Saturday, December 24, 2011

Mari buat confession.


Lebih kurang seminggu lagi yang bersisa sebelum angka 2012 melekat di dalam kalendar hidup kita. Tiba-tiba saya terfikir, apakah kemajuan diri yang telah berjaya saya lakukan sepanjang 2011? Macam tiada. Macam Zero. Sedih sekali.

Oleh kerana saya terlalu free, saya dengan rajinnya telah me-review entry-entry dulu-dulu, kot-kot ada yang telah saya catatkan tentang azam atau wish list tahun 2011 saya. Cari punya cari, korek punya korek, saya tak jumpa satu entry khas tetapi saya adalah terjumpa satu entry panjang lebar.hehe. Ianya di sini. Tetapi harapan saya sepanjang 2011 adalah agak ringkas dan mudah. Namun, masih gagal dipenuhi sebenarnya. Aduhai. Manusia hina seperti saya, memang lemah dari segala segi.

6 perkara pun gagal dicapai. Hampagas!

Mari buat confession di sini.

Pertama, saya gagal menjadi anak dan hamba yang Solehah secara total. Masih banyak kekurangan dan ke-najis-an yang melekat di dalam diri ini yang menyekat pencapaian matlamat ini.

Kedua, saya telah berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik yang boleh memanusiakan orang lain. Tetapi, masih belum cukup usaha yang diletakkan. Masih dikira gagal.

Ketiga, saya fikir saya kurang berusaha keras untuk kestabilan hidup. Terlalu bersenang lenang walaupun pada akhir usia 24 tahun. Makan tidur berak cangkung, habuk pun tadak.

Keempat, sebagai seorang hamba hina kadang-kadang terlalai dengan godaan dunia. Nafsu serakah bermaharaja lela (amboi ganas bunyinya). Kadang-kadang marah dengan sesuatu situasi, lupa nak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah dah beri tanpa berkira sedikitpun dengan kita. Sadis.

Kelima, saya belum cukup berpuas hati dengan proses saya mencari ilmu. Tapi saya akan terus mencari ilmu baik dari segi profesional course mahupun ilmu yang boleh didapati dengan melihat dunia sekeliling.

Keenam, ya. Masih gagal. Mencari jodoh gagal. Menemui jodoh jauh sekali. Tapi tak mengapa, masih ada masa lagi.hehe

Oleh yang demikian, saya telah membuat keputusan untuk tidak terus menipu dan memberi harapan kosong kepada diri sendiri. Lebih baik saya mengulang taip azam 2011 saya untuk diusahakan dengan penuh daya dan tenaga bagi tahun 2012. Dan tolong jangan suruh saya highlight azam nombor 6 semata-mata. Bantulah saya agar menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Dan, nak jadi lebih baik ni bukan semata-mata dengan menemui jodoh.hehe. Kalau terjumpa, itu rezeki terpijak namanya. Tapi saya fikir, pada tahun 2012, usia saya mencecah 25 tahun, elok sangatlah kalau ada yang nak merisik khabar atau menggoda Umie Abah saya untuk menerima kedatangan rombongan. Tapi kalau tiada pun tidak mengapa. Saya masih boleh ajak Umie dan Abah pergi rombongan Cik Kiah ke tempat-tempat bersejarah di dalam Malaysia ini.hehe

Oh, jangan lari fokus dalam menulis. Baiklah.

Talking about wish list, I remember in the year of 2009, saya adalah tergedik sedikit menyenaraikan 10 wish list saya. Yang mana pada hari ini apabila saya melihat kembali, saya rasa jelek dengan diri sendiri. Bajet bagus gila wish list tersebut. Nak menyanyi dengan live band lah, nak pergi Genting lah, nak dapat sejambak bunga lah. Nasib baik tak minta pelempang dalam wish list tersebut. Terasa juga seperti nak mendelete post-post kebudak-budakan yang lalu tapi fikir-fikir balik, it's ok to keep it. Sekurang-kurangnya saya dapat menilai kemajuan diri (sekiranya adalah) dari segi mental, fizikal dan spiritual. Dan bila ada anak nanti boleh lah pesan kat anak begini: "Kau jangan jadi mcm mak ni. Dulu mak gedik-gedik tulis macam ni. Malu mak kalau kau pun tulis macam ni. Masa mak tulis begini tak ada sape pun tegur tapi kau tak boleh tulis sebab mak dah pesan kat kau awal-awal! (ketika kau masih bayi lagi.hehe)"

Oleh kerana wish list yang jelek itu, saya menerima sejambak bunga. Kelas kau maria! Memang najis sekali bila diingat-ingat kembali. Dan seperti hendak mengejek diri sendiri kerana kegedikan episod hidup yang lalu. Bila diceritakan tentang kisah menerima sejambak bunga di blog ini (tak payah carilah entry yang mana. tak ada gunanya), sungguh rancak sekali menerima dan berbalas-balas komen sehingga 20 komen. Bajet artislah tu. Dan antara yang memberi komen itu termasuklah si pemberi bunga yang meletakkan nama samaran, Joe. Barangkali nama penuh beliau, Joe Jambul. Dan dengan berani dan yakinnya, Mr Joe telah menyenaraikan Why I like Fateen Najlaa Idayu. Bajet sweetlah tu? Poodah!

Komen paling mahal boleh masuk URTV.
Hari ini, saya terselak kembali dan terjumpa komen-komen yang menggelikan ketiak sendiri. Kalau tengok muka depan cermin, seakan-akan mohon ditampar oleh tangan sendiri. Anyway, I feel like laughing out loud. Paling kelakar sekali bila mendapat tahu bahawa Mr Joe tersebut adalah dari kalangan kawan-kawan sendiri. Memang minta lunch sup kasut namanya. Paling tak tahan, Mr Joe pesan jangan kembang hidung selepas menyenaraikan segala-galanya. Chait!

Mari buat confession sesi kedua. 

Saya ini walaupun suka buat perangai sengal, tetapi dalam merancang masa depan, saya tolak tepi kesengalan saya. Oleh yang demikian, saya berfikiran bahawa ini bukanlah cara terbaik untuk mencairkan hati seseorang perempuan. Lagi-lagi perempuan berhati batu dan tidak faham bahasa seperti saya. 

Tapi apa yang bagusnya, saya suka saja menerima apa saja pemberian orang. Beri bunga beserta dengan coklat, saya ambil dan saya makan coklat tersebut. Saya untung, saya kenyang. Kalau beri saya baju, jika muat dan menutup aurat, saya pakai.kehkeh. Kalau beri saya kasut, yang sesuai dengan karekter saya, saya sarung dan pakai buat jalan. Kalau beri saya buku, saya ambil dan saya baca. Dan semuanyalah. Sebab P Ramlee pesan, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Jangan minta lebih-lebih, atau gatal lebih-lebih, penampar dan lecture free saya bagi. 

Pergh. Ganas gila. Bajet bagus lettew.

Memang tak bagus pun. Saya manusia hampagas yang hina.huhu

Setelah menaip panjang lebar baru saya sedar entry ini sudah tersasar ke-mengarut-an nya. Maka, eloklah diletakkan full stop di sini. 

Bagi yang bercuti, selamat bercuti. Bagi yang menyambut perayaan, sambut elok-elok. Bagi yang duduk melanguk, elok-elok jangan asyik ternganga sampai lalat beranak pinak dalam mulut. Dan bagi yang berminat untuk belanja saya makan, silalah hubungi saya. Dengan syarat bawalah kawan-kawan ataupun Mahram bersama anda.kehkeh. Wassalam

0 bicara mereka~: