Nak baca kena senyum. ;)
Percaya atau tidak, memasuki minggu kedua ber-chambering, saya tetap dan masih merasakan bahawa 'oh betapa it is so no fun' berada di dalam bidang ini. Atau mungkin bukan bidang ini yang patut dipersalahkan, tetapi environment yang tidak menceriakan. Atau mungkin, saya yang patut dipersalahkan kerana terlalu slow dalam pembelajaran kehidupan. Mana-mana pun tak kisahlah.
Pertama sekali, saya tahu adalah tidak adil untuk saya membuat kesimpulan terlalu awal bahawa bidang ini tidak menyeronokkan. Kita lihat, adakah nanti setelah beberapa bulan saya akan tukar pandangan saya.hehe. Saya mengalami masalah 'timid' di tempat kerja saya. Ya, dengan tak malu saya mengakuinya. Barangkali kerana environment kerja saya berbeza di mana kurangnya Melayu di department saya. Tiada Melayu dari kalangan chambering student dan lawyer di department saya kecuali saya. Ya, saya Melayu.
Baiklah, saya pasti akan dipandang serong dengan kenyataan ini. Wait se minit. Saya bukan racist. Tidak pernah menjadi racist pun. Cuma, dah terbiasa hidup bercakap banyak berlawak bodoh versi bahasa melayu, maka bila terpaksa tune mencari lawak pandai berbahasa inggeris, di situlah wujudnya kepayahan. Hanya Allah yang tahu. Tambah-tambah lagi, bekerja di bawah bos-bos berbangsa Cina yang majoritinya memegang prinsip, cepat, pantas, no besok-besok I want it now, I don't care it's not my problem and so on benar-benar menambahkan ketakutan saya di alam pekerjaan ini.
Hari ini bos saya tidak memasuki ofis. Cara tak? Sure saya free kan? Mestilah tak sebab dia memberi kerja melalui telefon dan email. Dan apabila saya kematu gagal mendapatkan jawapan tentang segala persoalan dan kerja yang diberi, saya hilang pedoman barang seketika. Lagi hilang pedoman bila email saya tak di-reply dan call tak berangkat. Sungguh ku rasa seperti nak pecahkan mangkuk tandas.hehe.
Apa-apa pun, inilah dunia pekerjaan yang perlu ditempuhi. Adalah sangat keanak-anakan untuk saya menyenaraikan segala complaint saya di sini. Tapi, izinkanlah sekali sekala saya membebel seperti mak nenek yang hilang pedoman.hehe
Suasana bekerja ni semuanya nasib. Saya percaya semua ini didikan Allah swt. Kawan A mungkin terlalu selesa dan seronok melalui zaman chambering mereka kerana bos yang sempoi dan firm yang sedang-sedang saja workload nya. Kawan B pula mungkin kurang selesa dengan firm nya tapi beruntung kerana benar-benar diajar step by step tentang sesuatu perkara yang diminta untuk diselesaikan. Kawan C pula mungkin beruntung kerana tidak pernah dimarahi bos, mendapat elaun yang banyak tetapi mungkin tidak bernasib baik apabila tidak diajar step by step dan selalu dibiarkan kebuntuan menyelesaikan sesuatu task. Ya, kesimpulannya semuanya nasib. Allah didik kita dengan cara yang berbeza.
Entry kali ni kalau kak yong saya baca, mampus saya kena titik dan kena kaunseling. Heh. Tak kisahlah. I believe that every person has the right to express.hehe
I do not have a valid reason for not enjoying 'this working environment' thus far. Nak kata dah kena maki dengan bos, rasanya belum. Tapi rasanya akan dimaki esok. Tapi, ada aku kesah? haha. Nak kata letih tempat kerja jauh, tak pun. Dekat je. Nak kata officemate ketiak hangit bau bangla pun tak juga. Nak kata stress kerja banyak balik pukul 12 malam pun tidak juga.
Cuma mungkin kerana saya selalu dibiarkan terpinga-pinga. Contohnya hari ini, saya perlu buat research pasal Bill of Costs. Ingatkan pasal Taxation rupanya bukan juga. Alih-alih dikatakan ada kena mengena dengan Legal Profession Act yang boss sendiri tak tahu section berapa. Akhirnya satu hari saya stress membuat research yang langsung tidak menguntungkan. Adakah ini keindahan dunia undang-undang yang selama ini saya fikirkan?haha
Anyway, i love reading law. Belajar undang-undang adalah satu dunia yang sangat menakjubkan. Pada pendapat sayalah. Kerana apa? Kerana saya benar-benar merasakan law is an art. Belajar undang-undang juga satu seni. Being a legal practitioner is an artist lah kalau camtu kan? But.. Err..
