Bismillahirrahmanirrahim
I remember telling one of my juniors (Amin Zulkifli) to be istiqamah in writing. I was not so serious then. But I believe that writing is one way of dakwah. You do not need to put ayat al Quran banyak-banyak or petikan hadith berduyun-duyun to make it a dakwah. As long as what you give is a good thing, be it your own stories or your ideas or even your imagination, it's a dakwah when it touches people's heart. Why do we need to keep on writing? Because we never know which of our words can touch people's heart, that can change people's thoughts, that can change people.
Saya selalu tertanya-tanya, sejauh mana blog ini bermanfaat? Nampak gaya macam merapu sendirian. Syok sendiri pun ada jugak. Sedaya upaya termampu saya selitkan juga mesej baik kerana saya mahu kurangkan peratusan penulisan yang sia-sia. Barangkali saya tidak berjaya 100% tetapi percayalah, saya berusaha. Sungguhpun kebanyakannya menceritakan pengalaman sendiri, pemikiran sendiri, tapi saya tetap berharap ianya memberi manfaat kepada yang membaca.
Dan apabila ada teman/sahabat yang meluahkan kepada saya dalam linangan air mata bahawa posts saya banyak menyedarkan dia, saya hilang bicara. Saya mati kata-kata. Saya percaya, Allah swt menghadirkan mereka ini semua kepada saya untuk saya terlebih dahulu berubah menjadi yang lebih baik.
Sahabat, kalau sejak dahulu kita boleh menjadi sahabat/teman yang baik dan jujur, dan pastinya kini kita masih boleh begitu. Biarpun kita pilih jalan berbeza. Biarpun kamu rasa kamu hina, tapi aku tetap yakin kamu itu tinggi nilainya. Yakinlah Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
![]() |
| Al-Baqarah: 286 |
Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned. "Our Lord, do not impose blame upon us if we have forgotten or erred. Our Lord, and lay not upon us a burden like that which You laid upon those before us. Our Lord, and burden us not with that which we have no ability to bear. And pardon us; and forgive us; and have mercy upon us. You are our protector, so give us victory over the disbelieving people."
Saya teringat beberapa tahun dahulu. Saya pernah keluar berjumpa seorang sahabat lama. Kebetulan saya baru pulang dari sesi perkongsian di Masjid. Berseluar jeans, berlengan panjang, tudung pin bawah. Lalu saya ke gate belakang MMU, bertemu sahabat, salam peluk cium seperti biasa. Masih tenang sungguhpun melihat fizikal sahabat yang berbeza dari sebelumnya. Berseluar hot pants, berbaju sleeveless. Ya. Memang secara fizikalnya kami dilihat berbeza. Tapi saya yakin masih ada yang cantik di dalam hatinya lebih dari apa yang saya punya.
Sempat kami duduk semeja bersama teman-temannya. Semuanya pemakaian lebih kurang sama. Asap rokok berkepuk-kepuk. Tak lupa juga shisha dihembus hembus. Saya seperti seorang alien berada di kalangan mereka. Tapi itu mungkin pandangan orang yang melihat. Saya menerima keadaan itu seadanya. Kerana persahabatan yang saya bina bukan bertunjangkan 'baik' semata-mata. Baik buruk saya terima.
Sungguhpun saya harus akui, melihatnya begitu sungguh pahit sekali untuk ditelan. Malam itu saya menerimanya dan seorang lagi temannya sebagai tamu di rumah saya. Barangkali satu kejutan untuk teman-teman serumah yang lain tapi ini perjuangan cara saya.
Sesudah seisi bilik lena berselang-selikan dengkuran dan bertemankan air liur meleleh, saya bangkit dalam lewat malam. Sedih. Buntu memikirkan 'apa yang patut aku buat?'. Lalu saya berwuduk, saya ambil al-Quran, dalam samar-samar malam saya baca Surah Yaasin.
Keesokan pagi, teman kepada sahabat saya bertanya, 'Eh, semalam I ada dengar orang mengaji. Siapa mengaji? Sedap.'
Saya buat muka sardin. Cukuplah senyum dalam hati. Sedap atau tidak bukan itu yang hendak ditayangkan. Sekurang-kurangnya sedikit berhasil apabila telinga mereka yang sedang lena menyambut alunan ayat suci al-Quran. Dan pastinya sedikit sebanyak hati mereka terjentik untuk kembali sedar bahawa hidup ini bertuhan.
Memang tak banyak yang mampu orang seperti saya lakukan. Tapi percayalah, besar nilai seorang sahabat kepada saya. Kerana kehidupan saya hari ini lebih stabil kerana saya ditemani sahabat-sahabat ini semua satu ketika dahulu. Dan hingga kini, saya mohon kepada Allah agar jangan ditarik nikmat persahabatan ini.
Dan saya memang bukan orang baik. Tapi doakan saya agar kuat untuk menjadi Fateen yang lebih baik.
Thank you Allah.
Wassalam

0 bicara mereka~:
Post a Comment