Bismillahirrahmanirrahim.
Hari tu bukan main berlagak jadi suri rumah bergaya kan? Hari ini tidak lagi. Sudah mula wujud perasaan benci. Serious. Benci.
Semalam, penuh bergaya sekali menjadi 'a husbandless housewife'. Amacam? Sweet tak gelaran?hehe. Semalam pagi hantar adik soleh pergi sekolah. Dia ambil SPM. Sebab Abah tak de, kenalah jadi Mbak Supir paling sweet dalam dunia. Tak kisah.
Lepas hantar Ijam ke sekolah, saya teruk memecut pergi jogging. Hehe. Pergi jogging panjat bukit seciput dekat dengan Wangsa Walk. Lepas rindu kat Bukit Beruang. Sobsob. Bukit Beruang juga yang best. Heh. Rindunya. Tengah-tengah jogging, rasa lemau sbb gastrik menerjah. Ayuh balik cari sesuap nasi. Sebelum buat drama pengsan kat situ.hehe.
Balik rumah, kemas rumah dengan gigihnya. Vacum, mop, segala bagai. Melepet kepenatan. Dah dua tiga hari bersin puluhan kali sebab habuk yang melampaui batas. Cisnan. Tapi operasi terpaksa diteruskan. Lepas kemas bawah, kemas bilik segala. Kumpul barang-barang yang hendak dibuang. Bila Umie balik kerja, Umie tak membebel. Yes! Tapi, kegagalan yang besar juga kerana baju tak berjaya lipat. Bertimbun. Hoi. Tak minat hoi hoi.
Tapi aktiviti semalam tu taklah menimbulkan kebencian sangat. Sebab baru nak berjinak-jinak.hehe
Cuma, kebencian itu wujud hari ini. Secara spesifiknya, pada waktu ini. Kenapa? Kenapa? Curious gila tak?
Sebab hari ni rasanya baru melengkapi ciri-ciri surirumah bergaya. Kenapa pulak?
Pernah tak korang tanya mak mak atau makcik makcik surirumah, bila duduk rumah tak boring ke? Biasanya diorang akan kata memang lah boring. Tapi saya kurang percayalah keboringan diorang. Sebab bila sebut pasal drama TV, semua diorang tahu. Siap setia menanti depan TV setiap kali drama pilihan nak ditayangkan. Gigih follow from one episode to another. Kan?
Lepas tu tengok cerita sedih, tangkap leleh kan? Hoi. Benci gila.
Benci itu membuak-buak apabila diri ini telah dijangkiti virus serupa. What the hoi?haha
Rasa macam taknak percaya tapi terpaksa percaya. Tengok TV, duduk atas kerusi malas, sambil surat khabar bersepah-sepah selepas dibaca. Tengah-tengah syiok tengok, saya dengar suara orang mcm menangis. Pandang kiri, pandang kanan, tak ada orang. Kalau tak silap, memang tinggal seorang je kat rumah ni. Rupa-rupanya, diri sendiri yang menangis.kahkah. What the hoi betul.
Drama apa yang mewujudkan kebencian dalam diriku ini? Haha. Dah lah maraton drama dari satu drama ke satu drama. Bajet sweetlah tengok drama sambil tangkap leleh?haha
Tadi lepas breakfast and baca surat khabar, saya ON TV. Maklumlah rasa sunyi. Lepas tu tengok je lah mana-mana cerita yang ada yang macam best. Maka, saya tengok drama Kun Fayakun. Haruslah menangis sebab Wan Maimunah yang berlakon dengan Shahizey Sam. Wan Maimunah tu bukannya pelawak. Dia pelakon air mata. Tak pasal-pasal gua terjebak. What the hoi sungguh.
Tapi tak apa lah. Fikir positif. Tengok drama ini, ada mesej baik yang disampaikan. Kan?
Pesan drama ini:
"Jika Allah sudah berkata 'Kun Fayakun', jadilah! Maka jadilah ia. Maha Suci Allah, yang ditangan-Nya segala kekuasaan, kepada Nya Lah semua urusan dikembalikan".
(Surah Yasin: Ayat 83)
Oleh itu. Sebagai hamba Allah yang serba kekurangan, perlulah kita sentiasa beringat. Kalau ditimpa musibah jangan terus nak hilang arah, hilang pedoman. Yakinlah pada Allah. Kalau diberi kekayaan, kesenangan, jangan berlagak bajet bagus pulak. Sebab semuanya Allah yang nak beri. Kan?
Lepas habis, tengok drama lain pula. Sedepa ke Syurga. Yang ni pasal mak tak boleh terima anak yang cacat. Sanggup buat macam-macam kat anak. Sekali lagi tangkap leleh. Sungguh what the hoi. Ai Het Yu lah para pelakon, para penulis skrip, para pengarah. Sumpah Ai Het Yu.
Hehe. Sangatlah tak bermanfaat aktiviti begini. Walaupun syok gila tak payah belajar.hehe
Tapi apa-apa pun, hidup sebagai surirumah bergaya ni kalau tak pandai nak motivate diri, alamatnya memang membongkang je dari malam sampai tengahari. Nasib baik hidup kat rumah ini terpaksa bangun pagi juga. Terselamatlah juga daripada aktiviti membongkang tanpa sedar diri. Selalu positifkan diri, 'kalau aku memanjang tidur, macam mana body nak fit, tak ada stamina nanti'. Memang betul pun. Sebab tulah layan perasaan jogging pagi semalam. Petang semalam pun riadah pusing-pusing kawasan perumahan jalan kaki sambil cari kucing yang main nyorok-nyorok.
Risau juga kalau body lemau. Sebab hujung bulan nanti saya ada dua kerja. Yeay. Satu, jadi Facilitator untuk Program Motivasi dengan student Politeknik. Dua, jadi Liason Officer untuk program Kapal Belia.
Janganlah tanya bila nak start kerja. Sebab FBL pun tak keluarkan lagi pun Completion of Study Letter. haha. Bagus punya MMU.
Oklah. Nak lap air mata yang bercucuran ni.haha. Kena mop lagi gamaknya ni sebab banjir.kehkeh
Sekian dulu, drama air mata Ai Het Yu. Wassalam

0 bicara mereka~:
Post a Comment