Nak baca kena senyum. ;)
Alangkah berkulatnya blog yang ditinggalkan kesepian selama seminggu akibat kejutan budaya di tempat baru.hehe. Sesungguhnya sejak beberapa hari bergelar 'Pelatih Dalam Kamar' ini, hidup ini dirasakan sedikit pelik. Tidak. Bukan sedikit tetapi banyak.hehe
Masakan tidak, hari pertama bekerja sudah seperti pencacai gayanya. Bekerja sehingga hampir 9 malam. Well, I know it's normal. But biarlah saya nak membebel pun. After all, I'm not going to be sued for my statement, kan?hehe. Hey, blog saya, suka hati saya lah.hehe. Hari kedua dan ketiga bekerja juga begitu. Sehingga menangis sendirian di dalam hati. Dan meletus juga tangisan gedik itu ketika solat Asar di hari ketiga. Ape entah motif menangis. Mengada dan menggedik namanya. Bukan kena marah kena maki kena kutuk kena sergah kena ejek kena sepak kene gigit kena cubit pun. haha.
Hari keempat yakni semalam saya dengan bangga dan kacak bergayanya telah pulang tepat jam 630. Yeay yeay. Rasa macam nak tulis dalam diary kehidupan bahawa berjayanya saya pulang ontime. hehe.
Ni, banyak pula masa kau nak update blog kan?? Memang lah sebab berkorban tak keluar lunch demi melepaskan kerinduan di blog yang telah dibela dan dijaga sejak beberapa tahun dahulu. hehe.
This is not my first working experience ever. That's for sure. Kalau nak bukak diary cabuk kehidupan gadis comel bernama Najlaa ini, boleh sangat. Saya mula bekerja di kedai runcit ketika usia 11-12 tahun. Kedai runcit bertempat di Au5, Lembah Keramat dahulunya terletak berhadapan dengan medan selera Au5. Kedai runcit tu kepunyaan jiran sebelah rumah.hehe. Kira bekerja sebab dapat gaji walaupun kerja masa cuti sekolah sahaja.hehe. Tapi sekarang kedai runcit tu takde dah.. ;(
Kemudian selepas SPM saya pernah bekerja di HQ Jaya Jusco. Dulu bertempat di Menara Kausar di Wangsa Maju. Sekarang HQ Jusco dah berpindah di Rooftop Jusco Taman Maluri. Gaji taklah banyak sangat kot sebab tak ingat pun berapa dapat. Duit tak pernah simpan. Berjoli je.hehe
Selepas tu saya ke Matrikulasi Changlun dan apabila quit dengan bergayanya, sekali lagi saya bekerja. Kali ini di Coffee Bean Ampang Point pula. Lama juga bekerja nampaknya kali ini. Sebab seronok dan teruja benar. Sampai demam-demam pun nak kerja juga sebab awesome rasanya bila balik rumah badan bau kopi. Teruja juga sebab boleh senyum senyum pada customer-customer yang handsome, expatriate kebanyakannya. Tak lupa juga seronok melihat orang Melayu yang bajet macam kaya raya berlagak nak minum air mahal tapi tak reti order. Tiba-tiba je order; "Can I have one Coffee Bean?". I was thinking, kaya ke dia ni nak beli 1 Coffee Bean ni? Atau pun, haruskah aku memberi kepadanya sebiji kopi?hehe
Tapi itu semua pengalaman kerja yang lalu. Ya. Yang lalu. Dunia itu seronok dan awesome dan akan selalu dirindui. Mak, pekerja otak di Coffee Bean selalu kata dulu-dulu, "Ten, nanti kau dah jadi lawyer, kau mesti dah taknak kawan ngan Mak, ngan kitorang kan? Yelah, mana nak layan kuli macam kitorang ni..". Dan saya selalu berusaha menidakkan.
Memasuki fasa baru kehidupan bernama alam pekerjaan yang sebenar adalah berbeza dari pengalaman-pengalaman terdahulu. Konsepnya barangkali sama seperti menemui orang baru, berkenalan, mencari pengalaman, pegang prinsip 'malu bertanya sesat jalan', tunggu duit masuk setiap hujung bulan, kerja jangan malas nanti gaji tak berkat dan sebagainya. Tetapi haruslah diingat bahawa setiap orang baru yang ditemui, cabaran yang dihadapi juga berbeza. Lagi-lagi apabila sekarang ni, I'm dealing with orang-orang bijaksana semuanya. Bukan lagi 'layman' yang boleh saya kelentong sesuka hati mak nenek saya. Berbeza, bukan?
