Friday, January 27, 2012

Allah, limpahkanlah kasih sayangMu ke atas kami semua!

Nak baca kena senyum. ;)


Yakin boleh!
Kebelakangan ini, ada beberapa orang sahabat yang sedikit resah dan runsing memikirkan hal pelajaran, hal masa depan, hal kerja, hal keluarga dan sebagainya. Pokok pangkal segala kepeningan dan kerunsingan pastinya kerana duit/wang/ongkos/pitih/money. Dunia hari ini mendesak kita untuk mempunyai duit yang banyak, kewangan yang kukuh dan utuh demi untuk menjamin kesenangan dan ketenangan hati. Kita terlupa bahawa tujuan hidup bukanlah untuk mencari duit. Tetapi, tujuan hidup untuk mencari keredhaan Allah swt, Tuhan sekalian alam. Awak, saya, dia, mereka, kita semua terlupa. Lupa bahawa duit itu hanya perlu dijadikan alat sekadarnya, bukanlah dijadikan matlamat. Tapi kita semua selalu tersilap langkah apabila kita menjadikan duit sebagai matlamat kehidupan.

Apa buktinya??

Buktinya, bila kita bekerja, kita mencari yang membayar gaji/elaun yang lumayan instead of kita check dulu bagaimana aplikasi Islamnya di dalam sesebuah badan korporat atau syarikat itu. Apabila kita belajar, kita bukan target untuk cari ilmu Allah swt sebanyak-banyaknya buat bekalan di akhirat sebagai 'ilmu yang bermanfaat' tetapi target kita untuk ada 'title' yang awesome dan mendapat tawaran gaji yang baik. Bila kita kahwin, kita bukan fikir untuk bersederhana tapi kita fikir untuk ada majlis yang super-awesome, yang grand-gila, yang akhirnya menjadi pembaziran semata-mata. Again, semua ini manipulasi dunia yang melibatkan duit. Duit oh duit, di mana engkau?
Realiti hari ini, hidup semakin mencabar. Nak daftar anak masuk tadika pun mahalnya yuran pendaftaran macam nak hantar anak masuk kolej. Nak parking seminit dua pun kena charge beringgit-ringgit. Nak masuk jamban busuk pun kena bayar bersen-sen. Semuanya diberi penekanan duit akhirnya kita semua tertekan.

Apapun cabaran yang mendatang, yang menggugat hati dan minda kita, janganlah sesekali kita lupa bahawasanya kita ada Allah untuk mengadu nasib dan meminta pertolongan. Masalah dan kesilapan kita sebagai manusia ialah apabila kita menghadapi masalah, kita lantas mencari manusia lain untuk meminta tolong dan mengharap masalah kita selesai. Dan kemudiannya masalah tak selesai-selesai atau selesai sebentar dan kembali lagi, maka kita kembali huru-hara. Sedangkan Rasulullah berpesan;
Sabda Nabi SAW: "Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah; jika engkau meminta tolong, mintalah tolong kepada Allah"
Apalah salahnya bila kita ada masalah dengan kawan-kawan, kita mohon doa kepada Allah, "Ya Allah, bantulah aku dalam menyelesaikan konflik persahabatan aku dengan Si Polan ini, Ya Allah. Lancarkanlah persahabatan kami dan bawalah persahabatan ini sehingga ke Syurga. Jadikanlah aku manusia yang membawa manfaat kepada sahabat-sahabatku". Kan nice namanya tu, kan!

Atau bila ada masalah hal duit, rasa macam rezeki kita 'ketat' semacam je, Rasulullah dan ajar dah. Lakukanlah Solat Sunat Dhuha, insyaAllah rezeki kita melimpah ruah. Yakin dengan Allah. Doa Dhuha itu sendiri sungguh awesome maknanya. Sikit lebih kurang macam, "Ya Allah, jika rezeki itu masih di langit, turunkanlah. jika di bumi keluarkanlah. jika haram sucikanlah. jika jauh dekatlah" dan panjang lagi. Sila rujuk buku.hehe. Tapi ke-awesome-an doa itu tidak dapat dinafikan. 

