Wednesday, November 23, 2011

Interview mode: Allah mendengar Istikharahku

Bismillahirrahmanirrahim.

Selepas beberapa jam meng-update entri berkenaan 2nd interview, saya menerima satu lagi panggilan. Mengatakan bahawa interview kedua dibatalkan, pihak komiti telah membuat keputusan untuk tidak menawarkan anda posisi tersebut. Setelah ditranslate, begitulah sikit lebih kurang.

Kecewa tak? Nak nangis sampai banjir tak? Hehe

Tiada perasaan lah saya kalau tidak kecewa. Kalau tak banyak pun sedikitlah. Baru je tadi bercakap dengan Umie dan Abah tentang 2nd interview. Elok je Umie Abah keluar pergi Carefour, anakanda ini menerima panggilan.

Alhamdulillah, saya yakin dengan sepenuhnya Allah mendengar istikharah saya dan membuktikannya. Beberapa kali memohon petunjuk. Sungguhpun buat masa sekarang tiada 2nd option, tapi saya pohon kalau di Firm X bukan tempat terbaik untuk saya, maka tunjukkanlah. Allah mendengar.

Dalam mengemudi hidup, diri seharusnya kebal untuk berdepan dengan seribu satu macam cabaran dan dugaan. It is so damn unfair untuk saya mengeluh panjang. Kerana selama ini, apa yg Allah beri kepada saya, melebihi daripada apa yg saya pinta. He gave me everything sehinggakan tiada satu perkara pun yang membuatkan saya rasa kekurangan.

Keluarga saya juga jelas dengan perancangan saya, bahawa sekiranya saya di'reject' untuk Firm X ini barulah saya akan bertungkus lumus memohon di firm lain. Alamatnya selepas ini berkoyan-koyanlah resume yg akan dihantar. Hehe

Allahu rabbi, aku bersyukur kerana Kau tunjukkan aku jalan terbaik buatku. Alhamdulillah.

Untuk semua yang mendoakan selama ni, saya ucapkan syukran jazilan. Sesungguhnya Allah swt mendengar doa kalian juga. Apa yg terbaik untuk saya di mata Allah, di situlah saya akan terima dengan hati terbuka.

Untuk kakanda di Ireland, don't feel bad for me. Because I truly believe in Allah swt. We don't really need a good place for us to prove the good thing inside us. All we need is a complete surrender to Allah swt. Yakin.

Sungguh dramatik sekali entry kali ini. Inilah hakikat. Selalu sangat merasa penerimaan, kali ini Allah didik dengan penolakan. Jangan mudah patah semangat.

Baru satu penolakan je pun! Hehe.

Wassalam. Thank you, Allah.


: Najlaanor

2 bicara mereka~:

ladyLOVESleisure said...

Salam dear,

If I you have done your very best, of course by all means tawakkal pada Allah. Allah tidak menjanjikan kejayaan seandainya usaha tidak setimpal,dengan itu manusia perlu berusaha ke arah kejayaan. We can interpret this situation into anything -- positive and negative. Yes, Allah didik dengan penolakan kerana jika tidak we will become complacent. Learning is a life-long experience and I am sure you will learn something valuable from this experience. All the very best in your next interviews.

Xxx KY

Gadis Najlaa said...

Hi KY. I am totally agree with your statement especially yang ni: 'Yes, Allah didik dengan penolakan kerana jika tidak we will become complacent.'

Will make improvements. InsyaAllah.