Thursday, January 26, 2012

Inferens: 3 minggu ber-Chambering




Bekerja di musim perayaan ini sungguh awesome sekali. Terasa seperti kenyang memakan gaji buta. Setakat duduk melanguk di meja ofis, pandang kiri pandang kanan, kelip-kelip mata, angkat-angkat kening dan taraa! Kringg! Waktu balik pun tiba dan terus berdesup balik. Hehe. Oh. Awesome gila rasanya.

Saya berpendapat, perasaan awesome ini hanya boleh dikecapi di musim perayaan tahun baru cina ini apabila anda dan saya bekerja di dalam syarikat atau firma yang Chinese based. If you are working in a Malay based or Indian based company, I think you will not enjoy the awesome feeling as what I am enjoying.hehe. Ataupun sekiranya bos anda adalah seorang Cina yang menyambut Hari Raya Cina dengan penuh bersungguh-sungguh, maka anda bernasib baik seperti saya.

Cerita Semalam

Hari ini saya tidak makan gaji buta seperti semalam. Semalam, secara tak sengaja saya telah datang awal ke ofis kerana traffic yang ‘ah-cunnya!’ sekali. Jadi apa yang saya lakukan ialah, parking En.Viva seperti selalu, dengar radio IKIM lama sikit, baca maathurat satu round, pandang kiri pandang kanan, terasa rugi minyak kereta kerana tidak mematikan enjin dan terus masuk ofis. Hehe. Kemudian lebih kurang hampir 11 pagi saya keluar dari ofis. Saya ke Bar Council dan KL Bar untuk serve borang 3, 4 dan 5 saya. Dengan gigih saya pasang tekad untuk tidak menaiki En.Viva. Saya naik LRT. Sumpah banjir ketiak. Cisnan betul. *Sempat juga saya ke Menara Maybank dan apply ASB Loan dan lunch bersama Kak Chik.kehkeh*

Selepas kekenyangan (sebelum waktu lunch yang sepatutnya), saya pun bergegas pulang menaiki LRT kembali. Saya sampai di ofis sewaktu orang ofis lunch. Nampak macam saya tak pergi lunch kan? Pandai betul saya berlakon.hehe.

However kegembiraan saya semalam hampir mati apabila melihat lampu bilik bos saya terbuka selepas saya naik daripada Solat Zohor. Dan bila saya lalu, saya melihat beliau di dalamnya. Ah. Kecewa. Baru nak berenjoy-enjoy. Hehe. Saya teruskan lakonan duduk di meja seperti biasa, menunggu juga kalau-kalau bos nak bagi kerja, tapi nampak gaya macam tiada. Jadi, tepat 630pm, apa lagi yang perlu ditunggu, terus berdesup!hehe. Lagipun bos masuk ofis kejap je.hehe. I was in a real dilemma yesterday. Berkira-kira, ‘should I ask for works or shouldn’t I?’. Berbekalkan semangat waja untuk balik on-time, saya hanya duduk dan menunggu kalau-kalau ada yang nak suruh saya buat apa-apa. Dan malang sekali tiada.hehe. Kesimpulannya semalam memang saya goyang kaki lenggang mak limah semata-mata. I love being Malaysian. So many celebration!hehe

Cerita Hari Ini

Hari ini, saya pergi ofis sedikit lewat. Hanya keluar dari rumah apabila jarum jam menunjukkan 9.00 pagi.hehe. Sekarang ni pagi-pagi rutin Umie ialah menyediakan breakfast, memanggil-manggil saya dari bawah dan bertanya “Aten, dah siap ke belum?”.hehe. Untung badan bekerja dekat dengan rumah, duduk dengan parents pula tu. Tu pun still nak complaint banyak. Haish. Tak bersyukur. Rutin Umie juga tetiap pagi ialah memberikan kata-kata perangsang agar saya merasakan awesomenya bekerja. Contohnya, “Starts your day with a smile”. Atau “enjoy working ya!”. Atau paling syahdu sekali Umie kata “I don’t mind of you do not want to practice in the future. But make sure you completed your chambering. It’s just 9 months..”. Aww. Awesome kuasa kuda.

