Bismillahirrahmanirrahim.
Semenjak saya mempunyai anak buah beberapa tahun dahulu, saya memang gemar bermain dan mengusik-usik mereka. Menyakat itu memang tugas saya. Sampaikan kadang kala Umie kata saya terencat. Ok. Tak kisah.
![]() |
| Harris, Heidi, Auni, Irdeen, Batrisya, Iris & Ommar (Sarra & Marrissa tiada dalam gambar) |
![]() |
| The coolest Mama Aten on earth. |
Bila selalu bersama budak-budak ini membuatkan saya banyak berfikir. Berfikir tentang, agak-agaknya nanti apabila tiba masa mereka membesar seperti kita, mengharungi hari-hari mencabar macam kita, adakah mereka cukup kuat?
Dunia hari ini, sungguhpun semakin maju, canggih, manusia semakin hebat, semakin kaya, tapi itu juga menjadi satu amaran 'danger' buat kita. Mengapa? Kerana semua kemajuan dan nikmat-nikmat dunia ini membuatkan kita menjadi orang yang terlalu cintakan dunia. Apabila kita cintakan dunia, kita takutkan mati. Maka, meranalah kita menjadi penghidap penyakit Wahan.
Lately, terlalu banyak kes yang melambangkan betapa teruknya masalah sosial masyarakat kita hari ini. Kita cuma tahu sekadar apa yang diwar-warkan di media. Realitinya berjuta lagi kes-kes yang tidak sampai ke telinga kita. Kalaulah kita semua sedar dan tahu betapa nazaknya masalah sosial kita hari ini, nescaya semua yang sayangkan keluarga sudah lari berhijrah. Cari tempat baru, bukak negara sendiri yang lebih cantik rutin harian manusia, yang jauh dari segala dosa dan noda. Cuma, persoalannya adalah, ada ke tempat yang suci dari segala dosa dan noda?
Zaman sekarang budak sekolah pun dah buat projek tanpa kenal erti takut. Bukan projek Kajian Tempatan mahupun projek Kemahiran Hidup. Bukan. Projek yang saya maksudkan di sini ialah projek memupuk jiwa penzina tegar. Astaghfirullah.
Kalau budak sekolah pun dah semaju itu, takyah ceritalah pasal orang-orang 'hebat' yang dah tamat sekolah, yang terlalu yakin dengan cara hidup sendiri, yang cintakan kebebasan, yang benar-benar menghargai nikmatnya melakukan maksiat. Confirm lagi terus. Sungguh najis sekali.
Kadang-kadang kita terfikir, 'apa best sangat ke berzina ni?'. Ye tak? Confuse kan?
Tapi ramai juga yang kata, 'best gila woo!'.
Benda yang haram memanglah sedap. Sedap sebab 'thrill' kan? Benda halal kurang sedap ke? Sebab kurang thrill? Ah. Kepala tongga!
Ada orang sanggup kurang ajar dengan mak ayah sebab sibuk mengejarkan kenikmatan berkasih sayang yang tak halal, ada orang sanggup halau mak ayah keluar rumah sebab nak jadikan rumah tu markas menzahirkan 'kasih sayang', ada orang sanggup melupakan nilai perikemanusiaan selepas terberanak luar nikah dan dengan penuh rasa hero-heroin-nya selamba pam baby dalam mangkuk tandas. Tak campur lagi yang tanam baby hidup-hidup, yang ikat baby dalam plastik, buang dalam tong sampah dan banyak lagi. Allahuakbar. Kita lupa lah kot yang dunia ini tempat untuk kita bercucuk tanam beramal kebajikan, di akhirat nanti tempat kita mendapatkan hasil tanaman amal kebajikan kita. Kita selalu lupa.
![]() |
| Hukuman undang-undang tak mampu membanteras masalah ini. Semuanya bertitik tolak dari hati. |
Islam selalu mengingatkan kita untuk mempunyai rasa MALU dalam diri kita. Sebab itulah kita sepatutnya malu nak tayang body lebih, kita sepatutnya malu nak muah-muah dengan bukan muhrim, kita sepatutnya rasa malu nak over huha-huha, kita sepatutnya malu nak buat aktiviti-aktiviti tak berfaedah dan sebagainya. Kita sepatutnya begitulah.
