Hari ni saya ada interview. Interview untuk kerja di KFC. Saje saje cari pengalaman, isi masa lapang. Selain daripada jadi surirumah bergaya, ada faedahnya jugak jadi penggoreng ayam berjaya.hehe. Amacam, ok tak?
Tapi tu lah. Umie Abah pesan tak baik menipu. Lagi-lagi bila dah aqil baligh ni, kalau menipu, dosa tercatat kat buku catatan sendiri. Jadi, baiklah. Saya tak nak menipu.
Doakan agar perjalanan interview saya lancar. Semestinya saya cuak. Sebab saya keliru, emosi apakah yang patut saya gambarkan apabila dipanggil interview.
Saya juga keliru, adakah saya perlu berpakaian sopan seperti Ustazah Pilihan dengan berjubah, ataupun cukuplah berpakaian elegant seperti Erra Fazira. Haih. Sama pulak lah ketinggian saya dan Erra kan?hehe
Anyway, saya ada interview untuk post Chambering. Maklumlah, bukannya kerja pun. Nak bergelar Pelatih Dalam Kamar pun mengkehendakkan kita untuk ditemuduga. Jadi, bersyukurlah bila dipanggil temuduga. Semestinya kecuakan melanda. Rasa macam tak percaya, sudah melangkah ke alam baru rupanya anak perempuan bongsu Pak Cik Mat Nor ni.
Interview jam 5 petang. Kelas tak? Memang lah pelik kan. Time-time jam macam tu lah. Almaklumlah, yang interview tu semestinya dari kalangan peguam peguam. Waktu pagi, mereka pasti sibuk dengan urusan menghadap client mahupun hakim. Waktu petang baru free agaknya.
Well, to tell the truth. I am mentally not ready for the working environment. Kenapa? Sebab bangga menjalani rutin surirumah bergaya yang membencikan sesi menangis ketika menonton drama.hehe.
However, I will do my best. Dengan izin Allah, akan sentiasa beringat. Bahawa dalam dunia ini segalanya hanyalah milik Allah swt, tiada satu pun yg milik kita. Cuma 2 perkara pada hemah saya memang kepunyaan kita. Pertama, pahala. Kedua, dosa. Yang dua ini pastinya kita bawa sehingga ke hari perhitungan.
Kak Chik saya adalah seorang Recruitment Specialist di salah sebuah bank di Malaysia. Kiranya, semenjak bertahun-tahun dahulu, memang kerjanya menemuduga orang sahaja. Maka semalam, berbekalkan semangat, saya bertanya. 'Chik, esok Aten interview. Ada tips tak?'. Kata beliau, 'Tips? Tips ape eh? Tak payah lah tips tips ni..'. Ya benar. Sungguh hampa sekali.
Sungguh jelas kemalasan kakanda ku ini. Tak mengapa. Ada ubi ada batas, ada lori akan ku libas. Eh. Boleh ke?hehe
Memandangkan interview di sebelah petang, so pagi ini saya masih boleh menjalani rutin surirumah bergaya seperti biasa. Hehe. Cuma specialnya hari ini, sambil vacuum, boleh borak-borak dengan Abah. Oh yes. Abah dah balik dari Indonesia. Alhamdulillah, slanga nya masih berbunyi bahasa malaysia. Bukan loghat indonesia.hehe
Abah masih selesa mengulang pesan perkara biasa. Seperti, 'Dulu Aten dah buang masa setahun setengah before masuk MMU. Abah bersyukur Aten dah habis belajar. And I am happy bila Aten bagitau Aten ada interview. It shows that you are moving and you are not wasting your time..'. Oh. This is more towards kesyukurannya.
Dan seperti bernanah telinga ini mendengarnya bila, 'When you have your own money, then bila dah ready, dah jumpa orang sesuai, boleh lah tuuuutt'. Saya malas nak terangkan tuutt tu apa. Otak belum matang untuk digest tuuttt itu secara serius.
Well, I know deep inside my parents' heart, barangkali ada kerisauan pada mereka. Kerana saya ini 'edisi terhad' orangnya. Soal hati memang takkan saya bercerita. Lagipun, apa nak diceritakan kalau dah memang tiada cerita.hehe. Yelah, kalau nak dibandingkan dengan Kak Yong, Kak Anne dan Kak Chik, memang saya 'abnormal' sikit sebab tiada bunyi-bunyian berboypreng. Tapi, jangan khuatir. Allah dah menjanjikan jodoh buat saya, insyaAllah. Ops. Kantoi pulak.
Ok. Melalut sudah. Selepas ini, saya mahu senyum banyak banyak di depan cermin. Berlatih untuk menzahirkan wajah manis di hadapan penemuduga. Untung untung dapat dibuat menantu. Eh. Silap. Untung untung disejukkan hati mereka utk tidak terlalu 'menguji' saya.hehe
Saya menghargai ucapan good luck dan all the best dari kawan kawan semua. Syukran jazilan, saya ucapkan. Dan pesanan dari Kak Nita, 'jangan awak pulak yang interview diorang!' pun pasti akan saya ingati.hehe
Seorang kenalan berpesan, 'just be confident, jangan arrogant, be humble tapi menyengat'. Persoalan di sini, bagaimana mahu menyengat? Gua bukan lebah ke tebuan ke. Adus.
Apa-apa pun, semoga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah, saya akan berjuang sebaiknya atas tanggungjawab ke atas diri sendiri, juga Muslim seluruhnya.
Akhir kata, saya berbangga memiliki seorang Abang yang dah lah hensem, sweet pulak tu. Dia belikan saya handbag di Bandung. Dia kata, 'Sbb Abang fikir, ko kan dah nak kerja.. Mesti kene bergaya macam org kerja..'. Prihatin nampaknya. Cuma, bila saya nak memakainya, hanya Allah yg tahu,hehe.

Kak Yong, Kak Anne, Kak Chik, jgn cemburu. I ni adinda kesayangan. Hehe. Wassalam
P/s: warna tak nak pulak lagi meriah kan? Hehe
: Najlaanor
0 bicara mereka~:
Post a Comment