Wednesday, December 29, 2010

Missing the Kids

They shape many smiles on my face.
I received an sms from Kak Chik few days back. She asked me, 'Bila balik?' I said this weekend i will be back. And she replied, 'Anak-anak I merajuk sebab Mama Aten dia janji nak bawak pergi jalan tapi x bawak!' Hehe. I smiled. Kelakar lah.

So this week I plan to bring them to somewhere that can make them happy. But I have to be brilliant in choosing a place for them to play. Salah pilih tempat, naya aku kena kejar dorg bagai nak gila! 

That day dah bawak Tisya and Irdeen untuk tgk Toys Story 3. Ajak Auni juga but Auni tak mahu. Mungkin tak biasa kot takot Mama Aten tinggal dia tepi jalan dan tak ambil-ambil.hehe. Trisya dah besar, jadi dia dah pandai behave bila dalam movie. Dia tengok Cartoon tu bersungguh-sungguh. While Irdeen, OH My Gosh! Dia banyak cakap pot pet pot pet sampai naik malu den dalam panggung tu! Tak habis-habis ajak balik. Knowing Irdeen, dia tak heran sangat cerita kartun tapi dia suka cerita hantu. So, nak bawak ke tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah? haha. Memang TAK lah! So, menonton wayang bersama mereka is not a good choice lah.

I had also an experience bringing them to KLCC Park. Ada swimming pool untuk kanak-kanak bermandi manda. That time, tak plan pun nak bawa dorang mandi manda, cuma bawak jalan-jalan. Sekali termurah hati bagi dorang mandi sampai mereka bikin huru hara. Panas hati den! Tapi I had fun tengok dorang happy main air yang cetek takat buku lali den yo!haha

So mungkin membawa mereka mandi manda di KLCC Park itu pilihan yang baik. Auni nak ikut lebih baik, lebih seronok. Cuma, i need an assistant kalau 3-3 mereka bergabung tenaga. Oh ya! I have Ijam to be my assistant. Great! Great!
Beautiful princess of the family.

They Said; "You are an Extremist!"

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt & Salam 1Islam.

Hari ini ucapan introduction macam lain sikit. Kenapa? Kerana saya nak sampaikan bahawa, Islam sepatutnya 1, bukan dipecah belahkan. Kenapa isu ini yang saya bawa? Kerana saya geram dengan hentaman Umie Abah saya tempoh hari dalam perdebatan di meja dapur rumah Sabtu lalu hanya kerana saya membangkitkan isu Syiah di dalam Malaysia. Ilmu saya sedikit, jadi saya hanya berbicara dalam prospek Malaysia semata-mata. Sedas demi sedas tembakan saya terima maka akhirnya Abah kata, 'I don't want to talk to u because you're an extremist!' Pheww. Berdesup panas telinga mendengarnya.

Syiah di Malaysia

Persoalan yang saya timbulkan hanyalah semudah, 'kenapa kerajaan / pihak berwajib tidak isytiharkan sahaja kepada umum bahawa Syiah itu terpesong dan haram di Malaysia?' Kata Abah; 'Kau ni teruk lah Ten. Kau kena faham kalau Malaysia announce mcm tu, hubungan kita dengan negara luar mcm mana? Contohnya Iran yang majoritinya Syiah.' Well, i understand the point tapi kemudian saya bidas dengan mengatakan, 'kenapa hendak mempolitikkan hal agama? Kerajaan takut ke? Kita harus utamakan akidah Muslim Malaysia!' Pung pang pung pang dok berdebat, sampai Umie pun tengah potong sayur duk tunjuk-tunjuk pisau kerana geram dengan kedegilan saya dalam berfikir. Salah ke saya dalam berfikir mengutamakan soal agama berbanding hal politik? Saya geram.

Saya beri contoh, beberapa minggu lepas saya terbaca di surat khabar bertajuk, "Masyarakat Islam di Malaysia tidak digalakkan berkahwin dengan golongan Syiah." Lagi saya geram. Kenapa? Tahu tak TIDAK DIGALAKKAN itu sekadar mcm makruh tapi bukannya haram?. Walhal Ulama' dan Mufti semua sefahaman mengatakan Syiah itu terpesong dan merosakkan akidah Islam. Susah sangat ke nak kata, "Masyarakat Islam di Malaysia HARAM berkahwin dengan golongan Syiah". Kan lagi clear. Pihak berwajib kena ingat, tanggungjawab yang mereka pegang sebagai pemimpin bukan sekadar tuntutan dunia. Di akhirat nanti, mereka akan disoal, 'Sepanjang kau menjadi pemimpin di Malaysia, apa usaha yang kau lakukan bagi membendung masalah Syiah yang mengganggu gugat akidah Muslim Malaysia?' Masa tu siapa nak tolong jawabkan? Nak cover lagi? It's too late! Berjaya atau tidak sesebuah usaha itu lain cerita, yang penting lunaskan tanggungjawab dulu!

Sebenarnya saya emosi sebab saya tak puas hati Umie Abah kata saya extremist hanya kerana bila saya kemukakan isu ini, saya tekankan bahawa kita perlu tolak tepi soal politik. Kita perlu tolak tepi soal kepentingan sendiri. Tak adil untuk Muslim yang masih mencari-cari sinar akidah yang terbaik, kerana bila wujud banyak fahaman yang mengelirukan, akidah mereka boleh jadi goyah. Tidak adil. Memanglah kita kata, Malaysia nak maju, 1Malaysia lah apa lah kan, kena jaga hubungan baik dengan negara lain, semua. Tapi tidak ke manalah kita kalau memikirkan untuk memajukan negara, ekonomi dan sebagainya kalau dalam masa sama pegangan akidah Muslim Malaysia kian goyah! Saya ada terdengar, tapi saya tak katakan ini benar, bahawa ada dari kalangan pemimpin kita yang memegang fahaman Syiah. Logiknya, mungkin betul. Kalau tidak ada golongan besar yang memayungi dan melindungi golongan ini, masakan ianya boleh menular dengan begitu membimbangkan? Jadi saya nak tanya. Apa usaha pihak berwajib dalam membetulkan balik akidah pemimpim-pemimpin kita ni? Wallahualam.

Umie kata, 'Kau kena appreciate usaha kerajaan tangkap sana sini group Syiah dan ajaran sesat kat Malaysia ni!'. Well, saya appreciate. Takkanlah saya nak kata tindakan itu salah, tindakan itu sangat wajar dilakukan. Cuma saya nak tanya, cukup ke dengan itu saja? Kita mungkin tangkap yang tak sempat lari, tapi kita tak tertangkap yang berjaya lari. Lari laju gila kalah Watson Nyambek. Kan kan? 
Tertangkaplah mereka yang tak sempat lari.hehe
Malam hari sama saya berdebat itu, ketika dalam perjalanan balik dari Putrajaya ke Keramat, saya terima sms dari Nyssa, katanya Abu Hassan Din buat kenyataan di Buletin Utama mengatakan 'Syiah itu Kafir dan Haram!' Saya tak sempat nak tengok berita itu tapi sekurang-kurangnya saya happy sebab ada juga pihak yang berani ke depan demi perjuangan Islam yang sebenar. Bila saya katakan pada Umie, Umie mcm tak komen banyak. Sekarang dia nak kata Abu Hassan Din pun Extremist ke?? hehe. Tak terkata bonda saya.hehe
Den dah kobar jangan ikut Syiah! Ekau dogel!

Tapi kalau teman-teman baca pula lontaran bicara dari Dr Faisal Tehrani di blognya berkenaan Syiah, kalian akan rasa mcm haishhhh. Mcm mana lah ni.. Saya taknak kupas penulisan FT sebab ilmu saya seciput. Kalau berminat, boleh lah intai-intai di sini
"Aip! Aip! Saya bukan Syiah. Saya cuma kasihan dengan nasib orang Syiah yang diKafirkan di Malaysia!" - Faisal Tehrani

Apa kata Majlis Fatwa Malaysia?

