Saturday, December 10, 2011

Sudah ku bilang, jangan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Baru-baru ini ketika pulang sebentar ke Melaka, ramai orang yang saya jumpa. Sama ada yang duduk semeja makan sesuap dua, mahupun sekadar ber hye-hye, bye-bye.

Dalam banyak-banyak perkara yang ditanyakan tentang diri orang oleh ramai orang, yang betul-betul melekat di minda dan di jiwa adalah pertanyaan yang ini:

Gadis N: Kak, saya taknak tanya benda lain. Saya nak tanya 1 soalan je. Macam mana rasanya pertama kali di-reject? (merujuk kepada kisah rejection oleh Firm X)

Maka saya menjawab dalam simple, 'Kecewa ada sikit. Tapi ok jer'.

Biasalah. Hidup ini secara keseluruhannya bersifat mendidik. Kalau cikgu di tadika mengajar kita ABC, kita nampak jelas apa yang diajarinya.

Tapi, didikan atau tarbiyyah Allah swt hanya boleh dilihat dengan mata hati. Sebab kita memang tidak dapat nampak Allah mengajar kita ABC secara fizikal mahupun One Two Three. Tetapi didikan Allah swt lebih daripada itu. 

Hari demi hari, kuantiti silibus pendidikan Allah swt terhadap kita semakin melebar jumlahnya. Tetapi, bila hati manusia mati, buta, kosong, satu hun kuman pun kita tidak nampak bahawa itu adalah didikan Allah swt.

Allah swt selalu mengingatkan kita untuk tidak berputus asa. Dan janji Dia, Dia takkan merubah nasib sesuatu kaum jika mereka tidak berusaha mengubahnya. Apa maknanya? Maknanya, usahalah sehabis daya. Bila daya akan habis? Bila jasad tidak lagi bernyawa. Maknanya apa? Maknanya, selagi kita diberi nikmat hidup, wajiblah untuk kita berusaha.

Kembali kepada soal 'rejection'. Sejujurnya, menjadi diri saya yang ber-type 'Influence' (menurut DISC Personality Test), orang Influence memang takutkan 'penolakan' tetapi dia tidak sesadis orang 'Dominan' yang takutkan 'kegagalan'. Ya, haruslah kita sedar bahawa penolakan dan kegagalan adalah dua perkara yang beda. Peace.

Namun begitu, setelah bertahun-tahun berusaha mendidik diri agar selalu positif dan bermotivasi tinggi, saya menerima penolakan satu, dua, tiga, empat mahupun lima penolakan, sebagai satu proses tumbesaran pemikiran yang sihat. Penolakan demi penolakan yang saya terima, menjelaskan saya pengertian sebenar akan janji Allah swt bahawa Allah swt mungkin tidak memberikan apa yang kita MAHU tetapi pastinya Dia beri apa yang kita PERLU. 

Jelas, bukan? Mahu dan Perlu adalah dua perkara berbeza.

Selain daripada itu, penolakan demi penolakan yang diterima juga saya lihat sebagai satu 'signal' ataupun 'warning' daripada Yang Maha Bijaksana bahawasanya, jika mahukan sesuatu, usahanya perlulah berlipat kali ganda. Ini tidak, usaha sejemput, tawakalnya menggunung. Itu salah. Seharusnya, usaha 7 ribu gunung, tawakal juga 7 ribu gunung. Analoginya adalah seperti memakan semangkuk spagetti berserta kuahnya. Andaikan spagetti = usaha dan kuah = tawakal. Jika kita diberi semangkuk spagetti tanpa kuah untuk dihabiskan, apa rasanya? Tak sedap, bukan? Tidak lengkap sungguh rasanya. Tidak cukup sifat. Atau jika diberi semangkuk kuah tanpa spagetti untuk dihabiskan, bagaimana pula rasanya? Tak lalu, bukan? Kalau tiada kedua-duanya, tiada makanan. Itu jelas.

Tetapi andai kita diberi semangkuk spagetti berserta kuah yang enak, pasti kita berasa sungguh berselera sekali untuk menghabiskannya, bukan? Lengkap, cukup sifat. Kita makan penuh berselera. Hasil dihujungnya, kita kenyang. 

Sama seperti berusaha dalam mendapatkan sesuatu. Usaha perlu ada, digaul dengan tawakal. InsyaAllah hasil hujungnya adalah kejayaan. 

Habis, apa yang cuba kau sampaikan ni sebenarnya???

Erk. Apa yang cuba saya sampaikan ialah, usaha dan tawakal perlunya berjalan seiring. Jangan jadi seperti saya. Usaha sejemput, tawakal menggunung. Cinabeng sungguh. Lekaslah insaf wahai Najlaa.

Selain daripada itu, penolakan demi penolakan sebenarnya menguji kekuatan iman seseorang hamba. Allah swt uji, kerana Allah sayang. Kan? Sweetnya. Jangan cemburu kerana saya mendapat kasih sayang Allah. Kalian juga dapat. Peace kuasa dua.

Akhir sekali, penolakan demi penolakan demi penolakan demi penolakan sebetulnya membuatkan minda dan hati saya diketuk. Bahawa sesungguhnya rasa bersyukur itu amat berat untuk terlahir apabila kita menerima penolakan. Sadis sekali. Rabak iman seorang hamba. Mujur lekas sedar. Mujur lekas bangkit dari lena. Syukurlah, kasih sayang Allah swt masih jelas, terbentang luas di depan mata. Buktinya apa? Buktinya adalah dengan kedengarannya lagi degup jantung dan hembus nafas jasad yang dipinjam sementara ini. Mujur Allah hanya bagi kita merasa penolakan. Kalau Allah bagi kita mati usia begini? Allahuakbar. Nauzubillah.

Akhir kata, saya teringat kata seorang sahabat. 'Fateen, Fateen perasan tak Allah selalu permudahkan hidup Fateen. Dia beri Fateen banyakkk sangat nikmat. Memang mudah sangat perjalanan hidup Fateen. Fateen study ok, family ok, kawan-kawan sayang Fateen, semua ok..'. Dan saya admit. I couldn't ask for more. Semuanya terlalu sempurna. Dia beri tanpa saya pinta. 

Dan, dalam banyak-banyak, juta-juta, nikmat yang Allah telah beri selama ini, takkan kerana satu dua tiga penolakan, saya dah patah hati? Tidak sekali kali!




Buat pedoman semua, sudah ku bilang jangan berputus asa. Cinta Allah itu wangi, harum sangat. Selalu mekar dalam jiwa kita, hamba Dia.

Wassalam

0 bicara mereka~: