Monday, January 30, 2012

Welcome to the age of 25, Najlaa!

Nak baca kena senyum. ;)

Bagaimana pantas masa terbang, ya? (buruk bunyinya!). How fast time flies, huh? Pejam celik pejam celik, ingatkan boleh kekal muda remaja rupa-rupanya, tidak. Masa bergerak begitu pantas sekali sehingga diri ini terpaksa menerima hakikat bahawa usia bukanlah sekadar angka. Tetapi usia seharusnya melambangkan kematangan dan kemajuan diri dan hidup. Benarkah?

25 tahun yang lalu, saya telah dilahirkan. Dilahirkan secara normal, setelah 9 bulan dan entah berapa hari menumpang di dalam rahim Bonda/Umie terhormat, Puan Hajjah Fatimah Binti Long Bin Tahir pada usia bonda menjengah 36 tahun. Bukan sekadar menumpang rahim malah mengharap simpati dan belas ihsan Umie untuk terus menyalurkan zat makanan dan minuman yang diambilnya kepada saya. Mungkin kalsium dan segala zat telah saya sedut tanpa belas ihsan, manalah tahu kalau-kalau ada gigi-gigi Umie yang mulai goyang apabila mengandungkan anak kelimanya ini. 25 tahun dahulu saya dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pada asalnya kedudukan saya songsang di dalam rahim Umie sehingga memerlukan tindakan pantas doktor dan pasukan untuk mengeluarkan saya dari rahim Umie secara 'bedah' tetapi pada pagi hari yang mana pembedahan sepatutnya dijalankan, saya telah membuat aksi gimnastik, berpusing dan meletakkan kepala saya di bahagian bawah rahim Umie . Menandakan, tiada lagi kedudukan songsang dan tiada perlunya lagi pembedahan. Maka, menunggulah lagi beberapa hari lagi untuk saya benar-benar layak melihat dunia. Ucapan terima kasih saya yang pertama buat Umie saya kerana berjaya meneran dan terus meneran sehingga saya beroleh peluang melihat dunia setelah selesa dan senang dan tenang menumpang di rahim Umie . Dalam erti bicara lain, terima kasih Umie kerana melahirkan Aten ke dunia, 25 tahun dahulu. 

Terima kasih kedua adalah buat Ayahanda/Abah, Kapt. (B) Mohamad Nor Bin Hj. Hitam Bin Mohd Nor Bin Engku Dom Salom (if I'm right) Bin Raja Ali (if I'm right again)  Bin Raja Muat (and if I'm right again) diatas kecintaan Abah untuk membesarkan keluarga dengan mempunyai anak yang ramai dan ramai dan ramai. Adalah jelas lagi terang bahawa tanpa kamu, tiadalah diriku di dunia. Terima kasih for the excitement that you've shown during my delivery 25 years ago. Terima kasih kerana menjadi hero Aten yang pertama yang meng-iqamat-kan Aten di telinga dan menjadi khalifah Allah yang pertama mengajarkan Aten kalimah-kalimah keagungan Allah swt. Allahuakbar Allahuakbar. Abahlah yang memperdengarkannya di telinga Aten.

Terima kasih ketiga buat Umie dan Abah secara bersama kerana kerja keras dan susah payah yang ditempuhi demi membesarkan dan mendidik saya (dan adik-beradik yang lain). Saya tahu bukanlah sesuatu yang mudah dalam memikul tanggungjawab membesarkan dan mendidik amanah Allah ini dan saya benar-benar mengagumi dan menghargai usaha kalian berdua. Hendak disenaraikan segala apa yang telah diperjuangkan oleh kalian di sini namun saya tak mampu. Terlalu besar pengorbanan dan usaha yang telah kalian lakukan. Bergolok bergadai bukanlah sesuatu keanehan demi memastikan anak-anak cukup makan, pakai dan tak tertinggal dalam pendidikan. Sakit dan lelah bukanlah sesuatu kepelikan dalam mengajar dan mendidik anak-anak agar kenal apa itu baik apa itu jahat, apa itu halal apa itu haram, apa itu ibadah dan apa itu maksiat dan semuanya. Dan semuanya tak terbayar dengan penulisan ini mahupun dengan wang ringgit. Semoga Allah swt membalasnya dengan menempatkan kalian berdua dan kita semua di SyurgaNya yang abadi, kelak.