Alkisahnya sebelum saya memulakan chambering, saya benar-benar pasti (kononnya) yang saya mampu pergi jauh dalam area of Litigation. Jadi peguam yang keluar masuk court, prepare submission, meeting clients and blablabla. Tetapi hari kelima saya bekerja, bermeeting dengan seorang client selama 3 jam setengah telah mula membuatkan saya terfikir, 'are sure that you want to go with this for real??'. Kenapa berfikiran begini? Simpan dahulu sehingga tamat chambering.hehe
Sebelum start chambering saya juga bercita-cita besar (kononnya) untuk practice as a legal practitioner to gain experiences so that 1 day I can be a good lecturer. Siap fikir kalau ada rezeki lebih boleh cabut dari Telekom Malaysia, kalau banyak duit bayarlah balik. Hakikatnya, jangan beranganlah! Sekarang ni je da rasa macam, kalau masuk TM terus pun bagus. Tak payah nak bekerja dalam rasa bersalah! Boleh balik on time. Boleh kahwin cepat, jaga anak elok-elok.haha. Tetiba je.
Walau apa pun bebelan saya, terimalah bahawa ini bebelan mak nenek yang hilang pedoman untuk hari ini. Saya cuma harap saya diberi kekuatan untuk melawan rasa lemah dan takut saya. Walaupun belajar undang-undang 5 tahun, bila buat chambering rasa macam apesal aku tak ingat satu apa pun yang aku belajar??hehe. Tu maknanya masa belajar dulu, banyak berangan. Yezza.
Sebagai seorang Muslim, adalah satu bonus kalau saya dapat bekerja dalam 1 persekitaran yang menyokong nilai-nilai Islam. Barangkali, hati saya kurang happy kerana setakat ini bukan persekitaran Islam yang sedang saya gauli. Moga Allah beri saya kekuatan.
Moga Allah beri saya ketenangan hati.
Sabtu lepas saya ke briefing utk DSLP. Basically kalau di KL dan Selangor, DSLP is a requirement for us to be a qualified Syariah practitioner. Ada orang tanya; "Kau nak jadi syarie lawyer ke yang kau nak ambik DSLP ni?"
Jawapan saya, sejujurnya saya kurang pasti dengan plan tentang itu. Tetapi, saya fikir sebagai Muslim yang belajar undang-undang, adalah memalukan andai saya tidak mendalami undang-undang agama Islam, agama Allah swt, agama saya sendiri.
The fee is not cheap at all. But as what my Kak Yong said, 'kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya'. Jadi kalau tak usaha cari duit mana nak dapat duit nak bayar fees. Kalau tak rajin nak take the challenge, mana nak tahu langit itu tinggi ke rendah. Mana nak tahu kita mampu ke tak.
Saya terjumpa Mr Hasbullah, lecturer semasa Foundation dulu di briefing UIAM tempoh hari. Sesungguhnya, to have a simple chit chat with him sedikit sebanyak menenangkan hati dan menguatkan semangat saya untuk bergelar pelajar dalam masa membuat chambering. Aura positive seorang lecturer itu sangat hebat.
Setakat hari ini saya bercita-cita untuk lekas menghabiskan chambering saya. I was born to read law but maybe not to be a .......... Whatever. Kecelaruan identiti seketika.hehe
Hidup bukan untuk menjadi kaya harta. Tetapi untuk menjadi kaya pahala.
Hidup bukan untuk diteroka membuta tuli. Tetapi untuk kaji sejauh mana agama diambil peduli.
Saya tidak mahu prinsip saya larut dalam arus keadaan. Saya mahu keadaan yang mengikut prinsip saya.
Tengoklah sejauh mana kita boleh pergi. Kalau tak berjaya di dunia ini, moga kejayaan menjadi milik saya di akhirat nanti.
Demam dah beberapa hari menemani diri. Sambil demam masih bekerja masih keluar pergi briefing etc etc. Demam kus kus. Wabak demam kali ni bahaya kerana selepas Umie di serang, makcik saya diserang, Abah juga, saya juga. Dan kini hari ini Irdeen, Batrisya dan Abg Kerol (suami Kak Chik) are all admitted to Ampang Puteri sebab demam. See, how bad the wabak is, kan?
Baiklah. Menulis tidak juga menenangkan fikiran. Baik tidur.
Wassalam

6 bicara mereka~:
Babe, you are not alone in this, this is my 3rd week, tho aku dah start suka, tapi still ada feeling cmtu jugak. We're not literally on the same boat, tp ada lah sket, btw best briefing dslp? i thought of taking it up tp melihatkan work load aku skrg takut jugak, nnti tak dpt study betul2. Dont worry, may Allah show us the light. <3
Hi babe. I believe that u enjoyed your 3rd week, aite? I know u will rock this legal world. Pray hard.
The briefing was ok lah. It was not only for DSLP but for other LLM courses as well. If I take it up, d class will be on Saturday. Course setahun setengah. ;)
Haha i love reading laws too :)
Jauh lagi perjalanan nak ke chambering, tapi madam dah suruh melawat court. Dia kata court bosan. Kalau dah tengok still nak masuk court, baru go on. haha.
good advice from ur lecturer, dik. ;) all d best. just do it. be awesome. ;)
Good experience
hanyalah seorang blogwalker yang kebetulan terbawa ke ur blog. good luck with ur pupilage, mmg kena byk sabar, n jgn takut utk membawa haluan sendiri sbb dlm bidang ni, kita yg perlu mencorak our own niche practice area, don't let others dictate.
Post a Comment