Tuesday, November 22, 2011

Indahnya Ukhuwah Fillah

Bismillahirrahmanirrahim


Nampak tak graf di atas? Sungguh sadis sekali. Mentang-mentang 4 hari tak update blog, terus merudum. Orang tak sudi nak intai-intai.hehe. Memang lah, buang karan je klik klik tak de update kan? Ye. Faham.hehe

Saya selalu diganggu penyakit MALAS. Saya lah lama teringin nak update list blogger di sebelah kanan page ini. Tapi masih belum update. Sadis sekali. Argh. Meraung sakit MALAS.hehe

Anyway, tiada perkara menarik untuk diceritakan pun sebenarnya. Sebab itulah blog sunyi tanpa khabar berita. Hari-hari yang lepas, saya penuhkan dengan aktiviti bersama keluarga tercinta. Ya. Keluarga tercinta. Ada masalah ke? Anda tak cinta ke keluarga anda? Saya cinta. hehe

Cuma pada Sabtu pagi sahaja saya isi masa saya dengan membantu adik-adik di Cyberjaya. Beberapa hari sebelum tu seorang adik (berstatus jejaka) telah SMS saya. Dia tanya saya kot-kot hari Sabtu tu saya free ke tak? Saya katakan kalau ke Melaka, besar kemungkinan tak dapat lah. Rupa-rupanya dia minta saya bantu untuk di Cyberjaya. Saya kan mengamalkan konsep 1 MMU, maka besarlah hati membantu.haha.

Bukan susah mana pun. Sekadar menyumbang tenaga untuk jadi penemuduga untuk selection komiti untuk program ke Kemboja. Yang di-interview semuanya adik-adik muda remaja. Maafkanlah saya sekiranya sedikit serius atau bersikap provocator ketika sesi interview. Terpaksa memakai topeng berbeza dari karakter sebenar untuk menjayakannya.hehe
Em sori.
Sebelah petangnya pula saya sempat menghadiri konsert Batrisya di Jusco AEON Au2. Sungguh bersifat keibuan, bukan? Haruslah. Batrisya kan Protege saya.hehe

Batrisya suka menari. Dia suka melawa. Itu ikut her biological mother. Kalau ikut Mama Aten, wajiblah beliau keras seperti kayu dan selebet sentiasa.haha. Next entry saya ceritakan pasal konsert kanak-kanak. Maklumlah, anak buah ramai.hehe

Mungkin ramai antara sahabat-sahabat yang berfikir, apabila adik-beradik semuanya sudah berumahtangga, mesti kita yang belum berkahwin ni kebosanan dan hampir mati kekejangan. Kan? Anda silap. Sebab saya tidaklah merasai kebosanan dan hampir mati kekejangan sungguhpun semua adik-beradik di atas saya telah pun berkahwin dan sungguh produktif sekali.haha. (gelak najis.)

Apa buktinya? Mestilah bercakap ada bukti. Kalau tak bukanlah graduan segar undang-undang namanya. hehe. Ahad pagi hari tu, saya dan adik-beradik sempat menjalani ujian stamina di Tasik Titiwangsa. Nampaknya kami sungguh cergas sekali. Cergas mengejar anak-anak yang kecil-kecil comel yang terkedek-kedek juga. 

Lihatlah. 
Hai. Nama saya Ommar Heykal Deen. Minat saya? SMS lah.
Hai. My name is Mellissa Ayuputri. My sister call me Chik Poyo.
Mendukung anak sambil menghirup udara segar sudah cukup buat anda berpeluh.
Hai. Nama saya Sarra Adelya Balqis. Saya suka bersin especially bila Mummy saya tegur saya.
Hai. Nama saya Khairol Irdeen Danial. Saya suka main iPad  Mama Aten (sampai Mama Aten sorok).
Hai. Saya Encik Mat Poi.
Hai. Saya Ayu Irdeena Batrisya. Saya suka melawa.
Eh. Mana aci. Semua gambar mereka, gambar saya mana? 
Mana boleh tunjuk. Rahsia. Nanti ramai tergoda.haha. Seronok sebenarnya ke Tasik Titiwangsa ni. Dulu kecik-kecik Abah selalu bawak. Dah besar-besar ni Abah malas layan, kenalah pergi sendiri. Lagipun hujung minggu Abah dan Umie busy berdating. Heh. Asyik berdating je! *cemburu sampai mata juling nih*

Kalau rasa-rasa badan tu macam berat je, stamina tak berapa bagus, pergilah jogging. Kalau hujung minggu di Titiwangsa ada Senamrobik. Tak kesahlah apa ke namanya senaman itu yang penting ianya menarik dan ramai yang ikut. Serius tak bohong.

Saya tak bohong, kan?
Jelas tak kesungguhan di situ?hehe. Sedang menari zapin campur kuda kepang.
Tapi apa-apa pun kalau tak jog pun tak pe. Saya pun sebenarnya tak jog. Sebab sayangkan lemak yang tak seberapa ni. Budak di bawah ni pun dah cukup buat saya berpeluh. Jalan slow gila melayan perasaan agaknya. Dukung laju sikit!
Ommar minat Ucu Aten ke? Minat tulis surat lah!

Alhamdulillah. Indahnya ukhuwah fillah. Usrah means family. hehe. Wassalam

0 bicara mereka~: