Saturday, December 31, 2011

Tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula sekolah sendiri.


Tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula sekolah sendiri. 
Cewah. Introduction macam penuh jiwa. hehe.

Sedar tak sedar, masa berlalu sangat pantas. Dahulunya ketika darjah 1 hingga darjah 6, saya bersekolah di SK (2) Taman Keramat. Ya, saya tahu sekolah ini tidak cukup glamour untuk digah atau dibanggakan. Sekolah ini tidak cukup popular untuk disebut-sebutkan. But yeah, sekolah ini banyak memberi jasa dan memberi pengajaran. Tidak lupa juga jutaan kemanisan yang saya berjaya create di sini. Cewah kuasa dua.

Selamat Datang SK Taman Keramat (2)

Pelajar Sederhana

Seingat saya, sepanjang zaman persekolahan, saya tidak pernah menjadi pelajar paling cemerlang. Saya pelajar sederhana. Tidak pandai, tidak juga lembap satu macam. Biasa-biasa sahaja. Kalau tak silap juga, pencapaian tertinggi saya di sekolah rendah adalah mendapat tempat ke-3 di dalam kelas semasa peperiksaan pertengahan tahun. Itupun berkongsi tempat ke-3 dengan seorang lagi teman sekelas. Masa itu, menuntut di dalam darjah 3 Budi. Ok sekarang saya keliru. Was it in my standard 2 or 3? Ok. Whatever. Tapi, itulah yang paling tinggi pun. Amat tak istimewa langsung.

Satu cara buat Umie Abah bangga

Umie Abah selalu cerita zaman Kak Yong, Kak Anne dan Kak Chik sekolah dulu-dulu, diorang memang sangat aktif. 3 beradik itu memang aktif bergimrama dan memasuki pertandingan nyanyian atau apa-apa yang berunsurkan kebudayaan. Kak Anne sebagai contoh pernah mewakili sekolah ke pertandingan nyanyian ke peringkat daerah. Bangga lah tu. Kembang kempis hidung.hehe

Tapi yang paling menjadi sebutan sebenarnya adalah prestasi akademik mereka yang cemerlang. Atau mungkin boleh bagi 5 bintang dengan up sikit status, sangat cemerlang. Setiap tahun Umie Abah akan ke sekolah untuk tengok Kak Yong dan Kak Anne naik pentas ambil anugerah pelajar cemerlang. Kak Chik akan jadi penyokong terbaik.hehe. (baik punya cover ayat, nak kata yang Kak Chik tak dapat pun anugerah cemerlang!ehehe.kita geng!)

Bila sampai turn saya dan Abg Shah bersekolah, haremm Umie Abah nak pergi sekolah tengok hari anugerah cemerlang. What for kan? Anak diorang bukan naik pentas pun.hehe. Ok fine. Kami memang tidak cemerlang. Harapan setinggi gunung jelah nak banggakan Umie Abah tapi gagal.haha. 

Tapi saya ada satu cara lain yang boleh buat Umie Abah bangga. Atau paling tidak pun, separuh bangga. Setiap tahun saya akan jadi busygirl berlari di padang pada hari sukan sekolah. Yeah! Menang tak menang belakang kira. Tapi setiap tahun sejak darjah 4, saya jarang pulang dengan tangan kosong. Mesti ada juga yang dimenangi. Nak kata ratu balapan tu tak ada lah tapi kalau tanya siapa awek cun runner Rumah Kuning, orang akan menyebut jugak lah Fateen.haha

So dengan menjadi runner untuk segala 100m, 200m, 4x100m, 4x200m, lompat pagar dan lompat jauh(sometimes), at least I got a reason to pull my father to come to school ok. At least to feel proud seeing her daughter (yang tak pernah dapat anugerah cemerlang) berlari dengan penuh kegigihan. Awesome sikit rasanya.hakhak

Nakal yang Baik Punya Cover

Saya yakin bahawa saya adalah antara pelajar kelas depan yang nakal. Nakal yang mengundang sumpah seranah cikgu-cikgu tapi sumpah seranah cikgu tu hanya berbunyi setakat di dalam hati sahaja.hehe. Cikgu menyampah tapi nak bagi penerajang rasa tak berbaloi. Sebab budak cute jangan dicederakan begitu sekali.

Suka hati mak bapak saya je keluar kelas bila boring dan tak suka cara cikgu mengajar di hadapan. Selamba dog je keluar ikut pintu belakang, jalan-jalan cari makan di kantin ketika bukan waktu rehat. Selain itu, ketika di dalam darjah 6, saya ditakdirkan untuk tidak sekelas dengan geng huru hara saya. Namun, kelas kami bersebelahan. Saya di 6 Jaya manakala yang lain-lain di 6 Maju. Saya fikir pada awal perpisahan itu saya mengalami krisis kekeliruan identiti. Jiwa di kelas 6 Maju tapi jasad di 6 Jaya. Geng huru hara meninggalkan ku sepi bersama budak-budak baik di 6 Jaya.

Nakal tercover lah sedikit. Umie Abah tak pernah pun dimaklumkan tentang kenakalan saya. That's fair enough sebab saya tidak mencederakan mana-mana kawan atau guru.hehe

Cinta Monyet Beruk Cipanzi

Di bangunan ini lah terletaknya kelas 6 Maju dan 6 Jaya. Di tingkat atas sekali, sebelah kiri. (itupun kalau tak silap.muahaha). Di bangunan ini juga tempat berdating-dating di korridor kelas.haha

Di sekolah rendah juga saya belajar menggatal. Ya rabbi, geli juga bila teringat dan terfikir kembali. Rasa nak rendam diri sendiri dalam kuali yang penuh dengan air mendidih.hehe

Sejak darjah 5 saya mula ber-couple dengan seorang pelajar darjah 6. Ei. Geli. Bagi pelempang maut baru tahu. Risaunya kalau fikir anak aku nanti entah cemana entah gatalnya.haha. Tak tahulah macam mana boleh couple. Sungguh.haha. Seingat saya mula-mula saya tolong Ustazah hantarkan buku dan fail beliau ke kelas darjah 5 semasa saya di dalam darjah 4. Bila masuk dan hantarkan fail tu, budak-budak darjah 5 dalam kelas tu semua mengejek menyebut nama seorang jejaka ini. Kelirulah saya dibuatnya. Benci dan tak suka. Nama saya Fateen, kenapa bila saya masuk disebut pula nama jejaka itu berulang-ulang? Tapi masa itu memang tak suka.

Setahun kemudian, saya sedar-sedar saya telah couple dengan jejaka yang saya tidak suka itu.haha. Memang dasar cinta monyet beruk cipanzi sungguh. Miang. Gatal. Pelempang maut diri sendiri. Muntah. Anyway, kelass juga saya menggatal dulu. Siap ada postmen lagi menyampaikan surat cinta. Oh. Tiba-tiba rindu bercinta zaman kanak-kanak. Zaman sekarang mana main surat cinta letak bedak kasi wangi sebab semua dah ada hp. Tak sweetlah you ols!hehe

Apabila masuk darjah 6, saya ditinggalkan oleh jejaka yang pada awalnya saya tak suka tapi kemudiannya menjadi boypreng saya itu. Maklumlah, beliau sudah melangkau ke sekolah menengah, dah maju. Pindah sekolah pula tu. Tak main dah area-area Keramat ini, maka eloklah diceraikan sahaja dan dibuang jauh-jauh cinta monyet beruk cipanzi ini.haha

Maka, entah bagaimana tersangkut pula bercinta dengan rakan sekelas apabila di darjah 6. Hek eleh, tak maju langsung. Bercinta dengan classmate. That's funny. Not hot enough, huh? Memang tak hot pun sebab selebet ya rabbi zaman dulu.haha. Sungguh daku geli menggambarkan keselebetan zaman dahulu. Sekarang pun selebet lah sebab tak reti nak make up segala tapi dulu lagi selebet.hehe. Konon couple dengan classmate macam, 'fuhh! dia ni ramai orang suka tapi dia couple jugak dgn aku! yes!'. Hangguk lah. Padahal kena kelentong bulat-bulat dengan romeo bertopengkan budak skema. Hey you! Bajet hensem lah tu. Tampar lelaju baru tahu.haha.

Serious kena tipu. Boleh pula si romeo pasang dua tiga awek dalam satu masa. Tabik spring wa pada lu. Darjah 6 kot. Bukan tingkatan 6, bro. Hebat lu bro.haha. Tapi apa-apa pun semua tu pengalaman hidup. Hari ni bila fikir-fikir balik, tersengih lah. Sebab rasa macam, not bad jugak kegatalan dan kemiangan kita semua zaman sekolah rendah dulu kan? 