So far kerja saya tidaklah menekan sangat secara fizikal dan mental. Cuma menguji dari segi spiritual saya sebagai seorang insan, seorang Muslim dan seorang anak. Balik lewat bukanlah satu pilihan yang baik lebih-lebih lagi apabila tinggal bersama keluarga. Lebih teruk lagi apabila ada ahli keluarga yang kurang sihat dan sebagainya. Tetapi, belajarlah untuk menghadapinya. Saya seorang 'family woman' type. Sebab itu hati saya benar-benar terusik memikirkan terpaksa pulang lewat kerana workload yang over. Secara fizikal dan mentalnya, saya belum benar-benar ditekan atau tertekan. Jauh sekali menekan.hehe.
Some of my friends would say that, "Chill lah. Kau boleh punya. Kau kan dah biasa busy banyak kerja macam kat Kampus dulu..". Yeah, you're right. Tapi situasi tak sama. Dulu, duduk kampus sampai 1-2 pagi pun ok lagi, cool lagi, boleh blah lagi. Sebab environment itu seronok, terasa hidup, terasa keluarga bersama. Dan balik lambat ke rumah tak rasa ralat sangat sebab Umie Abah tidak menunggu dan tertunggu. Kalau ada pun adik-adik housemate yang suka buat aksi sedih bila kakak pulang lewat.hehe. So berbeza.
Anyway, bersyukurlah saya telah memulakan dunia chambering saya. Rasa macam nak countdown bila nak tamat.haha. 9 bulan bukan singkat tapi taklah lama sangat. Cuma kalau mengandung dan boleh beranak lah by the time habis chambering. Cool tak?hehe
Saya selesa dengan equipments yang disediakan oleh firm ini. Saya dapat meja yang besar dan selesa, set desktop dan CPU yang baru, satu kotak stationaries dan tak lupa juga boleh selalu claim.hehe. Firm ke rumah juga dekat. Saya masuk kerja pukul 930am hingga 630pm. Sengaja tidak memilih masuk 8.30 kerana dirasakan tiada beza, masuk awal pun balik lambat juga.hehe.
Perkara paling aneh saya jumpa di sini ialah tiada seorang pun Melayu yang membuat Litigation sama ada lawyer ataupun chambering di firm ini. Mungkin saya Melayu yang hitam sedikit jadi dikira 'boleh join' lah.hehe.
So far saya dah file Borang 1 & 2 untuk Chambering pada 11 Januari hari tu. Pagi tadi saya ke Court lagi untuk file Borang 3, 4 dan 5 pula. Sekarang tunggu dapat tarikh Short Call. Tadi pergi Court terjumpa Cheda, Wawa dan few other guys which I don't really remember their names. Rasa tersenyum lebar sebab jumpa muka-muka yang mengingatkan zaman manis di Uni. ahaa. Sentimental seh.
Alamak. Masa dah tamat. Perlu kembali bekerja, lunch hour sudah habis. Baru ingat nak buat karangan panjang lebar. (Macam tak cukup panjang lah plak kan?haha).
Akhir sekali, saya ada berita manis untuk diri sendiri. Saya dan Jannah disenarai pendekkan untuk memasuki postgraduates course of DSLP di UIAM. Jadi, esok kami akan menghadiri briefing. Kalau ada rezeki, dapatlah kami menyambung pengajian Diploma in Syariah Legal Practice pula. Doa-doakanlah ye.
Walaupun orang kata, ini kerja gila. Tapi, xpe. Yakin pada Dia!
Wassalam

2 bicara mereka~:
family women u..lame dah pujaan hati :P x mengomen blog akak comel nie =) waaa...nk amek dip pulak gud luck yea sister...9 bulan je..x lame..ape pun..gud luck gud luck gud luck...=)
9 bulan x lama. kalau mengandung da bole beranak.hehe. Thanks pujaan hati!
Post a Comment