Bismillahirrahmanirrahim.
Kisah Kereta Ford-Van Ford-Kancil-Wira
Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Masih teringat ketika kecil Abah hanya mampu memiliki sebuah kereta Ford (buruk) yang warna asalnya kuning tapi kemudiannya di cat hitam.
Perlahan-lahan Abah dan Umie berusaha menstabilkan ekonomi keluarga. Apalah sangat 'kekayaan' andai tiada bahagia. Dan Umie selalu kata, 'Umie taknak kaya. Umie nak bahagia..'. Dan memang sampai ke sudah tidak kaya pun. Tapi Alhamdulillah, kami bahagia.
Sekitar tahun 90-an, saya masih ingat Abah bawa pulang sebuah Van Ford berwarna putih. Abah beli 2nd hand. Masa itu saya kurang pasti usia saya berapa, tapi yang saya pasti ketika itu Abah dan Umie sudah memikirkan untuk mendapatkan kenderaan yang lebih besar memandangkan anak-anak semakin membesar. Tambah lagi ramai yang sedang dan akan masuk ke Asrama dan kenderaan lebih besar diperlukan untuk mengangkut barang anak-anak ke asrama (agaknyalah) sambil mengangkut anak-anak lain yang mahu juga menghantar kekanda-kekanda ke asrama. Ini hipotesis saya.
Van Ford Putih 2nd hand sudah cukup membuatkan anak-anak Abah dan Umie melompat excited. Sungguh tidak tipu. Walaupun kata Abah, 'masa Abah survey van ini, dia ada radio. Bila Abah ambik, tak de pulak radio..'. Tak mengapa. Yang penting, anak-anak seronok.
Selepas Van Putih, Umie membeli kereta Perodua Kancil. Saya kurang pasti sekitar tahun berapa, tapi kalau saya tak silap selepas anak-anak gadis Umie mempunyai lesen. Umie pun ambil lesen sekali dengan mereka.hehe.
Dan saya masih ingat ketika saya Tingkatan 1, saya menetap di Asrama Yayasan Selangor, Klang. Saya menulis surat kepada Umie dan Abah dan saya post kan ke rumah di Keramat. Antara janji saya, 'Bila Aten besar nanti, Aten akan belikan Umie dan Abah kereta Proton Wira. Aten belajar rajin-rajin, jadi orang berjaya..'.
Cuba kalian bayangkan, kereta Proton Wira yang menjadi sebutan, kan? Kenapa?
Kerana waktu itu, Proton Wira masih hangat promosinya dan membandingkan Kancil dan Wira, sememangnya lebih seronok kalau kami sekeluarga dapat merasa nikmatnya menaiki Wira. Oh. Kami tidak pernah berangan-angan atau bercita-cita untuk merasa nikmatnya BMW atau Mercedez Benz. Kerana ianya terlalu jauh dari kemampuan.
Hari ini jika saya fikirkan balik, setakat kereta Wira itu apalah sangat, kan? Tapi itu hari ini. Kalau saya putarkan masa 11 tahun dahulu, kereta Wira barangkali menjadi kebanggaan apabila orang Malaysia memakainya. Kan?
Jadi, tak salahlah kalau ketika itu saya sungguh berharap saya mampu menghadiahkan ibu bapa saya dengan kereta Proton Wira, kan? Dan percayalah, Abah masih simpan warkah saya itu sehingga kini. *air mata bertakung*
Allah Maha Adil
Allah swt itu Maha Adil. Dia pemilik segalanya. Benarlah, kalaupun Allah tidak beri apa yang kita mahu, tapi Dia pasti beri apa yang kita perlu. Memang tiada kemewahan ataupun kekayaan buat kami. Tapi Allah beri kejayaan anak-anak buat Abah dan Umie.
Perlahan-lahan Si Sulung menyahut cabaran Abah dan Umie. Dan adik-adik mengikut jejak langkah serapat yang boleh.
Si Sulung dan Si Bongsu (perempuan)
![]() |
| Ijam masih belum lahir. |
Saya merupakan anak kelima dalam enam orang adik-beradik. Saya sempat menjadi si bongsu sehingga saya darjah 1.hehe. 7 tahun menggendong gelaran si bongsu Abah Umie. Kemudian, Ijam lahir dan tiada lagi bergelar si bongsu tapi berjaya menggendong gelaran si bongsu perempuan.hehe. Ada beza kan?
Ramai orang selalu kata, 'kalau anak bongsu, dia mesti manja, mengada'. Barangkali iya tapi tidak kepada saya. Saya tidak manja, saya tidak mengada, saya independent orangnya.hehe.
Ramai orang selalu kata, 'untunglah jadi anak sulung, semua baju baru dia dapat'. Mungkin iya, saya fikir. Dan adik-adik akan pakai baju yang dahulunya dipakai oleh si sulung lagi-lagi bila jantinanya sama. Kalau sulung si perempuan, yang kedua si lelaki, mungkin this condition doesn't apply.
Tapi yang satu ini pasti tiada yang boleh nafikan, iaitu 'anak sulung mesti jadi contoh terbaik buat adik-adik'. Kan? Berat tanggungjawab si anak sulung, rupanya. Adakah si bongsu boleh menarik nafas lega kerana tiada apa-apa harapan diletakkan dibahunya? Mungkin iya, tapi pada saya tidak.
Alhamdulillah. Saya fikir kakak sulung saya berusaha keras untuk menjadi contoh yang terbaik buat adik-adik. Cuma kadangkala adik-adik gagal mengikut jejak langkahnya.hehe. Tapi tak bermakna dia tidak memberi inspirasi. Dia beri motivasi, dia beri inspirasi. Cuma kadangkala kami pilih jalan kami sendiri. (alasan.hehe)
Entri ini saya tulis sebagai satu dedikasi, sebenarnya. Buat seorang kakanda yang jauh di mata tapi melekat di jiwa. Dan memikirkan tentang usaha kerasnya dan kejayaan yang dibina, membuatkan dada ini berasa sebak. Jauh dirinya merantau, mungkin di mata kita terlihat seperti dia mencari senang di tempat orang, tapi harus kita sedar itu bukan matlamat utamanya. Saya fikir, kesanggupannya duduk jauh beribu batu di seberang laut adalah kerana misi dan visi hidupnya untuk menggondol cemerlang dan jaya, untuk menjadi kebanggaan keluarga, untuk memberi contoh kepada keluarga seluruhnya. Ini hipotesis saya. Barangkali benar barangkali salah.
Tahniah Si Sulung Yang Menjadi Contoh!
![]() |
| Duduk negara omputih bolehlah putih. Cube dok sini. Mesti kulit kita lebih kurang je.hehe |
Semalam, kekanda sulung saya meraikan convocation ceremony-nya di Royal College of Surgeons, Ireland dalam MSc of Healthcare Management. Saya nak tepuk-tepuk tangan sampai patah, tanda meraikan kejayaannya. Teruskan kecemerlangan, lagi dan lagi.
Tahun lalu, dia berjaya menggenggam MRCPysch dari The Royal College of Psychiatrists, UK. Ape tu? Mungkin Master dalam bidang Psychiatry. Saya pun kurang pasti.hehe
Dan tahun-tahun sebelumnya, entah berapa banyak Diploma yang dia belasah dan salah satunya Diploma in Clinical Psychiatry. Maaf, dia terlalu suka belajar sehingga saya gagal mengikut rapat setiap satu.hehe. Dia juga ada bercita-cita untuk belajar Law tapi dituduh 'mengarut' oleh semua orang.kehkeh
Dan tahun-tahun-tahun sebelumnya, dia menggenggam Ijazah Kedoktoran (baku siot) dari RCSI juga. Dan tahun-tahun sebelumnya, blablabla. Boring nak cakap pasal dia je. Tanya dia sendirilah.
