Tuesday, January 24, 2012

Bob Jamal: Happy to visit you!

Nak baca kena senyum. ;)


Ya Allah, adakah benar cuti dah nak habis? Esok kena kembali bekerja. Adakah benar? hehe.

Alhamdulillah, semalam saya dan beberapa orang hamba Allah yang lain sempat melawat adinda Bob Jamal @ Abdurrahman Azhar. Walaupun adik-adik lain tak dapat masuk melawat BJ sebab parents BJ mengawal kadar pelawat, tapi doa tetap dipanjatkan ke hadrat Allah swt agar dilekaskan penyembuhan BJ. 

Saya dan sahabat-sahabat lain faham dengan tindakan keluarga BJ yang tidak menggalakkan kerancakan pelawat untuk menziarahi BJ. Semuanya atas request BJ sendiri kepada kedua ibubapanya kerana BJ terlalu lemah untuk melayani pelawat. Walaupun kita boleh kata, kita takkan kacau BJ, cuma nak tengok sahaja. But still kita kena faham perasaan BJ bila tengok orang datang melawat dia. Sedikit sebanyak mesti dia mengeluarkan kudrat juga untuk tidak mengecewakan pelawat walaupun sekadar mengangkat tangan dan mengangguk-anggukkan kepalanya.

Setakat kondisi BJ yang saya lihat semalam, keadaan BJ masih lemah dan belum stabil. Malah ayah BJ sendiri, Pakcik Azhar berkata dia tak mampu untuk update selalu keadaan BJ di FB kerana keadaan BJ yang berubah-ubah dan tidak stabil. Baru-baru ini BJ demam tapi dah kembali ok setelah diberi antibiotik. BJ juga semasa saya melawat dia memerlukan bantuan pernafasan. Menurut ayah BJ, paru-paru BJ ada sedikit berair. Effect daripada kecederaan pada pankreas BJ. 

"BJ tak payah cakap pape tau.. BJ dengar akak cakap je..", itulah intro perbualan saya dengan BJ. Perbualan ke? Tak dikira perbualan lah sebab saya cakap sensorang, manakala BJ hanya sekadar mengangguk. Sekadar memberi pesanan-pesanan biasa yang mungkin jutaan kali dah BJ dengar daripada semua orang yang datang menziarah, itu sahaja yang saya mampu. Saya sempat juga menitip salam sahabat-sahabat lain yang tak berkesempatan melawat BJ. Nak bagi ceramah panjang-panjang pun rasa tak sanggup sebab BJ lemah.hehe. Kasihan sama adinda saya itu.

Selepas melawat BJ kami mencari tempat makan (yang berakhir dengan menghabiskan minyak kereta).hehe.  Ayah BJ juga ada SMS menyampaikan ucapan penghargaan keluarga di atas effort utk menziarahi BJ.

Sebenarnya masa mula-mula nak bertolak dari KL, Naim ada maklumkan kepada saya yang ayah BJ ada update di FB, kalau boleh tiada pelawat kerana BJ lemah dan perlukan rehat. Tapi dah terlajak nak memulakan perjalanan, saya teruskan juga. Saya sekadar SMS ayah BJ, memaklumkan saya Fateen Najlaa (yang comel) dari KL otw untuk menziarah BJ. Masa tu tawakkal jelah. Kalau tak dapat masuk pun tak mengapa sebab nak puaskan hati juga menziarah BJ. SMS tidak berbalas, jadi tawakkal lah.

Sampai di hospital, nampak ayah BJ. "Fateen Najlaa ke?". Saya pun mengiyakan. Kemudian ayah BJ berkata, "Sebenarnya Rahman masih tak stabil lagi. Dia nak layan pelawat pun tak larat. Dia minta pakcik makcik kurangkan pelawat smlm sebab dia lemah tapi tadi pakcik dah tanya dia, Kak Fateen nak datang melawat, dia kata bolehlah Kak Fateen masuk..". Ha, nampak tak awesome nya BJ kerana memberi greenlight kepada saya. Thanks a lot BJ.

Sekurang-kurangnya dapat juga melihat keadaan BJ walaupun akak sekadar bercakap sorang-sorang. ;) Sekadar menghulurkan semangat yang mungkin tak seberapa tapi kalau kita boleh happy-happy sama-sama, bila susah, kita sepatutnya berkongsi rasa susah sama-sama juga, kan?