Usaha untuk re-call.

Hari tu masa lepak minum dengan kawan-kawan sekolah rendah yang setakat dua ketul itu, we had fun berkongsi cerita dan mengimbau zaman bongok-bongok dahulu. Kelakar bila fikir-fikir, eh kita couple sampai form 1 ke form 2 eh? The ex-romeo said, 'sampai tingkatan 2'. Tapi saya dengan yakinnya menjawab, 'serious eh? rasanya masa form 1 saya dah couple dengan orang lain kat asrama'. haha. Gelak najis. See, I got the skill to be the romiah sikit kan?haha.

Our friend, Aishah Ahmad @ Ecah has a very sweet love story. Dari cinta monyet beruk cipanzi jadi cinta gajah.hehe. No, this is real. Start bercinta monyet sejak di dalam darjah 4. Dan sehingga kini berusia 24 tahun, masih bersama jejaka yang sama, which is our own friend juga, Ikram. Can you believe it? Memanglah susah nak percaya tapi percayalah. Saya menjadi saksi percintaan monyet yang bertukar menjadi percintaan gajah. Apa-apa pun, kami mendoakan percintaan kalian sampai ke gerbang perkahwinan. Bercinta lama-lama nanti boring plak kan?hehe. Silap hari bulan, Ikram kau aku kebas!hehe. Ok, that's only a joke. Don't be too serious, my friend.hehe

Abah ajar untuk menghargai


Kenapalah tiba-tiba bercerita hal sekolah eh? Simple. Sebab Batrisya mendaftar masuk ke sekolah ini untuk darjah 1. Oh my, kenapa sekolah ini? Tak ada sekolah lain ke?

Saya pun mula-mula question juga Kak Chik, 'kenapa hantar sekolah ni?'. hehe. Bajet hot lah tu taknak sekolah sini kan? In fact cikgu tadika Batrisya pun suggest Kak Chik untuk daftarkan dia ke Sekolah Setiawangsa sebab katanya Setiawangsa ada banyak aktiviti yang sesuai dengan jiwa Batrisya yang suka sangat menari, menyanyi dan blablabla. Tapi takdir Allah menentukan Batrisya akan bersekolah di sekolah yang sama dengan sekolah Mummy Yong, Mama Anne, Mama, Papa Shah, Mama Aten dan Acu Ijam. Hambek kau. 6 beradik ditarbiyyah di sini.
Comel dua orang ni.haha. (sengaja taknak besarkan gambar)
Presenting, Batrisya and her Mama.

Dalam kami adik-beradik berbincang, sekolah mana yang lebih elok, Abah adalah antara yang paling lantang bersuara untuk Batrisya bersekolah di SK (2) Taman Keramat. We were like, 'erk. come on Abah. majulah sikit!'.hehe

Tapi Abah bagi lempangan dari segi kata-kata secara percuma. 'Kau orang jangan nak berlagak sangat. Yang jadi doktor kat Ireland tu, yang kat sini pun, yang kerja Maybank, yang nak jadi Lawyer pun semuanya sekolah situ dulu. Ingat korang hebat sangat ke nak kata sekolah tu tak bagus?'. Hambik kau! Percuma Abah bagi. Fine. Surrender. Ada benarnya. Buruk-buruk, tak glamour pun, sekolah tu juga yang mendidik kami adik-beradik untuk minat belajar dan memasang cita-cita tinggi. Kan? Tiada siapa boleh nafikan.

Walaupun ketika di sekolah menengah kami adik beradik semua tidak memilih untuk bersekolah di Taman Keramat tapi sekurang-kurangnya sekolah rendah itu sungguh nostalgia sekali. Barangkali nostalgia juga untuk Abah kerana di situlah awalnya dia memupuk rasa bangga melihat anak-anak berjalan menaiki pentas menerima anugerah. Di situ jugalah dia menepuk tangan bersungguh-sungguh menyokong anakandanya berlari di padang. Nostalgia sungguh.

Cintailah Sekolah Anda

Do you remember this canteen?
We don't have this 12 years ago. ;p

Memandangkan zaman persekolahan dah banyak tahun ditinggalkan, jadi bila terkenangkan zaman dulu terasa seperti tersipu-sipu kegedikan dan malu. Sungguh rindu sekali. Sekolah juga dah banyak berubah. Bila pergi sekolah masa bawa Batrisya untuk Orentasi Darjah 1 semalam, masih ada guru-guru lama yang kekal. Obviously kalau tak ingat nama pun, wajah masih ingat. Tapi dengan selamba saya tak buat peramah. Saya buat-buat macam, 'diorang confirm tak cam aku!hehe'. Misi itu berjaya kecuali pada seorang guru. Guru ini juga menjadikan saya keliru dengan identiti diri sebentar.

Cikgu Shukri: Kamu sekolah kat mana, sekarang?
Saya: (Kejung 5 saat). Erk. Sekolah? Saya dah habis belajar dah, cikgu. (Senyum)
Cikgu Shukri: Oh dah habis belajar. (Beliau pandang Irdeen di sebelah saya kemudian bertanya.) Anak ke?
Saya: (Kejung dan keliru 3 saat). Eh, bukanlah cikgu. Ni anak buah saya. Anak kakak saya daftar darjah 1 kat sini. (Senyum najis)
Cikgu Shukri: Oh, anak buah. Awak belajar kat mana sebelum ni?
Saya: Kat MMU Melaka, cikgu.
Cikgu Shukri: So, dah kerja?
Saya: Belum lagi, InsyaAllah bulan 1 ni start.
Cikgu Shukri: Oh. Baguslah. Tapi kenapa tak sambung Master?
Saya: Ada hajat jugak, cikgu. InsyaAllah nantilah. Tapi saya nak buat Chambering dulu, sebab saya buat law sebelum ni..
Cikgu Shukri: Oh law. Bagus-bagus..
Saya: (Senyum menggoda) Lama cikgu kat sekolah ni ya?
Cikgu Shukri: (Senyum kambing) Ahaa. Memang lama betul.hehe.
Saya: Baguslah cikgu. Oklah cikgu. Jumpa lagi.

Cikgu Shukri pernah menjadi Guru Kelas 4 Jaya kalau tak silap masa beliau mula-mula posting ke SK (2) Taman Keramat. Masa mula-mula mengajar, dia asyik jadi bahan buli pelajar-pelajar. Siap budak-budak class gelarkan dia, Cikgu Tomato-man. Saya pun tak tahu kenapa gelaran itu diberi. Mungkin sebab dia rendah dan montel sedikit.haha

Thanks cikgu sebab buat saya keliru. Adakah saya kelihatan seperti pelajar sekolah apabila dia bertanya saya bersekolah di mana, sekarang? Adakah saya kelihatan seperti mak orang apabila dia bertanya, anak ke? Apa-apa pun cikgu, cikgu tetap cute macam 14 tahun dahulu. Hakhak

Lepas Ujian Saringan, tudung Kakak dah jadi macam ni.hehe
Gigih kan buat satu entry demi sekolah tercinta? Oh. Rindunya. 

Semoga 2012 memberi sinar cahay untuk saya dan anda semua. Biarlah wujud perubahan positif dalam diri kita walaupun tak besar mana. Allah suka kalau kita istiqamah walaupun perubahan yang dilakukan itu sedikit. Janji istiqamah.

Salam 2012. Terima kasih 2011 kerana mendewasakan saya. Wassalam

p/s: Terasa macam nak jadi cikgu sekolah pulak. Best.hehe

Tuesday, December 27, 2011

Trying to make a 'come back'


"Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, Tuhan apapun yang lain. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa kecuali Allah. Bagi-Nya lah segala penentuan, dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan".
(Al-Qasas: 88)
I was trying to make a 'come back', you know by reading novels. Tipulah novels. A novel sepatutnya. When I was in school, I loved Bahasa Melayu so much. I remember I presented puisi yang dibacakan oleh Dian Sastrowodoyo dalam filem ape tu ntah in the class. Stupid sungguh. Tetapi, oklah. Bebudak kelas yang lain pun buat presentation puisi sajak syair ape ke gelabah semuanya.haha

Kalau orang tanya manalah saya dapat idea menulis panjang berjela tangkap leleh hingus segala, saya nak jawab sebab saya memang minat bahasa melayu sejak zaman sekolah.haha. Dan seingat saya, saya antara yang berani menjawab peperiksaan penulisan Bahasa Melayu dengan memilih 'cerpen'. Kelas tak maria. Seni lah konon. Podah chit!

