Tuesday, February 7, 2012

Izinkan saya jadi tok kadi, pelis?

Nak baca kena senyum. ;)

Hampir sebulan kematu ber-chambering, badan pun naik lemau tak fit langsung. Cuma tak gemuk-gemuk je lah. Tapi tetap tak fit. Alhamdulillah, Allah swt anugerahkan peluang untuk turun ber-training bersama dengan bakal-bakal fasilitator berkualiti dari Politeknik Merlimau, Melaka.

The last minute call from Mdm Counselor really give me a chance to re-energize myself. Alhamdulillah. Thanks Mdm Counselor for inviting me to fill up the empty sit as a trainer though I was just replacing the sit. 

Banyak benda belajar this time. Termasuklah melakukan Flying Fox tanpa harness atau cawatnya. Hanya bergantung nyawa pada kekuatan tangan semata. Gila. Dah terbang 5-10 meter baru tersedar saya membuat kerja gila. Itupun setelah para anak buah beberapa orang melakukannya. Ya Allah, kalau mati anak orang, naya saya nak menjawab. Sumpah gila. Tak menekankan safety sungguhlah kem tersebut. 

Ada juga yang injured pada bahu semasa saya conduct beberapa module. Puncanya kerana dia sendiri pernah ada history tisu koyak pada bahu dan untuk kem kali ini, dia tak maklumkan langsung kepada saya tentang itu. Mujur terselamat selepas ada yang merawat. Gila betul.

One good thing is that para fasilitator semuanya awesome dan responsive. Tidak lemau dan sentiasa aktif. Saya mengagumi semangat seorang peserta yang bertongkat kerana mengalami kecacatan kekal. Dia mempunyai masalah saraf pada kaki semenjak kecil mengakibatkan dia tidak boleh berdiri dengan stabil dan memerlukan sokongan tongkat untuk berdiri dan berjalan. Namun apa yang mengkagumkan ialah dia sungguh bersemangat melakukan segala aktiviti water confident, lake crossing, flying fox termasuklah jungle tracking yang mencabar. Syabas! Malulah kepada kita yang sempurna yang bersifat penakut untuk mencuba.

Tak banyak gambar yang saya ambil kali ni sebab kamera yang saya bawa ketandusan bateri.heheh. 

Obstacles yang tak mencabar langsung!
Oleh kerana kegigihan berprogram, sekarang tibalah masanya untuk menyiapkan kerja ofis. Mujurlah esok masih cuti.hehe.

Dan mujur juga minggu ni saya kerja 2 hari saja iaitu pada Rabu dan Khamis kerana jika cuti saya pada hari Jumaat diluluskan, saya akan merempit ke Ipoh untuk menjadi wali pernikahan Azie. Ya, saya tahu saya tak layak jadi wali mahupun saksi. Izinkan saya jadi tok kadi, pelis?heheh

Cukuplah merapu untuk kali ini. Wassalam

0 bicara mereka~: