Bismillahirrahmanirrahim.
![]() |
| Ngaku je lah! |
Selama kalian hidup kan, pernah tak kalian terfikir untuk mengira, dalam sehari berapa kali kalian kentut? Kalau ada, baguslah. Tapi rasanya macam tak ada. Kalau anda memiliki Sempoa sekalipun, pasti anda tidak menggunakannya untuk mengira purata kentut anda setiap hari. Dan sungguhpun handphone sentiasa bersama dan setiap daripada kita tahu dengan jelas bahawa dalam handphone kita ada aplikasi Kalkulator, I'm so sure, none of us has ever used the application untuk mengira jumlah kentut dalam sehari. Kan? Tok sah nak nafikanlah. Ngaku je.
Anyway, dalam banyak-banyak benda yang boleh dicakap, apesal nak cakap pasal kentut kan? Sebab kita ni selalu lupa benda yang berada dekat dengan kita. Kita abaikan kepentingannya. Jadi, besarlah harapan saya kiranya entri ini membuatkan kita lebih menghargai kentut kita.hehe.
Cuba bayangkan, Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Mawi, Misha Omar, Norman Hakim, Rosyam Nor, semuanya kentut hari-hari. Artis glamour pun kentut tau. Malah, Ustaz Don juga pasti kentut.hehe
![]() |
| Kentut dalam iman kan Ustaz Don. ;) |
Seorang sahabat bertanya kepada saya semalam tentang bagaimana kentut boleh berlaku. Mula-mula saya rasa macam, 'sungguh tinggi tahap soalan ini'. Tak tercapai akalku. Dan pada saat dan ketika itu juga saya rasa seperti mahu menjadi seorang doktor. Mungkin doktor tahu bagaimana kentut boleh berlaku secara biology-nya kan?
And thanks to Allah swt. Saya masih di Hulu Langat. Menumpang rumah pasangan suami isteri yang bergelar doktor. Maka, mudahlah untuk dapatkan jawapan. Walaupun tak secara details, at least, waras akal saya menerimanya.
Saya tak tanya kepada kakak sendiri tentang, 'bagaimanakah berlakunya kentut?' sebab takut dikatakan 'sewel'. Tapi, dengan selamba dog saya bertanyakan hal ini kepada Abang Ipar saya ketika kami menonton tv semalam. Sungguh cool kan anak gadis sweet seperti saya bertanya tentang kentut?hehe.
Walau bagaimanapun, penerangan selepas ini adalah gabungan hasil kajian saya on internet, juga hasil pertanyaan saya kepada Abang Ipar. Identiti Abang Ipar terpaksa dirahsiakan.hehe
Bagaimana Encik Kentut Berlaku?
Kentut itu berlaku sebagai sebahagian daripada proses pencernaan dalam perut kita. Semasa proses pencernaan dan penyerapan makanan berjalan di dalam usus kecil kita, makanan yang tidak mampu dicerna dan sukar untuk diserap oleh usus kecil akan dibuang ke usus besar @ kolon. Dan di dalam usus besar inilah yang terjadi proses fermentasi yang menghasilkan sejumlah gas yang dibantu juga oleh bakteria.
So, semakin banyak kita makan makanan yang sukar untuk dicerna oleh usus, semakin meningkat proses fermentasi yang dilakukan oleh bakteria. Ini menyebabkan penghasilan gas yang banyak. Selain daripada proses fermentasi yang menghasilkan gas, boleh jadi juga gas yang terdapat dalam usus kita berasal dari udara luar. Contohnya, menghirup asap bas.hehe. Ini tipu je.hehe. Tapi kalau banyak mengunyah chewing gum, contohnya boleh menyebabkan banyak angin masuk dalam badan. Ini tak tipu.
Just for your information, purata jumlah kentut yang normal adalah dalam 10-14 kali kentut sehari. Ini yang normal. Kalau lebih tu maknanya, kita ada buat pengambilan makanan yang kurang sihat. Contohnya macam banyak makan makanan berangin. Makan berangin tu apa? Rasanya macam kacang, rebung dan seangkatan dengannya.hehe. Kurang mahir. Ampun.
Oh ya. Dah cite cite pasal kentut ni, lupa pula nak tanya, kalian tahu ke kentut itu apa?hehe. Kentut keluar dari mana? Telinga?
Kentut ialah kentut. Maaf. Tiada selera untuk membuat definisi sendiri.hehe. Kentut keluar dari lubang dubur, atau lubang yang sama keluarnya air besar. Dalam erti kata lain, lubang tahi! Yes. Puas hati aku berterus terang.kihkih
Kentut Bau vs Kentut Tak Bau
Soalan seterusnya, kenapa ada kentut bau, ada kentut tak bau?
Sebelum saya explain, saya nak jelaskan bahawa saya adalah manusia. Saya bukan kentut. Jadi jangan salah faham, fikir saya ni kentut sebab saya boleh explain lebih.hehe
Terjadinya bau 'enak' masa kentut sebab adanya proses pembusukan oleh metabolisme bakteria dalam usus besar kerana makan makanan yang tak sesuai dengan kemampuan organ pencernaan kita. Selain daripada tu, pemilihan makanan juga menyumbang kepada bau semerbak yang terhasil dari kentut kita contohnya makan encik petai, encik durian, puan nangka dan seangkatan dengannya.