Jadi, saya tiada pilihan lain selain daripada mempositifkan diri setiap hari apabila pergi kerja. Menghitung hari bila 9 bulan nak tamat juga adalah favourite saya setakat ini. Inilah satu-satunya sesi ‘countdown’ yang menyeronokkan dalam hidup saya.hehe. Dengan bangganya, saya kini telah 3 minggu bekerja. Tinggal lagi 8 bulan 1 minggu. Hehe

Hari ni kurang sikit peratusan makan gaji buta kerana saya pagi-pagi bila masuk ofis, cek email, ada hadiah dari bos. Hadiah suruh buat kerja sikit yang nak urgent sebelum lunch. Haish. Dalam dunia legal practice ni, tiada yang tidak urgent saya rasa.hehe. Alhamdulillah I managed to submit it to him before lunch via email. Hehe. Bos, I know I am bad at research. But at least gimme one star for submitting the ‘so-called urgent’ work on time.hehe

Inferens: 3 minggu ber-Chambering

Inferens tu ape eh? Kesimpulan ke? Dulu masa belajar sains selalu guna perkataan ‘Inferens’, ‘Hipotesis’ dan sebagainya. Sekarang mahu guna juga.hehe
Sepanjang 3 minggu bekerja, 2 minggu yang tiada motivasi dan semangat diri dan 1 minggu yang penuh semangat (kerana bos tiada dan enjoy gila) saya membuat kesimpulan bahawa selama ini saya yang kurang bersyukur. Pertamanya, saya memang tak suka berada di dalam environment ini. Tetapi ketidaksukaan saya tidaklah sampai tahap saya perlu menangis. Kenapa? Kerana bos saya bukan jenis memarahi staff, dan officemates juga bukanlah jenis memaki hamun saya. Jadi, apa sebab nak menangis? Sebab saya menangis (setakat ini 2 kali) adalah kerana saya seorang perempuan yang emosinya haru.hehe

Keduanya, saya lupa untuk membuat perbezaan antara nasib diri saya di sini dengan kawan-kawan lain yang sedang ber-chambering atau telahpun melalui chambering. Rata-rata membuat kesimpulan bahawa, ‘Chambering is like hell’. Over sekali, bukan? Macamlah pernah merasai neraka. Haish. Janganlah merasa. Nauzubillah. Tak tertanggung peritnya. Sesungguhnya setakat hari ini saya diketegorikan sebagai bernasib baik kerana kerja saya tidak sederita orang lain. Walaupun ada kekecewaan here and there tapi itu bukanlah alasan untuk meratapi nasib diri yang tak derita pun.hehe. Contohnya, kawan-kawan saya dapat kerja yang susah gila tanpa di-guide seperti membuat submission tanpa diajar dan draft itu urgent statusnya. Sedangkan saya cuma buat research dan blur dan tidak di-guide.hehe. Ada lagi orang lain mungkin bila gagal dalam research di maki oleh bos atau dihina dengan berkata “you are not compatible to be a lawyer!” manakala dalam kes saya, bos saya hanya buat muka dan berkata “you got to be fast!” dan kemudiannya dia sendiri menjumpai kes yang dicari dan kembali ke meja saya, mencampakkan kes tersebut secara 'manja' lalu berkata “I found this in 2 minutes. You should have found it too, right?”. Ya, memang sarcastic tapi taklah perlu menangis.hehe.

