Friday, January 6, 2012

Brothers and sisters, I love you all!


Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari Jumaat disunatkan untuk memakai pakaian yang paaling cantik sekali, berhias, mewangikan diri, memotong kuku, dan banyak lagi perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan. Hari Jumaat juga disunatkan membaca Surah Al-Kahfi. Ada juga yang mengamalkan bacaan Surah Yaasin, kalau mengikut budaya Melayu/Islam kita di Malaysia. Saya rasa tak jadi masalah nak baca surah apapun, tetap dapat pahala jika niat dibulatkan kerana Allah swt. 

Beberapa hari lepas, saya ada tengok video tentang forum yang dihadiri oleh Ustazah Fatimah Syarha berkenaan dengan Fashion dalam Islam. Yang saya faham ialah, Islam TIDAK anti-Fashion. Tapi Islam anti pemakaian yang tidak menutup aurat. 

Apa yang buat saya tertarik dengan Fatimah Syarha ialah setiap kali dia hendak memulakan point dan bercakap, dia akan mulakan dengan:

"Adik-adik yang akak sayangi kerana Allah.." instead of "Hadirin dan hadirat yang saya hormati.." seperti mana kebiasaan orang sebutkan. 

Sejuk hati mendengar, rasa macam nak jadi adik kandung akak lah!hehe. 

Realiti kehidupan kita, lagi ramai orang kita jumpa, lagi ramai orang yang kita kutuk dan persendakan. Termasuklah saya. Contohnya, pergi Wangsa Walk jalan-jalan, terlihat gelagat remaja-remaja yang pakai tudung baju singkat, gelak kuat-kuat dengan kawan-kawan, terus kita cakap, "Tak boleh blah betul pompuan-pompuan macam ni! Gaya ngan perangai tak semegah. Eiii" sambil buat muka jelik. Padahal kita lupa, dulu-dulu kita macam tu juga lebih kurang sama je. Cuma sekarang kita bernasib baik sikit sebab Allah gerakkan hati kita untuk jadi baik sedikit. Itupun Allah yang gerakkan hati kita. Bukan kita yang hebat pun. 

Dalam situasi di atas, sepatutnya bila kita lihat, lebih baik diam daripada buat dosa kering. Lebih baik kita tadah tangan, berdoa "Ya Allah, Kau berikanlah mereka ini hidayah dan petunjuk ke jalan Mu yang benar..". Kan? Tapi kita judge mereka suka hati mak bapak itik nenek kita di kampung. ;p

Sebab apa? Sebab kita belum pandai untuk pupuk rasa cinta kita terhadap saudara-mara seIslam kita seperti mana yang dianjurkan Islam. Kita reti cinta boypreng girlpreng kita semata-mata. Orang lain kita maki, kutuk, senda, sesuka hati kita.
Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a, pembantu Rasulullah SAW, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."

(Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)

Hadis sahih ini jelas menunjukkan bahawa iman kita tidak sempurna selagi mana kita tak mencintai saudara seIslam kita. Mencintai bermakna mencintai kebaikan untuk saudara sesama Muslim sepertimana kita mencintai kebaikan untuk diri kita sendiri. Contohnya kalau kita suka untuk diperlakukan dengan lemah lembut, macam tu juga kita perlu treat orang dengan lemah lembut. Kalau kita tak suka dihina diumpat dikutuk, kita jangan hina, umpat, kutuk orang lain. 

Kan?

Tapi, memang payah lah sebenarnya nak zip mulut. Lagi-lagi manusia banyak cakap, banyak mengarut dan banyak melalut macam saya ni. Alahai. Mencabar sungguh. Tapi usahalah ke arahnya, kan? Tak rugi pun.

Jomlah sama-sama kita ingatkan diri kita, nak buat, nak cakap apa-apa kita kena ingat yang di akhirat nanti lidah kita akan terkunci tapi segala anggota lain akan menjadi saksi. Haish. Takut. Dan yang pasti setiap apa yang kita lakukan dicatat. Bukan ke jelas dalam Al-Quran menyebut; 

"Apa pun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan Atid"; surah Qaf ayat 18

Tapi kita selamba dog je redah, kan?

Oleh yang demikian, jomlah kita sama-sama mengingatkan antara satu sama lain. Last but not least, my dear brothers and sisters, I love you all! ;)

Nah dengar zikir best, sambil dengar buat pahala percuma.


Wassalam

p/s: Hari ni Umie dan Abah kurang sihat. Umie demam plus sakit-sakit sendi dah 2 hari, Abah sakit kaki salah urat, katanya. Semoga cepat sembuh! Ya Allah, berilah kesihatan yang baik buat kedua-dua ibubapaku. Amin.

2 bicara mereka~:

Dilla said...

Smoga umie,abah sentiasa sihat walafiat. Amin. Nice entry teen :)

Gadis Najlaa said...

thanks!