Wednesday, February 1, 2012

Terukir di Bintang


Kalau bicara tentang anugerah terindah, mungkin kita semua hilang idea tentang apakah anugerah buat kita sepanjang hidup kita selama ini. Ye tak? Yang bercinta mungkin pernah beromantika lalu berkata, "Sayang, trust me. Awak lah anugerah terindah yang pernah saya miliki selama ini..". Phew. Cairnya. Kalau yang bersuami/isteri layaklah untuk berkata, "Suamiku, sama kamu mahu percaya atau tidak, terpulang. Tapi izinkan utk aku, isterimu ini untuk katakan bahawa kamulah anugerah terindah yang pernah aku miliki. Terima kasih kerana hadir dalam hidupku..". Pergh. Cair. Tapi geli juga.hehe. Maka untuk kesimpulan awal, untunglah untuk orang yang sedang berkasih-kasihan, bersayang-sayangan.

But does that mean that orang tak bercinta rugi? 
In my case, I would say NO! 


My Anugerah Terindah


Sejak kembali ke 'asal' iaitu Taman Keramat ini setelah banyak tahun bermastautin di negeri orang untuk menimba ilmu, jiwa ini terasa begitu melekat sekali dengan rumah. Terasa seperti kembali mendalami pengertian Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku. 

Kenapa? Apa specialnya? 

Dari segi material, memang tiada apa yang istimewa. Ianya bukanlah satu istana yang tersergam indah, yang mewah, yang petik jari saja semua ada. Jauh sekali untuk dinyatakan ia sebagai sebuah singgahsana diraja. 

Tetapi saya belajar dan terus belajar bahawa, hanya dengan kembali ke tempat asal, boleh beri kita ketenangan yang sebenar-benar ketenangan. Tempat asal kita di mana? Mudah. Di sisi ayah dan bonda.

Sejak bekerja, saya tak lari dari tekanan. Ini lumrah. Adatlah orang baru menjengah dan mengintai dunia sebenar menjadi dewasa. Baru tahu, dunia itu mencabar tara mana! Saya tiada teman bicara hari hari untuk saya kongsikan semua 'kebencian' saya perihal kerja dan sebagainya. Kecuali seorang dua sahabat karib yang terpaksa menadah telinga sekali sekala mendengar luahan hati saya yang penuh porak-peranda. 

Semalam saya balik kerja dengan sakit kepala. Mungkin kebencian membuat research menjadi faktor utama sakit kepala menyerang. Tapi, adalah sungguh senang sekali rasanya apabila mendapat tawaran daripada Abah untuk memicit kepala saya.hehe. Maka, aksi urut-mengurut berjalan di dapur sambil-sambil menemani Umie menggoreng ayam. Ya, sila make sure anda jelas bahawa, Umie yang menggoreng ayam. Bukan saya. 

Selepas Umie menggoreng ayam, Umie dinner. Tetapi saya dan Abah hold dulu kegelojohan dan kelaparan kami kerana kami berniat untuk Solat Maghrib terlebih dahulu. Umie terpaksa makan dahulu kerana seharian berlapar, katanya. 

Lepas solat, saya dan Abah sama-sama duduk di dapur, makan dan berkongsi cerita. Panjang lebar Abah bercerita dan berkongsi motivasi. Saya yakin, sengaja Abah mengeluarkan cerita-cerita lamanya tentang perjalanan hidup Abah yang bukan mudah, untuk saya kenang dan jadikan pembakar semangat untuk saya terus kuat. Dari hal diri sendiri hinggalah hal anak-anak. 

Satu persatu nama anak-anaknya disebut. Daripada Kak Yong, ke Kak Anne, ke Kak Chik, ke Abg Shah dan akhir sekali Ijam. Ringkasnya, sebagai seorang ayah, Abah benar-benar bersyukur dengan pencapaian anak-anaknya. 

Yang beri saya 'ketukan' di minda adalah apabila Abah banyak berkongsi cerita perihal pengalaman kerjanya sebelum ini. Jatuh bangun, turun naik itu asam garam kehidupan. Kesimpulannya, bukan senang nak senang.

Abah dan Umie tahu dan jelas, betapa dari sehari ke sehari saya berusaha untuk menghargai dunia chambering saya. Betapa saya berusaha untuk memotivasikan diri saya. Betapa saya gigih mencuba melihat segalanya dari sisi positif sebolehnya. 

Dan pengalaman dalam menghadapi 'ketidak-seronokan' ini benar-benar mengajar saya untuk bersyukur. Bersyukurlah kerana masih terpilih oleh Allah swt untuk meneruskan alam dewasa dan matang ini di sisi Abah dan Umie. Sesungguhnya jika dihantar Invois bayaran perkhidmatan untuk segala khidmat dan pengorbanan Abah dan Umie yang telah diusahakan ke atas saya, sungguh takkan saya mampu jelaskan tuntutan bayaran tersebut. Kerana saya tahu tiada satu nilai kewangan yg cukup untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.

Bila saya katakan kepada Abah dan Umie yang saya ingin menjadi tenaga pakar dalam bidang kekeluargaan khususnya yang berkait rapat dengan undang-undang kanak-kanak dan juvana, they were very positive and supportive. I know the fact that it's a loonggggg way to go. Dan bidang itu tak glamer langsung. Child law? Who cares? But I care. It's not about money. It's about doing the thing that I really wanted to do, it's about my interest, my passion. Though I know that tak ada firm pun yang interested nak layan isu kanak-kanak. Tak kisah. I don't care whether I will work in a legal firm or not. I don't mind studying an infamous course because I have my own reason for that. Apa yang nak diterangkan di sini ialah Abah dan Umie tidak langsung menyekat keinginan saya walaupun saya tahu besar harapan ibu bapa kepada anak-anak yang belajar undang-undang untuk melihat anak-anak ini berjalan gah keluar masuk Mahkamah dan berhujah untuk anak-anak guam. Sebaliknya mereka tenang menerima perancangan masa depan saya (yang dibuat tanpa merujuk sesiapa.hehehe)

Malam ini saya mendengar lagu baru Yuna, Terukir di Bintang. Actually, I've been listening to this song for many days already. Tgh gosok baju dgr lagu ni, nak tidur dgr, nak siap gi kerja dgr, asyik dengar je. Sungguh romantis (kononnya) lagu ini. Oleh yang demikian, saya teringin juga untuk menzahirkan keromantisan saya dengan mengaprisiasikan lagu ini buat dua jiwa insan mulia yang menjadi pemangkin kepada kekuatan jiwa saya sendiri. Iaitu, Abah dan Umie saya.

Kehadapan Abah dan Umie yang dekat di mata dan dekat di hati, dengarkan anakanda mu ini menyanyi ya!hehehe

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

So, sweetkan untuk didedikasikan kepada Anugerah Terindah saya? Yes, Umie Abah adalah anugerah terindah yang pernah saya miliki. Dan saya pasti, anda juga menganggap ibu bapa anda sebagai anugerah terindah, bukan?

Wassalam

"Kempen jom say I Love You to our parents!"

0 bicara mereka~: