Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, semalam dah selesai interview dengan sengalnya. Tak apalah. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada, tak mengapa. Pasti ada rezeki di tempat lain. But I had fun there.
Interview saya memula ada writing test. Kena buat surat untuk klien.haha. 10minit sahaja. Jam gila kepala otak. Demmit betul. Tu lah, bajet bagus sebelum gi taknak revise sikit study.hehe.
Kemudian saya tunggu melanguk dalam 10 minit, baru interviewer masuk. 2 orang Partners of the firm. They were ok, friendly, taklah menggerunkan. Cuma bila soalan ditanya rasa gerun nak jawab.
Saya diterjah dengan hentaman-hentaman seperti, 'why your result drop?'. Saya pun dengan jujur cakap lah sebab law subject year after year gets tougher and tougher. And probably because saya mula busy dengan program dan aktiviti.
Bila jawab jujur, kena tembak juga. But I feel happy sebab dia motivate saya. Dia kata, 'to me, the extra curricular activities should be something that compliments your academic result, it should not be something to top up the loopholes in your result'. p/s: Adik-adik silalah ambil pengajaran.
Heh. Betul pun kata beliau. Saya tidak menafikannya. Sesungguhnya zaman belajar saya, saya cuba sedaya upaya untuk tidak menjadi si bebal (sebab di MRSM dah berjaya jadi yang paling bebal).hehe. Apa keadaan pun kena lah study. Cuma effort mungkin kuranglah.hehe.
Tapi saya adalah juga counter sikit dengan cakap, 'I believe this is something that I should not feel regret because I realized by joining these programmes, it helps me a lot in giving me life experience, improve my skills, teach me on how to work in a team...blablabla..'
Tak habis kat situ, Encik Partner itu sempat juga argue, 'no. we are here not to ask you to feel regret or what not..blablabla..'
Eh. Ni interview ke nak gaduh?haha. Tapi nasib baik saya memang cool aje. Saya senyum je. Cakap pun mcm perempuan melayu ter-last.hehe. Sarcastic sungguh Encik Partner ni. Nasib baik dia memang hebat. Respect lah juga.hehe
I was not so lucky actually because the persons who interviewed me were both academicians. Maksudnya, dua dua memang menitik beratkan tentang study. Jadi, sedikit malanglah di situ. Saya diperangkap. Panel bertanya, 'among all the law subjects that you have taken, what subject that you don't really like it or you find it hard?'. Secara manisnya saya menjawab, 'I think it's Company Law'. And then they asked, 'why?'. Saya pun dengan jujur menjawab, 'maybe because it's heavy, it's bulky, and the way the lecturer gives lecture doesn't show that it is an easy subject. we also get an impression by the seniors, saying that company law is hard'. Dengan jujur skema saya menjawab.
Ok. Yang ni beres. Lepas tu kena tanya, 'so what subject do you like?'. Saya fikir dalam gelabah, saya pun petiklah 'contract law'. Manalah nak tahu dia nak tanya pasal Law Principle. haha. Padahal ni subject 1st year. Manalah nak ingat secara spesifik. Diberi situasi pula tu, and kena bagitahu pada mereka apakah kebenarannya di sisi undang-undang. What the hoi. Stunt dua bentar. Bukan sebentar. Ada yang saya bolehlah jawab sikit sikit. Ada yang saya terpaksa admit, 'i'm not sure..' sambil sengih-sengih kambing. So pesanan untuk kengkawan, kalau menghadapi situasi sama, silalah petik subject yang baru belajar. At least fresh sikit.hehe
Well, yang kantoi tidak perform nya disitulah. Selain daripada itu, saya buat selamba dog saya bajet cool.hehe.
I am glad that I was interviewed by two great lawyers. Pengalaman mereka, mereka kongsikan bersama. At least saya belajar bagaimana cara lawyer hebat berfikir. Interviewer saya yang seorang lagi adalah seorang wanita muslimah. Sebab itu saya mengaguminya. Beliau menyandang PhD daripada Harvard University. Gila kau tak kagum?
Bila dia tanya, 'do you have anything to ask us?', masa tu saya rasa servis bertukar tangan. Biar aku pulak jadi interviewer!haha. Lupa daratan sekejap.
