Wednesday, February 15, 2012

program mengambil berkat lekas kahwin

Nak baca kena senyum. ;)

Lamanya blog ditinggalkan basi. Kasihan. Terasa nak update. Maka, update lah sebelum ianya semakin busuk dan berulat dan bersawang dan segalanya. Maaflah blog, tuan blog terlalu sukses dalam mengejar keseronokan jiwa yang hakikatnya meronta-ronta mahukan pembebasan daripada segala cabaran dunia pekerjaan ini.hehe. *apa aku merepek ni?*

Alkisahnya, hujung minggu lalu saya terisi dengan 'program mengambil berkat lekas kahwin' anjuran The Two Sisters. Saya dapat jemputan, untunglah. Anda tak dapat, rugi.hehe.

Who are The Two Sisters?
 Mari saya perkenalkan. 
Sister 1: Nazirah Mohamad Sham 

Sister 2: Haizana Hj Rais *gambar dirembat dari FB beliau.hehe*
Makanya, penuhlah hujung minggu saya dengan kesibukan mencari barakah. Bak kata orang-orang muda yang jeles tengok orang kahwin, kalau nak cepat kahwin pergilah tengok kenduri kahwin orang lain, ambik berkat! hehe

So Azie's wedding was on 10 Feb untuk Nikah dan 11 Feb untuk bersanding di Ipoh. Cool betul majlis Azie sebab Bestfriend Terulung beliau menghadirkan diri. Bukan itu saja, malah sudi menjadi bodyguard sepanjang majlis berlangsung sungguhpun badan bodyguard itu sekeping.

Untuk sesiapa yang mempunyai Bestfriend dan bercita-cita untuk melalui zaman perkahwinan bersama-sama atau lebih over sekali secara 'serentak', lupakan sajalah cita-cita itu! Itu semua angan-angan Mak Mandir. Hakikatnya, kalau persahabatan itu benar-benar bernilai tinggi, kahwin ke tunang ke beranak pinak ke mahupun single, the friendship will always stands strong. Dengan izin Allah, pastinya. 

Aneh sekali, sewaktu pernikahan Azie, saya tidak menangis. haha. Sebab Mak Azie pun tak nangis, mana boleh saya over-sekali di situ.hehe

Walau bagaimanapun, kesedihan itu terzahir jua apabila tibanya saat untuk saya meninggalkan Majlis Azie kerana mengejar waktu menghadiri pernikahan Sister 2 di Kapar, Jeram, Selangor. Pergh. Jauh tu travel.
Apa-apa pun, my bestfriend is now married. Lupakan untuk mengajak beliau menggila seperti minah terencat berstatus anak dara selebet.hehe

Untuk wedding Sister 2 pula, saya mengotakan janji untuk menghadiri kedua-dua majlis iaitu pernikahan dan persandingan. Pernikahannya pada 11hb Feb selepas Isya' dan persandingannya pada 12hb Feb. Kak Nana is my soul  sister since I was 13 years old. Sebelum saya reti dan tahu untuk menghargai kakak-kakak saya sendiri, saya belajar untuk berkasih-sayang dengan seorang kakak bernama beliau lah.hehe. Gedik gila statement itu. Tapi betullah. Kak Nana senior saya ketika saya dipenjarakan di Asrama Yayasan Selangor Klang ketika tahun 2000.hehe. Jadi, cuba kira sehingga sekarang, sudah berapa tahun usia perkenalan kami? 12 tahun I tell you. Haruslah mewajibkan diri menghadiri majlisnya sungguhpun tiada gambar yang saya tangkap bersama beliau kerana keseganan saya.hehe. Vogue d vass sangat pengantinnya.hehe

Lepas pergi Majlis Kak Nana, saya dan Sha bergegas ke Sabak Bernam (yang jauh macam hujung dunia itu) untuk menyambung episod gedik dengan Bestfriend yang baru berkahwin.hehe. Nasib baik ada Sha yang sudi bergilir memandu. Lagipun, itu adalah pra-syarat untuk membolehkan Sha menemui Azie dan pasangannya di majlis sebelah lelaki. Kalau nak pergi, Sha kena drive.hehe. Sumpah jauh. Tapi, puas hatilah.
Sebab boleh posing-posing bajet artis.

Ini boat kepunyaan keluarga mentua Azie. Untunglah boleh balik kampung naik bot, xpayah sangkut dalam jam.hehe
Sha, amik berkat le tu!hehe

Baiklah, akhir bicara, tahniahlah buat kedua-dua pasangan mempelai. Kedua-duanya orang penting dan tinggi nilainya pada diri saya. Dalam erti kata lain, tanpa mereka, siapalah saya. Kerana selain keluarga saya, mereka adalah orang kuat dalam pembinaan diri saya hari ini. Benar, bukan bohong ini.

Jangan ditanya 'kamu bila pula?' kepada saya. Eloklah dipanjatkan doa untuk saya. Lagi senang.hehe

Konsepnya mudah, bila Allah swt pertemukan jodoh sahabat kita lebih awal, percayalah bahawa di 'mata' Allah swt, sahabat kita itu telah layak dan bersedia untuk mengharungi segala cabaran perkahwinan dan mampu untuk pikul segala tanggungjawab rumahtangga. Manakala berkenaan dengan diri saya atau kita yang masih belum tiba jodohnya, yakinlah bahawa Allah swt memberi kita peluang dan lebihan masa untuk memperbaiki diri dan meningkatkan ilmu agar lebih bersedia apabila tiba masa dan ketikanya.

Almaklumlah, baju pun masih Umie yang basuhkan, kereta pun masih Abah yang tolong bersihkan, cemana nak kahwin?hehe. Nasib baik makan, tidur, mandi, pandai urus sendiri.hehe

Akhir sekali, cuba tengok gambar di bawah ini:
Azza Shrif & Najlaa Nor
Sungguh seperti pinang dibelah dua. Bertemu kembali teman-sebelah-meja sepanjang tempoh belajar di MRSM Pasir Salak. Bangga dua bentar. Ya, dua bentar, bukan sebentar.hehe

Semoga update ini tidak banyak menimbulkan fitnah kerana gambar semuanya posing bajet artis. Kalau loya sila tekan pangkah di hujung penjuru kanan windows anda.hehe

Wassalam.

"Perkahwinan.
Bukan satu pemilikan. Tetapi sebuah perkongsian.
Semoga dipanjangkan keturunan Nabi Adam dan Hawa, semulia-mulia agama dan secantik-cantik iman."

2 bicara mereka~:

=) said...

terima kasih bestie..sgt terharu..rindu sgt2 masa dgn kamu..insyaallah persahabatn kita akan kekal ke syurga..panjatkan doa agar kita sama2 menuju ke syurga..doakan jgk org jd isteri yg solehah buat izhar ye..terima aksih bestie..i do luv u very much!

Gadis Najlaa said...

Amin! D aminkan utk smua doa yg baik2. Smoga pshbtan dpnjgkn ke syurga, smoga diberi kjayaan dunia akhirat, dan smoga bjya mnjadi isteri solehah utk izhar. Smoga cepat beranak pinak, :)