4# Menjelang Ramadhan.

Alhamdulillah. Syukur alhamdulillah. Untuk nikmat kehidupan yang Allah kurniakan sehingga hari ini. 27 tahun setengah kehidupan yang terlalu padat dengan kenakalan, tak sedikit pun Allah swt menjauhkan diri ini dari kasih sayang-Nya.

Yesterday I was on MC. I had a low-grade fever since few days ago. Bercampur dengan batuk, selesema dan masalah wanita yang tiada berkesudahan. Campur-campur semua jadilah collapse. So the decision to go to see doctor and to get MC is such an awesome decision that I have ever made thus far. hehe. Hari ni masuk ofis masih longlai.

Sometimes rasa confuse dengan ketahanan badan sendiri. Hanya Allah yang tahu kenapa ketahanan badan getting worst day after day. Terkadang rasa rindu dengan kecergasan dahulu-dahulu. Tapi ini semua dugaan untuk Allah swt memadam dosa-dosa yang terdahulu. Maka, saya gembira dengan cabaran kesihatan ini.

Hari ini masuk ofis dengan breakfast nasi lemak tapi tak habis sebab tak ada selera. Aneh perkara ini berlaku sebab Nasi Lemak adalah makanan ruji.haha. Kemudian berulamkan pil-pil dan ubat batuk yang sumpah tak sedap, terasa seperti nak terjun longkang. hehe.

Anyway bukannya ada benda sangat nak cerita, tapi sesaja nak menulis. 

This weekend akan bermulalah Ramadhan. Kurang seminggu akan menjelanglah bulan Al Quran, bulan yang penuh barakah. Al Quran dulu-dulu mulanya diturunkan pada bulan Ramadhan. Itulah istimewanya Ramadhan. And around this time a year ago, I had experience a challenging life journey. Macam tak percaya I made through it for a year already. Macam tak percaya, sungguh.

Untuk Ramadhan tahun ni, apa azam kalian? Kita ni bosan kan, asik-asik berazam tapi buatnya tidak jugak, kan? hehe. So let me share something that I have gotten last Saturday masa sesi Usrah Sister's Gathering tentang persediaan Ramadhan. Moga-moga bermanfaat.

Masa untuk recharge, darling! (Credit)

Sementara ada masa ni, marilah kita bersedia khususnya untuk beberapa perkara penting dalam menemui Ramadhan. Pertama, persiapan Mental itu perlu. Marilah kita mula membayangkan keindahan Ramadhan berserta kehebatan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain. Biar kita excited untuk bertemu Ramadhan. Maka antara caranya boleh kita banyakkan pembacaan agar kita lebih faham tentang specialnya Ramadhan. 

Kedua persediaan ruhi. Bolehlah kita banyakkan berdoa agar Allah swt temukan kita dengan Ramadhan dalam keadaan kita sihat cergas cerdas semangat untuk larat berpuasa dan larat beribadah sebaiknya. Doa doa doa. Yakini kuasa doa. Kadangkala kita tak sabar nak bertemu Ramadhan sebab nak makan sedap-sedap untuk gi shopping kat bazaar. Itu salah! So betulkan balik elemen-elemen kejiwaan kita dalam menemui Ramadhan. 

Mari! Ayuh!

Ramadhan dah dekat oii!

Kalau tahun lepas kita dapat mengaji sikit je dalam Ramadhan, kita double-kanlah effort this year. Kalau tak mampu khatam pada saya, tak mengapa. Apa yang penting kualiti bacaan kita. Kalau laju sangat nak kejar khatam tapi makhraj dan tajwid ke laut, itu bahaya untuk kita. Ingat, baca Al Quran itu tak wajib tapi menjaga tajwid ketika membaca Al Quran itu wajib. Faham anak-anak? hehe.

Dan untuk yang bakal mengalami keuzuran, boleh bersedia untuk membaca terjemahan/tafsir tatkala keuzuran. Jangan biar diri kita kering dengan khayalan keduniaan. Hakikatnya, akhirat itulah perjalanan yang kekal abadi.


Selamat bertemu Ramadhan, people!
Never too late, darling! (Credit)

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts