Oleh kerana saya berpendapat bahawa 'orang pandai kalau tidak menulis, kelihatan bodoh dan orang bodoh kalau menulis, kelihatan bijak', maka saya rajinkan diri untuk menulis lebih panjang.
Namun begitu, sesungguhnya idea saya semakin tumpul. Apa yang hendak dikupaskan, ya? Sebaiknya mengupas isu-isu yang selalu diusulkan kepada saya. Lebih dekat dengan diri kita semua, lebih baik, hendaknya.
Isu apa?
Apa lagi.. Hati dan perasaan lah.hehe
![]() |
| LOVE. Thanks Encik Google |
Cinta itu HARAM kah?
Perlulah kita jelas bahawa cinta itu TIDAK haram. Ia bukan najis. Ia bukan barangan curi. Ia perkara halal. Dan ianya fitrah.
'Kak, saya rasa saya jatuh cinta lah..'.
Baguslah. Ia menunjukkan bahawa anda normal.
'Kak, semalam kami date, kami comolot..'
Oh ini tidak bagus. Ia menunjukkan bahawa anda TIDAK normal.
Walaupun dunia sekeliling anda hari ini membuat kesimpulan bahawa anda tidak cool, anda tidak rock, anda tidak best kerana saya sifatkan anda sebagai tidak normal. (saya juga tidak normal sekiranya melakukan sedemikian)
Ayuh sama-sama kita jelaskan diri bahawa memiliki perasaan suka sayang cinta minat itu adalah fitrah. Tidak salah. Tidak berdosa.
CUMA, kesilapan dalam mengendalikan perasaan-perasaan itulah yang mendatangkan dosa dan jatuh haram. Contohnya? Contohnya, 'kerana saya cintakan awak, malam ni saya bagi awak peluk saya dan buatlah apa-apa saja yang awak suka. biar jasad menjadi satu, cinta kita utuh menyatu..'
Kehkeh. Kepala hotak kome.
I love U, U love Me. Lets get married.
![]() |
| Jom kahwin? Thanks Encik Google |
Pen merah pen biru, u marah I love u. Pergh. Konon sweet lah jiwang camtu. hehe.
Kalau dah suka i like you, you like me dan kalau dah sayang i love you, you love me, eloklah kahwin. Rugilah lama sangat memendam rasa, menahan gejolak jiwa. Lama-lama diri sendiri yang merana. Kan?
'Tapi kak, kitorang muda lagi. It's like a longggg way to go. Dia kata nak beli kereta, beli rumah dulu baru nak masuk meminang saya..'
Oh. Bagus dia tu. Besar cita-citanya. Kalau begitu, apa kata cakap dengan dia camni; 'Awak buat hal awak, saya buat hal saya dulu, ok? Bila awak dah ada kereta, dah ada rumah, awak cari saya balik..' Cool tak idea saya?
It's cool, what. Sementara melayani bahtera cinta sebelum memiliki kereta yang bukan berharga seringgit dua, jauh sekali memiliki sebuah rumah yang ratusan ribu harganya, entah berapa juta lemon gaya-gaya yang mendekati zina yang mungkin dilakukan. Jadi, kita jadilah gadis yang bijak. Kalau dia kata nak kahwin bila dah ada harta, kita suruh dia gi cari harta, lepas dah ada harta baru contact kita balik. Tak gitu? Jadilah gadis yang smart wa cakap lu.
Tapi, kalau dia kata 'saya memang tak ada harta, tapi saya rasa nak kahwin dengan awak sekarang juga!'
Tanyalah dia; 'nak kahwin nak pakai duit siapa? Lepas kahwin nak bagi saya makan pasir, angin atau nasi?'
Kalau dia kata pasir atau angin, cakap dengan dia, 'saya doakan awak bertemu jodoh dengan perempuan yang suka makan pasir dan angin..'hehe.
Tapi kalau dia yakin dia boleh bagi awak makan nasi hari hari, cubalah consider untuk bawa berbincang dengan keluarga.
Saya tak nak bercinta, tapi cinta tu yang datang pada saya.
At this point, kita mestilah menjadi seorang yang berprinsip. I mean at all times pun kita mesti berprinsip. Dah kalau kata taknak bercinta, cinta datang bergolek-golek ke, terbang ke, menggelungsur ke, tak payah lah layan. Buat tenang saja sudah.
Ini tak, dapat 1 SMS berbunyi, "Hai. Saya Aaron Aziz. Saya dah lama perhatikan awak. Awak ni manis, sopan, ayu orangnya. Boleh berkenalan?"
Maka terus laju reply, "Assalamualaikum. Terima kasih. Mana dapat no saya ni? Saya biasa-biasa saja.. ;)"
Cewah. Reply dengan bagi salam macam innocent, baik gila lah. Lepas tu buat-buat humble konon-konon saya ni tak manis, tak ayu mana. Tapi dalam hati berharap dia puji lagi panjang lebar.
Lepas tu meleret-leret lah SMS nya. Sampailah, "Sudikah awak menjadi permaisuri hidup saya?". Maka laju je reply, "Awak serious? Besar tapak tangan, 7 tahap langit saya tadahkan.."
Ngehngeh. Kepala hotak kuasa dua.
