Sedar tak sedar, masa berlari begitu pantas. Watson Nyambek pun gagal berlari mengejar masa. Tiba-tiba je dah tahun 2012. Jadi, apa kemajuan yang telah kita lakukan? Atau mungkin merancang untuk melakukan kemajuan? Alhamdulillah, perancangan pun dah cukup baik. Usaha pula seterusnya.
Oh ya. Ini entry pertama utk tahun 2012. Clap clap. Panjang usia blog ini hendaknya. Walaupun manfaat tak seberapa, tapi saya bercita-cita juga nak mengekalkannya. Untung-untung anak-cucu-cicit boleh baca dan teroka. *perasan.
Untuk permulaan tahun 2012 saya, Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana saya bahagia menjalaninya. Ada beberapa kemajuan hidup yang bakal dilalui akan datang, contohnya 'working world' akan bermula pada 9 Januari 2011, meninggalkan zaman terencat akal bergelar 'pelajar tua kurang matang' di belakang, meninggalkan zaman banyak tidur bergelar 'penganggur paling cun kuat tidur', meninggalkan zaman bergelar anak dara pemalas (dengan harapan selepas ini bertambah rajin dan sedar diri) dan banyak lagilah kemajuan yang diharapkan akan datang. InsyaAllah. Tolonglah doakan.
Orang Tamak Yang Tak Rugi
Saya tak tahulah apa penyakit saya sejak sejak 'trying to make a come back' tempoh hari. Asyik-asyik membeli, mengutip dan membaca buku. Heh. Tamak sampai rasa nak penampar hidung sendiri. Ye, hidung sahaja.
Selepas tamat membaca aA+bB, saya kemudiannya telah merembat Contengan Jalanan di Kinokuniya. Ha, nampak tak. Kedai buku pun tak nak punya glamer kan? Kebetulan saya ke KLCC lalu mencuri peluang membelinya. Contengan Jalanan ada 2 part. Saya baru tamat part 1. Sedang mengawal kegelojohan dan hawa nafsu serakah buaya dan sebagainya dalam usaha menamatkan pembacaan. Membaca Contengan Jalanan membuatkan diri ini terasa 'hampeh' kerana tidak pernah berinisiatif untuk mengkaji dan memahami Hadis 40. Oleh yang demikian, secara gelojohnya juga saya telah meminjam buku Hadis 40 daripada seorang sahabat. Target saya untuk mengkhatamnya sebelum tiba hujung minggu. Bukan susah pun sebenarnya kan? Baca dan digest dan faham. Nak tunggu hafal tu, next targetlah. hehe
Buku Hadis 40 yang dipinjam masih belum dikhatam, saya telah menunjukkan aksi gelojoh tak ingat dunia apabila siang tadi saya telah membeli 2 buah buku lagi. Alahai. Kenapa begini tamak sekali? Sebenarnya, kebetulan sahaja. Saya ke Taiwan House, makan makan sampai gemuk bersama sepupu di Ampang Point. Kemudian tergoda melihat Popular di sana dan 'ter'beli buku. Haha. Lepas tu sangkut dalam jam (as usual kat area MRR2 gila itu) dan sempat juga baca beberapa helai sementara sangkut dalam jam. Tragis kan?
Tamak tak tamak, gelojoh tak gelojoh lah bila saya dah khatam salah satu daripada dua buah buku yang dibeli. Iaitu, 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul' oleh Fatimah Syarha. Buku pun tak tebal mana, sekejap je dah habis baca. Baca means baca ok. Bukan lompat si katak lompat.
So selesai menamatkan pembacaan buku yang penuh motivasi untuk gadis kosong seperti saya, saya bertekad untuk meneruskan pembacaan. Tetapi saya keliru untuk meneruskan pengajian Contengan Jalanan atau Hadis 40? hehe. Contengan Jalanan mungkin lebih menarik kerana ianya novel dan mesej dakwah itu disampaikan berselang-selikan dengan kisah kehidupan. Tapi Hadis 40 lebih bermanfaat kot. Tambah-tambah lagi ianya buku pinjam. Jadi tak boleh dilengahkan. Fikir punya fikir, akhirnya saya membuat keputusan untuk menulis di sini. Terbaik kan? haha
Untuk sifat tamak seperti saya ini, saya golongkan sendiri yang ini adalah tamak yang tak rugi. Sebab esok lusa boleh baca lagi dan lagi. Penulisan yang mendekatkan diri kepada perjalanan mencari cinta Ilahi juga besar ertinya di saat-saat ini. Jadi, ampunkanlah ketamakan saya ini. Mungkin ketamakan ini bersifat sementara. Sementara belum tersesak nafas dek kerja...
Hadis 12: Kesempurnaan Islam Seseorang
Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda;
Maksudnya: "Sebahagian daripada tanda baiknya (kualiti) keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya."
(Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad dan al-Baihaqi)
Setakat saya menaip entry ini, saya baru sampai di Hadis 12. Dan sungguh tersentak sekali apabila menghadami Hadis ini. Rasa macam, kena tampar-tampar dengan kuat ketika sedang nyenyak tidur. Tertanya-tanya juga, dah berapa juta kerja-kerja tak bermanfaat yang telah saya lakukan. Aduhai, Najlaa. Sedih. Sedih.
