Wednesday, February 29, 2012

*I have few stories to be told. Please bear with me*

Nak baca kena senyum. ;)



Sejak bekerja, purata meng-update blog begitu sadis sekali. Lebih kurang 7hari se-entry. Kalau keadaan ini berterusan, nampaknya hasrat untuk menjadikan blog ini kekal bernafas sehingga anak-cucu saya boleh membacanya akan kecundang. Oleh yang demikian, haruslah bersemangat sedikit untuk terus menghidupkan blog ini. 

*I have few stories to be told. Please bear with me*

1. Ibu Tiri

Sejak beberapa malam yang lalu (since Khamis malam actually), tidur saya tidak lagi lena seperti dahulu. Kalau dulu, harimau datang tidur sebelah pun saya takkan perasan dan heran, kini tidak lagi. Kerana saya baru saya ditugaskan untuk menjadi ibu tiri separuh masa sementara ibu dan bapa kandung kanak-kanak ribena ini ber-honeymoon sesi pengantin tua di Perth. Pergh, pergi honeymoon ke? Patutlah tak bawak anak-anak. Supaya mengimbau kembali kenangan manis bercintan-cintun tanpa rengekan anak-anak. hehe.

Irdeen dan Batrisya dibawah pengawasan Umie dan Abah secara amnya. Marrissa juga begitu. Kecuali apabila tiba waktu malam, Umie terpaksa handover Marrissa untuk tidur bersama Ucu nya yang cute lagi bergaya. Memang bergaya gila. Sayalah ibu tiri paling komited dalam dunia sebab asal Marrissa terjaga je, saya pun terjaga. Dalam hati berkata, 'kalau macam ni hari-hari matilah aku. memang lebam mata masuk kerja!' (kononnya kerana tak cukup tidur)

I was hoping that hanya malam tu sajalah Marrissa akan terjaga dan merengek-rengek kerana serangan nyamuk, manakala malam-malam seterusnya besar harapan saya agar tiada serangan nyamuk dan lenalah tidur beliau. Namun harapan saya kecundang kerana, walaupun tiada serangan nyamuk mahupun beruang mahupun semut, beliau tetap akan terjaga kerana kelaparan susu. Argh, bukan senang nak bangun terpisat-pisat bancuh susu baby 10 bulan sambil mengendong baby itu turun ke dapur sekitar jam 3-4 pagi. Kalau ditinggalkan atas katil kang buatnya dia buat aksi superman, naya! 

Untuk tidak bercerita bajet bagus gila, haruslah saya buat pengakuan bahawa malam pertama menjalani tugas sebagai ibu tiri separuh masa, saya bergegas turun ke bawah dan pass botol susu pada Umie dan berdesup lari naik atas.haha. Maknanya apa? Maknanya Umielah yang bancuh susu!haha. Malam kedua dan seterusnya nampaknya ada improvement dalam skill saya. Tapi malam ini saya malas untuk melayan aksi-aksi menggoda Marrissa di atas katil, maka saya serahkan pada Abah untuk membuai-buai Marrissa manakala saya dengan asyiknya meng-update blog. Yes! Bingo. 
Yes, this is Marrissa and that's my kura-kura.

Oh, ciri-ciri ibu tiri lebih jelas ditonjolkan apabila bersama Irdeen dan Batrisya. MasyaAllah sungguh menguji kesabaran. Boleh membuatkan orang yang ada masalah tekanan darah rendah menjadi tekanan darah tinggi serta merta.hehe. Ada saja projek mengarut mereka yang menuntut bakat high-pitch Ucu yang anggun ini ditonjolkan. Tak lupa juga bakat guru disiplin memegang rotan disaksikan. Hebat. Hebat. Barulah ibu tiri namanya! 

Buat Kakanda Mellissa dan Khairol, kalau balik nanti, ada gaya macam budak-budak tu trauma, pepaham je la.haha. But dijamin bebudak ni takkan trauma mahupun fobia sebab dan immune. Yang dok marah dan dok main gelak-gelak orang yang sama, mana mampu trauma. Member kejar-kejar dan main buaian di taman pun yang ni jugak.hehe
The two-mastermind of every karut marut projects.

