Thursday, February 23, 2012

Hampir 2 bulan *merana*

Nak baca kena senyum. ;)


Ada orang kata, ‘cepat masa berlalu, sekejap je dah nak masuk 2 bulan kau chambering!’. Tapi saya sendiri berkata, ‘sekejap? Naik kematu aku tunggu 9 bulan ni habis oi oi oi!’. Hehe

Sungguhlah, mencabar benar aktiviti memangkah 'X' pada calendar untuk setiap hari-hari ‘seronok’ yang dilalui sepanjang Chambering ini. Apa yang tak best sangat pun saya tak tahu tapi yang saya tahu, there’s nothing special or interesting about my chambering period. Other than kawan-kawan se-chambering yang tak sombong dan very helpful, tiada lagi yang istimewa.

Tapi ada bagusnya juga bila perasaan tak seronok ini menguasai diri. Setiap hari saya akan memotivasikan diri sendiri dengan berkata kepada diri sendiri kata-kata positif bahawa, ‘relax lah Fateen. 9 bulan sekejap je. Jangan banyak fikir bukan-bukan. You will go thru this dengan awesome sekali!’. Hehehe.

Telah beberapa kali motivasi pagi daripada Radio IKIM (yang selalu saya dengar waktu balik kerja ketika diulang dengar) seperti menghantukkan diri sendiri ke dinding dan terkena batang hidung sendiri segala motivasi itu. Sengih sendirian bila mendengarnya. Alahai kalau tak sedar diri lagi tak tahu le.hehe

Alangkah indahnya kalau setiap minggu boleh terus berkecimpung dalam bidang ‘program/persatuan’ seperti yang selalu dilakukan ketika zaman university. Mengerah otak untuk menghasilkan program yang tinggi kualiti dan bermanfaat lagi seronok daripada memerah otak membuat research on law principle dan case law hari demi hari. Dan menganjurkan program lebih seronok dan mengujakan daripada menghadap kertas-kertas kausa kes-kes saman menyaman manusia yang kaya raya. Semuanya lupa bahawa apa yang disaman yang berjuta-juta nilainya tak terbawa masuk ke kubur jua nanti.

I thought being a litigator will be something interesting but I was wrong. However, I would never regret for jumping into the law school, though initially I was a science stream student. The legal educations that I have so far really made me feel awesome.hehe.
 
Beberapa minggu ber-chambering adalah cukup untuk membuatkan saya menukar keputusan daripada being a practitioner kepada merelakan diri dikerah Telekom Malaysia. Ada hikmahnya juga apabila ketidak-seronokan ini dirasai. Ia mengajar saya untuk tidak menjadi ‘si kacang yang melupakan kulit’. Sejujurnya, memang ada dalam perancangan asal saya untuk tidak berkhidmat untuk TM selepas chambering sekiranya saya merasakan chambering ini benar-benar menyentuh jiwa dan raga saya. Malang sekali, dunia  peguambela dan peguamcara yang sedang dilalui dan diperhatikan sekarang ini tidak menambat hati, jauh sekali menggoda jiwa.

Semua ini doa orang tua. Sebelum saya memulakan chambering, Umie ada menyebut, “apa nak susah-susah. Pergi je lapor diri kat TM tu..”. Mendengarnya saya lantas panas hati. Ada ke patut? Biarlah dirasai chambering dahulu!hehe. Masa tu tunjuk hero, like I can do whatever I want. Keegoan itu bertambah apabila mendapat sokongan Abah yang sekapal, yang mahu melihat saya melalui dahulu chambering. Anyway, saya memang nak buat chambering because I want the qualification as an Advocates & Solicitors sungguhpun nanti tak practice.hehe. This is due to the fact that, saya tak nak practice dalam masa terdekat, dan tak nak dalam bidang mengejar duit ini semua.

Walau bagaimanapun, manalah tahu satu hari nanti (yang tak tahu bila) saya boleh jadi legal practitioner yang pakar dalam urusan keluarga dan undang-undang berkaitan kanak-kanak dan juvana, kan? Masa itu bila nak practice tak jadi tersengguk-sengguk lagi sebab dah memang qualified as a lawyer, tinggal lagi nak renew practicing license saja.
Sesungguhnya, inilah impian saya.

Beberapa hari lepas (atau mungkin seminggu yang lalu), ketika sedang melepak di ruang tamu bersama Umie dan Abah, Umie menyebut; “Sebenarnya, Umie tak suka sangat anak Umie jadi lawyer..”. Mendengarnya saya tersengih dan bertanya, “Dah tu, kenapa bagi anak amik law?”.hehe. Umie sengih juga dan berkata, “Sebab anak Umie nak sangat-sangat amik Law. Suruh buat Sains dia taknak, benda lain semua dia taknak..”

Sekali lagi mendengar jawapan Umie saya senyum lagi. Memang betul pun apa Umie kata. Tapi saya sempat juga clearkan mentality Umie Abah saya dengan berkata, “It’s okay. We have to be positive. Belajar undang-undang tak semestinya kena jadi lawyer. Banyak lagi cabang kerja lain yang boleh dibuat. Legal Advisor ke, Lecturer ke, macam-macam lagi”. Betul tak? Betul, kan? Menjadi law lecturer adalah salah satu target masa panjang saya. Cuma buat masa sekarang kena hold dulu sebab kena tambahkan ilmu saya dengan belajar lebih tinggi lagi, kena kutip pengalaman sana sini lagi, kemudian barulah boleh dan layak berkongsi ilmu bersama pelajar. Cuma masa tu nanti kena banyak mengingatkan diri supaya bila mengajar jangan banyak merapu seperti selalu.hehe

Memanglah kita hanya merancang, Allah swt yang menentukan semuanya. Tapi tak salah untuk memasang angan-angan yang kemudiannya memandu kepada sebuah, dua buah, tiga buah, berbuah-buah cita-cita. Yakin boleh. Selagi segala yang baik diniatkan kerana Allah swt dan agamaNya, insyaAllah dipermudahkan dan diperluaskan jalan peluangnya.

Sejak bekerja, blog pun dah jarang update. Bukan dah tak minat cuba tak sempat nak menyelit waktu. Bila balik rumah lepas kerja, rasa tak sanggup untuk menghadap laptop lelama sebab sesungguhnya waktu tidur itu sangat nikmat. Quality time bersama keluarga juga harus dikejar dan dihargai. hehe.

Minggu ni sejak Isnin, Selasa dan Rabu, saya score goal balik on time. Tak de maknenye saya nak stay back kat ofis ni. hehe. Melainkan kalau terpaksa. Sgt beruntung minggu ini tiada kerja bertimbun yang memandang manja dan menuntut perhatian dan pengorbanan masa saya, maka lebih baik balik awal!hehe.

Jadi, dalam tak suka tak suka pun chambering ni, masih bersyukur kerana kerja saya tidak segila dan semerana chambering student di firm lain. Ala, kat mana-mana pun tetap ada pros and cons.

Di firm ini, saya membawa watak 'si lurus yang dungu'. Untunglah tak ada siapa tahu betapa saya manusia yang banyak cakap, yang banyak buat lawak bodoh, yang banyak berkomunikasi dengan orang luar dari pelbagai latar belakang sebelum ini. Like, do I care?hehe.

Maka, jelaslah bahawa itu adalah simptom betapa saya tidak seronok dan bahagia menjalani chambering ini. Maka natijahnya, I tend to be a different person.hehe

Cukup setakat ini. Esok lusa, tulat, tahun depan saya mengarut dan membebel lagi.
Wassalam
Mahu jadi lady lawyer?

p/s: I miss the 'active world' so much. Kalaulah boleh ku kembalikan keseronokan dahulu.
p/ss: Semalam sempat berkongsi perasaan dan cerita dengan Jannah. Untungnya kami merasai perkara sama!hehe

4 bicara mereka~:

Noli@Ibu Wafa said...

salam macik aten..hehe..jadi si lurus yg dungu?bkn karektor kamu tuh..hehe..
.
biarpon sepanjang mn karutan dan bebelan..sy sedia mmbaca..sbb terselit isi berguna dan pengajaran..;)
.
tq..teruskan mengarut..hehe..

Campus Hero said...

KF oh KF. Kf ni memang KF lah. saya boleh nampak yang KF sudah mula jatuh hati pada chambering. Teruskan meneroka dan menjelajah dunia chambering walaupun dengan karakter yang lain dr KF di MMU. Tapi percayalah, bila dah keluar nanti, mesti KF rasa rindu dendam pd chambering tu. rindukan bos yg macho lagi bergaya. haha.

Gadis Najlaa said...

Salam ibu wafa aka anak sedara yg lebih tua.hehe

Thanks sudi membaca bebelan. Akan terus menerus mengarut. Teruskan menjadi ibu mithali! Hehe

Gadis Najlaa said...

Campus hero aka memel, byk la awk punye rindu bos yg macho bergaya, wekk. Langsung x. Tp kepayahan ini satu anugerah juga. Jadi, x mustahil sy akan merinduinya nanti. :)