Monday, December 19, 2011

AUKU: It's time untuk kita mantapkan diri kita, Melayu kita, Islam kita


Saya memang banyak melibatkan diri dengan program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun NGO. Sahabat-sahabat yang memperjuangkan politik ketika di dalam tempoh pembelajaran di Universiti juga berlambak. Kawan-kawan rata-rata giat menajamkan ideologi masing-masing mengatakan bahawa mahasiswa di Malaysia selayaknya diberi izin untuk terlibat dengan politik. Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dikecam hebat dengan dikatakan bertentangan dengan hak-hak rakyat Malaysia seperti mana yang tertulis jelas di dalam Perlembagaan Malaysia. 

Dan kini, Parlimen sedang berkira-kira untuk meminda AUKU, demi memberi ruang dan kebebasan kepada para Mahasiswa yang bernafsu tinggi untuk berpolitik ketika masih lagi di bangka Universiti untuk berpolitik. Persoalannya, kenapa gelojoh sangat?hehe

Saya sekadar berkongsi rasa hati. Bukan idea, tetapi rasa hati. Saya bukanlah minah politik. Maaf, tiada minat, tidak daya kreativiti, tiada cita-cita ke arah itu. Tetapi saya ada rasa hati tersendiri.

Sekitar 2010, saya dan beberapa pelajar MMU ada menghadiri satu majlis dianjurkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Melaka. Jangan banyak fikir, saya bukan ahli GPMS. Saya bukan ahli berdaftar mana-mana NGO sekalipun. Saya memang suka pergi sana pergi sini. Kutip ilmu.hehe. Tak jadi ahli pun dapat jemputan juga. Dapat makan free juga.hehe

Yang menarik minat saya ketika menghadiri majlis ini adalah apabila bekas Naib Canselor UiTM, Ibrahim Abu Shah menjelaskan pendirian beliau, mengapa beliau tidak bersetuju untuk dibenarkan mahasiswa kita terlibat dalam politik.

Ibrahim Abu Shah aka Pakcik Misai Lebat.

Pendapat beliau jelas, bahawa kerana beliau sayangkan masa depan orang-orang Melayu. Kerana apa, setiap kali demonstrasi dan sebagainya, yang sibuk berpusu-pusu nak turun menyemak adalah mahasiswa/i melayu juga. Mahasiswa/i Cina, India semua di mana? Mereka sibuk menelaah di bilik atau di kelas. Mereka lantakkan saja demonstrasi yang sedang sibuk berlangsung. Mereka lebih bijak. Kenapa? Kerana akhir nanti mahasiswa/i Melayu yang gigih turun demonstrasi, sibuk berpolitik itu jugalah yang 'kantoi' di dalam pelajaran, yang tersangkut, yang dibuang Universiti. 

Saya setuju! 

Hari ini terlihat pula video di youtube, menjelaskan tentang pendapat YAB Tun Dr. Mahathir. Sedikit sebanyak sama dengan pendapat yang dinyatakan oleh Ibrahim Abu Shah, yang pernah saya dengar satu masa dahulu.  

Kawan-kawan pula bagaimana? Pada saya, kita kalau nak jadi ahli politik pun biarlah dengan cara dihormati, dengan cara bermaruah. Kita terlalu sibukkan populariti, kita tolak tepi kecemerlangan ilmu. Akhirnya nanti kita diperalatkan bodoh-bodoh saja. Kalau kita bertanding di dalam mana-mana parti, berbekalkan degree, Master, PhD, pasti orang yakin bahawa kita ini bukan sembarangan orang. Silap hari bulan kita dilihat seperti tokoh yang bijaksana yang mampu mentadbir negara.

Malaysia dah terlalu banyak ahli politik yang ilmu tak tara mana tapi auta memanjang saja, gebang panjang berjela. Kita dah bosan dengan suasana itu. It's time untuk kita mantapkan diri kita, Melayu kita, Islam kita. 

Anyway, AUKU dipinda atau tidak, it doesn't make any sense to MMU students yang rata-rata bersikap ignorance.hehe. MPP di MMU tak perlu susah-susah nak berkempen. Asyik menang tanpa bertanding. haha. Tak payah fikir nak pro Aspirasi atau sebaliknya.hehe. MMU ada tokoh ahli politik akan datang tak? Memang tak ada.hehe. But it's good. At least kita seronok menimba ilmu, berjuang di jalan kita sendiri. Jangan tertipu dengan suapan-suapan 'jomlah berpolitik' kerana takut-takut pelajaran kita ke gaung nanti.hehe

Sangat tak cool bercakap isu ini. Bosan kan?hehe

Wassalam

p/s: Rezal, setuju tak dengan saya? Kalau setuju cepat cium ketiak sendiri.haha

2 bicara mereka~:

bikrunnajah said...

saya takde byk ilmu mengenai isu ini.
pndpt sy, sy sokong mahasiswa berpolitik tp sy tak nafikn ada kebenaran kata2 Tun Dr. Mahathir dlm video tu.

cume, mahasiswa yg nak b'politik ni perlu diterapkn dgn ilmu2 politik dalam Islam lah.dlm Islam ada politik iaitu kita mengambil berat hal masyarakat dan membantu masyarakat.tak salah mahasiswa buat mcm tu kan?

tp kbykn mahasiswa yg b'politik yg kita nmpk skrg, kdg2 tak beradab, kdg2 mengabaikn pelajaran.it's just that, mahasiswa b'politik dgn cara baik tak nmpk lg.bukan tak ada.sy yakin, ada mahasiswa di luar sana yg bijak b'politik dgn ciri-ciri Islam yg terjaga.inilah yg patut ditonjolkan.

kene igt, Islam tu syumul (menyeluruh).

wallahu a'lam :)

Gadis Najlaa said...

Saya setuju jugalah dgn cik nadi. Benar, Islam itu syumul. Cuma kita yg kurang didikan, kurang ilmu, kurang kemahiran utk berpolitik secara bersih, secara secantik Islam.

Jauh sekali utk melihat contoh politik Islam yang mantap pada zaman ini sperti mana zaman Rasulullah dulu.

Even jemaah Islam sendiri ada kalanya bertelagah dalam diam, mahu bertanding aku lebih hebat dari engkau. Kita tiada contoh terbaik pd zaman ini.

Dan lemahnya mahasiswa kita apabila selalu hilang fokus dan tidak istiqamah dlm setiap perjuangan, be it dlm belajar, dalam politik, dlm kerja. Walahualam