Nampaknya hanya boleh selitkan gambar anak-anak jelah sebab gambar ibu tiri bermain buaian terlalu cute untuk dipromosikan. Cukuplah menerima usikan manja di FB.haha. Ok, sekian cerita pertama yang tiada pengajaran. But at least, mesej yang tersembunyi ialah 'practice makes perfect'. Sekurang-kurangnya tahulah juga cemana menyirapnya bila anak-anak kecil bangun tengah-tengah malam.hehe. Dan saya terfikir satu benda. Ada hikmah Allah menjadikan ibu-bapa terpaksa terjaga beberapa ketika setiap malam untuk menyediakan susu anak. Allah sebenarnya buka peluang untuk ibu-bapa mencuri masa untuk bercinta denganNya dengan bertahajud barang seketika. Kan? *para ibu bapa boleh cuba melatih diri, dan para bakal ibu bapa boleh bersiap sedia untuk tanggungjawab ini!*

2. Pesan Abah

Tidak boleh dinafikan, kebelakangan ini saya sedikit tertekan memikirkan perihal kerja. Bukanlah workload yang menjadi masalahnya. Tetapi, attitude manusia yang menjadi cabaran terbesar saya. Menggugat semangat saya. Benar, saya tak bohong. Tak campur tolak lagi hal prinsip diri yang ter-goyang tanpa sengaja apabila berhadapan dengan situasi-situasi menggugat iman apabila berada di dalam lapangan kerja profesional yang segalanya berkiblatkan wang, duit, fulus, money dan yang sama maksud dengannya. 

Oleh kerana faktor-faktor negatif tersebut, semangat untuk pergi ke kerja juga kian luntur. Fikiran asyik bercelaru memikirkan bagaimana untuk saya enjoy dan menikmati pengalaman ini bila dalam hati ini berterabur perasaannya, fikiran berserabut dan sebagainya. Hasilnya, hujung minggu saya dibaziri dengan perasaan yang tidak enak. Memikirkan solusi untuk tidak terus membesar dengan perasaan 'bencinya aku nak gi kerja!', namun tidak juga bertemu dengan jalan penyelesaian. Maklumlah, bila berfikir dalam keadaan beremosi memang tiada solusi yang keluar membantu.hehe

Akhirnya saya angkat gagang telefon rumah, saya call Azie, call Sha, call Jannah untuk meluahkan perasaan. Dan percayalah, saya ceritakan benda saya kepada ketiga-tiga orang ini one after another. Nampak sangat gelojoh untuk meluahkan rasa sakit jiwa yang bersarang. End up, semua nasihat berkonsepkan 'sabarlah, tak lama pun.. Lagi 7 bulan lebih sikit je. You can do it.. blablabla'. Yelah, what else should I expect kan?hehe

Cuma nasihat daripada Jannah mungkin sedikit berbeza dan terasa seperti luahan demi luahan saya mendapat sokongan padu dan jitu. Dan tak lain tak bukan sebabnya adalah kerana Jannah juga mengalami situasi yang sama seperti saya!haha. Moral of the story, lu fikirlah sendiri.

Semalam balik dari kerja saya sempat meluahkan beberapa patah perkataan kepada Umie dan Abah, 'boringnya kerja. stress dengan perangai manusia! rasa macam nak berhenti je'. Lebih kurang macam tu lah. Umie kata, 'ala, tak lama dah. sekejap je masa berlalu. Kau baca je Laailahailla anta subhanaka inni kuntuminazzaliminn (Doa Nabi Yunus) selalu sampai jadi sebati dengan diri. Orang nak marah, nak buat jahat pun tak jadi'; pesan Umie. Abah pula ambil inisiatif untuk berkongsi dengan saya pengalaman dia bekerja di pelbagai tempat yang mana semuanya dia diuji dengan sifat manusia. Ok, saya dengar dan angguk-angguk. Bila seorang ayah berusia 65 tahun bercerita tentang pengalamannya dan mengharapkan kita mendapat motivasi darinya, tiada argument yang perlu ditimbulkan, sebaliknya aprisiasi diberi dan ditunjukkan melalui 'pendengaran yang baik'.