Terima kasih keempat saya selepas Umie dan Abah, adalah buat adik-beradik yang cukup dihormati dan disayangi kerana Allah swt. Buat kakanda-kakanda saya; Kak Yong, Kak Anne dan Kak Chik (tak kuasa nak taip nama kalian pepanjang) yang cukup sinonim dengan motto 'budak-budak main jauh-jauh' satu masa dulu, terima kasih kerana menjadi contoh yang baik untuk diri ini dalam mengenal diri dan menyedari bahawa hidup ini bukanlah untuk mewah dan kaya, tetapi hidup ini adalah untuk mendapat restu ayah bonda dengan redha-Nya. Dunia perlu tahu bahawa kakak-kakak saya adalah role-model buat saya yang serba serbi gila dan tak matang-matang ini (hoi, bila nak matured ni?). Dan dunia perlu tahu bahawa kakak-kakak saya adalah references saya dalam saya mengambil tindakan. Oleh itu, terima kasih para kekanda manis semua. 

Buat kakanda 'lelaki' ku, Abg Shah (yang jarang ku panggil abang), terima kasih kerana menerima kehadiran diri ini dalam keluarga dengan jiwa terbuka walaupun tatkala itu usiamu baru mencecah 3 tahun 6 bulan, tatkala dirimu masih senang bergelar si lelaki tunggal dan si bongsu di dalam keluarga. Terima kasih, abangku! Terima kasih kerana menjadi 'my man' sepanjang masa. Terima kasih kerana menzahirkan sifat heromu selalu yang menjadikan diriku senang dan tenang di dalam 'protection' seorang abang sepertimu. Sepanjang diriku membesar dan terus membesar, sesungguhnya rasa bangga selalu menemani jiwa apabila memiliki abang sepertimu. Walaupun kita berbeza dari segi ideology dan methodology, tetapi kita selesa bersama. 

Dan buat adinda tunggalku, Ijam, terima kasih kerana melengkapkan diriku. Kamu sebenarnya yang telah mematangkan diri ini secara perlahan-lahan. Kamu sebenarnya yang menjadi pemangkin agar diri ini menjadi contoh kerana kehadiran kamu menjadikan diri ini sedar bahawa 'aku punyai adik yang perlu aku tunjukkan contoh terbaik'. Paling penting sekali, kamulah punca segala punca yang menjadikan diri ini lengkap memiliki perasaan, rasa dan tanggungjawab sebagai seorang kakanda. Andai kamu tiada, barangkali diri ini akan terus selesa dan senang dan hanyut dalam buaian rasa bangga sebagai seorang si bongsu. Oleh itu, terima kasih kerana memupuk jiwa seorang kakak dalam diri ini sejak 18 tahun yang lalu. Percayalah, selama 18 tahun ini juga, saya bangga membawa gelaran kakak kepada seorang adinda bernama kamu.

Secara keseluruhannya, saya bersyukur kepada Allah swt kerana telah mengurniakan saya segala nikmatNya yang tak terdaya saya senaraikan satu demi satu kerana terlalu banyak.

Semoga usia baru ini menjadikan hidup saya lebih bermakna, semoga saya mampu terus berjuang demi kehidupan berstatus 'hamba' ini. Besar harapan agar tahun ini dan tahun-tahun seterusnya menjadi tahun gemilang untuk saya terus mencapai jaya di dalam dunia dan akhirat seterusnya. Terima kasih Ya Allah di atas anugerah kehidupan terindah ini.

Tiada apa yang mampu di-complaint-kan kerana hidup ini hanyalah atas belas ihsan Dia semata-mata. Syukur. Welcome to the age of 25, Najlaa!
Satu-satunya gambar yang dimiliki yang dicaptured ketika usia menjengah 25. Tudung baru dapat tu. Bau kedai tak?hehe

Wassalam

2 bicara mereka~:

ladyLOVESleisure said...

you know we love you very very much Xxx

Gadis Najlaa said...

i love you guys very very much too!