![]() |
| Banggo yo pakai topi Mummy ekau, yo! |
Anyway, banggalah diri ini menjadi si bongsu (perempuan) yang melihat kejayaan kakak-kakak, dan abang dalam kehidupan masing-masing, dalam jalan yang dipilih. Kata Steve Jobs, 'Untuk berjaya, anda perlukan Keluarga dan Kawan-kawan'. Dan saya harap, dengan adanya mereka semua, saya boleh berjaya satu hari nanti. Doa-doakanlah, ya.
Kadang-kadang saya keliru juga memikirkan yang bagaimana kakak sulung saya boleh belajar banyak-banyak? Tak boring ke? Ky, tak boring eh? Cuba terus terang, kot-kot ada pakai ilmu pape ke.hehe. Tapi menurut Umie dan Abah, kakak saya ini memang suka belajar dari kecil. Kononnyalah. Menyampah.hehe
Semoga ilmu yang diperoleh ini menjadikan kita hamba Allah yang lebih mensyukuri nikmat Allah swt. Ramai lagi orang yang mahu berjaya di luar sana, tapi Allah masih beri nikmat kejayaan itu kepadamu, kakanda. Syukur pada Allah swt. Pastinya kejayaan yang Allah kurniakan ini, untuk kamu sebar-luaskan ilmunya kepada seluruh dunia. Untung-untung boleh menjadikan dirimu wasilah kepada terbukanya hati muslim di luar sana untuk lebih menyayangi Allah swt, Islam dan seluruhnya.
Dalam Al-Quran ada menyebut,
"Sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah ialah hamba-hambaNya yang berilmu" : Surah Fatir; Ayat 28.
Dan haruslah kita yakin bahawa ilmu Allah itu maha luas. Seluas dunia, semuanya ilmu Allah. Tak kisahlah apa saja bidang yang kita terokai, selagi mana kita sedar bahawa segala apa yang kita miliki hari ini adalah daripada Allah swt, insyaAllah akan wujud rasa takut kita kepada Allah swt.
![]() |
| Inspirasi yang menjadikan budak baju hijau itu ke MRSM Pasir Salak.hehe |
![]() |
| Boleh pinjam scroll tak?hehe |
Barakallah!
Wassalam
p/s: Gambar-gambar dirembat daripada FB milik saya juga kakanda sulung.hehe






5 bicara mereka~:
how about me? anything to proud of? hehehe...maybe anak i paling ramai..hihihi...hati nak sambung master tapi....
wow. congrats atas achievement family :)
sebagai anak bongsu, su mengaku yang parents sy lebih meletakkan harapan yg tinggi menggunung ke atas saya T__T
disebabkan achievement abang2 sy. Setiap kali keluar result, mesti kena compare dgn abang2.
Kadang kadang rasa malu, jeles pun ada :(
nie saya pakai name saya..no anonymous lagi.....proud of u'r sisters kak..hopefully saya pown dpt jadi macm kakak akk yg sulung..belajar da terus belajar sehingga x mmpu nk kira dip berapa..degree brpa..master berapa...phd berapa...saya pown nk jadi conth for my brothers and sister...btw..CHOMELNYER akk mase kecik2x :P haha.....doaku jua sentiasa mengiringi hari2xmu..:)- pujaan hati
Cik Mellissa,
saya bangga dengan anda kerana anda lah yg paling selim vogue d vass! anda sambunglah belajar. anda kan pandai. jangan malas.hehe.
Adidahzubir,
senasib lah kita. bongsu pun perlu berikan yg terbaik. jangan letakkan diri kita di dalam comfort zone. kejayaan pasti ada untuk kita.
Zafirah,
baru tahu ke akak comel?haha. akak juga bercita-cita untuk belajar tinggi-tinggi. tapi semuanya atas izin Allah swt. semoga ada peluang utk kita.
Post a Comment