Pagi ini, masa nak ke tempat kerja seperti biasa, semasa sedang bersiap-siap dan bersarapan pagi, Abah berpesan lagi dan lagi. Banyak. Saya hanya angguk-angguk, gaya macam tak berminat tapi hakikatnya banyak yang saya heret masuk dan serap dalam otak. Antaranya, 'remember that kalau nak sagu, kena pecahkan ruyungnya, jangan ada sifat mazmumah walau macam mana pun orang buat kita, be professional and rational jangan emotional walaupun Abah tahu kau darah muda, you got the talent so don't act emotionally' dan macam-macam lagi. 

Realitinya segala keserabutan kepala dan jiwa yang berlaku pada saya hanya boleh dirawat apabila menjadi manusia yang sedar diri. Sedar diri bahawa hubungan dengan Allah pun tak baik mana, sebab tu Allah uji dengan manusia-manusia yang pelik perangainya, yang busuk hatinya. Buruk sangka dengan sesuatu keadaan walhal Allah yang mentakdirkan kita menghadapinya kerana pada Allah, itulah yang terbaik buat kita. Selalu sangat lupa sifir Allah yang jelas dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 bahawa Allah takkan memberati kita melebihi kemampuan kita. Maknanya, when He tests you, it means that you can overcome it! Haiya, tak huszu zon langsung! 

So today I went out from my house with a good spirit and new motivation. Alhamdulillah tiada sakit hati dan sakit jiwa yang melanda. Terkumat kami mulut mengulang Doa Nabi Yunus seperti yang dipesan Umie. Saya berharap sangat saya dijauhkan daripada berbuat zalim kepada orang dan dijauhkan daripada kezaliman manusia. Dan saya harap juga yang saya tak menjadi manusia yang sedar diri hanya bila rasa kecewa bersarang di jiwa. Nauzubillah.
My Man, oh my man!

Kesimpulannya, dunia ini memang mencabar. Bukan kerana ia adalah dunia yang disifatkan sebagai mengalpakan, tetapi kerana manusia yang mengalpakan. 

Saya selalu rasa kecewa dengan diri sendiri sejak bekerja ini kerana terasa seperti terpaksa menjadi Fateen Najlaa yang lain. Jelas sekali di firm tempat saya bekerja, saya bukanlah Fateen Najlaa yang gila-gila, yang huru-hara yang petah berbicara. Cukuplah saya sekadar menjadi Fateen yang hanya bercakap apabila perlu. hehe. Dah terlalu banyak bercakap di waktu tiada keperluan pun sebelum ini. 
But it's okay, we need a change, sometimes. Jangan lupa berpegang kepada tali Allah di setiap masa dan ketika. 

3. True friends never say Goodbye.

Dalam kepayahan mendayung sampan kehidupan waktu ini, saya tetap bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah swt dengan sahabat-sahabat yang ikhlas dan jujur dan memberi semangat serta sudi menghulurkan bicara-bicara motivasi. Sebenarnya, tidaklah 'hina' manapun pengalaman yang saya rasai waktu ini cuma mungkin tekanan yang saya rasa itu sedikit berlebihan kerana 'apabila hati dah tak suka, payah benar nak memaksa'. Walhal taklah teruk mana.

Secara logik dan waras akalnya, saya masih boleh membuatkan diri sendiri positif jika saya mahu. Tapi kali ini terlalu banyak alasan yang Syaitan hulurkan kepada saya. Cisnan kau Syaitan! 

Namun begitu Allah masih dan tetap sayangkan saya dengan menghantar askar-askar wataniah bergelar Sahabat Sampai Syurga untuk terus meniupkan semangat kepada saya. Kamu, kamu, kamu, kamu dan banyak lagi kamu nya, hanya Allah yang bisa membalas jasa kalian. I can't say how much I appreciate you people. Terima kasih di atas kepercayaan kamu ke atas diri yang kerdil lagi hina ini. 

