Monday, December 19, 2011

Aku gila-gila, kau gila suruh aku berdakwah?



Di saat orang ramai berebut-rebut menonton video Miss Dena yang sangat sweet dilamar oleh Encik Tunang beliau yang sedang bertaburan di-share-kan linknya di Facebook, saya memilih untuk menambahkan view video simple tapi penuh makna di atas ini. Tontonlah. Percayalah, tiada kecederaan mental atau fizikal yang akan terjadi pada anda. Jika anda asyik menonton video Miss Dena itu, pastinya sedikit sebanyak anda mengalami tekanan mental kerana asyik bertanya, "kenapa tiada lelaki semanis ini propose aku begini? burukkah aku ini?" dan macam-macam lagi.

Menyentuh soal dakwah, sebut sahaja perkataan 'dakwah', kebanyakan orang yang sedang makan ikan boleh terasa seperti tercekik tulang. Atau kepada orang yang baru selesai makan dengan banyaknya, barangkali mereka akan terasa seperti hendak 'membuang'. Kenapa? Kerana gentar, cuak, gelabah, atau mungkin rasa 'tak boleh belah!' mendengar dan menyentuh soal dakwah. 
Malah ada yang berani berkata, "erk, sorry der. wa tak ready lagi lah nak layan semua cerita dakwah lu ni!". Ok. Tak pelah. Kalau macam tu, dengar cerita sayalah. Ok?

Cerita Saya Yang Tidak Seberapa

Selama ini saya tak pernah terfikir pun yang apa yang saya dan kawan-kawan lain buat adalah satu cara dakwah. Kami sekadar buat kerana 'keperluan'. Cerita pertama (yang tidak seberapa), ketika kami mula-mula berpindah ke rumah sewa. Syarat mudah yang diletakkan di atas persetujuan bersama adalah; 'Lelaki dilarang masuk ke dalam rumah ini kecuali ahli keluarga bila mana keadaan mengizinkan'. Tak kisahlah yang ada boyfriend atau yang single-mingle, syarat perlu dipatuhi bersama. Bingo! Sampai akhir waktu pun tiada yang melanggar syarat. 

"Kau ni anti lelaki ke? Rumah kau istimewa sangat ke sampai lelaki nak masuk tengok pun tak boleh?". Amboi soalan kau, macam cari gaduh je.hehe. Jawapannya, "Aku bukan anti lelaki. Kalau aku anti lelaki, bercakap dengan kau pun aku tak hingin. Rumah aku biasa saja, tiada yang istimewa. Cuma, aku mahu elak fitnah. Aku tak mahu orang kiri kanan depan belakang melihat dan menilai yang bukan-bukan. Aku di sini bukan hanya memegang maruah aku, tapi juga maruah ibu bapa aku, dan maruah agama aku"

Cerita kedua (yang tidak seberapa); saya dan kawan-kawan berkenalan dengan seorang awek manis. Satu hari sedang berborak-borak, tiba-tiba terdetik untuk sama-sama mengaji Al-Quran. Tujuannya sebenarnya untuk membantu awek manis ini mengaji dengan lancar. Kalian tak tahu bagaimana sedih rasa dihati mendengar cerita awek ini. Ketika usia menjelang 20-an, orang lain sudah berpuluh kali mengulang khatam Al-Quran, tetapi beliau masih gigih mengumpul semangat menelaah Iqra'. Saya mahu berkongsi cerita tetapi biar dahulu, tentang dia. Entah kenapa, tiada pernah terlintas untuk merasa 'hinanya dia ni kerana tak lancar mengaji'. Yang terlintas di fikiran cuma, "apa kata kita mengaji bersama-sama di rumah kamu?"
"Tapi kakak, saya masih mengaji Iqra'", kata dia. 
"Tak apa. Kakak ajar kamu sikit-sikit, lama-lama kamu mahir"; saya membalas. Seperti durian runtuh, dua lagi sahabat mahu turut serta. Rasa kelakar masing-masing membantu membetul bacaan Al-Fatihah. Ada juga gaya Ustazah memegang rotan. Rindu, bukan? 

Cerita ketiga (yang tidak seberapa); ketika awal-awal dahulu berusaha membangun kembali satu persatuan rakan sebaya di Universiti. Mencari-cari juga apakah motto yang paling sesuai untuk diangkat bersama-sama teman seperjuangan. Melihat 'gila'nya pemikiran dan perangai masing-masing termasuk saya sendiri, macam tak sesuai pula untuk mengangkat diri sebagai pendakwah. Jauh sekali untuk menyampai hujah bertulangkan agama. 'Ini Dakwah Cara Kita'. Hanya satu ayat biasa, tetapi besar makna. Saya selalu berkata, "Apalah salahnya untuk kita buat pahala dengan membantu ramai orang. Karaoke, karaokelah. Bila ada peluang membantu begini, jangan kita tolak peluang". Anehnya, dalam kegilaan kepala otak teman-teman waktu itu, tiada seorang pun yang menolak idea 'Ini Dakwah Cara Kita'. Tiada seorang pun yang menentang penggunaan 'dakwah' itu. Itu tandanya, Allah membuka hati kami semua untuk lebih dekat denganNya, dengan cara kami sendiri. Dan, apa saja cara yang kami gunakan, ini semuanya kurniaan Dia. Hari ini, jauh sudah hero-heroin 'Ini Dakwah Cara Kita' berlayar. Semoga Allah terus memberi peluang untuk kita semua berkhidmat, berdakwah dengan cara kita sendiri, yang mana peluangnya muncul dengan izin Allah swt juga!
The first come back. 2008
Calon menantu 1.
Calon menantu 2.

Cerita keempat (yang tidak seberapa), ini antara yang paling saya rindu. Berkongsi cerita, bertukar pendapat, bertukar ilmu, ber'usrah' tanpa kami sedar. Sebetulnya saya berani katakan bahawa saya secara tidak sengaja melakukan semua ini dengan beberapa golongan yang rapat dengan saya. Contohnya, ahli rumah sewa dan keluarga program/persatuan. Jangan kita kecilkan ruang lingkup pemikiran. Asal jadi housemate, mesti bercerita soal rumah atau soal cinta semata-mata. Tidak sebenarnya. Menjadi housemate bermakna menjadi keluarga. Menjadi keluarga bermakna berkongsi segala-galanya. 
Asal jadi teman berprogram, setiap masa nak cerita pasal program semata-mata. Macam tu ke? Tak juga. Ada masa perkara baik yang bermanfaat, boleh dikongsikan juga.

Cuba bayangkan, alangkah indahnya apabila di Syurga kelak, hari-hari kita ditemani dengan sahabat-sahabat yang kita benar-benar girang apabila bersamanya. Oh. Indahnya! Mahu gila-gila, gila-gila juga. Ada masanya, kita perlu pandai mencari peluang untuk memberi manfaat dan menerima manfaat. Satu hari ada teman serumah memanggil saya ke biliknya. 
"Awak, kat mana awak selalu beli buku agama?". Erk. Saya pelik. Mestilah kedai buku, takkan kedai basikal.hehe. 
"Kedai bukulah. Banyak ada jual.."; saya menjawab. 
"Kenapa?", saya menyoal. 
"Saya rasa saya nak belajar agamalah", dia menjawab. Tenang. 
Saya seperti berpeluh. Adakah ini satu cobaan? Tambah lagi dengan soalan yang dia letakkan, "kenapa kita perlu solat 5 kali dalam sehari? awak tahu tak kalau-kalau ada cerita Nabi atau penjelasan di sebaliknya?". Huh. Berpeluh lagi. Terpaksa memanggil rescuer untuk mem-back up. Manis pengalaman ini.

Adakah ini suatu nikmat atau beban? Saya memilih ini semua sebagai nikmat. Nikmat yang sebenar-benar nikmat. Allah letakkan pelbagai jenis manusia di sekeliling kita untuk kita belajar dan mengajar, untuk kita menghargai dan dihargai, untuk saling lengkap, melengkapi. Yang paling saya rindu, saat mencabut undi sama ada hendak solat berjemaah dahulu atau makan dahulu ketika bulan Ramadhan?hehe. Selalunya, undi berpihak kepada solat dahulu memandangkan masing-masing memasang matlamat untuk makan dengan tenang (tetapi banyak), oleh itu solatlah dahulu. Saya rindu juga saat tolak menolak, "Awak lah Imam!". "Eh apa pulak saya! Eh, dia, dia! Dia tak pernah kena jadi Imam lagi". "Eh, tak pe. Saya Iqamat. Saya Iqamat merdu", dan macam-macam lagi. Kalau ambil makanan semua nak beratur di hadapan, tapi bila solat berjemaah semua cop tempat di belakang. hehe. Seronok. 

Dakwah, saya fikir tidak perlu berserban sehingga menggerunkan. Tidak perlu duduk berteleku di Masjid setiap malam semata-mata. Tidak perlu berjalan menutupi muka sehingga tidak tahu apa terjadi di sekeliling. Cukuplah sekadar kita tahu bahawa apa yang dilakukan itu suatu bentuk kebaikan. Dan ianya mendekatkan diri kita semua kepada Allah swt. Biarlah kebaikan itu sebesar zarah, cuma. Yang penting, bukan manusia yang layak menilai, tetapi Allah swt. 

"Aku gila-gila, kau gila suruh aku berdakwah?". Gelak sini kepada diri sendiri. 
"Aku bukan suruh kau pakai purdah, ketuk pintu rumah setiap orang ajak pergi masjid". Tolol.
"Habis tu? Tadi kata dakwah!". Bengong.
"Kalau kau tengok aku malas mandi, kau pujuklah aku untuk mandi. Itu pun kira dakwah". Senyum manis.
"Oh ye? Kalau mulut kau busuk, aku suruh kau gosok gigi, itu dakwah?". Senang gila.
"Iye. Itu dakwah. Sebab kau menyuruh aku berbuat kebaikan". Tenang. Angkat kening.
"Ok. Ayu, pergilah mandi. Jangan lupa gosok gigi". hehe.
"Motip? Nak kata mulut aku busuklah tu! Ok. Petang nanti jom main rollerblade sama-sama depan rumah". Excited.
"Set! Aku nak pinjam basikal Sarah, kau main rollerblade kau. Kita pusing taman. Nak beli air tebu dengan keropok lekor sekali!". Double excited.
"Esok pagi, panjat Bukit Beruang, mahu?". Tawaran hebat.
"Mahu! Baca Ma'thurat di atas sana, ok! Seronok!". Excited, hampir kena sawan.
Calon menantu 3.

Semuanya dirindui, kini. 

Dakwah Hard. Dakwah Smart.

Wassalam.

p/s: Ini entry ke-3 untuk hari ini. hehe. Ayuh pantas berlari, Bonda dah naik berapi suruh dipotong kukunya dari tadi tapi tak muncul-muncul anak dara ini. 



0 bicara mereka~: