Nak baca kena senyum. ;)
Menjadi Dr.Cinta tidak bertauliah dalam keadaan diri sendiri tidak laku adalah satu kepelikan yang jelas. Dan kepelikan itu saya terima sebagai satu anugerah.hehe. Sejak bertahun-tahun, saya selesa didatangi kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang untuk menceritakan masalah, untuk berkongsi pengalaman, untuk sama-sama berkongsi pedoman. Sungguhpun dalam memberi pendapat dan nasihat, saya selalu menerima feedback seperti; "Kau cakap senanglah, kau tak faham perasaan orang bercinta sebab kau tak bercinta.." dan banyak lagi, namun saya tetap positif menerima komen dan respons begitu. Paling tak pun saya akan kata, "Ini pendapat aku. Kalau kamu rasa aku tak faham, jadi carilah orang yang faham dan yang akan terus memberi kamu harapan-harapan palsu..". Ya, realitinya begitulah sarcastic-nya saya. Sarcastic tapi jujur.hehe
 |
| Image: Google |
Pun begitu, menjadi tempat luahan hati sahabat-sahabat bukanlah satu kebanggaan like "See! Aku dah agak dah sure dia cari aku punya!" etc etc tapi sejujurnya saya senang kerana saya belajar banyak daripada sahabat-sahabat semua. Benarlah nasihat yang mengatakan, kita perlu belajar daripada pengalaman orang lain, tak semestinya kita kena rasai semuanya dengan sendiri. Contohnya, kalau ada sahabat kita yang hampir bunuh diri kerana kecewa cinta, tidak perlulah kita melalui derita yang sama untuk kita belajar tentang itu, cukuplah kita mengambil iktibar daripada pengalaman sahabat kita itu. Simple.
"Fateen tu dah nak kahwin ke? Aku tengok blog dia kalau tak pasal anak buah, pasal perasaan!".
Haha. Entah statement siapalah itu, kan?
Abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, sahabat-sahabat sekalian, point pertama saya ialah; perasaan itu fitrah. Suka, duka, sedih, gembira, cinta, sayang, kasih, benci adalah anugerah. Dan saya selesa berbicara tentang anugerah-anugerah ini semua. Beruntunglah kita masih punyai nikmat hati untuk merasai ini semua. Jadi, janganlah menyampah kalau entry saya asik berputarkan tentang perasaan. hehe
Point kedua saya; sama ada saya berkahwin esok, lusa, minggu depan, tahun depan atau 10 tahun lagi sekalipun, bak kata Wardina; "I'm a student of knowledge". Maka, saya meletakkan diri saya sebagai seorang pelajar yang sedang mencari ilmu di dalam subjek 'kehidupan'. Kehidupan merangkumi bab Pendidikan, bab Kesihatan, bab Perhubungan, bab Perkahwinan, bab Kekeluargaan dan banyak lagi. Saya percaya untuk berjaya dalam sesuatu tidak semestinya kita perlu duduk di dalam lingkungan sesuatu perkara itu baru kita berusaha. Kita boleh berusaha sebelum duduk di dalam lingkungan sesuatu perkara itu. Makna kata, kalau saya mahu berjaya dalam perkahwinan, tak bermakna saya perlu kahwin dahulu dan baru belajar bagaimana untuk mengendalikan sebuah institusi keluarga dengan cemerlang. Tetapi, sebaiknya saya boleh belajar tentang itu sebelum saya mengintai dan menjengah alam perkahwinan. Ye dok?hehe
Point ketiga saya, ok tiada point ketiga untuk persoalan kenapa blog saya banyak berkisarkan perasaan. hehe.
Kenapa Aku Diuji Begini?
Perihal cinta dan kasih sayang, saya suka ambil jalan tengah. Terlalu menentang tidak, terlalu menyokong juga tidak. Sama seperti mendidik anak-anak kecil, bila anak-anak terlalu mahukan gula-gula tetapi ibu tidak memberinya langsung, si kecil akan mengamuk sakan. Lagi ibu tak beri, lagi dia mengamuk. Masalah tidak selesai. Jika terlalu banyak memberi gula-gula pula, ianya akan membawa mudarat. Masalah tidak selesai juga. Maka, berpada-padalah.
Kita di sini selalunya tergolong dalam 2 golongan. Pertama; golongan yang menyokong budaya cinta atau hubungan lelaki-perempuan yang ajnabi. Dan apabila melihat orang yang tidak bercinta maka akan berbunyilah suara "Bapak kolot gila kau ni tak bercinta!". Kedua, golongan alim-alim yang memandang serong golongan yang bercinta dengan berkata, "Apa nak jadilah diorang ni? Haram tahu tak! Haram!". Dan apabila dua golongan ini bertemu, dalam kebanyakan masa akan tidak wujud kata sepakat. Masalah tak selesai.
Golongan yang tidak boleh hidup tanpa cinta atau tidak boleh single, setiap kali bercinta dan kecundang akan mulalah menghayati watak hamba Dia yang teraniaya dengan skrip; "Kenapa aku diuji begini? Tak cukupkah pengorbanan aku selama ini? Ya Allah! Apa salah aku??". Persoalannya, kenapa kita menipu diri sendiri? Sudah terang lagi bersuluh, bila kita bercinta pegang-pegang tangan peluk-cium itu semua salah di mata Dia. Lagi mahu tanya apa salah aku? hehe
Manakala golongan yang selalu menjauhkan diri daripada cinta atau bab-bab hati dan perasaan ini, apabila 'tersangkut' sekali akan berperang dengan diri sendiri, dan juga tertanya-tanya, "Kenapa aku diuji begini??". Kesimpulan awal, pusing ikut mana pun, Allah yang berhak mendidik kita. Dia nak uji, Dia akan uji. Jangan pertikaikan sangat, terima dengan redha.
Tak rasa untung atau bangga ke apabila diuji? Kenapa pulak?
Yelah, Allah uji sebab Allah sayang. Yang kecundang dalam cinta, Allah uji sebab Allah mahu kita lebih belajar tentang hidup. Bila sudah tertipu dengan cinta, kita akan nekad banyak perkara. Contohnya;
- Aku akan perbaiki diri untuk menjadi perempuan yang lebih baik untuk aku mendapat lelaki yang lebih baik (tak macam ex aku yang tak guna dan hampeh tu!)
- Aku akan make sure aku tak bodoh macam dulu, berkorban apa saja untuk lelaki yang tak reti appreciate langsung! (mcm ex aku yang gila tu!)
- Aku akan make sure anak-anak aku nanti aku didik betul-betul agamanya agar tak lemah iman macam aku. (Syukur)
- Aku akan make sure aku jaga betul-betul anak-anak aku nanti, observe dengan siapa diorang berkawan (supaya dia tak over menggeletis macam aku!).
- Dan banyak lagi..
So, lihatlah. Banyak hikmahnya. Sebenarnya tak tersenarai. Antara mahu fikir secara positif atau tidak, saja.
Bagaimana pula dengan golongan alim-alim yang terasa tersungkur apabila Allah uji dengan mencampakkan rasa suka, sayang, cinta terhadap seseorang di dalam hatinya dengan tidak semena-mena. Sejak sekolah tadika, hati ini aku jaga, aku belai agar tidak kecundang dengan cinta manusia. Tetapi, kenapa kini aku diuji? Kenapa Allah uji aku begini? Kenapa goyah imanku kali ini??
*Pergh. Saya rasa saya boleh menang award propaganda*
Sahabat-sahabatku, kita positiflah. Perasaan yang hadir itu hadir dan datang kerana Allah swt yang mengizinkannya. Kalau tak, taklah kita rasa. Datanglah Fahrin Ahmad depan mata menggoda tak ingat dunia pun, kalau Allah kata, "Aku tak akan bagi si polan rasa suka pada Fahrin Ahmad", maka tiadalah perasaan itu dalam hati kita. Tetapi, datanglah lelaki cina apek hidung kembang, mata sepet, rambung kerinting, ketiak hangit tapi senyum manis, kalau Allah kata "Aku campakkan dalam hati si polan rasa suka pada si Apek ini", maka, sukalah. Dan apabila Allah berkata, "Jadilah!, maka terjadilah..". Kunfayakun.
Jadi, haruskah saya lari dari semua ini? Saya tak suka perasaan ini semua. Saya sayangkan akhirat saya.
Saudara saudari yang dirahmati Allah, orang yang buat jenayah pun sayangkan akhirat mereka. Diuji dengan perasaan sebegini dalam keadaan diri anda mempunyai ilmu agama yang baik yang faham halal-haram perhubungan bukan bermakna Allah mahu anda mencacat-celakan saham akhirat anda. Bukan. Tidak sama sekali.