Dan semoga persahabatan kita kekal sehingga ke Syurga dan ya, true friends never say Goodbye walaupun masing-masing dah melalui fasa hidup yang berbeda. 

4. Motivasi datang dari dalam diri.

Akhir sekali, perkongsian dari saya untuk saya dan semua. Dalam setiap masa kita mengalami kejatuhan motivasi diri, kita selalu fikir untuk mencari kembali motivasi diri dengan meminta nasihat dan motivasi daripada si polan A, B, C dan ramai lagi dengan pelbagai cara. Kita telefon kawan, kita SMS sepupu, kita email kekasih, kita pos surat kepada sahabat, kita PM FB kepada ex-housemates, kita Tweet orang yang kita percaya dan macam-macam lagi. Tujuannya cuma satu, untuk mendapatkan motivasi.

Tetapi percayalah, carilah motivasi daripada sejuta pakar motivasi ternama dunia sekalipun, kalau bukan diri sendiri yang hendak memotivasikan diri sendiri, kita takkan termotivasi. Pokok pangkalnya, motivasi datang dari dalam diri, bukan daripada orang lain. Kerana kita yang perlu membuka hati untuk menerima nasihat, kita yang perlu buka minda untuk digest segala nasihat, kita yang perlu bertindak membuat perubahan dalam tindakan dan kitalah penentu masa depan diri sendiri. 

Ya, motivasi datang dari dalam diri sendiri.
Wassalam.

Akhir kata;
" Orang yang berjiwa kecil, dia melihat masalah kecil sebesar-besar masalah. 
Manakala orang yang berjiwa besar, dia melihat masalah besar sekecil-kecil masalah."

Saya mahu jadi orang berjiwa besar, anda bagaimana?

6 bicara mereka~:

.AtiqahZulaikha. said...

semenjak dua menjak ni ramai yang menakutkan saya dengan kisah lprofessional sebagai lawyer mahupun pengalaman chambering. haha.

*terserap jugak cuak.

Campus Hero said...

Hai Mama Tiri. Cute betul lah mama tiri ni. Nak nombor tepon boleh? haha.

Motivasi dtg dr dlm diri. Tapi sometimes, we really need someone utk pull out motivasi dr dlm diri kita ni kan. That what I feel now trough out perjalanan KKB yg kurg dr sebulan je lg ni.

KF, now I feel what did u feel before. Menjadi org yg di atas bukan semudah yg disangka. Tabik spring dua2 belah tgn utk KF. :P

Gadis Najlaa said...

Sungguh pantas sekali kalian mengomen!

Atiqah, dont worry too much. Just perform well inur studies. Jgn la terganggu dgn penceritaan org lain. U urself hv to experience sendiri. Baru cool. I might interpret my experience as somethg not nice, but u might enjoy urs!

Gadis Najlaa said...

Memel, agree on the part yg kadang2 kta perlukan org lain utk menarik keluar motivasi dlm diri kita, setujulah! Tabik hormat dua tangan!hehe.

Great power comes with great responsibility, bro. At least u feel it. Congrats for that. :) be tough. This is a learning process. No tabik2 for me. Semuanya Allah pinjamkan. :)

Nora Bahari said...

cerita ttg chambering, aku takut jap. semoga tabah wanita kuat!

Nurzafirah said...

salam sister...i miss u so0o0o much =)...akk, cuba try pagi2x before pergi keje...setkan niat...nak pergi keje just because of Allah...nak chmbering kan? nk tuntut ilmu kn? biasalah akak...kerja..kadang2x ok..kadang2x x ok...lepas setkan niat kerana Dia...apa pun cabaran yg dtg..terima..yg baik ambil yg x baik jgn ikut...=) ok latue kan ? at least dah setkan niat bcz of Allah...so hati x rasa x best ke...x betul ke..sbb kita dah set niat kerana Allah..so apa Dia bagi kita terimia...=) tue jer...=D