Bismillahirrahmanirrahim.
Kita selalu mengeluh. Itu ini semua nak mengeluh. Salahkan lecturer yang dikatakan tak rational, salahkan kawan yang dikatakan emosional, salahkan orang tersayang yang dikatakan tidak understanding, salahkan semualah. Walhal sepatutnya kita bersyukur dengan segalanya yang Allah swt dah susun buat kita. Kenapa? Kerana itulah yang terbaik.
Hal belajar, hal kerja, hal rumahtangga, hal kehidupan semuanya sepatutnya begitu. Nak bahagia kita jangan menyesal, jangan menyalahkan orang lain, jangan mengeluh. 3M ini tips untuk bahagia bak kata Prof Dr. Muhaya.
Tak mahu cakap banyak musim-musim begini.
Ada sesuatu berlaku. Jadi, saya nak temani entry ini dengan lagu di bawah.
Wassalam
0 bicara mereka~:
Post a Comment