Bismillahirrahmanirrahim
Alkisahnya, seminggu blog menyepi. Nampaknya kulat sudah mulai tumbuh. Sungguh kasihan sekali. Otak juga semakin hari semakin tepu. Gagal mencari ilham tentang apa yang mahu dituliskan. Oh. Kasihan.
Sehari dua ini otak makin kronik. Saya mengalami keresahan kerana sudah terlalu bosan.haha
Namun, saya memandang kebosanan ini sebagai sesuatu yang baik untuk merehatkan badan dan minda saya setelah seminggu berprogram secara non-stop. Ku fikirkan program-program ini semua tidak memenatkan, rupa-rupanya diriku salah. Boleh tahan juga penatnya. Sampai patah-patah tapak kasut hitam ku. Haish. Untunglah ada alasan untuk beli kasut baru.ngehngeh
Tiada cerita menarik. Interview hari tu macam biasa-biasa saja. Keletihan yang melampau tidak bagus rupanya untuk mempersembahkan persembahan yang baik. Sungguh pasrah sekali jiwaku ketika ini.haha
Anyway, satu pesanan penaja untuk sahabat-sahabat dan adik-adik yang sedang bertungkus lumus berjuang di medan ilmu, di MMU mahupun mana-mana IPT tatkala ini, sesungguhnya akademik itu tersangatlah penting. Sungguhpun kita mampu menulis berhelai-helai pengalaman kita berprogram di dalam CV, tetapi sekiranya keputusan akademik kita gitu-gitu saja, it's too bad dear people. Especially kepada mereka yang study dalam bidang profesional. Tolak tepi medical degree sebab mereka tiada sistem pointer, mereka hanya ada pass and fail. Tolak tepi juga profesyen guru kerana confirm-confirm kerajaan akan panggil berkhidmat seperti doktor juga. Maka tinggallah kita yang buat undang-undang, accounting, engineering dan apa-apa lagi lah. Because at the end of the day, you will apply the principles that you have studied in school to your work, maka andaikata study kita tak berapa meyakinkan, bagaimana bos-bos besar di firma guaman, firma akauntan, syarikat kejuruteraan akan yakin dengan kita? Tepuk dada, tanya mental.
Memang benar, berprogram ini semua menambah-baikkan interpersonal skills kita. Benar. Tidak dapat dinafikan. Kita jadi lebih lancar dalam berkomunikasi, kita jadi lebih bijak berfikir, kita jadi lebih yakin dalam berhadapan dengan situasi-situasi yang mencabar, kita jadi MAMPU untuk hadapi kebanyakan perkara.
Namun harus diingat, sebelum semua orang nampak tentang kebolehan kita itu semua, mereka harus terlebih dahulu melihat Resume atau CV kita sebelum mereka bertindak memanggil untuk temuduga. Sekiranya Result Transcript kita tidak memuaskan hati mereka, adakah mereka akan memanggil kita untuk temuduga? Adakah mereka akan nampak tentang kebolehan-kebolehan kita sekiranya mereka tidak bertemu empat mata dengan kita? Jawapannya, TIDAK.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Hujah saya di atas bukanlah bermaksud untuk mengatakan bahawa berprogram ini semua sungguh najis sekali. Pastinya bukan itu maksud saya. Masakan saya sanggup untuk menyatakan sebegitu kerana saya sendiri melalui nikmatnya menimba ilmu di luar bilik kuliah. Namun saya sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman dan juga peringatan, supaya kita sama-sama sedar bahawa yang jelasnya tanggungjawab kita di universiti adalah untuk belajar dan mencapai kecemerlangan akademik. Dalam masa yang saya, berusahalah kita sebaiknya untuk menaikkan kualiti diri. Hendak seribu daya, tak hendak sejuta dalih.
Andai saya bisa putarkan kembali masa, saya akan pastikan result saya dean list setiap semester. Dengan izin Allah, off course.
Tak cukup bagus ke apa yang kau ada sekarang ni??
Astaghfirullah. Bukan begitu maksud saya. Segala apa yang dimiliki, yang dicapai hari ini, sungguh saya menghargainya. Lebih daripada cukup.
Cuma andai bisa kuundur masa, pasti ku mahukan sesuatu yang lebih baik atas usaha ku yang lebih baik. Tiada pertikaian dari segi hasil yang diperoleh, tapi pertikaiannya adalah pada usaha yang diletakkan.
Jangan kita terus lalai menyulam mimpi-mimpi indah kerana terlalu asyik dengan keseronokan yang kita sendiri cipta. Kadang kala kita rasa, apa yang kita lakukan hari ini bagus sekali, kerana kita bahagia melakukannya. Walhal kita terlupa untuk merencana langkah-langkah terbaik demi persediaan masa hadapan.
Oleh itu, kembalilah kita pada nilai Islam yang sebenar. Wasatiyyah. Bersederhanalah. Bersederhanalah dalam mencari seronok, bersederhanalah dalam perbelanjaan, bersederhanalah dalam bersahabat, bersederhanalah dalam menjalani aktiviti-aktiviti di kampus. Dan bersederhanalah dalam mencari 'hebatnya diri aku ni' dengan meneroka itu dan ini kerana sesungguhnya hanya Allah swt yang berhak menentukan apa yang perlu kita miliki dan apa yang tidak.
Kesimpulannya? Entah. Lu fikirlah sendiri.haha
Pengumuman: Gua rasa muka gua semakin tembom. Tapi berat gua tetap takat 40 kg jugak. Cemana tu?haha
![]() |
| Tembom tapi menten cumel. |
Completion of Study Letter dah dikeluarkan oleh FBL. Tiada alasan lagi untuk tidak memulakan Chambering. Ya Rabbi. Bantulah.
Wassalam

2 bicara mereka~:
montel ;)
apa ingat pisang montel ke IB?haha
Post a Comment