Saya ada juga tanya pakcik Azhar, ada apa-apa berita untuk transfer BJ kembali ke wad biasa ke sebab saya ada juga terdengar update dari junior-junior yang status BJ kini bukan lagi sebagai perlu berada di ICU, cuma menunggu kalau ada pesakit lain masuk untuk menggantikan tempat BJ di ICU. Tetapi menurut pakcik Azhar, setakat semalam doktor tak ada perancangan lagi untuk transfer BJ kerana BJ masih memerlukan close observation daripada doktor dan jururawat.

Apa-apa pun, saya yakin BJ akan lekas sembuh. BJ cuma perlukan rehat secukupnya. Alhamdulillah doktor mengesahkan tiada kecederaan pada hati BJ. Tiada muntah darah, tiada kekuningan. BJ juga dah mula boleh minum. Kalau tak silap BJ minum susu Dutch Lady Strawberry, dia request pada Ummi nya. Kelakar juga, susu strawberry yang BJ idamkan. Sungguh jambu sekali Bob Jamal ini. 

Naim Roslan pula sungguh jiwang sekali bila menulis ucapan "We Love You!" di dalam kad ucapan yang kami beli.hehe. Manakala Zafirah hanya mampu menangis di dalam hujan kerana tidak dapat melihat keadaan BJ. Dilla pula seriau sendirian bila berada di tengah-tengah suasana hospital. 

Saya bersyukur diberi peluang oleh Allah swt untuk menziarahi BJ. Bila BJ sakit begini, adik-adik Aceh yang lain semuanya mengalami sindrom rindu zaman sibuk-sibuk bekerja, rindu suasana adik-beradik yang selalu menyakat tak henti-henti. Dan bakat BJ yang paling dirindui adalah petikan gitarnya. Kerana BJ sangat awesome (wekk) menarik perhatian berbusking di sekitar MMU. Lagi awesome bila ada saya yang duduk bersila macam peminta sedekah memegang tabung. Selekeh betul perangai. 

Akhir kata daripada saya, saya mohon kita semua terus doakan agar BJ lekas sembuh. Banyak perkara yang perlu difikirkan oleh BJ dan ibubapanya khususnya perihal final exam yang sangat menghampiri. Pakcik Azhar dan isteri sendiri masih belum sempat berbincang dengan BJ tentang pelajarannya di MMU memandangkan keadaan BJ yang tidak stabil. Nanti lagi BJ fikir, lagi resah dia, lagi lambat nak sembuh. 

Ada yang bertanya, bagaimana BJ kemalangan? Bagaimana begitu teruk sedangkan tidak melibatkan mana-mana kenderaan lain? Yang ni saya tak berani nak hurai sebab saya pun dengar-dengar cerita orang sahaja. Benda dah berlaku, tak penting. Yang penting adalah kita kena terus titipkan doa untuk BJ dan terus beri semangat untuk BJ. Saya faham juga ramai yang sedikit kecewa kerana tidak dapat melawat BJ sehari dua ni tapi pada saya, kalau kita di tempat keluarga BJ pun kita akan mengambil tindakan yang sama demi kesihatan BJ dan kecepatan penyembuhan BJ. Malah BJ sendiri yang request untuk dikurangkan pelawat sebab saya dimaklumkan Ahad lalu BJ sangat kurang stabil, terlalu letih mungkin kerana terlalu ramai datang melawat. BJ berusaha untuk melayan, barangkali sehinggakan dia sendiri flat. Jadi kalau kita ditempat keluarga BJ, pastinya kita mengambil tindakan yang sama. Kita juga perlu tahu yang kita mungkin membawa bakteria atau kuman daripada luar dan dalam keadaan antibodi pesakit yang lemah, barangkali kuman-kuman yang kita bawa boleh melemahkan pesakit. Jadi, sama-samalah kita ambil inisiatif untuk berdoa dan membuat solat hajat beramai-ramai demi kesembuhan BJ.

And when I am ill, it is He who cures me. (Surah Ash-Shu'ara'; 80)

Keluarga BJ benar-benar menghargai niat dan usaha kita semua untuk menziarah. Esok lusa bila BJ dah strong sikit mungkin bolehlah kembali melawat. Apa-apa pun kita tunggu update dari ayah BJ.

Gambar ketika sesi gotong-royong di Pondok Tahfidzul Quran Ar-Raudah. Cuba teka siapa  jejaka bergayung LOVE itu?hehe
BJ, I personally think that in Malaysia, Angkot will be a safer vehicle compared to motorcycle. ;) Mahu naik angkot lagi enggak ke pantai? Mahu enggak? Semoga cepat sembuh ya Abang BJ! 
Kenderaan idaman. Angkot.
Wassalam

2 bicara mereka~:

Nurzafirah said...

mane ade menangis dlm hujan ;P

Gadis Najlaa said...

kaver le tu.haha