Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana diberi cuti yang panjang.hehe
Semenjak 2 minggu yang lalu, ahli rumah saya dilanda wabak demam yang tak sudah-sudah. Untuk beberapa minggu ini, hospital menjadi tempat singgahan kami. Pertamanya 2-3 minggu lepas saya ke Hospital Pakar Al Islam, Kg Baru bawak Umie dan Makcik saya utk cek kondisi badan. Masa tu dua-dua demam. Kemudian daripada itu, Abah pula demam dan kemudian daripadanya saya pula. Tak cukup dengan itu, baru-baru ini Batrisya, Irdeen dan Abg Kerol pula di masukkan ke Hospital Ampang Puteri. Nampak tak wabak demam mengganas? Dan latest sekali semalam saya dan Umie bawa Abah ke HUKM untuk cek kondisi kakinya yang sedikit tercedera ketika bertugas di Hutan Simpan Bukit Nanas yang katanya, terpelecok sedikit. Hasilnya, ligamen koyak sedikit. Sekarang kaki Abah ber'bandage' dan Abah seperti menghampiri demam semula. Haish. Dugaan.
![]() |
| The doctor looks very familiar, huh? |
![]() |
| A stubborn patient. |
![]() |
| Menumpang katil hospital untuk posing 3 beranak. |
Saya pula dalam demam kus-kus, tetap pergi kerja. Demam sedikit payah nak baik mungkin kerana trauma akibat 'terpaksa' bekerja. Sehinggalah hari Rabu lepas saya dah lemau amat, minta balik awal sedikit dan pergi ke klinik. Hasilnya dapat MC pada hari Khamis. Hari Jumaat saya pergi kerja seperti biasa dan bos saya berkata, "Have you recovered?" maka saya menjawab, "I am recovering..". Kemudian dia berkata yang membuatkan saya melonjak gembira "If you are still sick, just go back. There's no point sitting in the office when you are sick". Wah. Baiknya dia. Kemudian saya kata, "No. I just got MC for yesterday..". Dan dengan hebat dia berkata, "It's ok. Just go to the clinic, get another MC for today and go back.". Kalau anda jadi saya, mesti lah ca alip but kan?hehe. Oleh kerana bos berkata begitu, saya sungguh dilema sekali. What I did was I went to the panel clinic dan mendapat MC lagi. MC berserta dengan seplastik ubat lagi. Muntah darah daku melihatnya.hehe. Dan gambar di atas diambil dengan penuh ceria semasa saya melawat anak-anak buah di Ampang Puteri selepas saya mendapat MC kedua.hehe
And that's why, saya dikira bercuti dengan panjang sekali. Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa, kalah orang menyambut Chinese New Year. Hoyey hoyey.
Ok fine. I know it's so bored reading about myself again and again. Kita cerita hal lain pula.
My dear Bob Jamal
Kawan-kawan yang mengenali saya, mungkin sedia maklum yang ukhuwah yang tercipta antara saya dan kawan-kawan lain di MMU sungguh kuat sekali khususnya yang ber-program bersama. Salah satu binding yang tercipta adalah melalui Peuehaba Aceh. Rapatnya kami, rapatnya saya dan adik-adik PA5 hanya Allah yang tahu. Ibarat, cubit peha kiri, peha kanan terasa.
Baru-baru ni saya dimaklumkan tentang kemalangan yang menimpa salah seorang daripada adik-adik PA5 saya; BJ @ Abdurrahman. Atau nama manja saya panggil dia, 'Bob Jamal'. Atau nama pena yang BJ selalu guna bila meninggalkan surat-surat cinta dari hatinya di iPad saya, sebagai 'Bobi Jamale'. Whatever nama yang diguna, BJ is Abdurrahman Azhar, antara adik lelaki PA5 yang sensitif di hati dan sedikit manja (kalah adik-adik perempuan saya).
Saya dimaklumkan BJ kemalangan motor berhampiran dengan MMU. Dia accident sendiri tanpa melibatkan mana-mana kenderaan lain. Keadaannya tiada patah-patah cuma ada internal injury which I can't explain because I do not know much. Sekarang BJ masih di ICU Hospital Melaka. Siapa nak teman saya ke Melaka sila angkat tangan dengan laju.
Bila keadaan keadaan begini berlaku, apabila berada jauh mulalah jiwa saya sedikit kacau. The fact that we are close adalah saya menyeksa hati. Adik-beradik PA5 memang sangat rapat. Bayangkan bekerja di OR, makan bersama, minum bersama, ber-meeting bersama malah meluahkan perasaan juga sesama adik-beradik tak kira hal kerja ataupun hal peribadi. BJ adalah seorang adik lelaki yang sensitif dan manja tetapi dia telus. Kalau kerja dia gagal disiapkan kerana kegagalan dia dalam pengurusan masa, dia admit tanpa memberi alasan lain walaupun dia tahu saya dan kawan-kawan lain sudah naik lelah menerima alasan yang sama. BJ telus.
