Thursday, November 24, 2011

Memotivasikan Diri.

Bismillahirrahmanirrahim

Seorang sahabat ada bertanya kepada Rasulullah swt; "Ya Rasulullah, bagaimanakah sekiranya ibu aku meminta harta aku?". Maka Rasulullah swt menjawab; "Kamu, harta kamu adalah milik ibu kamu."

Maksudnya apa di sini? Fikirlah sendiri.

Kebetulan pagi ini saya menonton rancangan Muqaddimah di TV9 dan Ustaz mengupas isu hubungan kita dan ibu bapa dan bagaimanakah terjadinya derhaka kita kepada ibu bapa. Dan saya berasa sungguh excited sekali mendengarnya. Maklumlah, Umie Abah kini di Terengganu. Rindulah konon.haha *propa*

Mencari Motivasi

Ingat kisah sadis saya semalam? Tak ingat? Tak mengapa, saya masih ingat.hehe. Gila kau tak ingat. Kenangan manis kau dan aku, takkan terhapus.. Duri ranjau dalam bercinta, lumrah dunia. Kihkih. Layanlah Sandarkan Pada Kenangan sekejap.

Ada yang PM saya di FB bersertakan gelak jahat jelir lidah sekali, dalam masa sama mendoakan agar saya bersabar. Cisnan sekali. Tapi, nasib baik motivasi diri ini belum basi lagi. Nice try, sister!hehe. 

Ada yang SMS saya memberikan suntikan semangat dan kata-kata positif. Gusar andai saya down se-down-down-nya. Terima kasih untuk sokongan yang diberi, sahabat. Saya masih positif dan akan terus positif, insyaAllah.

Ada juga yang keliru, macam mana eh boleh di-cancel-kan pulak 2nd interview tu? Bukan ke itu menidakkan hak? Haha. Ini kelakar. Baguslah dibatalkan supaya saya belajar daripada kesilapan diri sendiri. Allah sayangkan saya kan.

Saya paling suka moral support daripada ahli keluarga lah, off course. Umie asyik gelakkan saya bila saya mula menggila bercakap manja-manja dengan kucing. Putih namanya. Dia jantan. hehe. Bila otak masuk air, kucing pun kita boleh goda. Tapi support paling memotivasikan diri yang menjentik fikiran untuk muhasabah diri adalah yang ini:

It's not good news. But there are always lessons to be learned behind the experience. I already have a few for you ;P

1/ be prepared for any challenges -- big or small
2/ get some training for interviews -- I am more than happy to help you with this one
3/ don't be complacent, always strive for excellence

Bagus jugak kadang2 tak dapat apa kita nak, so kita tersedar dari lamunan. I am the exact same. I have been complacent too in the past. So now I appreciate every little thing I achieve and learn from what I don't. Kalau dah usaha sehabis baik tapi tak dapat jugak then kita kena redha. Kalau tak dapat sebab usaha kita tak cukup, then kita kena berusaha lebih lagi next time. There was one job I wanted almost 7 years ago tapi I tak prepare for the interview and tak dapat -- since then I learned that preparation is key. And then there was one job that I really really wanted 2 years ago, did my best in the interview and had all the necessary qualities but tak dapat because I wasn't the best/most suitable candidate -- this one I redha and tawakkal pada Allah there is something better for me and penantian I berbaloi insya Allah. Sama2 lah kita belajar dari kekurangan diri dan each other :)

Kenapa saya suka? Sebab:
1. Ia diberikan oleh ahli keluarga sendiri
2. Ia lahir dari hati dan menyentuh hati
3. Ia berpokokkan ilmu dan pengalaman si pemberi nasihat
4. Ia membangkitkan saya dari lamunan

The part that I like the most is 'don't be complacent'. Complacent tu apa? Kalau korang tak tahu, tak mengapa. Sebab semalam saya pun tak tahu.hehe. Tapi sekarang dah tahu. Dia sikit lebih kurang macam self-satisfied which is not good lah. basically complacent ni ibarat orang yg successful or has pretty much everything he needs lah, dah biasa dapat apa dia nak and take things for granted resulting in not giving as much commitment or effort to improve himself.

Sentap tak saya? hehe. Mungkin juga tanpa sedar saya bersikap seperti ini. Saya manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan. Bila kita tak sedar, mujur ada yang mengingatkan. Alhamdulillah, insan-insan prihatin ini menyedarkan saya dari lamunan. 

Thanks, dear people. 

Hey don't worry. I have many motivational books to be read.hehe. Baru-baru ni beli lagi satu. Entah bila nak khatam pun tak tahu.hehe. 

Steve Jobs yang hensem masa muda. Tua pun hensem.

Termenung memikirkan masa depan. kehkeh

Wassalam

2 bicara mereka~:

mellissa said...

ape yg berlaku, ade hikmah disebaliknya...tuhan maha mengetahui ape yg patut utk hamba2Nya....

Gadis Najlaa said...

yezza. u r definitely right darling.