Tuhan terus, jangan pergi langsung. Haram. 

Kalau masih boleh sedar diri, beringat, hiburan yang sekadarnya, maka harus untuk pergi. Off course tanpa maksiat.

So anyway hari ni hari Ahad. Hari yang penuh dengan kemalasan. Dua bakul baju tak lipat-lipat. Merenung siling bilik ni, terbayang indahnya kalau ada kuasa magik yang kita 'ting!' je, baju dah siap lipat.

Nan hado lah magik sebegitu. Berangan je mampu.

Kurang 2 minggu lagi, tahun baru akan menjelang. Kita semakin tua. Umur semakin banyak.

Ada perubahan tak pada kadar amalan dan iman kita?

Meningkat? Atau menurun? Atau stagnant?

Hm.
Fikir jap.

Comments

Popular Posts