Saya juga perlu bersyukur dan sedar betapa beruntungnya saya apabila saya tinggal tak jauh daripada tempat kerja, di rumah ada Umie dan Abah, pagi-pagi dapat breakfast dengan Umie Abah, malam-malam boleh makan dengan Umie Abah dan lebih awesome sekali bila tidur pun dengan Umie Abah.kehkeh. Ini kes semalam lah sebab terlalu penat bekerja, sampai terlena di atas toto. Sebenarnya penat goyang kaki di tempat kerja dan penat layan Mak Nenek Batrisya pot pet pot pet dan sama-sama tertidur.hehe. Lihat, beruntungnya nasib kamu, Najlaa! Ramai lagi orang yang terpaksa travel jauh pergi kerja, naik LRT, bas, KTM dan sebagainya, keluar rumah subuh-subuh sepi’e balik tengah malam, harung jam dan sebagainya, dapat bos singa, dan macam-macam lagi. Alhamdulillah. Bersyukur ber-chambering di sini.hehe

Satu benda baik yang boleh didapati di firm ini ialah mereka tidak mengamalkan bekerja during weekends yang kebanyakan firm lain lakukan. Especially dengan mengerah tulang empat kerat cheap labour bergelar ‘Pelatih dalam Kamar’ seperti saya. So far I enjoyed my weekends with my dear family dan langsung tidak berfikir soal kerja. Alhamdulillah. Semoga nikmat ini tidak ditarik esok lusa.

Jadi inferens yang boleh dibuat ialah 9 bulan itu adalah satu tempoh yang sekejap je dengan syarat saya enjoy melaluinya. Terlalu countdown juga pun tak bagus juga sebab saya akan asyik belek kalender sahaja.hehe. Najis sekali.

Semoga 9 bulan ini menjadi satu anugerah pengalaman hidup yang baik untuk saya. Semoga 9 bulan ini menjadi satu memori manis untuk saya. Semoga 9 bulan ini menjadi batu loncatan untuk saya berjaya. Semoga 9 bulan ini dapat mempersiapkan diri saya untuk menjadi pekerja berdedikasi di TM nanti. Hehe. *Kelip-kelip mata. TM, tolonglah kutip saya. Hehe*

Harapan saya agar kemalasan saya ke tempat kerja lekas hilang. Kerana saya mahu ikhlas bekerja kerana Allah swt. Kerana wang ringgit yang saya perolehi saya mahu kongsikan bersama Umie Abah dan semua. Jadi, biarlah ianya halal dan bersih.

Soalan cepu cemas: Halal ke bekerja sebagai peguam ni??

Jawapan: Lu fikirlah sendiri. Jangan lekas buat tafsiran kendiri tanpa ilmu dan tanpa pengalaman.

Secara personal, saya memilih untuk tidak practice (mungkinlah!) kerana saya mahu mempunyai keluarga yang sempurna satu hari nanti. Dan saya mahu beri perhatian sebaiknya kepada keluarga, bukan kepada kerja yang bersifat keduniaan, kebanyakkannya. Halal atau haram bergantung kepada tindakan individu. Bekerja dengan prinsip, insyaAllah akan terselamat. Cuma, persoalannya: kalau kita ni kuli bagaimana? Tepuk dada tanya iman.

Cukuplah potpetpotpet saya pada hari ini. Gigih menaip kerana terlalu free! Menunggu sejam lagi untuk bekerja.hehe. Allah, permudahkanlah jalan hidupku. Amin

Wassalam

“Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah”

“Belajarlah untuk bersyukur!”

4 bicara mereka~:

Nora Bahari said...

hello gadis chambie yang chantek menarik tertarik.
semoga kamu terus sukses.

:)

zureta said...

you might wanna try to be a trainer/speaker...at least you ca share knowledge with others...nyway,gudluck ya!!!

Gadis Najlaa said...

Hello & salam cik nora.
Thanks d atas ucapan dan doa. Smoga kita semua sukses dunia akhirat! :)

Gadis Najlaa said...

Puan zureta, mmg trainer/ speaker/ motivator adalah salah satu impian ku. Skg ni kembara kutip ilmu dulu. Thank you!