Oleh yang demikian, hari tu masa pergi Wangsa Walk dengan Dr.-to-be Shabira, saya telah merembat sebuah novel di Popular. Actually, masuk dalam tu sebab nak beli Tafsir Al-Quran yang kecil kiut miut untuk senang dikelek sana sini. Tapi tak ada (can you believe it??) and ternampak buku-buku penulisan Hlovate tersusun baik punya. I was searching for Contengan Jalanan (as I was introduced and induced by Nadi to read the novel) tetapi buku itu juga tiada. Lantas daku merembat novel bertajuk aA + bB. Lantas dua tiga hari novel tersebut dikelek di dalam beg tanpa dibuka plastiknya. Mencari masa yang sesuai untuk mendapatkan kekhusyukan membaca novel. Sampailah semalam siang semasa mengikut Kak Anne bawa anak-anak pergi KidSport, bosan-bosan baik layan novel. Gigih menghabiskan bacaannya dan sekarang, tara! Tamat sudah (setelah terlelap malam tadi dalam usaha menamatkannya.haha).
Sarra Adelya seronok main kutip-kutip bola.
Ommar Heykal seronok main gelongsor.
Mummy seronok (sambil pengsan) layan ragam anak-anak.
Itu bukan cerita sebenarnya. Nak bagitahu yang kalau tak silap, ini novel penulisan Hlovate ke-3 yang saya baca. Dah lama gila sebenarnya meninggalkan musim membaca novel dengan ghairah sekali. Tak ada masa lah nak gigih-gigih baca novel masa menjadi pelajar berdedikasi di Universiti. Tapi sejak bergelumang dengan ideology yang dibawa oleh Ustazah Nadi, entah kenapa entah boleh tercair apabila disuruh membaca novel penulisan Hlovate

Special sangat ke? Urm. Hard to say. Penceritaan tentang kehidupan yang biasa yang tiada ajaibnya. Cuma saya senang kerana Hlovate bijak menyelit unsur dakwah di dalam penulisan novel beliau. Sebagai contoh, ayat 88 Surah Al-Qasas yang saya letakkan di atas entry ini adalah salah satu ayat-ayat cinta Allah swt yang Hlovate selitkan sebagai peringatan dalam jalan penceritaan novel yang saya baca ini. Dan sebenarnya banyak lagi.

Saya pernah membaca Rooftop Rant dan 5 Tahun 5 Bulan. Saya lebih suka Rooftop Rant sebab ianya lebih kuat unsur keislaman manakala Nadi lagi suka 5 Tahun 5 Bulan sebab kata beliau, dia cintakan kejiwangan.haha. (Sorry, saja cari gaduh!)

Anyway, buku motivasi saya banyak lagi yang tak terkhatam. Termasuklah bibliography Steve Job yang very inspiring yet saya tak gerak-gerak dari beberapa helai muka surat hadapan sahaja. Rasanya makan tahun juga nak menamatkannya. Tebal sangat.haha. 

*Bosannya tiada aktiviti di rumah. Kalau boleh nak pergi jalan-jalan ke sana ke mari tapi, macam tiada rezeki. Haish. KLCC pun saya tak jejak sejak-sejak habis belajar ni. Lame gila hidup. Nak pergi buat ekspidisi mencari Contengan Jalanan lah. Popular di Wangsa Walk memang murahan sungguh. hehe*

Last weekend saya menghabiskan masa dengan meng-catch up cerita rakan-rakan dengan melepak di kedai kopi bersama.haha. Hari Jumaat malam sempat ber-simple chit-chat dengan Shabira dan Jira. Dua bakal doktor yang meletup macam model.haha. Hari Sabtu pun sempat juga continue chit-chat dengan Shabira. Hari Ahad pula sebelah petang bersua dan berborak-borak dengan dua Mak Datin, Zakiah dan Shazreen. Dunia ni kecil je. Zakiah kawan saya di sekolah agama dulu happened to be kawan Shazreen juga yang menjadi kawan saya ketika di MMU. Pendek cerita, kalau nak buat jahat jangan buat kat Malaysia. Sebab pusing-pusing member-member kita juga. Bahaya!hehe. Sebelah malam Ahad pula sempat bergosip dengan dua orang gossipers terhangat di Keramat, Aisyah dan Azraei. Dua kawan sekelas ketika darjah 6 di SK (2) Taman Keramat. Walaupun orang kata sekolah tu sekolah boyan, tak mengapalah. At least kitorang boleh jadi testimoni yang mengatakan, sekolah boyan pun boleh buat kitorang masuk Uni dan habis belajar, apa!hehe

Puas mengasah lidah berborak-borak dengan kawan-kawan lama. Dah besar dah semua.haha. Nasib baik tumbesaran otak selari dengan tumbesaran fizikal.hehe

Baiklah. Entry ini memang dah melalut.

Pesanan khidmat masyarakat yang saya curi daripada penulisan Hlovate:
"Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa".

Oleh itu, bersyukurlah kita kerana berjaya belajar, berjaya membesar dan berjaya menjadi dewasa. Alhamdulillah.

Wassalam

Saturday, December 24, 2011

Mari buat confession.


Lebih kurang seminggu lagi yang bersisa sebelum angka 2012 melekat di dalam kalendar hidup kita. Tiba-tiba saya terfikir, apakah kemajuan diri yang telah berjaya saya lakukan sepanjang 2011? Macam tiada. Macam Zero. Sedih sekali.

Oleh kerana saya terlalu free, saya dengan rajinnya telah me-review entry-entry dulu-dulu, kot-kot ada yang telah saya catatkan tentang azam atau wish list tahun 2011 saya. Cari punya cari, korek punya korek, saya tak jumpa satu entry khas tetapi saya adalah terjumpa satu entry panjang lebar.hehe. Ianya di sini. Tetapi harapan saya sepanjang 2011 adalah agak ringkas dan mudah. Namun, masih gagal dipenuhi sebenarnya. Aduhai. Manusia hina seperti saya, memang lemah dari segala segi.

6 perkara pun gagal dicapai. Hampagas!

Mari buat confession di sini.

Pertama, saya gagal menjadi anak dan hamba yang Solehah secara total. Masih banyak kekurangan dan ke-najis-an yang melekat di dalam diri ini yang menyekat pencapaian matlamat ini.

Kedua, saya telah berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik yang boleh memanusiakan orang lain. Tetapi, masih belum cukup usaha yang diletakkan. Masih dikira gagal.

Ketiga, saya fikir saya kurang berusaha keras untuk kestabilan hidup. Terlalu bersenang lenang walaupun pada akhir usia 24 tahun. Makan tidur berak cangkung, habuk pun tadak.

Keempat, sebagai seorang hamba hina kadang-kadang terlalai dengan godaan dunia. Nafsu serakah bermaharaja lela (amboi ganas bunyinya). Kadang-kadang marah dengan sesuatu situasi, lupa nak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah dah beri tanpa berkira sedikitpun dengan kita. Sadis.

Kelima, saya belum cukup berpuas hati dengan proses saya mencari ilmu. Tapi saya akan terus mencari ilmu baik dari segi profesional course mahupun ilmu yang boleh didapati dengan melihat dunia sekeliling.

Keenam, ya. Masih gagal. Mencari jodoh gagal. Menemui jodoh jauh sekali. Tapi tak mengapa, masih ada masa lagi.hehe

Oleh yang demikian, saya telah membuat keputusan untuk tidak terus menipu dan memberi harapan kosong kepada diri sendiri. Lebih baik saya mengulang taip azam 2011 saya untuk diusahakan dengan penuh daya dan tenaga bagi tahun 2012. Dan tolong jangan suruh saya highlight azam nombor 6 semata-mata. Bantulah saya agar menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Dan, nak jadi lebih baik ni bukan semata-mata dengan menemui jodoh.hehe. Kalau terjumpa, itu rezeki terpijak namanya. Tapi saya fikir, pada tahun 2012, usia saya mencecah 25 tahun, elok sangatlah kalau ada yang nak merisik khabar atau menggoda Umie Abah saya untuk menerima kedatangan rombongan. Tapi kalau tiada pun tidak mengapa. Saya masih boleh ajak Umie dan Abah pergi rombongan Cik Kiah ke tempat-tempat bersejarah di dalam Malaysia ini.hehe

Oh, jangan lari fokus dalam menulis. Baiklah.