Saya tanya banyak juga.hehe. Daripada environment bekerja, kepada prinsip dia tentang apa yang selalu orang kata seperti 'Lawyer ni sebelah kaki ke neraka, sebelah kaki ke syurga'. Dia juga memberikan pendapat tentang bagaimana dia melihat Malay Muslim selalunya tidak ada kekuatan untuk meneruskan perjuangan sehingga ke peringkat tertinggi. Tidak kuat menghadapi cabaran. Dan saya yakin, kerana itulah dia berusaha keras sehingga ke Harvard University. Saya yakin, sedikit sebanyak dia menebus kekalahan Muslim lain di arena korporat ini. Haish. Saya memang mengaguminya.
'Are you married?', selamba dia bertanya. Masa ni Encik Partner dah keluar sebab dia menghadiri sesi interview satu lagi. Dia muak tengok muka saya agaknya.hehe. Offcourse lah masih single, muda remaja, manis gila kan?hehe
Dengan jujurnya, wanita muslimah yang saya kagumi ini berkata, 'If you can get a husband who is understanding, flexible, he does not mind to take turn to take care of the kids, to wash clothes, blablabla, then you can go very far in this field. But if you get a husband who is very rigid, for example he wants fresh dinner to be prepared by 7pm everyday, he will not look over the kids because it's wife's job, he will never wash clothes, then, forget about practising'. Fuh. Nampak tak kepayahannya di situ?
Akhirnya daku keliru, aku yang diinterview atau aku yang meng-interview?hehe
Saya suka melihat cara dia berfikir, jelas juga menampakkan dia wanita berprinsip.
So kalau orang tanya, 'kalau tak dapat cane weh?'. It's ok dude. I am ok. I am glad enough to have the experience. Saya yakin, kat mana-mana pun tempat saya ber-chambering nanti, di situ pasti menjanjikan tarbiyyah Allah yang terbaik buat saya. Saya amat yakin.
Besar atau kecil sesuatu tempat tidak akan membawa impak kepada diri kita selagi mana cara kita berfikir tidak membantu ke arah yang baik. Contohnya kalau asyik berfikir yang 'aku asyik tak dapat je apa yang aku nak!', sudah tentu kita akan asyik kecewa dan menyalahkan sekeliling. Tapi kalau kita melihat dari sudut positif, 'bila aku susah dapat apa yang aku nak ni, mengajar aku untuk lebih menghargai sesuatu yang aku dapat', sudah pasti kita senyum sendiri. Sebab kita sebenarnya dikurniakan akal dan perasaan untuk hayati dan feel sendiri kemajuan diri kita.
Ha. Tetiba jadi pakar motivasi lak ni.hehe
Perlahan-lahan diri ini akan belajar bertatih di dalam dunia sebenar. Berada di luar dari kampus insyaAllah memberi didikan ke atas diri ini yang lebih besar. Yakin bahawa setiap apa yang dilalui adalah hadiah terhebat daripada Allah swt untuk hamba-hambaNya belajar menghargai.
In life, there's no such thing as a short-cut to success. Nak berjaya, usaha kena kuat. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Kan?
Tanya diri sendiri, dah bersedia nak handle financial sendiri? Dah bersedia nak tanggung mak bapak pula? Dah bersedia nak cabar diri sendiri untuk buat yang terbaik dalam segalanya? Dah bersedia? Dah bersedia?
Heh. Kecut perut.hehe. Cam tak caya.
Tapi apa-apa pun, saya ini dah kira terlewat keretapi. Kawan-kawan sebaya dah bekerja, dah kumpul duit, dah merancang macam-macam. Saya masih naik vespa, tuutt tutt.hehe. Tak apalah, perjalanan hidup ini yang terbaik Allah anugerahkan. Tiada apa yang perlu disesalkan. Belajar mensyukuri tanpa henti.
Baiklah. Cukuplah merapu setakat ini. Kot kot ada yang tidur tak lena tak baca blog merapu ni, skg boleh lah tidur dengan lena.haha. Bajet sweet.
Saya perlu ke Pusat Pakaian Hari-hari. Untuk apa? Untuk beli pakaian Batrisya untuk Konsert Tadika nya Sabtu ini yang akan diadakan di Jusco Aeon Au2. Nampak tak, promosi?hehe
Lastly, hayatilah gambar di bawah. Kelakar pun ada.hehe
![]() |
| Sedikit bengong peringatan yang diberi.haha |
Wassalam

1 bicara mereka~:
pujaan hati said : gud luck..even x dpt mungkin rezeki akk x de kat situ..jgn putus asa n always pray to Allah.....pujaan hati sentiasa sokong akak :) chayouk ! <3
Post a Comment