Tapi selalunya kita mengamalkan perbuatan yang tak patut tak patut belaka. Kan? Sebab kita malu tang lain. Kita lebih kepada malu bila kawan-kawan lain semua ada pasangan, kita seorang je single. Malu sebab orang kata kita tak laku atau jual mahal. 'Kau bajet kau cun sangat ke yang nak jual mahal sangat ni?', sound kawan kita. Kita malu. Lari menyorok dalam kotak kasut.
Kita malu bila kawan-kawan semua dress-up cun-cun, anggun-anggun, tayang body slim malatop. Kita asyik dengan pakaian entahpape, kuno gila gayanya. Kawan-kawan kata, 'kau ni selebet lah. asiklah pakai baju kurung, tak style langsung! bergaya lah sikit!', kita terus tunduk, kita lari menyorok dalam jamban.
Kita malu bila kawan-kawan semua dok bercerita, 'sedap' gila tidur dengan pasangan masing-masing, bila diorang tanya kita, kita diam je sebab kita rasa kita ortodoks gila. Malu sebab diorang dah rasa thrill nya hidup, kita terkebelakang.
Kan? Sepatutnya kita malu lah bila buat benda tak senonoh, bila over gedik di khalayak ramai, bila tinggal solat selamba dog je, bila tak puasa di bulan puasa, bila orang lain jaga mak bapak elok-elok, kita tinggal je diorang merempat dan seangkatan dengannya. Tapi kita terbalik.
Hakikatnya kehidupan ini kawan-kawan, percayalah bahawa 'What you give, you get back!'. Tak perlulah tunggu Allah swt hukum kita di akhirat nanti. Kat dunia ni pun Allah boleh bagi kita hukuman yang dibayar cash.
Hari ini kita rosakkan anak dara orang, atau kita goda anak teruna orang, kita pujuk-pujuk manja, kita dapat rasa yang dara dan yang teruna, kita rasa kita hebat. Kononnya, inilah cinta. Kan? Lepas tu 'selamat tinggal'. My dear people, remember, what you give, you'll get back. Esok lusa bila dah ada anak, janganlah kecewa kalau anak kita pula di'jahanam'kan orang lain. Be prepared for that.
Hari ini kalau kita buat mak ayah kita macam sampah, janganlah rasa bangga sangat macam kita Hero Malaya ataupun Heroin Mantop Malaya. Sebab esok lusa kalau kita ada anak, anak kita pijak-pijak je kita macam pijak semut, janganlah nak mengamuk. Kan saya dah cakap tadi, be prepared. What you give, you'll get back.
Saya bagi contoh dua cerita yang keluar surat khabar sekitar 2011 ni. Cerita simple, tapi harap jadi pengajaran esok lusa. Silalah klik dan baca.
![]() |
| Baby ngan sampah macam sama eh? |
Sejujurnya saya memang mudah ter-emosi bila bicara hal sosial masyarakat hari ini. Pokoknya, kerana saya risau kalau-kalau diri ini sendiri tergelincir ke lembah hina memandangkan tarikannya cukup kuat sekali. Keduanya kerana saya mudah menangis memikirkan nasib orang-orang yang tidak berdosa, yang menjadi mangsa rakusnya nafsu manusia. Ketiganya, saya selalu memikirkan entah bagaimanalah nasib anak-anak kita nanti akan datang. Adakah mereka cukup kuat untuk berdepan dengan dunia begini? Apakah kita bersedia kalau-kalau anak kita yang tersilap langkah? Nauzubillah.
So, tunggu apa lagi? Jomlah kuatkan iman, bentengkan diri kita dengan menaikkan value diri kita dengan tidak mendekatkan diri kita dengan segala kemaksiatan.
Akhir kata, sedikit perkongsian dari diri ini yang tak mulia langsung.
Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
'Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka"
maka salah seorang sahabat bertanya,"apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?'
Nabi s.a.w menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan"
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI"
Dan satu pesanan untuk diri sendiri dan untuk dikongsi bersama, 'Didiklah anak menjadi anak akhirat, bukan anak dunia'.
Wassalam.




0 bicara mereka~:
Post a Comment