Hurm. Kita janganlah senang sangat cair dengan pujian orang. Semua tu tiada gunanya kalau kita sedar bahawa tiada satu benda pun pada diri kita ni milik kita sepenuhnya. Kalau orang puji kita pun, kita jawab Alhamdulillah. Alhamdulillah bererti Segala Puji Bagi Allah. Bukan segala puji bagi diri aku sendiri. Jadi, tak payah nak kembang sangatlah. Propa je jejaka-jejaka tu semua. Nak test market je ayat manis dia tu boleh menggugat jiwa gegadis tak. Tu je.
"Tapi kak, jejaka ni baik agamanya, dia selalu hantar saya sms berunsurkan Islam. Dia selalu menasihati saya. Dia dulu sekolah Maahad Tahfiz."
Oleh itu khabarkanlah kepada dia, "awak tak takut ke awak kalah dengan Syaitan bila awak sms-sms saya ni? Ilmu tanpa amal, sia sia, saudara.."
Allah memang suka uji orang-orang yang Dia sayang. Bila Allah uji kita dengan mendatangkan manusia-manusia yang bisa menggugat hati dan mencairkan jiwa raga, itu tandanya Allah nak uji keimanan kita.
Realiti: Allah itu Maha Adil
![]() |
| I Heart Allah swt. How about you? |
Kita tahu bahawa dunia hari ini menjelaskan bahawa ramai yang kecundang dalam perhubungan, dalam percintaan, dalam perkahwinan. Bercinta sebulan, dah termengandung tiga minggu. Bukan main kita setia, si dia curang. Merana jiwa kita. Bercinta 8 tahun, kahwin grand grand, lepas 8 bulan rumah tangga berantakan, lepas 2 tahun bercerai-berai. Merana lagi jiwa.
Kenapa? Why? Li ma za?
Kaf Ba Ro Kaf Alif Ta Nun. Keberkatan.
Cinta itu fitrah, tidak bermakna boleh sedap-sedap redah. Cinta itu suci tak bermakna perbuatan suka suka mencurahkan cinta itu juga suci. Cinta itu indah tak bermakna hanyut bercinta itu akhirnya indah.
Carilah jalan terbaik untuk beroleh keberkatan Allah swt. Dalam apa jua yang dilakukan, apabila Allah tidak redha, jangan bermimpi untuk bahagia. Dalam perhubungan, percintaan dan perkahwinan, jua begitu.
Barangkali juga kerana kita selalu yakin dengan tipu daya syaitan bila mana kita rasa dan fikir yang rasa cinta dalam dada sungguh padat sekali sehingga kita buat keputusan untuk memilih si dia sebagai teman hidup. Tapi kita lupa untuk memohon petunjuk sebenar-benarnya melalui Istikharah. Berapa ramai antara kita bila mula jatuh hati, jatuh minat, jatuh sayang, jatuh cinta pada seseorang kita lekas-lekas buat istikharah mohon Allah beri petunjuk terbaik? Sangat sedikit. Yang minta petunjuk kengkawan yang tengah syok bercinta je ramai. hehe
Oh ya. Saya tidak mahu kelihatan 'close minded / berfikiran kampung / ortodoks' di sini. Akak bajet baik eh nak cakap ni semua? Eh, tergamak kome kata teman begitu. Teman ni berkongsi pendapat je. Kome kome juga yang selalu meluahkan perasaan dengan teman. Ye dok?
Ok lets be open. Kalau rerasa dah jatuh sayang, jatuh cinta dan takut terjerumus dalam longkang najis maksiat, cepat-cepat habiskan belajar, cepat-cepat kahwin. Atau kalau nak rasa lebih thrill, kahwin jelah masa belajar. Asalkan anda matang dalam menguruskan kehidupan.
Kalau dah berpasangan, tidak mengapalah. Perlahan-lahan dalam menarik diri dan pasangan ke arah kebaikan, jauhi kemungkaran. Kalau sebelum ni asyik borak pasal awak ni cantik, saya selalu cair. Tukarlah pula kepada 'Awak faham tak pengertian bacaan-bacaan dalam Solat?'. Lepas tu perlahan-lahanlah kurangkan perbincangan yang tak penting. Kalau terus stop mengejut kang sawan pula.hehe
Kelas kau mariaa. Baru boleh tahu level ilmu lelaki yang menjadi pujaan anda. Tak gitu maria?
Najlaa the cute propa
Najlaa menulis di atas semua sebagai bukti dia bijak propa. Dan dia propa semata. Kerana dia tak de bf, sebab tu dia boleh gebang kuat.hehe.
Hey siapa kata. Najlaa pernah ada Bf. Cuma dia pencen berbf sejak masuk tingkatan 4. Namun begitu, tidak berbf tidak bermakna suci dari segala kemungkaran. Hakikatnya manusia ini selalu diuji. Yang berpasangan diuji dengan nafsu cinta membuak buak, yang tidak berpasangan diuji dengan nafsu lain pula. Allah Maha Mengetahui.
Ayuh kita sama-sama renungi pesanan Allah swt dalam Surah An-Nur ayat 21. Amaran keras, jangan ikut jejak langkah Syaitan yang selalu mengajak kepada kesesatan!
Wallahu'alam. Wassalam.




0 bicara mereka~:
Post a Comment