Nak baca kena senyum. ;)
Hari ini, nak balik rumah awal pun rasa ralat. Sebab nanti mati kutu, kesunyian. Alahai, sampai hati Umie Abah tinggalkan anak manja dia ni sensorang. Balik Terengganu nak makan budu banyak-banyak lah tu! Tahu dah.
Ketika entry ini di taip, saya masih di ofis. Argh. Stress memikirkan nak makan apa malam ni, nak beli kat mana, nak tidur kat bilik ke kat ruang tamu, nak tengok cerita apa malam ni sensorang. Awas! Malam Khamis banyak cerita hantu. Tak bermanfaat!
Ok, semalam saya diuji dengan cermin kereta Viva dipecahkan. Semuanya gara-gara ber-lunch dengan Umie Abah.hehe. Tak selamat sungguh dunia zaman sekarang. But too bad lah wahai Pencuri yang ku sayangi, Mr. Viva memang tiada harta disimpan di dalamnya! (Tapi sebelum ni Mr Viva mmg macam almari bergerak.hehe)
![]() |
| Apek hensem yang cargas. |
*Sambung taip di rumah*
Rindulah kat Umie dgn Abah.hehe. Tadi masa makan nasi lemak yang dibeli seorang diri di ruang tamu sambil menonton Forum Perdana, Umie call. Tak lama lepas tu Abah pula call. Abah kata, 'Dah jauh-jauh ni Abah rasa rindu pulak!'. hahaha.
Nampak tak sweet nya Abah dan Umie di mata saya? Kakak-kakak dan abang pasti jeles sebab yang mengucap kata rindu hanya suami/isteri memasing je.hehe.
Selamat Suku Abad Usia, Sahabat!!
Oleh kerana kurang setengah jam lagi (daripada waktu menaip ini) akan menjelang 12 am dan menjangkau 2 Mac, eloklah saya coretkan ucapan di sini.
Saya ada seorang sahabat susah senang yang sangat 'jurus' sekali dalam apa saja perkara yang dilakukannya. Makan dengan sopan, bercakap pun perlahan (seperti berbisik dengan nyamuk), berjalan pun lenggang mak limah, semuanya jurus pendek cerita. Tahu tak jurus tu apa? Juruh ore klate kata. Nak explain pun tak reti. Tak yah explain lah.
So 2 Mac 2012 ni masuklah usia suku abad untuk sahabat saya ini. Dia lawa sangat mcm saya, kira lawa lah juga kan?. Nak kata sweet sangat macam saya, tak lah tapi sweet lah juga. Nak kata slim mcm saya, lagi lah tak tapi boleh tahanlah. Dan part paling awesome ialah dia masih single and available. Jadi siapa yang terasa berminat boleh PM saya di FB, saya akan uruskan proses pertunangan. Wah! Bertunang terus, kau ado?haha
Banyak dah entry yang saya tulis yang menceritakan jatuh bangun saya dan sahabat saya ini bersama. Bergaduh pun dah puas dah.hehe. Berkawan dari zaman bodoh sampai bijak. Dari zaman jahil sampai sama-sama mencari agama untuk mengisi dada. Bersahabat dari zaman tak reti rancang masa depan sampai masing-masing duduk dalam bidang profesional. Dari saya gemuk sampai saya kurus kami berkawan bersama dan sebaliknya untuk dia.hehe.
Oleh itu, untuk hari bersejarah mu pada usia mencecah angka 25 ini, saya mengucapkan takziah. Eh. Kenapa? Saya suka menjadi yang pelik dan lain daripada yang lain. Takziah kerana kurang satu tahun jangkamasa kehidupan kamu di dunia. Takziah. Tetapi, tahniah juga kerana terus merasai nikmat Allah swt dalam meneroka dunia yang bersifat sementara ini. Teruslah menjadi muslimah yang lebih baik dari sehari ke sehari seperti yang diharapkan dan teruslah tanamkan azam dalam diri untuk menjadi pelajar perubatan yang baik, yang mantap dari segi ilmu dan akhlaknya.
Tidak lupa juga diucapkan semoga persahabatan ini yang dahulunya berkonsepkan 'bodoh-bodoh' atau 'pendek akal' dan kini berkonsepkan 'sahabat sampai syurga' dan 'sayang kamu kerana Allah swt' akan berkekalan dan diredhai Allah.
Dan ucapan paling mahal abad ini ialah, 'welcome to the must-get-married age!'. Semoga lekas bertemu jodoh yang terbaik, yang mampu membimbing kehidupan kamu dan menjadi imam untuk setiap solat dan ibadah kamu. Jangan tunggu lama-lama! hehe. Kalau kahwin sila jemput saya walaupun hanya sebagai gadis bunga telur. Saya sanggup.haha
Sanah Helwah, ya Ukhti. Semoga rahmat Allah swt terus melimpah ruah ke atas kamu dan semoga rezeki halal Allah membanjiri kehidupan kamu di dunia dan akhirat. A year older, a year wiser, a year prettier!
![]() |
| Bday Girl: Nur Shabira @ Cik Doc |
Kan dah cakap, very the lawa macam saya.hakhak. Muntah hijau kepada saya.
Sayang kamu sampai syurga kerana Dia. Hadiah tak ada. Cuma kasih sayang dan doa dititipkan.hehe. Bajet rendah semenjak bekerja makan gaji.hehe
![]() |
| Jambu muka i kan? |
Wassalam
p/s: Untunglah dah usia suku abad. Saya ni tunggu berabad-abad untuk orang percaya saya dah 25 tahun.haha. Asik maintain 18 tahun je letih la! ;p
p/ss: Hujung minggu ni saya nak pergi Pesta Buku Agama di Putrajaya. Sapa nak follow?




2 bicara mereka~:
tq so much dear sista..walaupun byk merapu tp yg penting ingatan dan doa tu ukhlas kn..tq..semoga kamu juga diberkati allah..yg paling best part pm kamu jika berminat.haha.shud i say pm me directly?hahaha..tq anyway.im 25.i think its a nice no :)
Its a nice number! a year older a year wiser sister!
Post a Comment