Dalam hal lain, bila kita nak kan sesuatu, kita dah berusaha, bila tak dapat, kita kecewa. Kita tertanya-tanya, "Ya Allah, kenapa aku tak dapat??". Contohnya bila exam, kita study sungguh-sungguh, beria-ia bagai nak mati, tapi dapat result C. Kawan-kawan lain yang study tak tara mana dapat A atau B. Lantas kita kecewa, duduk tercegat merenung di jendela dan tertanya-tanya, "di manakah kurangnya aku berbanding mereka?". Pergh. Dramatik gila. 

Contoh lain, bila kita bekerja di dalam kondisi 'kontrak' atau 'under probation'. Kita berusaha bekerja bagai nak gila, berharap dapat 'confirm' secepat yang mungkin supaya tak payah pening-pening kepala kena cari kerja lain pula nanti. Kita meletakkan harapan setinggi gunung. Lagi-lagi bila sedang berada di dalam GLC atau syarikat yang gah dan stabil. Tunggu punya tunggu, tak ada pun tawaran untuk di'confirm'kan, tunggu punya tunggu tak de pun Law Firm ni kata nak retain kita, akhirnya kita kecewa sendirian. Fikir sampai kepala otak juling, sampai kerja kita pun jadi tak ikhlas, sekadar menghabiskan sisa-sisa masa di syarikat yang ditumpang. 

Kita lupa, kita silap, kita over keduniaan. Kenapa? Sebab kita hanya fikir nak dapat kerja tetap cepat, nak confirm cepat, nak kahwin cepat, nak duit banyak. Walhal kita tak bertawakal kepada Allah. Tahu tak Allah swt awal-awal lagi dah ingatkan kita dalam Surah al-Talaq 65:3; 
Maksudnya: Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka Allah pasti akan memberinya kecukupan.
Tawakal lah kepada Allah setelah berusaha yang terbaik. Allah ni sifatnya adil. Bukan kejam. Kalaupun tiada rezeki kita di syarikat yang kita letakkan harapan untuk confirmkan kita tu, tak de nya Allah jadikan kita pengemis secara automatik atau menjadikan kita termasuk dalam golongan gelandangan. Tiada. Allah itu adil. Think positive. Mungkin Allah jadikan rezeki kita bekerja di tempat lain kerana Dia mahu kita berkenalan dengan lebih ramai manusia dan belajar daripada manusia-manusia yang baru dikenali. Untung-untung orang tertarik dengan akhlak islamiyyah kita dan terbuka hati mendalami Islam, agama yang kita sanjungi. Taraa! Magiknya apabila bertawakal kepada Allah, kan?

Apa-apa pun, dunia ini Allah yang pegang. Rezeki kita Allah yang beri. Jodoh kita Allah yang anugerahkan. Anak-anak kita, Allah yang pinjamkan. Kerja kita Allah yang 'arrange'kan. Kerana Dialah yang memegang hati semua orang. Bos yang assess kita, Allah yang pegang hatinya. Lecturer yang tanda kertas peperiksaan kita, Allah yang pegang hatinya. Lelaki atau perempuan yang kita berhajat untuk hidup bersama, Allah yang pegang hatinya. Ibu dan bapa si gadis atau jejaka yang kita cuba-cuba untuk jadikan suami atau isteri juga Allah yang pegang hati mereka. Jadi, siapa tempat kita meminta? Pastinya Allah, Tuan kepada seisi dunia. 

Entry kali ini adalah didedikasikan untuk diri sendiri yang sedang berusaha membaikpulih motivasi diri yang sedikit terganggu apabila melangkah ke dunia baru, untuk sahabat-sahabat yang disayangi yang sedang berjuang meneroka dunia sebenar Bumi Allah yang kita singgah ini, untuk sahabat-sahabat dan adik-adik di MMU yang sedang berjuang belajar untuk Final Exam, untuk semua yang membaca. Semoga beroleh manfaat daripada bebelan yang tak seberapa.

Allah, limpahkanlah kasih sayangMu ke atas kami semua! Amin
Wassalam 

"Dunia. Hanya singgahan sementara. 
Semoga tidak tercela 'vacation' ini agar tidak terseksa di akhirat abadi."

2 bicara mereka~:

Anonymous said...

nice one kak fateen, perkongsian yg bermanfaat. thanks :)

-ween-

Gadis Najlaa said...

so fast ye ween? ;) thanks for reading. Alhamdulillah andai ianya bermanfaat.