Adakah kalau kita minum perfume, kentut kita bau wangi? Yang ini mungkin juga. Cubalah kawan-kawan try dan jangan lupa bagitau saya!ehehe
Untuk kentut tak berbau, rajin-rajinlah buang air besar. Secara logiknya, saluran kentut sama dengan saluran najis. Jadi, kalau dalam usus kita ada sampah, bila angin melalui laluan sama, mestilah dia bawa sekali haruman sampah itu. Tapi kalau perut kita bersih, tiada najis, mungkin kurang berbau kentut itu. Untuk orang yang jarang beron, selalu sembelit, mesti kentutnya semerbak, sehensem dan se-cun tuan badannya.hehe
Jadi, kalau taknak kentut berbau, silalah buang air besar dengan kadar minimum sehari sekali. Kalau sehari dua kali lagi masyuk. Tiadalah pencemaran bau. Kan?
Ok. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sebagai umat Islam yang dibesarkan dengan nilai-nilai kesopanan, sebagai orang Melayu yang tinggi budi pekerti, eloklah kiranya kita ber-adab sikit apabila menzahirkan kentut kita. #Semoga Nyssa tidak membaca entry ini. Nanti dia rindu bunyi kentut ex-osmet dia ni.haha
Adab ketika kentut
Tajuk macam nice. Cari dalam buku-buku agama sekolah, macam tak jumpa. Huh. Bagaimana ini?hehe
Menurut Gadis Najlaa, adab kentut tidaklah susah. Asalkan tak menyebabkan pelempang orang lain melekat di wajah manis kita atau tak menyebabkan kaki orang lain hinggap di punggung kita atau caci maki orang lain singgah di telinga kita, cukuplah. Kan?
Beradablah ketika kentut, ya kawan-kawan. Kalau nak kentut, silalah cover. Jangan kasi bunyi khususnya bila berada di khalayak ramai. Kalau dah tahu bunyi kentut tu never ever could be covered, silalah pakai seluar dalam kalis bunyi. Kalau belum ada di pasaran, sila cipta!
Kalau kentut itu kebiasaanya berbau, maka didiklah punggung anda mulai hari ini agar tidak mengeluarkan bau-bauan yang meminta kebencian orang lain. Hari-hari, pujuklah punggung seperti, 'Ala punggung punggung sayang, tak mau kentut bau bau ok?'. Usahakan selama seminggu pujuk rayu seperti ini. Kalau kentut masih berbau, sila rotan punggung sendiri. Ajar punggung sendiri untuk beradab sopan.
Sekiranya selalu terkentut semasa tidur, dan anda pula tidur bersama kawan-kawan, awas! Apabila kita tidur, biasanya tindakan kita di luar sedar. Dan tindakan luar sedar ini biasanya sangat bahaya. Boleh menyebabkan kita mati dibunuh. So, I would like to suggest two ways in this situation. Pertama, sebelum tidur, sumbatlah kapas ke dalam lubang yang mengeluarkan kentut anda.hehe. Lagi tebal kapas itu, lagi baik. Atau kalau gagal, makesure anda tidur selepas kawan-kawan anda. Biarkan mereka lena terlebih dahulu. Jika khuatir mereka terjaga tengah malam apabila mendengar kentut anda, saya cadangkan anda pakaikan headphone dengan lagu yang terpasang di telinga kawan anda. Biarlah dia mendengar lagu ketika tidur daripada mendengar bunyi kentut anda.
What if kentut anda tak bunyi tapi bau menyengat sangat sampai boleh menyebabkan orang terjaga dari tidur? Saya sarankan agar jangan lupa mengucap sebelum tidur dan selawat sebanyak mungkin. Andai kata anda mati dipijak semasa tidur, anda mati dalam keadaan iman.hehe
Ok. Kali ini serius. Tolong jangan lepaskan kentut yang busuk gila di dalam tempat-tempat yang sesak ataupun tempat tertutup yang tiada pengudaraan yang baik contohnya macam di dalam kapal terbang, di dalam bas, di dalam kereta, di dalam bilik mesyuarat, di dalam lif, ketika beratur dan berasak-asak membeli tiket atau membeli apa-apa sahaja, dan yang seangkatan dengannya.
Andai saya menjadi mangsa orang kentut hangit dalam keadaan seperti di atas, nescaya saya akan benci orang yang kentut tu selama 17 tahun. hehe
I think I've tried my best to be Dr. Kentut khas untuk entri yang sangat bermanfaat ini.hehe. Terima kasih kerana concern dengan kesihatan anda! Jangan lupa esok kira berapa kali kentut anda sehari.
Akhir sekali, jom fikir. Kalau 1st date korang dengan calon isteri atau suami, si dia kentut, korang terima dia tak?hehe. Kalau terdengar si dia kentut, sound je. Cakap, 'ewoh ewoh. sedapnya kentut!'
![]() |
| Cool seyh. |
Wassalam



2 bicara mereka~:
sengal n kentut la u ni
haha. u lagi sengal kentut.haha
Post a Comment