Talking about wish list, I remember in the year of 2009, saya adalah tergedik sedikit menyenaraikan 10 wish list saya. Yang mana pada hari ini apabila saya melihat kembali, saya rasa jelek dengan diri sendiri. Bajet bagus gila wish list tersebut. Nak menyanyi dengan live band lah, nak pergi Genting lah, nak dapat sejambak bunga lah. Nasib baik tak minta pelempang dalam wish list tersebut. Terasa juga seperti nak mendelete post-post kebudak-budakan yang lalu tapi fikir-fikir balik, it's ok to keep it. Sekurang-kurangnya saya dapat menilai kemajuan diri (sekiranya adalah) dari segi mental, fizikal dan spiritual. Dan bila ada anak nanti boleh lah pesan kat anak begini: "Kau jangan jadi mcm mak ni. Dulu mak gedik-gedik tulis macam ni. Malu mak kalau kau pun tulis macam ni. Masa mak tulis begini tak ada sape pun tegur tapi kau tak boleh tulis sebab mak dah pesan kat kau awal-awal! (ketika kau masih bayi lagi.hehe)"

Oleh kerana wish list yang jelek itu, saya menerima sejambak bunga. Kelas kau maria! Memang najis sekali bila diingat-ingat kembali. Dan seperti hendak mengejek diri sendiri kerana kegedikan episod hidup yang lalu. Bila diceritakan tentang kisah menerima sejambak bunga di blog ini (tak payah carilah entry yang mana. tak ada gunanya), sungguh rancak sekali menerima dan berbalas-balas komen sehingga 20 komen. Bajet artislah tu. Dan antara yang memberi komen itu termasuklah si pemberi bunga yang meletakkan nama samaran, Joe. Barangkali nama penuh beliau, Joe Jambul. Dan dengan berani dan yakinnya, Mr Joe telah menyenaraikan Why I like Fateen Najlaa Idayu. Bajet sweetlah tu? Poodah!

Komen paling mahal boleh masuk URTV.
Hari ini, saya terselak kembali dan terjumpa komen-komen yang menggelikan ketiak sendiri. Kalau tengok muka depan cermin, seakan-akan mohon ditampar oleh tangan sendiri. Anyway, I feel like laughing out loud. Paling kelakar sekali bila mendapat tahu bahawa Mr Joe tersebut adalah dari kalangan kawan-kawan sendiri. Memang minta lunch sup kasut namanya. Paling tak tahan, Mr Joe pesan jangan kembang hidung selepas menyenaraikan segala-galanya. Chait!

Mari buat confession sesi kedua. 

Saya ini walaupun suka buat perangai sengal, tetapi dalam merancang masa depan, saya tolak tepi kesengalan saya. Oleh yang demikian, saya berfikiran bahawa ini bukanlah cara terbaik untuk mencairkan hati seseorang perempuan. Lagi-lagi perempuan berhati batu dan tidak faham bahasa seperti saya. 

Tapi apa yang bagusnya, saya suka saja menerima apa saja pemberian orang. Beri bunga beserta dengan coklat, saya ambil dan saya makan coklat tersebut. Saya untung, saya kenyang. Kalau beri saya baju, jika muat dan menutup aurat, saya pakai.kehkeh. Kalau beri saya kasut, yang sesuai dengan karekter saya, saya sarung dan pakai buat jalan. Kalau beri saya buku, saya ambil dan saya baca. Dan semuanyalah. Sebab P Ramlee pesan, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Jangan minta lebih-lebih, atau gatal lebih-lebih, penampar dan lecture free saya bagi. 

Pergh. Ganas gila. Bajet bagus lettew.

Memang tak bagus pun. Saya manusia hampagas yang hina.huhu

Setelah menaip panjang lebar baru saya sedar entry ini sudah tersasar ke-mengarut-an nya. Maka, eloklah diletakkan full stop di sini. 

Bagi yang bercuti, selamat bercuti. Bagi yang menyambut perayaan, sambut elok-elok. Bagi yang duduk melanguk, elok-elok jangan asyik ternganga sampai lalat beranak pinak dalam mulut. Dan bagi yang berminat untuk belanja saya makan, silalah hubungi saya. Dengan syarat bawalah kawan-kawan ataupun Mahram bersama anda.kehkeh. Wassalam

Friday, December 23, 2011

Pesanan Khidmat Masyarakat: A Love Story


Saya tahu, awak tahu, semua orang tahu yang cinta itu sungguh mengasyikkan.

Untuk orang yang bercinta, pasti sukar rasanya untuk keluar dari zon asyik bercinta. That's understandable. Hey come on. I was in that scene before. But that was back in school. But I wasn't that asyik, I guess. Because I wasn't that matured. Yeah.

And for those who are not in any special relationships, they might feel like 'Oh Em Ji! No one wants to be my love, am I not attractive? I really wanna feel the love, to love and to be loved. Help!'

Sungguhpun berjela-jela pesanan khidmat masyarakat yang menyatakan, 'tak usahlah bercinta. bercinta lepas kahwin itu lebih indah dan mengasyikkan. Allah pun redha. Blablabla.'. Tetapi, masih gagal utk meyakinkan hati-hati manusia. *termasuk saya*

Dunia semakin canggih. Allah swt benar-benar sayangkan kita. Kenapa? Kerana Dia menghadiahkan kita dengan pelbagai cara pengajaran dan didikan untuk kesedaran itu sampai kepada kita. FB, Twitter, Youtube , Blog, dan macam-macam lagi.

Oleh yang demikian, ayuh kita semua tonton dan hayati Video ini. Kalau-kalau ada hati yang terjentik dengan pesanan dengan cara ini, Alhamdulillah. All praise to Allah swt. Kalau tak ada pun x pe, remember that Allah swt counts on our efforts! 


Peace. Rasulullah berpesan, fitnah terbesar bagi seorang lelaki adalah.jeng jeng jeng. WANITA.
Awas wanita. Jangan jadi punca kepada sebuah fitnah.

Saya sayang semua! Kalau kahwin silalah jemput saya. Saya nak makan banyak-banyak.hehe
Wassalam

Mari Touching: Teman Terulung


Saya sebenarnya hari ini memasang hajat untuk tidak meng-update blog. Kerana saya tiada idea, tiada topik untuk dibicarakan.

Akan tetapi, di waktu tengah malam ini, dalam kesejukan yang sungguh menjiwangkan, seorang sahabat telah men-tag-kan sebuah lagu nyanyian Anuar Zain di FB. Oleh itu, saya telah mendengarkannya secara berulang-ulang. Ketika saya menaip ini, lagu telah diputarkan sebanyak 4 kali. Dan saya yakin by the time nak habis type, 20kali lagu ini akan diulangi.hehe

Haish. Sungguh touching sekali. Sebab kita tahu sejauh mana kita banyak berkongsi pengalaman mengembara mencari ilmu kan awak kan? Oh. Sebelum itu. Maaflah Cik Gelpren ye. Pinjam Boypreng anda untuk touching touching barang seminit dua di sini. hehe

Coming back to the Teman Terulung,
Sepanjang perjalanan hidup saya, saya benar-benar bersyukur kerana di setiap jatuh bangun hidup saya, Allah swt sentiasa melindungi saya dengan menghantar hamba-hambaNya yang baik hati, yang ikhlas menghulur persahabatan, yang sentiasa tenang baik dalam senang atau susah saya. Dan haruslah awak tahu bahawa, awaklah salah seorang daripadanya selain daripada sahabat-sahabat sampai Syurga saya yang lain.


Note: Jika mahu feel, sila putarkan lagu ini ketika membaca.hehe

Awak,
Time flies so fast kan? Rasa macam masih segar dalam ingatan kali pertama mengenali awak. Teringat lagi bagaimana awak conduct meeting 'Come Back UPG' di bilik SRC. Ketika itu, tahun 2008 andai saya tidak silap.

Itulah kali pertama saya kenal awak, tahu siapa awak, tengok ke-apek-an awak. Dalam hati berkata, 'high discipline mamat nih!'. Sebab slogan yang dia bawa dengan poyonya, 'you are on time if you are 5 minutes early and you are late if you are on time!'.

