Pernah dengar tak lagu Menghitung Hari? Bunyi dia macam ni; 'Menghitung hari, detik demi detik. Masa ku nantikan kan apa ada.. Jelang cerita..blablabla'
Macam itulah perasaan yang dilalui sekarang. Menghitung hari bila lah orang nak masuk meminang. Eh silap. Menghitung hari sampai bilalah nak mengharungi kebosanan begini. Ya Allah, terasa diuji betul. Tak ada yang sudi nak ambil saya kerja. Sadis sekali.huhu. Tak seronok mengharungi cabaran begini. Ini cabaran mental, bukan cabaran fizikal. Kalau cabaran fizikal rasanya boleh dihadapi tapi cabaran mental ini kalau tak kuat boleh jadi gila.
Bila terlalu free, terlalu bosan saya bertukar menjadi seorang yang emosional, sensitif dan mudah menangis. Boleh ke macam tu? Macam cacat sikit bunyinya tapi lebih kurang macam itulah. Rasa kecewa sebab tak ada healthy life. Kekadang tidur lambat, in fact selalu juga. Sebab pusing kiri pusing kanan tak boleh lena. Lepas tu termenung, kipas pandang saya, saya pandang kipas, hatiku sayu sendirian. Mulalah merindui orang itu orang ini, kenangan itu kenangan ini. Dan kalau termenangis pun bukan sebab tak dapat kerja tapi sebab rindu mereka semua. Huhu.
Kadang-kadang fikir best juga kalau hari-hari keluar melepak ke sana sini. Tapi sedih kuasa dua bila kat Keramat ni saya tak ada kawan sangat. Maklumlah, kecil-kecil dah bawak diri ke Asrama, buat sombong dengan kawan-kawan sini, hasilnya tiadalah kawan.huhu. Kawan-kawan asrama semuanya hidup bersepah satu Malaysia. Yuhuu. Kalau nak lepak dengan Shabira pula, macam over gigih pula nak travel ke Shah Alam sokmo. Lagipun minah tu hanya free weekend. Weekend pula saya selalu beraktiviti bersama keluarga. Macam hari tu, kasihan dia. Kami plan macam-macam di hujung minggu, sudahnya banyak program family datang di saat akhir. Terpaksa hangkut beliau sekali ke kenduri kahwin dan tahlil. huhu
Siang-siang hari saya selalu mati kutu. Nak keluar macam tak ada hala tuju. Nak duduk melanguk macam dah muak. Tapi akhirnya duduk melanguk juga. Paling berhasil pun kemas rumah (yg tak berapa kemas pun), sapu lantai, mop lantai, masak sikit-sikit, online, tengok TV, blogwalking, krohh krohh. Lihatlah betapa tak bestnya.
Jauh berbeza dengan kehidupan di Melaka selama hampir 5 tahun sebelum ini. Hish entahlah. Tak boleh nak ingat, nanti sedih. Rindu.
Dua malam lepas, sebelum tidur saya sempat SMS Nyssa dan Huda. Saya rindu benar. Saya rindu suasana bersama mereka, bergurau senda, sentap menyentapi, bermanja dan mengganas, kacau mereka tidur, bersesi luahan rasa bersama, sama-sama buntu fikir nak makan kat mana, rindu nak dengar mereka request nak saya masak apa, pergi Mydin sama-sama, beli lauk dan barang dapur, rindu juga nak kait mangga. Sumpah rindu. Haih. Boleh menangis tanpa henti kalau fikir. Makanya selepas SMS di hantar, Nyssa call. Meluah rasa, berkongsi cerita hati. Terubat juga rindu. Nyssa kata, 'U, janganlah pusing kiri pusing kanan. Tidurlah ye.'hehe. Setelah mematikan talian, saya membaca SMS daripada Huda pula. Katanya, 'Akak janganlah buat saya menangis. Esok saya exam Family Law..'. Hehe. Baiklah. Terus saya bertukar watak menjadi kakak yang cool yang tak cengeng. Heh. You all, I really miss you.
Malam semalam pula, sebelum tidur saya berSMS dengan Shabira. Kata beliau, esok lusa bila saya dah dapat kerja, beliau juga akan sibuk dengan Clinical Years, pasti kami tidak dapat selalu berkongsi rasa dan cerita seperti hari ini. Sudah pasti kami akan merindui zaman ini. Tapi saya katakan, jangan fikir sangat. We are sisters. Sesungguhnya dalam diam saya terfikir juga, nanti mesti aku rindu semua ni. Hm.
Sy juga berkongsi perasaan excited yang Jumaat ini Azie akan turun KL bersama tunangnya untuk membeli barang hantaran perkahwinan mereka. Kalau ada rezeki Jumaat pagi saya akan ambil Azie di Stesen Bas, breakfast bersama dan tok tek tok tek, Azie akan keluar bersama Encik Tunang beliau. Rindu punya pasal, sensitif betul saya memikirkan persahabatan kami. Semasa menaip ini pun hujan hampir rintik-rintik, kelihatan mendung suasana di dalam hati ini.huhu
We have been best-friends for the past 7 years. Suasana benar-benar berbeza antara dahulu dan kini. Shabira selalu pasrah melihat bagaimana saya merindui persahabatan saya dan Azie yang dahulu. But that does not mean I don't appreciate you, Sha. I appreciate you both, so much. I rather sacrifice everything that I have for the sake of my friendships with both of you. We have our own episodes of ups and downs which no one can ever question on that. And I believe you both know how much I love you. This much. hehe. Can you see?hehe
Betullah kata orang, manusia bila dah kehilangan sesuatu baru reti untuk menghargai. Memang benar pun. Sekarang bila dah meninggalkan semua episod lalu di belakang, saya benar-benar rindu. Sarat dengan rindu. Sesak dengan rindu. Tapi, tidak boleh ku undur masa lagi.huhu.
Semalam juga antara momen-momen gembira apabila rancak bertwitter dengan sahabat-sahabat UPG di Twitter. Walaupun sekadar berborak bodoh, tiada motif, sekadar bersuka-ria dan sentap menyentapi, tapi hati saya tersenyum sendiri. Rindu seyh nak mengarut-ngarut bersama mereka. Yang tidak berteman itu topiknya bangga menjadi si Single. Yang selalu berskandal itu topiknya hati berbunga sentiasa. Yang asyik kejarkan Pak Pak Arab dan Mat Mat Saleh pun tidak ketinggalan juga. Sudahnya mengarut sampai ke hujung. Tapi hakikatnya memang rindu. Baik buruk member juga. Buruk saya mereka terima seadanya. huhu
Dan semalam juga sempat ber-SMS dengan adinda-adinda Peuehaba Aceh 5. Rindu jadi kuasa tiga. Masing-masing sibuk dengan tanggungjawab di Uni yang semakin bertambah. Adik-adik, maaflah kakak memencilkan diri dari FB. Sekadar merubah angin. Esok lusa kalau ada mood, muncullah kembali kakak di FB.
Ramai juga yang bertanya, 'kenapa deactivate FB?'. Siap ada yang meneka, saya ada masalah ke? kecewa ke? putus cinta ke? Dan sebagainya. Kepala hotak kome semua.hehe. Saya cuma berasa bosan dengan FB. Saya terlalu lagha bersama FB. Saya membawa diri seketika. Nak merasa hidup tiada berteman.haha. Poyo.
Akhir sekali, semalam sebelum tidur saya sempat SMS Azie. 'Dear Bestie, I miss you so much'. Nampak, sweet kan saya ni?hehe. Tak apa, rindu sahabat dunia akhirat tak berdosa. Tapi tiada balasan diterima, maka saya tidur dengan hampa.hehe
Pagi tadi saya tengok ada Misscall dari Azie dan ternampak ada SMS diterima. 'Yes my dear, miss u 2..'. Nampak tak, sweet nya dia?haha
Tapi saya tak reply. Maklumlah, beliau tunangan orang nanti Encik Tunang beliau tidak membenarkan beliau bersua dengan saya esok, parah pula jadinya.hehe. Lagipun kalau reply lebih lebih nanti meleleh pula air mata di siang hari.haha
Kesimpulannya, apabila kehidupan bosan, kosong, sunyi dan tidak beraktiviti, hati mulalah mencair menjadi manusia tercengeng dalam dunia. So kalau kengkawan di Twitter sibuk bertanya, 'Jeng jeng jeng, kau rindu siapa?', jawapannya 'aku rindu segalanya yang terpaksa aku tinggalkan di belakang'.
Yang jelas, hidup kena terus. Saya yakin, ini tarbiyyah Allah swt. InsyaAllah saya kuat. Inilah masanya untuk bersenda gurau dengan keluarga. Seronok juga selalu bertelagah dengan Abah, berbalas kerek dengan adik beradik dan dibuli anak-anak buah. Tak lupa juga bila diajak ke sana ke mari menemani Umie. Mereka semestinya merindui the existence of their sweet little awesome cute daughter ini.hehe
Dan seronok juga kerana asyik bersin kerana sensitif dengan bulu-bulu mereka ini:
![]() |
| Encik Putih Kacak |
![]() |
| Cik Miu Miu Manis |
Oleh kerana topik hari ini rindu yang berombak, maka saya hadiahkanlah lagu Ombak Rindu ini buat tatapan kalian semua yang saya rindui.
Rindu itu Anugerah bukan Anudalambotol. Wassalam
p/s: Sha, kita masih ada janji yang perlu ditunaikan. Jom set tarikh untuk date lagi. Kali ini make sure berjaya masak daging kicap, berjaya layan Haagen Daz dan berjogging.hehe
p/ss: Psycho gila tak perkataan rindu/miss di bold dan dimerahkan?hehe
p/sss: Teringat masa hari terakhir nak meninggalkan Melaka Umie dan Abah menawarkan diri untuk datang ke Melaka menaiki bas dan menemani saya pulang menaiki kereta, kerana khuatir saya akan sedih sendirian memandu pulang meninggalkan sahabat-sahabat di Melaka. Masa itu saya hanya tergelak saja. Tapi hari ini saya sedar, they are absolutely right.huhu



2 bicara mereka~:
kak!! saya pernah rasa perasaan macam nih.. telefon umah sampai nangis2.. telefon kawan sampai hujan rintik2.. rindu diaorang juta2 kak.. kalu manusia2 itu tak dak sunyi kita, kalu ada rasa semak jugak kadang2.. huhu,tapi memang betul.. kita perlu teman sebaiknya,kn?.. kalu tak meroyan!! ;)
kita sentiasa perlukan teman, dik. kalau tak memang meroyan. anda tepat!hehe
Post a Comment