Barangkali selama ini kita rasa kita hebat kerana kita sukses menjaga dan melindungi hati kita daripada terjatuh suka/sayang terhadap mana-mana jejaka atau gadis. Barangkali selama ini kita fikir kita layak sangat menegur orang-orang yang masyuk bercinta kerana kita seorang yang 'menjaga' dan tinggi ilmunya. Nah, sekarang Allah bagi kita untuk rasa! Agak-agaknya, ada rasa terseksa tak jiwa menahan rasa?
Ya, begitulah rasanya mereka yang berperang dalam cinta, yang selalu kita fikir 'teruknya mereka sebab masyuk bercinta', yang selama ini kita pandang sebelah mata kerana kita rasa 'kasihan mereka kurang ilmu agama'. Hari ini bila kita yang merasa, baru kita bijak untuk hargai dan hormati bahawa sesungguhnya bukan mudah golongan yang terjatuh cinta untuk berenang keluar daripada lautan api cinta. Fuh! Berpeluh.
Oleh yang demikian, bila Allah uji, inilah pendidikan kehidupan. Ada kala, tinggi mana pun ilmu kita, kita perlu sedar bahawa tak semua perkara kita tahu dan kita bijak. Maka dengan ujian ini, pastinya kita belajar. Kita mungkin khatam pelbagai kitab Fiqh, Usuluddin etc etc tetapi untuk kita belajar hal hati dan perasaan, barangkali melalui sendiri adalah pendidikan terbaik.
Jadi apa yang perlu saya lakukan?
Untuk golongan bercinta, lakukanlah yang terbaik. Di samping menjalani rutin 'I love you, you love me', rajin-rajinlah ke kedai buku dan library, beli atau pinjam buku berkaitan dengan kekeluargaan. Untuk apa? Untuk kita faham bahawa bercinta ini bukan sekadar peluk-cium, i love you so much, merajuk-pujuk, dan sebagainya. But it's all about knowledge, commitment, pelaburan akhirat.
Andai kata, esok anda ajak pasangan anda ke kedai buku, dan nyatakan hasrat;
"Awak, jom kita baca buku parenting skills". Dengan wajah terlopong dan berkerut, pasangan anda kata;
"Eh tak payahlah! Geli saya! Awal lagi kot. Apenda parenting-parenting ni!". Nasihat saya, abaikanlah dia. Dia hanya mahu syok-syok, geli-geli, dia tak berani untuk tanggung dosa bersama sehidup semati.
Dah banyak dah golongan orang bercinta yang masa bercinta bukan main pilih nama anak yang sedap-sedap, kalah nama Mat/Minah Saleh, yang kononnya sepakat, "I nak anak 2 orang je. Sepasang. You macam mana?". "I samalah macam you! Kan anak kita berdua..hikhik (Gelak manja)".
Lepas tu, harem. Selamat jalan romeo.
Cubalah matang sikit dalam bercinta. Serious dalam perhubungan, tak payah lama-lama, rasa sesuai, terus rancang perkahwinan. Selagi mana tak serious, selagi itulah duit nak kahwin takkan cukup. Yelah, tak ada target nak kahwin bila, nanti-nantilah kumpul duitnya! Itulah masalahnya. Cadangan saya, kalau rasa sesuai, bagitahu mak ayah, bertunang. Dalam tempoh itu, kumpul duit untuk majlis dalam masa sama diskusi method yang sesuai untuk diguna pakai dalam mengendali keluarga, dalam menguruskan, membesarkan dan mendidik anak-anak. Cari kata sepakat. Sama-sama belajar ilmu kekeluargaan, keibubapaan, insyaAllah tak lah asyik berperang nanti. hehe
Untuk golongan yang terasa terseksa kerana diterjah rasa suka/cinta/sayang terhadap seseorang, peganglah bahawa cinta/suka/sayang itu fitrah. Fitrah ini kalau ditolak, akan menjadi masalah. Kalau tidak dikawal pula akan menjadi fitnah. Bersederhanalah. InsyaAllah Allah bersama kalian.
Barangkali Allah swt rindukan rayuan dan rintihan kalian di setiap sepertiga malam. Mohon kpd Allah, kalau Si dia jodoh kamu, satukan dengan cara yang terjaga dari segala aib dan jika bukan minta Allah buang segala rasa yang singgah. Semoga hati terus terjaga untuk cinta pada Dia, pemilik sebenar-benar cinta.
 |
| Elok untuk dibaca, ya! |
Wallahualam.
Pesanan Luqmanul Hakim (No 24 & 25)
24- Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari
mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan
nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau
tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya
janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana
sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka,
kelak akan membinasakan dirimu.
p/s: All bosses are not in. Sesedap hati je ber-blogging.haha