Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini masa digunakan dengan penuh bermanfaat sekali. Pagi-pagi bangun (setelah mengalami mimpi ngeri sebagai tahanan juvana), pergi breakfast dengan Umie, Mek Jaa dan Ijam. Nice.
Abah mana? Aina Abi? Where's Abah?
Abah is off to Jakarta & Bandung dengan Abg Syah. Busy dengan kerja mereka. Kononnya busy. Jeles I, u! Diorang boleh berjalan. Cis.
Anyway, Umie & Abah every weekend memang takkan miss breakfast together and ke pasaraya bersama-sama membeli barang-barang keperluan. Jadinya, walaupun Abah takde, kita kena layan Umie juga.hehe
![]() |
| Mr Ommar Heykal Deen |
Sebelah petangnya, saya rasa sungguh berdosa sekali. Nampak budak hensem di atas?
Alkisahnya, tadi K.anne and family datang Keramat, sebagai agenda hujung minggu mereka seperti selalu. Selepas boring tengok Ommar banyak songeh (hehe), saya pancing Ommar, ajak pergi McD. Tapi dgn syarat, 'kita tak turun tau! Kita lalu kat tingkap je beli.'. And he agreed. Ok. Cun!
Memikirkan yg saya takkan turun, hanya akan drive thru, so saya hanya pakai tshirt PA5 hitam (yg da masam pakai dari pagi), tudung pink (hehe.sanguine gile) dgn seluar kartun (seperti seluar tidur). Buat apa nak melawa? Sebab tak turun kan?
So order lah bebanyak, bayar, then pekerja McD kata, 'Cik, sorry eh. Parking kejap kat depan tu, japgi saya hantar kat kereta..'. Oklah. Saya menurut perintah.
Tak lama menunggu, sambil menunggu, dengar Ommar membebel. 'Apelah orang tu suruh kita tunggu.. Ommar nak nugget lah..'. Pastu orang tu pun hantar. Sebeban makanan yg diorder.
Setelah menghulur makanan, orang tu pun blah. Sebagai pengguna yang berdedikasi, saya pun cek cek lah makanan yang diorder, cukup ke tak. Mc Chicken ada 4, set ayam goreng 1, fillet o fish 1, fries ada 3. Where's Ommar's nugget?? Haish. Buat susah betullah! Cemana ni? Nak blah, rugi plak. Tak tahan dgr Ommar bebel nanti. Nak masuk dalam, fikir 15 kali. Dengan attire begini? Tshirt hitam, tudung pink, seluar kartun? Biar betul?
Akhirnya, saya matikan enjin. Saya masuk. Bawa Ommar. Gamble. Gaya boyan pun boyan lah. Yang penting dapat nugget Ommar.
'Bang, tadi saya order nugget yg drive thru punya, tak dapatlah', kata saya sambil tunjukkan resit di kaunter. Abang tu pun tanya pada staff dia yang handle order saya tadi. Staff dia cakap, 'ada 2 ke nugget? Dah masuklah tadi dlm plastik..', kata perempuan itu sambil buat muka berbulu.
Dengan cool dan macho saya cakap, 'takde.. Saya dah cek dah..'. Abang tu malas layan perdebatan, dgn customer yg ramai, dia pun bagi je nugget sekotak. Ok. Selesai. Dalam hati saya berkata, 'kerek betul minah McD ni..'.
Ommar dengan comel dan gelojohnya melahap nugget dalam kereta tanpa berjaya menahan nafsu makan.hehe.
Setibanya di rumah, Umie dan K.anne dah excited nak makan. Saya tak puas hati dengan minah McD tadi, saya membebel bebel. Heh. Comel tau saya membebel.hehe. 'Kerek gila minah McD tu. Menyirap betul gua!', camtulah lebih kurang.
Since Umie dari semalam teringin nak makan Mc Chicken (her favourite), saya pun tak buang masa lah keluarkan satu persatu makanan daripada plastik McD. Keluarkan Mc Chicken, fillet o fish, kotak ayam goreng, fries. Sekali, tau tak apa saya jumpa? Saya jumpa kotak nugget di bawah kotak ayam!!
Heh. Rasa nak terajang diri sendiri. Cemana ni?? Malu gila.
Saya tanya K.anne, saya tanya Umie. Aduh. Nak gi sana balik, saya rasa malu!
![]() |
| Lelong! Lelong! |
Gambar yg di atas adalah kotak nugget yg saya jumpa.hehe
Sekarang saya rasa sungguh berdosa. Rasa nak tampar diri sendiri sampai tercabut gigi sbb bebal sangat. Kalau tadi cek betul-betul, semestinya saya tak perlu menggadaikan kecomelan diri dgn gaya penuh selebet masuk ke dalam McD. Tak perlu orang lain semua buat dosa kering dengan mengutuk saya sbb tgk keselebetan minah ni masuk McD. Kan?
So how? Saya malu.
Tapi tadi saya dah suruh K.anne bawa balik nugget extra tu sbb saya tak bernafsu makan nugget atau isi ayam.
Lepas ni saya nak pergi isi minyak En Viva sbb esok Umie drive En Viva pergi kerja. Saya akan drive Mr Waja untuk hantar Adik Soleh pergi sekolah. Sekaligus kejap lagi saya nak pergi McD dan bayar harga nugget terlebih tu!
Malu pun malu lah! Pedulik hape. Cuma kali ni nak pakai cun sikit, harapannya agar tak ade yg cam minah selebet ni. Hehe
Jangan contohi sikap saya. Selekeh. Selebet. Teruk!
Nasib baik sweet dan comel. Haha.
Sekian dulu. Wassalam
P/s: Tadi mintak tolong Umie cekkan Blood Pressure saya sbb lately asik sakit kepala. But everything seems to be ok. Haish. Maybe power speck mengundang masalah ni. Teringin nak berbekam. Huhu


2 bicara mereka~:
hahah...tulah sbb tu g mane2 pun kena cun beb...kwangkwangkwang
kalo over cun mcm u nanti susah plak.haha
Post a Comment