Hari ini hari sangat sangat menduga buat saya kerana tahap kesihatan yg sangat menguji. Collapse. Dah mcm perempuan bersalin dah gayanya. Allahuakbar. Terus teringat 'ingat lima perkara sebelum lima perkara...'. Positifkan diri, sakit itu kifarah dosa.
Saya kini di atas, di dalam bilik. Mengasingkan diri kerana di bawah ada salesman yang entah apa-apa. Tabik spring kepada salesman kerana sudah berkali-kali dikatakan tidak mahu pun tetap berkeras untuk masuk. Asal kamu bahagialah salesman. Jangan kena katuk dengan bontot periuk Umie sudahlah.hehe
Oleh kerana saya memencilkan diri di atas, Abah telah menyerahkan Marrissa kepada saya selepas dia diambil dari Baby Sitter. Jeng jeng jeng. Sudah pasti tiada projek lain dilakukan selain daripada beraksi menggunakan iPad. Muka comel-comel takkan nak simpan dalam gerobok je.hehe
Baiklah dijadikan model amatur yang boleh juga ditempelkan gambarnya di blog Mama Aten yang sweet dan cute miut ini sementara beliau kekeringan idea untuk menulis. Ayuh.
 |
| Satu. Ayu Qaisara Marrissa. |
 |
| Dua. Anak Mellissa Ayuputri. |
 |
| Tiga. Anak Khairol Azli juga. |
 |
| Empat. Kesian dia botak. |
 |
| Lima. Katil Ijam ini bersepah betul.hehe |
 |
| Enam. She's a good girl. |
 |
| Tujuh. Mama Aten nak interprem juge. |
 |
| Lapan. Nenek Kebayan dan Cucu Comelnya. |
 |
| Sembilan. Main gigit gigit ni ape kes? Tahulah punggung sexy! |
 |
| Sepuluh. Gigit kepala pula. |
 |
| Akhir sekali, ayuh belajar equation: Mummy + Daddy = Me |
Siapa nak menuntut ilmu bagaimana untuk melayan kanak-kanak atau bayi, sila hubungi saya. Perkhidmatan percuma, cukuplah sekadar belanja Hagen Daz.hehe. Tetapi, kalau nanti anak-anak itu menjadi senget dan biol seperti saya, ampun sahaja yang saya pinta.hehe
Wassalam
0 bicara mereka~:
Post a Comment