Awak,
Tak tahulah saya pernah cakap ke tak. Kalau pernah, kira halal lah dengar sekali lagi. Terima kasih di atas kepercayaan awak terhadap saya untuk menjadi sayap kanan perjuangan awak dalam UPG satu masa dahulu. Saya takkan lupa saat lamaran seorang Tuan Presiden terhadap saya untuk menjadi VP-nya. Yang mana pada waktu itu saya dengan angkuh sekali berkata, 'Saya bekerja Part Time di Coffee Bean setiap hujung minggu. Kalau awak sanggup bekerja dengan orang bekerja macam saya, boleh lah kot. Sanggup ke?'. Bertambah angkuh kuasa dua bila AGM masa tu saya tak attend pun kerana gigih bekerja di Coffee Bean. Kerana pada saya ketika itu, 'last minute plan, gua tak layan bro!'. hehe

Dan satu tahun yang singkat itu penuh dengan pengertian, penuh dengan semangat kebersamaan. Bukan hanya awak dan saya yang rasa, tapi kita semua. *Syahdu*

Awak,
Saya nak awak tahu yang saya takkan lupa juga bagaimana saat dan ketikanya awak menyampaikan hasrat, amanat dan harapan untuk saya menjadi tonggak utama UPG selepas awak. Saya tidak pernah meletakkan menjadi Presiden mana-mana kelab sebagai target saya. Sumpah. Dan saya masih ingat saya katakan, 'Awak sure ke? Saya dengan awak cara berbeza. Saya taknak nanti diorang semua tak boleh terima..'. Dan awak betul-betul berani mencuba nasib meletakkan perempuan sebagai tonggak utama untuk pertama kalinya. Saya memang bukan manusia sempurna. Perempuan, penuh dengan emosi. Saya mohon maaf andai perjuangan saya tercacat di mana-mana, yang membuatkan awak kecewa dan sesal menjadikan saya penyambung perjuangan awak. Perjuangan kita semua sebenarnya.

Awak, 
Saya terasa over sekali menulis begini. Sungguh geli.kehkeh. Tapi, memandangkan lagu di atas terus terusan berputar, jadi saya perlu berada di dalam mood syahdu.

Awak,
Masa berlalu begitu pantas. Saya dah pun tinggalkan MMU, tinggalkan dunia yang menyaksikan perjuangan hebat awak, saya (yang tak hebat) dan sahabat-sahabat lain. Namun begitu, saya nak awak dan sahabat-sahabat lain tahu bahawa sehingga mati pun, saya takkan lupakan awak dan mereka semua. Masakan saya mampu untuk melupai satu episod hidup yang menjadikan saya manusia yang lebih kenal dengan kemampuan diri saya sendiri. Saya takkan lupa. Sumpah takkan lupa.

Beberapa bulan hidup sendirian di luar dunia MMU, saya banyak merindui kenangan lalu bersama awak dan yang lain-lain. Rindukan kesungguhan perjuangan demi perjuangan yang dirasai. Baik dari segi persatuan, perjuangan kendiri, perjuangan bangsa dan agama setakat apa yang kita mampu, dan segalanya. Rindukan juga sesi luahan perasaan, sesi bertukar idea, berkongsi pendapat, berebut untuk membaca buku motivasi, berebut untuk mengkritik sesama sendiri. Rindu juga sesi kutuk mengutuk saiz badan masing-masing.

Awak, terima kasih kerana menjadi teman terulung.
Saya doakan kejayaan menjadi milik awak, saya dan semua.
Saya doakan awak berjaya capai segala impian awak.
Teruskan menjadi orang biasa yang mencipta dunia luar biasa.
Teruskan menjadi pendidik kepada semua yang mahu dididik.
Teruskan menjadi si baik hati sungguhpun terhadap orang yang menyakiti.
Saya percaya, Allah swt menjanjikan kehidupan dunia dan akhirat yang terbaik untuk teman semulia awak.

Saya mohon maaf atas setiap satu dosa.
Saya nak ucap terima kasih atas segala kenangan perjuangan bersama.
Saya ingin ucapkan Tahniah kerana berjaya membuatkan malam saya begitu syahdu sekali dengan lagu ini.

Allah swt, teruslah merahmati dan memberkati hidup teman terulung saya ini. Percepatkanlah jodohnya, juling mata tengok baju sedondon beliau dengan kekasih hati (yang juga teman terulung aka idola saya).ngengeh. Gurau setelah syahdu.

Dan, maafkan saya kerana merembat gambar awak ketika kurus di FB awak.kehkeh
Kurusnya beliau. haha
Oh. Ejum, saje je aku gedik-gedik nak ber-awak-awak dengan biawak ni.hehe. Sebab kalau dari awal sebut nama mcm tak dramatik.hehe. 

Encik Mohd Rezal Mohd Daud, semoga kebahagiaan menjadi milik kamu dunia akhirat. Allah rahmati kamu selalu. Terima kasih untuk segalanya, teman!

Wassalam

Wednesday, December 21, 2011

'we feel that MMU graduates are much much more better than the graduates from other University'



Bagaimana hidup sebagai penggangur terhormat? Seronok? Very the marvelous.hehe

Sejak saya ber-blogging ni, saya menyedari bahawa manusia benar-benar teruja dengan tajuk-tajuk entry yang kontroversi. Sekiranya tajuk entry kontroversi, maka sukalah mereka untuk klik. Baca atau tidak itu, saya tak pastilah. Kenapa? Sebab saya membuat ujikaji. Sengaja saya meletakkan tajuk entry 
'kondom siapa yang bertaburan di atas jalan ini?' atau 'anak siapakah yang pulang ke rumah dengan meninggalkan sepender di tepi jalan?' pada entry-entry yang lalu, jelas dalam masa beberapa jam view nya mencecah 90lebih. Walhal tiadapun cerita pasal kondom. Sebaris ayat tu je yang sebut pasal kondom dan sepender.hehe. Selebihnya lebih kepada peringatan. Saya yakin, yang klik dan membacanya pasti menyesal. Sebab intro menceritakan tentang diri sendiri yang kebosanan duduk di rumah melebihi cerita hal kondom dan sepender. Padan muka. Gatal kemain.

Anyway, siang tadi sempat mengukir senyum lebar (gila punya lebar) sebab dapat jumpa chenta-chenta dan buah hati. Kelas. Sejak bila entah berbuah hati ni.haha

Alhamdulillah, kebetulan pepagi Kamil SMS bagitahu nak turun KL untuk urusan dengan Kedutaan Indonesia. Menguruskan sisa-sisa hal Aceh nampaknya. Datang KL pula dengan Chenta Hati saya; iaitu Uqi. Lagi lompat-lompat tinggi-tinggi. Tapi masa melompat tu masih bergolek-golek, bermalas-malasan.haha

Banyak juga berborak walaupun masa tak lah panjang mana. Syukur betul. Sejak-sejak bercuci-mata di Pavilion tadi, rasa macam semakin wangi pula badan ni. Mana taknya, kedai perfume bersepah, asal lalu je, kita tumpang dapat bau wangi. Untung. Untung sejak kebelakangan ni saya hanya ber-cologne jenama Johnson Baby. *tiada duit*
Alahai comelnyeeee patung itu.
Memel dan Fidas

Banyak nak cerita tapi tak tahu nak cerita apa. Boleh ke macam tu?

Oh. Syukur kepada Allah swt. Saya telah mendapat tawaran untuk ber-chambering. Alhamdulillah. Semalam interview, hari ini dapat call. Seronoklah. Amat seronok. Walaupun saya belum buat acceptance to the offer lagi.hehe.

Gila kau tak seronok. Hanya saya yang tahu seksanya rasa di-reject dengan cemerlang sekali. Bukan satu firm mereject, tapi.. Ah. Rahsia.haha.

Alhamdulillah, bila Allah swt lambatkan sesuatu yang kita hajatkan tu, adalah sebabnya, besar hikmahnya. Kalau tiada aral, esok sesubuh sepi'e saya akan email menyatakan bahawa, 'saya sudi jadi isteri awak!'.haha. Kepala hotak. Setuju menerima offer ber-chamberinglah! Tampar lelaju karang!

Sungguhpun begitu, saya nak buat confession di sini. Dengan harapan tiadalah yang celupar mulutnya membuat laporan. Saya masih belum memaklumkan kepada YTM bahawa saya sudah tamat belajar.kehkeh. But, planning to do so very soon. Kenapa? Kerana, saya pelajar undang-undang dan saya memahami kontrak tajaan dengan jelas bahawa mereka menaja saya daripada Januari 2008 sehingga Januari 2012. Sekarang masih bulan 12 tahun 2011.hehe. Untunglah pandai mengelat habis belajar awal 1 sem.haha. 