Berapa banyak pusat karaoke dah saya redah (siap ada membership card lagi, you ols!), berapa banyak kerja melahu dah saya lakukan, berapa banyak langkah-langkah hidup yang useless telah saya ambil. Jelas, hampas sungguh kualiti keislaman saya, bukan? Jom doakan agar saya menjadi manusia yang lebih baik dan terbaik. Target nak jadi solehah. Konon! Chait. Tapi, apalah salahnya tolong doakan, ye tak? Makbullah doa hendaknya. ;)
Apa khabar pujaan hati saya?
Ni pujaan hati mana pulak ni? Banyak sangat pujaan hati. Romiah lah katakan. Dah lupa ke?hehe
Saya rasa saya rindu lah kepada adik soleh saya. Kesian dia sebab saya rasa dia pun rindu saya. haha. Perasan yang over. Ok tak kisahlah kalau dia tak rindu saya pun. Tapi saya rasa sunyi juga adinda tiada. Tapi memandangkan dia pergi berjuang untuk negara, saya seronoklah juga. Bukan main jauh pergi sampai ke Tawau, Sabah. Kenapa tak pergi sampai Gunung Everest je, kan?hehe
Subuh masa Ijam dah berangkat menaiki bas PLKN dari Wangsa Maju ke KLIA, saya sempat SMS Ijam. Sebagai seorang kakak yang manis dan penuh dengan kasih sayang (yang tiba-tiba sweet apabila berjauhan), saya rasa adalah tanggungjawab saya untuk berpesan-pesan. Antara pesanan saya kepada Ijam:
- Jangan syahdu-syahdu sangat, cover-cover sikit! - Ijam kata, "Itu siot!"
- Naik kapal terbang tu jangan tunjuk jakun sangat, cover-cover sikit! - Ijam kata, "lu memang siot!"
- Jangan risau awek-awek lu kat sini, paling tak pun diorang cari pakwe lain je! - Ijam kata, "wa takde awek!" hehe
- Kalau sakit ke, cedera ke, jangan diam je. Bagitahu family. -Ijam kata "Baiklah!"
- Sebelum hp kena serah kpd pegawai, bagitahu Umie dulu, call ke ape ke.. - Ijam kata, "Ok!". Apabila tiba masanya hp kena serah, dia telefon Umie tak berangkat, dia telefon kakak cute tak berangkat, last-last dia SMS je. hehe. Patuh dengan arahan juga adik aku ni!
- Last sekali saya berpesan, jaga diri baik-baik. Jaga solat. Make sure balik nanti Ijam dah tough!. And this time he said; "Tq ma sister!". Ha, nampak tak kacaknya adik saya?haha
Jadi, sama-samalah kita doakan agar urusan Ijam dan semua peserta PLKN pejuang negara dipermudahkan, dijauhi dari segala kecelakaan, kemalangan dan perkara buruk-buruk. Besar harapan saya agar perjalanan hidup dia yang ini dapat membuka matanya bahawa hidup ini terlalu luas dan penting untuk kita teroka. Bukan dengan bermain game di komputer semata-mata.hehe
![]() |
| Banggalah dia main tabik tabik tengah-tengah terik mentari.haha. Banyak kau punya 'ice ice baby' bro! |
Akibat
Akibat terlalu banyak membaca novel dan buku-buku ilmiah, saya rasa entry saya kali ini sungguh skema sekali dari segi penulisannya. Alahai, kenapa begini? Kenapa? Alahai. Pelik.
Oleh yang demikian, saya fikir eloklah saya berhenti sebelum melalut lebih panjang menjadi ceramah agama yang tauliahnya sungguh meragukan sekali.
Anyway, saya akan mulakan dunia 'Chambering' saya pada 9 Januari 2012. Saya pohon doa sahabat-sahabat semua. Lama dah saya tak asah minda untuk membaca dan mengupas isu undang-undang. Pasti beku saya nanti.huhu.
Untuk sahabat-sahabat yang sudah dan bakal memulakan dunia 'Chambering' dalam waktu terdekat ini, saya ucapkan 'Good Luck!' dan 'Selamat Maju Jaya'. Tahniah juga kerana mengalami kemajuan level hidup.
Untuk Nadi yang baru memulakan tugas di TM, Semoga dipermudahkan urusan anda! Semoga ditiupkan kekuatan untuk kamu menerima tarbiyyah Allah di bumi KL ini.
Untuk Shabira, Selamat Maju Jaya untuk peperiksaan besar anda! Remember, Allah counts on your effort! Semoga dipermudahkan.
Untuk Azie dan Dol, selamat bertungkus-lumus membuat persiapan perkahwinan kalian!
Untuk diri sendiri, mulai hari ini saya mahu mengamalkan doa ini. Jangan cemburu dengan kesungguhan saya. Allah swt suka kita meminta dengan bersungguh-sungguh! Peace.
![]() |
| Maksudnya: "Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku." |
Wassalam.




0 bicara mereka~:
Post a Comment