BJ seorang yang sangat menghargai ukhuwah yang terbina. Dia pernah bercerita kepada saya, how much he appreciates ukhuwah yang terjalin antara dia dan kawan-kawan MIHAHAnya. Tak lupa juga, BJ adalah orang yang paling sedih bila PA5 menghampiri penghujung kerana menurutnya, ukhuwah PA5 ni sgt manis utk dia. Secara personal, hubungan kakak-adik yang terjalin antara saya dan BJ juga sangat manis untuk saya. Sepanjang beberapa bulan bekerja untuk PA5, beberapa kali juga BJ merajuk hati atas 'kekasaran' saya dalam mentadbir sebelum Rezal beraksi sebagai Tuan Direktor. BJ pernah meluahkan kekecewaan dia atas cara saya memimpin. Saya ingat lagi masa tu kami confront face to face, memang telus BJ 'menembak' saya. Tak bagi chance kat saya langsung!hehe. Dan saya sendiri juga terpaksa telus dengan berkata, "BJ, kalau BJ kata BJ expect nak belajar cara berprogram daripada akak dan harapan BJ tinggi untuk belajar daripada program ni, you have to accept the fact yang inilah cara akak bekerja, inilah cara akak mendidik. If BJ rasa you cannot go with my style, I am so sorry. Inilah cara akak". Amboi. Bongkak dan ego sekali cara saya counter-shoot BJ.hehe. Syahdu tak syahdu, masa tu terbergenang juga airmata saya kerana saya nampak kekecewaan BJ. Bekerja dengan saya masa itu, luar daripada apa yang dia harapkan. Ibarat mengharap dalam gula-gula tapi dapat daun kering.hehe.
Dan banyak lagi momen-momen manis yang Allah hadiahkan untuk ukhuwah kami. Beberapa hari selepas kejadian tembak-menembak antara saya dan BJ, satu hari BJ datang OR Aceh dan berkata kepada saya, "Kak, saya mintak maaf. I thought I was right but actually I was wrong. Saya yang tak pandai menilai akak dan cara kerja kita ni semua. Saya malu dengan diri sendiri, malu dengan akak..". Masa tu saya sebak juga tapi saya senyum je sbb saya happy sgt. BJ seorang yang bersungguh-sungguh nak belajar banyak benda dalam satu masa. Tugas utama untuk orang memimpin dia adalah untuk terus memberikan motivasi dan inspirasi. Silap percaturan saya pada waktu tegang adalah dengan menggunakan kaedah 'take it or leave it' yang membuatkan BJ takut untuk bekerja dengan saya. Anyway, adik-adik lain pun lebih kurang sama juga.hehe
Masa mula-mula saya membeli iPad, iPad selalu saya wakafkan di OR Aceh. Siapa boring, boleh belek-belek atau main game. Dan BJ yang sungguh manis itu telah meninggalkan surat cinta dari bulan versi BJ di dalam iPad saya. He's a lovely brother to us. Dan sebelum saya meninggalkan Melaka for good, BJ sekali lagi meninggalkan nota cinta dari bulan di iPad saya. BJ memang suka menunjukkan penghargaannya terhadap orang.
So apabila mendengar keadaan BJ yang kini di ICU, sangat lemah, memang meruntun hati saya. How I wish I can be there and tengok dia. No worries, I will go and visit you, there. You are my little brother, BJ.
Saya sedih mengenangkan keadaan BJ. Tengah menaip entry ni pun tadi saya terima call daripada Rezal dan Haizum yang baru pulang daripada melawat BJ. Dua-dua pun meluahkan sayu hati mereka melihat keadaan BJ.
Saya rindu pada memori saya dan mereka. Rindu melihat dan menjadi pengkritik kepada Shahnizam dan BJ ketika berlatih untuk persembahan nasyid mereka, rindu melihat BJ menggendong gitar dan memetik gitar sambil berbusking di khalayak ramai tanpa segan silu demi mengutip dana untuk anak-anak yatim di Aceh. Rindu melihat kesabaran BJ melayani selera kakaknya ini yang memintanya memainkan lagu-lagu jiwang kegemaran kakandanya ini dan banyak lagi.
BJ, I know you wont read this entry at this moment. Kalau awak baca pun akak tau masa tu awak da sihat walafiat. ;) Tapi tak pe. Akak tetap nak kata, please be strong. As a sister, I am praying and will always pray for you. Kuatkan semangat, awak abang sulung dalam keluarga, dan harapan ayah bonda. Jadi, buktikan yang awak kuat dalam mendepani cabaran yang Allah beri pada awak ni. You will recover very soon. Yakin. Apabila kita sakit, Allahlah yang menyembuhkan kita. Have faith in Him as you always do. Doa akak sentiasa bersama kamu, dik.
![]() |
| And BJ, you look cute in this picture.hehe |
Kerana rindukan semuanya, saya letakkan video-video kenangan kami di sini. ;)
To all, please pray for my beloved brother, Abdurrahman Azhar. May he recover very soon. Syafakallah, brother.
Wassalam





0 bicara mereka~:
Post a Comment