Jangan cemburu kawan-kawan. Habis belajar awal pun tak guna kalau hidup bagai ikan kering yang kekeringan idea dan kebosanan.hehe

Alhamdulillah, syukur kerana kebosanan akan  diganti dengan kesibukan bekerja very soon. Allah benar-benar sayangkan kita sebagai hambaNya. Dan Dia benar-benar mahu mendengar rintihan dan rayuan kita.

Esok saya ada interview lagi. Kali ni di Solaris Mont Kiara pula. hehe
Ape ke gedik nak pergi interview lagi kalau dah dapat offer?
Memang lah gedik sebab saya dah confirmkan kehadiran interview semalam. Mana nak tahu hari ini dapat offer dah. Jadi, tak salah pergi mencuri pengalaman. So far saya seronok merasa di-reject baik oleh firm besar, kecil, medium.hehe

Tips paling utama: Preparation is the key for success.

Sungguh. Jangan tak percaya saya bercakap dengan dinding, dengan cermin sebab berlatih. Tengah drive pergi interview pun berlatih senyum dan bercakap sorang-sorang. Memang awesome gila. Kalau orang kata saya gila pun saya pasrah. Demi untuk tidak di-reject lagi.hehe

Pengalaman saya ditemuduga semuanya berbeza-beza. Semuanya pelbagai gaya. Ada juga firm yang saya baru masuk, saya rasa macam dah nak balik rumah. Aura dan mood tak mari.haha. Banyak songeh lah kau Paten. Memang pun.

But the latest one is very the awesome. For the 1st time saya bangga menjadi Law graduate from MMU. Sebab kata mereka, 'we feel that MMU graduates are much much more better than the graduates from other University'.

Jadi mulai hari ini, pelajar undang-undang di MMU jangan risau, jangan susah hati. Berlambak je firm yang bagus yang appreciate the talent of MMU students. 

Tambah lagi berkat berbaju kurung semalam dan berselendang ayu, menambat hati para penemuduga sungguhpun kedua-duanya berbangsa Cina.haha

Apa-apa pun, sila doakan interview saya esok lancar. Kalau tak, memang balik dengan kecewa. Sebelum tu mungkin boleh makan Haagen Daz kat Solaris tu. Hari tu dah usha tempat. Memang tempat tu untuk berjimba, bukan untuk bekerja. Harap maklum.haha

Wassalam

p/s: Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat, ahli keluarga, semualah yang memberikan semangat, motivasi, pesanan, juga mendoakan saya selama berjuang mendapatkan tempat utk ber-chambering. Hanya Allah swt yang mampu membalas jasa baik kalian. Syurgalah tempat buat kalian!

Monday, December 19, 2011

Aku gila-gila, kau gila suruh aku berdakwah?



Di saat orang ramai berebut-rebut menonton video Miss Dena yang sangat sweet dilamar oleh Encik Tunang beliau yang sedang bertaburan di-share-kan linknya di Facebook, saya memilih untuk menambahkan view video simple tapi penuh makna di atas ini. Tontonlah. Percayalah, tiada kecederaan mental atau fizikal yang akan terjadi pada anda. Jika anda asyik menonton video Miss Dena itu, pastinya sedikit sebanyak anda mengalami tekanan mental kerana asyik bertanya, "kenapa tiada lelaki semanis ini propose aku begini? burukkah aku ini?" dan macam-macam lagi.

Menyentuh soal dakwah, sebut sahaja perkataan 'dakwah', kebanyakan orang yang sedang makan ikan boleh terasa seperti tercekik tulang. Atau kepada orang yang baru selesai makan dengan banyaknya, barangkali mereka akan terasa seperti hendak 'membuang'. Kenapa? Kerana gentar, cuak, gelabah, atau mungkin rasa 'tak boleh belah!' mendengar dan menyentuh soal dakwah. 
Malah ada yang berani berkata, "erk, sorry der. wa tak ready lagi lah nak layan semua cerita dakwah lu ni!". Ok. Tak pelah. Kalau macam tu, dengar cerita sayalah. Ok?

Cerita Saya Yang Tidak Seberapa

Selama ini saya tak pernah terfikir pun yang apa yang saya dan kawan-kawan lain buat adalah satu cara dakwah. Kami sekadar buat kerana 'keperluan'. Cerita pertama (yang tidak seberapa), ketika kami mula-mula berpindah ke rumah sewa. Syarat mudah yang diletakkan di atas persetujuan bersama adalah; 'Lelaki dilarang masuk ke dalam rumah ini kecuali ahli keluarga bila mana keadaan mengizinkan'. Tak kisahlah yang ada boyfriend atau yang single-mingle, syarat perlu dipatuhi bersama. Bingo! Sampai akhir waktu pun tiada yang melanggar syarat. 

"Kau ni anti lelaki ke? Rumah kau istimewa sangat ke sampai lelaki nak masuk tengok pun tak boleh?". Amboi soalan kau, macam cari gaduh je.hehe. Jawapannya, "Aku bukan anti lelaki. Kalau aku anti lelaki, bercakap dengan kau pun aku tak hingin. Rumah aku biasa saja, tiada yang istimewa. Cuma, aku mahu elak fitnah. Aku tak mahu orang kiri kanan depan belakang melihat dan menilai yang bukan-bukan. Aku di sini bukan hanya memegang maruah aku, tapi juga maruah ibu bapa aku, dan maruah agama aku"

Cerita kedua (yang tidak seberapa); saya dan kawan-kawan berkenalan dengan seorang awek manis. Satu hari sedang berborak-borak, tiba-tiba terdetik untuk sama-sama mengaji Al-Quran. Tujuannya sebenarnya untuk membantu awek manis ini mengaji dengan lancar. Kalian tak tahu bagaimana sedih rasa dihati mendengar cerita awek ini. Ketika usia menjelang 20-an, orang lain sudah berpuluh kali mengulang khatam Al-Quran, tetapi beliau masih gigih mengumpul semangat menelaah Iqra'. Saya mahu berkongsi cerita tetapi biar dahulu, tentang dia. Entah kenapa, tiada pernah terlintas untuk merasa 'hinanya dia ni kerana tak lancar mengaji'. Yang terlintas di fikiran cuma, "apa kata kita mengaji bersama-sama di rumah kamu?"
"Tapi kakak, saya masih mengaji Iqra'", kata dia. 
"Tak apa. Kakak ajar kamu sikit-sikit, lama-lama kamu mahir"; saya membalas. Seperti durian runtuh, dua lagi sahabat mahu turut serta. Rasa kelakar masing-masing membantu membetul bacaan Al-Fatihah. Ada juga gaya Ustazah memegang rotan. Rindu, bukan? 

Cerita ketiga (yang tidak seberapa); ketika awal-awal dahulu berusaha membangun kembali satu persatuan rakan sebaya di Universiti. Mencari-cari juga apakah motto yang paling sesuai untuk diangkat bersama-sama teman seperjuangan. Melihat 'gila'nya pemikiran dan perangai masing-masing termasuk saya sendiri, macam tak sesuai pula untuk mengangkat diri sebagai pendakwah. Jauh sekali untuk menyampai hujah bertulangkan agama. 'Ini Dakwah Cara Kita'. Hanya satu ayat biasa, tetapi besar makna. Saya selalu berkata, "Apalah salahnya untuk kita buat pahala dengan membantu ramai orang. Karaoke, karaokelah. Bila ada peluang membantu begini, jangan kita tolak peluang". Anehnya, dalam kegilaan kepala otak teman-teman waktu itu, tiada seorang pun yang menolak idea 'Ini Dakwah Cara Kita'. Tiada seorang pun yang menentang penggunaan 'dakwah' itu. Itu tandanya, Allah membuka hati kami semua untuk lebih dekat denganNya, dengan cara kami sendiri. Dan, apa saja cara yang kami gunakan, ini semuanya kurniaan Dia. Hari ini, jauh sudah hero-heroin 'Ini Dakwah Cara Kita' berlayar. Semoga Allah terus memberi peluang untuk kita semua berkhidmat, berdakwah dengan cara kita sendiri, yang mana peluangnya muncul dengan izin Allah swt juga!
The first come back. 2008
Calon menantu 1.
Calon menantu 2.

Cerita keempat (yang tidak seberapa), ini antara yang paling saya rindu. Berkongsi cerita, bertukar pendapat, bertukar ilmu, ber'usrah' tanpa kami sedar. Sebetulnya saya berani katakan bahawa saya secara tidak sengaja melakukan semua ini dengan beberapa golongan yang rapat dengan saya. Contohnya, ahli rumah sewa dan keluarga program/persatuan. Jangan kita kecilkan ruang lingkup pemikiran. Asal jadi housemate, mesti bercerita soal rumah atau soal cinta semata-mata. Tidak sebenarnya. Menjadi housemate bermakna menjadi keluarga. Menjadi keluarga bermakna berkongsi segala-galanya. 
Asal jadi teman berprogram, setiap masa nak cerita pasal program semata-mata. Macam tu ke? Tak juga. Ada masa perkara baik yang bermanfaat, boleh dikongsikan juga.

Cuba bayangkan, alangkah indahnya apabila di Syurga kelak, hari-hari kita ditemani dengan sahabat-sahabat yang kita benar-benar girang apabila bersamanya. Oh. Indahnya! Mahu gila-gila, gila-gila juga. Ada masanya, kita perlu pandai mencari peluang untuk memberi manfaat dan menerima manfaat. Satu hari ada teman serumah memanggil saya ke biliknya. 
"Awak, kat mana awak selalu beli buku agama?". Erk. Saya pelik. Mestilah kedai buku, takkan kedai basikal.hehe. 
"Kedai bukulah. Banyak ada jual.."; saya menjawab. 
"Kenapa?", saya menyoal. 
"Saya rasa saya nak belajar agamalah", dia menjawab. Tenang. 
Saya seperti berpeluh. Adakah ini satu cobaan? Tambah lagi dengan soalan yang dia letakkan, "kenapa kita perlu solat 5 kali dalam sehari? awak tahu tak kalau-kalau ada cerita Nabi atau penjelasan di sebaliknya?". Huh. Berpeluh lagi. Terpaksa memanggil rescuer untuk mem-back up. Manis pengalaman ini.

Adakah ini suatu nikmat atau beban? Saya memilih ini semua sebagai nikmat. Nikmat yang sebenar-benar nikmat. Allah letakkan pelbagai jenis manusia di sekeliling kita untuk kita belajar dan mengajar, untuk kita menghargai dan dihargai, untuk saling lengkap, melengkapi. Yang paling saya rindu, saat mencabut undi sama ada hendak solat berjemaah dahulu atau makan dahulu ketika bulan Ramadhan?hehe. Selalunya, undi berpihak kepada solat dahulu memandangkan masing-masing memasang matlamat untuk makan dengan tenang (tetapi banyak), oleh itu solatlah dahulu. Saya rindu juga saat tolak menolak, "Awak lah Imam!". "Eh apa pulak saya! Eh, dia, dia! Dia tak pernah kena jadi Imam lagi". "Eh, tak pe. Saya Iqamat. Saya Iqamat merdu", dan macam-macam lagi. Kalau ambil makanan semua nak beratur di hadapan, tapi bila solat berjemaah semua cop tempat di belakang. hehe. Seronok. 

Dakwah, saya fikir tidak perlu berserban sehingga menggerunkan. Tidak perlu duduk berteleku di Masjid setiap malam semata-mata. Tidak perlu berjalan menutupi muka sehingga tidak tahu apa terjadi di sekeliling. Cukuplah sekadar kita tahu bahawa apa yang dilakukan itu suatu bentuk kebaikan. Dan ianya mendekatkan diri kita semua kepada Allah swt. Biarlah kebaikan itu sebesar zarah, cuma. Yang penting, bukan manusia yang layak menilai, tetapi Allah swt. 

"Aku gila-gila, kau gila suruh aku berdakwah?". Gelak sini kepada diri sendiri. 
"Aku bukan suruh kau pakai purdah, ketuk pintu rumah setiap orang ajak pergi masjid". Tolol.
"Habis tu? Tadi kata dakwah!". Bengong.
"Kalau kau tengok aku malas mandi, kau pujuklah aku untuk mandi. Itu pun kira dakwah". Senyum manis.
"Oh ye? Kalau mulut kau busuk, aku suruh kau gosok gigi, itu dakwah?". Senang gila.
"Iye. Itu dakwah. Sebab kau menyuruh aku berbuat kebaikan". Tenang. Angkat kening.
"Ok. Ayu, pergilah mandi. Jangan lupa gosok gigi". hehe.
"Motip? Nak kata mulut aku busuklah tu! Ok. Petang nanti jom main rollerblade sama-sama depan rumah". Excited.
"Set! Aku nak pinjam basikal Sarah, kau main rollerblade kau. Kita pusing taman. Nak beli air tebu dengan keropok lekor sekali!". Double excited.
"Esok pagi, panjat Bukit Beruang, mahu?". Tawaran hebat.
"Mahu! Baca Ma'thurat di atas sana, ok! Seronok!". Excited, hampir kena sawan.
Calon menantu 3.

Semuanya dirindui, kini. 

Dakwah Hard. Dakwah Smart.

Wassalam.

p/s: Ini entry ke-3 untuk hari ini. hehe. Ayuh pantas berlari, Bonda dah naik berapi suruh dipotong kukunya dari tadi tapi tak muncul-muncul anak dara ini. 



AUKU: It's time untuk kita mantapkan diri kita, Melayu kita, Islam kita


Saya memang banyak melibatkan diri dengan program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun NGO. Sahabat-sahabat yang memperjuangkan politik ketika di dalam tempoh pembelajaran di Universiti juga berlambak. Kawan-kawan rata-rata giat menajamkan ideologi masing-masing mengatakan bahawa mahasiswa di Malaysia selayaknya diberi izin untuk terlibat dengan politik. Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dikecam hebat dengan dikatakan bertentangan dengan hak-hak rakyat Malaysia seperti mana yang tertulis jelas di dalam Perlembagaan Malaysia. 

Dan kini, Parlimen sedang berkira-kira untuk meminda AUKU, demi memberi ruang dan kebebasan kepada para Mahasiswa yang bernafsu tinggi untuk berpolitik ketika masih lagi di bangka Universiti untuk berpolitik. Persoalannya, kenapa gelojoh sangat?hehe

Saya sekadar berkongsi rasa hati. Bukan idea, tetapi rasa hati. Saya bukanlah minah politik. Maaf, tiada minat, tidak daya kreativiti, tiada cita-cita ke arah itu. Tetapi saya ada rasa hati tersendiri.

Sekitar 2010, saya dan beberapa pelajar MMU ada menghadiri satu majlis dianjurkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Melaka. Jangan banyak fikir, saya bukan ahli GPMS. Saya bukan ahli berdaftar mana-mana NGO sekalipun. Saya memang suka pergi sana pergi sini. Kutip ilmu.hehe. Tak jadi ahli pun dapat jemputan juga. Dapat makan free juga.hehe

Yang menarik minat saya ketika menghadiri majlis ini adalah apabila bekas Naib Canselor UiTM, Ibrahim Abu Shah menjelaskan pendirian beliau, mengapa beliau tidak bersetuju untuk dibenarkan mahasiswa kita terlibat dalam politik.

Ibrahim Abu Shah aka Pakcik Misai Lebat.

Pendapat beliau jelas, bahawa kerana beliau sayangkan masa depan orang-orang Melayu. Kerana apa, setiap kali demonstrasi dan sebagainya, yang sibuk berpusu-pusu nak turun menyemak adalah mahasiswa/i melayu juga. Mahasiswa/i Cina, India semua di mana? Mereka sibuk menelaah di bilik atau di kelas. Mereka lantakkan saja demonstrasi yang sedang sibuk berlangsung. Mereka lebih bijak. Kenapa? Kerana akhir nanti mahasiswa/i Melayu yang gigih turun demonstrasi, sibuk berpolitik itu jugalah yang 'kantoi' di dalam pelajaran, yang tersangkut, yang dibuang Universiti. 

Saya setuju! 

Hari ini terlihat pula video di youtube, menjelaskan tentang pendapat YAB Tun Dr. Mahathir. Sedikit sebanyak sama dengan pendapat yang dinyatakan oleh Ibrahim Abu Shah, yang pernah saya dengar satu masa dahulu.  

Kawan-kawan pula bagaimana? Pada saya, kita kalau nak jadi ahli politik pun biarlah dengan cara dihormati, dengan cara bermaruah. Kita terlalu sibukkan populariti, kita tolak tepi kecemerlangan ilmu. Akhirnya nanti kita diperalatkan bodoh-bodoh saja. Kalau kita bertanding di dalam mana-mana parti, berbekalkan degree, Master, PhD, pasti orang yakin bahawa kita ini bukan sembarangan orang. Silap hari bulan kita dilihat seperti tokoh yang bijaksana yang mampu mentadbir negara.

Malaysia dah terlalu banyak ahli politik yang ilmu tak tara mana tapi auta memanjang saja, gebang panjang berjela. Kita dah bosan dengan suasana itu. It's time untuk kita mantapkan diri kita, Melayu kita, Islam kita. 

Anyway, AUKU dipinda atau tidak, it doesn't make any sense to MMU students yang rata-rata bersikap ignorance.hehe. MPP di MMU tak perlu susah-susah nak berkempen. Asyik menang tanpa bertanding. haha. Tak payah fikir nak pro Aspirasi atau sebaliknya.hehe. MMU ada tokoh ahli politik akan datang tak? Memang tak ada.hehe. But it's good. At least kita seronok menimba ilmu, berjuang di jalan kita sendiri. Jangan tertipu dengan suapan-suapan 'jomlah berpolitik' kerana takut-takut pelajaran kita ke gaung nanti.hehe

Sangat tak cool bercakap isu ini. Bosan kan?hehe

Wassalam

p/s: Rezal, setuju tak dengan saya? Kalau setuju cepat cium ketiak sendiri.haha

'kondom siapa yang bertaburan di atas jalan ini?' atau 'anak siapakah yang pulang ke rumah dengan meninggalkan sepender di tepi jalan?'


Apa khabar anda? Cuti sekolah bagaimana? Seronok? Ada rasa macam nak berdiet tak sebab asyik makan tidur makan tidur sahaja? Eh. Ini bercakap tentang diri sendiri atau orang lain?hehe. Biasalah, kadang-kadang bila dah lama tidak mengasah akal, dia jadi senget sedikit.hehe

Sungguh sihat sekali kehidupan saya kebelakangan ini. Tidur tidur dan tidur. Kadang-kadang sanggup kelaparan, biarlah tak makan pun asalkan dapat tidur banyak. Dahsyat bukan? Hari tu rasa macam dah montel sedikit tapi akibat terlalu banyak menggunakan tenaga untuk tidur, hasilnya, perut kembali kempis. Serupa macam Lisa Surihani. Cantik lagi.haha

Yang anehnya, Umie tidak marah, tidak membebel, tidak membenci melihat anak daranya ini banyak tidur. Saya juga pelik, kenapa ya? Barangkali dia tidak mahu menambah serabut kepala hotak anaknya ini yang semakin lemas tidak bekerja.hehe

Abah pula sudah pandai membuat hipotesis sendiri beliau dengan begini; "Are you morally down? Abah tengok Aten asyik tidur je. Don't feel down, ok. Esok lusa dapatlah tempat Chambering tu..". Aneh sekali. Berani beliau membuat telahan yang tidak tepat sebegitu. Maka sambil mengesat-ngesat hingus, saya menarik balik selimut sehingga menutup muka dan berkata, "Apa Abah ni.. pepandai je. Orang nak tidur puas-puas..". Ini adalah aksi menafikan sekeras-kerasnya tentang hipotesis beliau.haha

Selain daripada tidur, saya fikir tiada aktiviti bermanfaat yang telah saya lakukan. Kecuali menghabiskan kredit telefon dengan meng-SMS orang itu, orang ini.haha. Kaya MAXIS akibat rakyat suka menanam anggur seperti saya.

Semalam ketika di dalam kereta bersama Umie selepas menghantar Makcik Leen, Umie berkata; "Aten tak payah lah kerja lagi. Rehat lagi satu bulan. Boleh kemas rumah dengan Umie..". Wah wah wah. Duduk di rumah setakat hari ini pun dah tak center otak ni, ada hati nak melepak lagi. Aduh. Parah. Saya hanya mampu tersengih. Dalam hati berdoa agar Allah swt beri saya rezeki kerja secepat yang mungkin. Sungguh daku lemas dalam kebosanan ini.

Hari Jumaat malam yang lepas, saya on the phone dengan Jannah selama berjam-jam. Well, TM kan baik hati. Call dari rumah ke rumah adalah percuma.hehe. Thanks TM! Thanks sebab taja pembelajaran saya di MMU juga. haha. Tetiba je. Kadang-kadang saya keliru juga, bila Jannah call tu, dia yang memotivasikan saya atau saya yang memotivasikan dia?hehe. But anyway Jannah berkata benar apabila dia berpendapat; "Jannah fikir, Allah memang nak bagi Fateen rehat betul-betul sebab selama beberapa tahun ni, setiap kali cuti, Fateen tak cuti pun.. So sekarang adalah masa untuk Fateen berehat sebelum hectic bekerja pulak nanti..". Ada benarnya juga. Dulu asal weekend, atau cuti sem saja muka saya akan bersepah di Coffee Bean Ampang, gigih bekerja.hehe. Selepas sibuk berprogram, cuti pun kadang-kadang sibuk dengan program juga. Oleh itu, anggaplah ini rehat bonus.

Siang tadi saya ada buka FB sebentar. Eh, da activate balik?haha. Tak istiqamah sungguh. Ok. Ada adinda yang berkongsi rasa, katanya; "kak fateen, sekarang baru saya tahu how it feels bila ada komiti yg buat hal dan bg mcm2 alasan. and ada pulak komiti yg x hormat pd director. sungguh menggeramkan. rasa mcm nk fire on the spot je. tp tetap sabar. sori kf if i did wrong to you before when i was your committee. hehe."

Saya sengih-sengih kambing dengan sendirinya. Itulah namanya belajar daripada pengalaman. Tak semua benda kita boleh belajar dan faham daripada penceritaan atau perkongsian orang lain. Kebanyakan perkara, pengalaman sendiri adalah guru terbaik. Dan tahniah kerana anda sudah melalui fasa itu. Semoga terus tabah memimpin. Cewah. Ayat macam Najib Tun Razak.hehe

Hujung minggu ini saya akan meng-excuse-kan diri untuk menenangkan minda di Kem Rimba Tamu, Batang Kali untuk Training of Facilitator 2, UPG Melaka. Dengar khabarnya, anak-anak MMU Cyber pun akan turut serta. Jadi, kalau rindukan saya moh ler datang.hehe. Saya akan datang menyebok dan tunjuk bagus semata-mata. Dalam otak ni dah terbayang-bayang dah nak kasi peserta semua pengsan. We try to do double triple keganasan daripada TOF 1 hari tu. Cool tak? *poyo padahal aku bukan dalam senarai trainer pun.haha*

Baiklah. Sebelum mengundur diri untuk pergi mengambil Umie dari kerja (dan kemudiannya ke Giant Taman Permata untuk melayan nafsu membeli belah Umie), saya ada sedikit pesanan untuk diri sendiri dan juga orang lain.

Kita sedar bahawa tahun 2011 sudah menghampiri penghujungnya. Macam biasa, semua orang excited tahap gaban untuk mengejar New Year Eve. Adalah menggusarkan hati apabila memikirkan, kemungkinan besar akan ada yang ternoda, menoda, digoda dan menggoda pada malam ambang 2012. Saya tidak mahu nanti keluar suratkhabar, 'kondom siapa yang bertaburan di atas jalan ini?' atau 'anak siapakah yang pulang ke rumah dengan meninggalkan sepender di tepi jalan?' dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa, abang dan kakak, awasilah pergerakan anak-anak dan seisi keluarga khususnya pada malam ambang 2012. Takut-takut jadi malam ambang pesta seks di negara yang memilih agama Islam sebagai agama rasmi. 

Sebagai alternatifnya, saya mempromosikan; Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati. Daripada gigih mengejar Konsert atau sambutan yang tiada manfaat, yang membuatkan benih-benih haram tertanam di dalam rahim dan kemudiannya mengakibatkan bayi-bayi comel dicampak di tepi jalan, atau dipam di dalam lubang jamban atau di beri anjing makan, eloklah kita memilih alternatif yang bermanfaat. Anda pasti tidak menyesal. Daftar sekarang!

Sila daftar di sini.

Jangan risau, saya tidak diberi komisyen untuk promosi ini. Saya terpanggil untuk menyebar luas maklumat. Lagi-lagi apabila Pengarahnya adalah sahabat di MRSM dulu, Encik AO. hehe

Wassalam

p/s: Majulah Muslim demi Islam tercinta.