Monday, December 19, 2011

'kondom siapa yang bertaburan di atas jalan ini?' atau 'anak siapakah yang pulang ke rumah dengan meninggalkan sepender di tepi jalan?'


Apa khabar anda? Cuti sekolah bagaimana? Seronok? Ada rasa macam nak berdiet tak sebab asyik makan tidur makan tidur sahaja? Eh. Ini bercakap tentang diri sendiri atau orang lain?hehe. Biasalah, kadang-kadang bila dah lama tidak mengasah akal, dia jadi senget sedikit.hehe

Sungguh sihat sekali kehidupan saya kebelakangan ini. Tidur tidur dan tidur. Kadang-kadang sanggup kelaparan, biarlah tak makan pun asalkan dapat tidur banyak. Dahsyat bukan? Hari tu rasa macam dah montel sedikit tapi akibat terlalu banyak menggunakan tenaga untuk tidur, hasilnya, perut kembali kempis. Serupa macam Lisa Surihani. Cantik lagi.haha

Yang anehnya, Umie tidak marah, tidak membebel, tidak membenci melihat anak daranya ini banyak tidur. Saya juga pelik, kenapa ya? Barangkali dia tidak mahu menambah serabut kepala hotak anaknya ini yang semakin lemas tidak bekerja.hehe

Abah pula sudah pandai membuat hipotesis sendiri beliau dengan begini; "Are you morally down? Abah tengok Aten asyik tidur je. Don't feel down, ok. Esok lusa dapatlah tempat Chambering tu..". Aneh sekali. Berani beliau membuat telahan yang tidak tepat sebegitu. Maka sambil mengesat-ngesat hingus, saya menarik balik selimut sehingga menutup muka dan berkata, "Apa Abah ni.. pepandai je. Orang nak tidur puas-puas..". Ini adalah aksi menafikan sekeras-kerasnya tentang hipotesis beliau.haha

Selain daripada tidur, saya fikir tiada aktiviti bermanfaat yang telah saya lakukan. Kecuali menghabiskan kredit telefon dengan meng-SMS orang itu, orang ini.haha. Kaya MAXIS akibat rakyat suka menanam anggur seperti saya.

Semalam ketika di dalam kereta bersama Umie selepas menghantar Makcik Leen, Umie berkata; "Aten tak payah lah kerja lagi. Rehat lagi satu bulan. Boleh kemas rumah dengan Umie..". Wah wah wah. Duduk di rumah setakat hari ini pun dah tak center otak ni, ada hati nak melepak lagi. Aduh. Parah. Saya hanya mampu tersengih. Dalam hati berdoa agar Allah swt beri saya rezeki kerja secepat yang mungkin. Sungguh daku lemas dalam kebosanan ini.

Hari Jumaat malam yang lepas, saya on the phone dengan Jannah selama berjam-jam. Well, TM kan baik hati. Call dari rumah ke rumah adalah percuma.hehe. Thanks TM! Thanks sebab taja pembelajaran saya di MMU juga. haha. Tetiba je. Kadang-kadang saya keliru juga, bila Jannah call tu, dia yang memotivasikan saya atau saya yang memotivasikan dia?hehe. But anyway Jannah berkata benar apabila dia berpendapat; "Jannah fikir, Allah memang nak bagi Fateen rehat betul-betul sebab selama beberapa tahun ni, setiap kali cuti, Fateen tak cuti pun.. So sekarang adalah masa untuk Fateen berehat sebelum hectic bekerja pulak nanti..". Ada benarnya juga. Dulu asal weekend, atau cuti sem saja muka saya akan bersepah di Coffee Bean Ampang, gigih bekerja.hehe. Selepas sibuk berprogram, cuti pun kadang-kadang sibuk dengan program juga. Oleh itu, anggaplah ini rehat bonus.

Siang tadi saya ada buka FB sebentar. Eh, da activate balik?haha. Tak istiqamah sungguh. Ok. Ada adinda yang berkongsi rasa, katanya; "kak fateen, sekarang baru saya tahu how it feels bila ada komiti yg buat hal dan bg mcm2 alasan. and ada pulak komiti yg x hormat pd director. sungguh menggeramkan. rasa mcm nk fire on the spot je. tp tetap sabar. sori kf if i did wrong to you before when i was your committee. hehe."

Saya sengih-sengih kambing dengan sendirinya. Itulah namanya belajar daripada pengalaman. Tak semua benda kita boleh belajar dan faham daripada penceritaan atau perkongsian orang lain. Kebanyakan perkara, pengalaman sendiri adalah guru terbaik. Dan tahniah kerana anda sudah melalui fasa itu. Semoga terus tabah memimpin. Cewah. Ayat macam Najib Tun Razak.hehe

Hujung minggu ini saya akan meng-excuse-kan diri untuk menenangkan minda di Kem Rimba Tamu, Batang Kali untuk Training of Facilitator 2, UPG Melaka. Dengar khabarnya, anak-anak MMU Cyber pun akan turut serta. Jadi, kalau rindukan saya moh ler datang.hehe. Saya akan datang menyebok dan tunjuk bagus semata-mata. Dalam otak ni dah terbayang-bayang dah nak kasi peserta semua pengsan. We try to do double triple keganasan daripada TOF 1 hari tu. Cool tak? *poyo padahal aku bukan dalam senarai trainer pun.haha*

Baiklah. Sebelum mengundur diri untuk pergi mengambil Umie dari kerja (dan kemudiannya ke Giant Taman Permata untuk melayan nafsu membeli belah Umie), saya ada sedikit pesanan untuk diri sendiri dan juga orang lain.

Kita sedar bahawa tahun 2011 sudah menghampiri penghujungnya. Macam biasa, semua orang excited tahap gaban untuk mengejar New Year Eve. Adalah menggusarkan hati apabila memikirkan, kemungkinan besar akan ada yang ternoda, menoda, digoda dan menggoda pada malam ambang 2012. Saya tidak mahu nanti keluar suratkhabar, 'kondom siapa yang bertaburan di atas jalan ini?' atau 'anak siapakah yang pulang ke rumah dengan meninggalkan sepender di tepi jalan?' dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa, abang dan kakak, awasilah pergerakan anak-anak dan seisi keluarga khususnya pada malam ambang 2012. Takut-takut jadi malam ambang pesta seks di negara yang memilih agama Islam sebagai agama rasmi. 

Sebagai alternatifnya, saya mempromosikan; Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati. Daripada gigih mengejar Konsert atau sambutan yang tiada manfaat, yang membuatkan benih-benih haram tertanam di dalam rahim dan kemudiannya mengakibatkan bayi-bayi comel dicampak di tepi jalan, atau dipam di dalam lubang jamban atau di beri anjing makan, eloklah kita memilih alternatif yang bermanfaat. Anda pasti tidak menyesal. Daftar sekarang!

Sila daftar di sini.

Jangan risau, saya tidak diberi komisyen untuk promosi ini. Saya terpanggil untuk menyebar luas maklumat. Lagi-lagi apabila Pengarahnya adalah sahabat di MRSM dulu, Encik AO. hehe

Wassalam

p/s: Majulah Muslim demi Islam tercinta.

2 bicara mereka~:

abil said...

fateeeennn..ko g dis weeknd ke??

Gadis Najlaa said...

insyaAllah kalau tiada aral. ;)