Bismillahirrahmanirrahim.
Beberapa hari blog ditinggalkan sepi. Sibuk dengan program sana sini. Tak terkejar. Fuh.
Semenjak tiada komitmen belajar ni, diri ini hampir sawan apabila tiada benda yang nak dibuat. Alhamdulillah masa terisi dengan akitiviti-aktiviti berfaedah cuma kena terima cabaran yang aktiviti ni berderet-deret dari sehari ke sehari. Tapi its ok sebab hanya minggu ini sahaja.
Jumaat hingga Ahad lepas saya bersama CAC Consultant untuk Kursus Jati Diri & Mahasiswa Muslim Politeknik PD di Kem Excel, Ulu Beranang. Seronok juga. Letih tu perkara biasa. Bukan tak biasa. Badan cikeding tak jadi masalah lah.hehe.
Cool lah program ni sebab bebudak Poli PD semua sporting sungguhpun mereka datang kerana kena tipu dengan sahabat mereka. Katanya nak naik Broga padahal kena datang program.haha. Kalau saya, sumpah saya maki.hehe. Tapi mereka cool gila. Barangkali sebab Cik Fateen manis orangnya.muahaha.
Rasa manis plak bila orang dok panggil Cik Fateen, Cik Fateen. Gelabah.haha. Muntah Abg Dat kalau baca ni. I should thank Abg Dat lah for inviting me to be one of CAC Consultant's Faci/Trainer. Ada peluang panggil lagi, bang! hehe. Cool gila walaupun saya seorang je trainer wanita. Duduk dalam bilik sorang sorang, layan hantu sorang sorang.hehe
Banyak benda baru saya belajar. Antaranya ialah tentang personaliti diri. Hasil ujian mengatakan bahawa saya adalah seorang ber-type 'Influence'. Nice one. Patutlah ayat manis memanjang.haha
| Baik punya. |
| Emcee bidang terjun. |
| Cool people. |
Hari Ahad bila program habis saya berdesupp lari ke Kompleks Darul Puteri, Cheras untuk taklimat program Kapal Belia Asia Tenggara pulak sebagai Pegawai Pengiring (Liaison Officer). Tercungap-cungap mengejar masa. Semput wak den. Melihat orang sekeliling, saya stunt sebentar. Sebab tak kenal sesiapa. Rezal pandang saya, saya pandang Rezal. Nasib lah sebab ini cabaran yang kami ambil. Blur gila at first takyah cerita lah. Tapi, redah je.
Kami semua seramai 24 orang LO kalau saya tak silap. Masing-masing akan berpasangan menjaga 1 Solidarity Group (SG) and at times kami menjaga Kontigen juga. Perkara paling sedih bila berprogram standard antarabangsa ni, kebanyakan orang mengejarkan nak memuaskan hati organizer dan participants. Hal solat, pepandai sendirilah. Tergamam juga bila cara pihak urusetia menjawab pertanyaan berkenaan waktu solat ibaratnya macam memuaskan hati dan on time mengikut cara Jepun lebih penting daripada on time kejar solat. But anyway this is not our first experience. Masa GMUN dulu pun mcm ni juga lebih kurang. Kena kuat semangatlah. Pepandailah kami bergilir, curi masa. Sadis. Islam tidak diangkat di negara sendiri.
| Sambut anak-anak keluar kapal. |
| Bebudak MMU Cyber yang ditemui di Putrajaya semalam. Volunteers katanya.hehe |
| Jejaka jejaka hot MMU Cyber. Tak kenal sangat tapi kena ambil gambar dorg. Tak aci gila.haha |
| Kontigen Malaysia yg cool. |
Program ni habis Jumaat minggu ni. Tapi waktu ni saya berada di rumah. Selamba je balik kan? Yelah. Sebab petang tadi sehingga esok free sikit sebab peserta-peserta skg bersama dengan keluarga angkat. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya kerana kebetulan saya ada interview untuk chambering lagi esok pagi di Firm Y. Lepas X, Y lah pulak kan?hehehe. Lepas interview esok pagi akan shoot semula ke Cheras. Good luck, Najlaa.
Entry ni macam takde motif kan? Ya, memang benar. Saya akui.hehe
Sebab otak penat akibat badan penat. Malam ni kena buat preparation dan revision untuk interview esok pula. Tak tahulah macam mana. Doa-doakanlah saya dapat buat yang terbaik. Dapat ke tak dapat ke belakang cite. Semua ini pengalaman hidup.
Anyway tadi Jannah SMS saya untuk yang entah ke berapa juta kali bertanya pasal Completion of Study Letter yang sepatutnya dikeluarkan oleh fakulti tapi tak siap-siap lagi suratnya. Mencanak memasing menunggu nak chambering. Tak ada surat tak boleh chambering. Untunglah Najlaa kena reject dengan Firm X.haha. Sedapkan hati sendiri.haha
So, doakan saya untuk esok. Kesian tengok Abah beria sangat nak anak dia dapat tempat chambering. Dia tak tahu yang anak dia syok gila melayan program sana sini.hehe. Anak dia pun bukan sedar diri sangat. hehe. Beginilah saya melalui satu minggu yang padat.
Oh ya. Semoga tahun baru kita ini 1433 Hijrah memberi makna yang lebih besar kepada kita sebagai hamba Allah swt. Jauhkan diri daripada maksiat, dekatkan diri dengan Allah swt. Wallahualam. Wassalam
0 bicara mereka~:
Post a Comment