Bismillahirrahmanirrahim.
Sehari dua ini otak banyak diguna pakai untuk berfikir. Lepas satu, satu. Fikir punya fikir punya fikir, rasa senget sebelah dah kepala otak ni.hehe
Pagi tadi selepas Solat Subuh, saya bersama AyahBonda ke Tasik Titiwangsa. Kononnya untuk berjogging. Lihat, kononnya ya.
End up hanya Abah seorang yang berjogging (dengan attire sukannya dari topi hingga ke seluarnya berwarna merah.hehe) manakala saya dan Umie selesa berjalan lenggang-kangkung alahai Mak Limah. We took 45 minutes to complete satu pusingan Taman Tasik Titiwangsa sambil berlenggang kangkung. At least Umie berpeluh. Oklah.
Sepanjang berlenggang kangkung bersama Umie, terlalu banyak yang dibualkan dan dikongsikan bersama. Dari cerita belajar, cerita ditemuduga, cerita ketiadaan rezeki lagi sehingga kini, bagaimana penerimaan ayah bonda melihat anak daranya duduk melanguk di rumah semata-mata dan sebagainya. Fuh. I feel relieved.
Tips untuk bahagia: Berterus terang dan jujurlah dengan ibu bapa. hehe
Anyway, ketika entri ini ditulis, saya baru usai berborak dengan Kak Yong yang berada ribu-ribu batu jauhnya dari Malaysia yakni di Ireland. No. Kami tak kaya nak bergayut on the phone for 30 minutes plus plus. Kami hanya ber-skype. Jimat.
![]() |
| Sekaip |
Banyak yang Kak Yong kongsikan. Dari pengalamannya sejak muda mudi sehinggalah kepada teguran-teguran seorang kakak yang perlu untuk memperbaiki kualiti diri adiknya. Tabik spring di situ. Tabik spring kepada kakak yang sudi membantu adiknya untuk improve diri dan tabik spring juga kepada adik yang sudi menadah telinga dan membuka hati untuk 'consider' nasihat-nasihat dan kritikan-kritikan bagi kebaikan dirinya. Itulah gunanya hubungan keluarga. Ye kan?
Banyak ilmu yang dikongsikan. Dan saya tertarik bila Kak Yong berpendapat, soalan 'what's your strength?' adalah soalan paling susah untuk dijawab khususnya bila di dalam temuduga. No wonderlah hari tu saya gagal menjawab soalan ini dengan baik.
Ayuh fikir-fikirkan. Bagaimana mahu katakan kepada orang lain bahawa 'i would say my strength is this, this and this..'
Memang benar, payah. Kerana kita akan sentiasa berkira-kira adakah wajar untuk aku ceritakan SEMUA pencapaian aku? Atau cukuplah untuk aku katakan yang kecil-kecil saja, yang penting mereka ada CV, mereka boleh baca semuanya dengan sendiri. Keliru untuk menjadi humble atau keluarkan semuanya? So now I would like to ask you.
| What would you say was your biggest strength? |
Ha. Eloklah tu. Duduk diam-diam. Fikir. Fikir jawapan terbaik. Dan andai kita rasa kita sudah punya jawapan terbaik, belum tentu orang suka dengan jawapan kita.hehe
Wassalam
p/s: Balik daripada jogging tadi, gigih saya tidur berjam-jam. hehe. Penat lah konon.
p/ss: Saya rasa nak sambung belajar. Boring. Nak belajar rajin-rajin. Nak jadi Dr. Fateen Najlaa. But it's a longgg way to go. Hm.

0 bicara mereka~:
Post a Comment