1# Hey, Selamat Kembali!

Bismillah.

Ini namanya poyo. Lepas hampir empat (4) bulan 'announce' pindah ruang dan blog ditutup sepenuhnya, tiba-tiba keajaiban berlaku. Jeng jeng jeng! Saya kembali di sini! hehe

Namun, kepulangan kali ini bersama semangat (poyo lagi) yang lebih baru. Buktinya? Buktinya, kalian carilah entri-entri yang terdahulu. Takkan jumpa. Magik tak? hehe. 

Saya ada 911 entri terdahulu yang telah dibela, ditatang bagai minyak yang penuh bertahun-tahun lamanya, tetapi saya simpan buat kenangan. Bukan lagi untuk tatapan. Tunggu nanti esok lusa bila anak-anak saya dah membesar dan pandai membaca serta menulis, saya akan beri beliau (atau 'mereka'?) tugasan untuk membaca dan khatam perjalanan hidup mak beliau (atau 'mereka'?) ketika zaman akil baligh mak beliau. Kelak, biar beliau (atau 'mereka'?) tahu sendiri bahawa mak beliau dahulunya seorang artis persis Fazura versi Ostajah Roksta. *perasan*

Ok. Fine. 
Ni lah sebab saya malas menulis di blog peribadi ni. Sebab terlalu banyak merapu, syok sendiri dan mesej-mesej kebaikan sangat terhad yang berjaya disampaikan. Esok lusa di akhirat kalau dipersoal, "Apa kau tulis masa kau kerap ber-blogging masa hidup dulu?", apa saya nak jawab?

"Oh, saya banyak buat lawak bodoh merapu je Ya Allah. Tapi, saya menggembirakan mereka, kot!."
Takkan nak jawab macam tu? 

Haish. Terus geli geli kulit ni terasa bahang-bahang api. Seriau rasanya.
Oleh yang demikian, kalian tak perlu baca, tak perlu komen. Lalu je (kalau tersedar yang blog ini kembali bersuara) dan terus tekan butang pangkah di atas hujung kanan 'page' ini. Boleh?
Bagus!

Akhir kata untuk blog lama dengan entri terbaru (dan pertama), saya ucapkan kepada diri sendiri, "Hey, Selamat Kembali!"

Oh. Jangan lupa, entri-entri bermanfaat insyaAllah akan tetap diteruskan di www.bicaranajlaa.com.
Blog ini hanya untuk tidak mematikan 'touch on blogging' semata-mata.
Pendek cerita, sebelum gua hilang bakat menulis, gua kasi panas enjin satu round di sini.

Mesej kebaikan pertama yang cuba gua sampaikan.
Jangan segan untuk bertaubat - Al Baqarah: 222

Ahlan wasahlan!
Wassalam

Comments

Popular Posts