Oh ya. Sebelum terlupa. Nak bangkitkan isu besar di blog ini bukan suka suki main terjah. Sedikit sebanyak perlu juga saya buat homework sikit. Jadi, buat-buat rajinlah saya intai Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Tujuannya apa? Tujuannya adalah saya nak diri saya dan kita semua jelas tentang kedudukan Syiah di Malaysia. Majlis fatwa dah keluarkan fatwa 14 tahun yang dahulu lagi berkenaan Syiah. Tapi kenapa hingga hari ini kita masih ragu-ragu untuk menidakkan hak Syiah untuk bertapak di Malaysia? Sila baca dan fahamkan apa yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa seperti berikut:


Syiah Di Malaysia

Keputusan: 
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.
     
  2. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
     
  3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri – Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri – Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
     
  4. Memperuntukkan pindaan kepada semua Undang – Undang Negeri dan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum Syarak atas Undang- Undang Islam seperti berikut :” Hukum Syarak atau Undang – Undang Islam ertinya Undang – Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlaq. ”
     
  5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam dan demikian penyebaran apa –apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
     
  6. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang – undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.
     
  7. Menetapkan bahawa penerbitan , penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah , filem , video dan lain – lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Oleh itu, kita perlu sedar dan perlu jelas bahawa Majlis Fatwa dah keluarkan fatwa dah 14 tahun yang dahulu. Hari ini kenapa kerajaan perlu takut-takut untuk bertindak dengan lebih semangat bagi membanteras Syiah? Ok finelah kalau kita taknak kata, 'Syiah itu Kafir' kerana bunyinya mcm kasar sangat kan? Tapi at least tekankanlah bahawa Malaysia hanya membenarkan penyebaran agama Islam berasaskan Ahli Sunnah Waljamaah. Mana-mana rakyat Malaysia yang tak nak tu, mungkin boleh lah merancang untuk angkat kaki, berpindahlah ke Iran ke, Pakistan ke. Lagi mudah untuk mereka. Sekurang-kurangnya tidaklah berdosa pemimpin Islam Malaysia kerana kurang berjaya membanteras isu Syiah di Malaysia.

Jadi sahabat-sahabat sekalian, saya ni Extremist ke? Balik nanti saya nak tunjuk pada Umie Abah tentang Keputusan Majlis Fatwa berkenaan Syiah ini. Saya nak juga tau kalau-kalau mereka nak kata, Majlis Fatwa pun Extremist! hehehe. Tolonglah telefon Umie Abah saya, bagitahu mereka yang saya tidak extremist!hehe. Tapi apa-apa pun saya berbangga dengan Umie Abah kerana menjadikan saya seorang yang berani dalam melontarkan pendapat sungguhpun dibidas bagai nak gila. Dan I love U, Umie Abah kerana anda tidak meng-iya-kan kebenaran Syiah, cuma anda menekankan bahawa saya perlu lebih realistik bahawa untuk mengubah dunia hari ini tidak semudah bicara di bibir. Walau mcm mana pun saya kata, Islam tidak wajar di politikkan, hakikatnya memang sukar itu kita lari dari situasi itu. Ah, sungguh sadis!

Perkongsian

Hadith: “Dari Abu Amir Abdullah bin Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya ia (Mu’awiyah) pernah berdiri di hadapan kami, lalu ia berkata : Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda : Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kami dari ahli kitab (Yahudi dan Nashrani) terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, dan sesungguhnya umat ini(umat Rasulullah SAW) akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan. Adapun yang tujuh puluh dua akan masuk neraka dan satu golongan akan masuk surga, iaitu “Al-Jama’ah”.

Hadith: “Dari Abdullah bin Umar berkata: Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhuma pernah berkhutbah di Al-Jabiyah seraya berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri di hadapan kami dan bersabda: “Barangsiapa dari kalian menginginkan tinggal di tengah-tengah syurga, maka hendaklah berpegang teguh kepada Al-Jama’ah, kerana syaitan bersama seorang (sendirian) dan dia dari dua orang, dengan lebih jauh”.

I am NOT an Extremist!

Wallahualam.

p/s: Bila mahu menghulur sumbangan untuk Adik Zawawi? Jom bantu yang memerlukan!

Tuesday, December 28, 2010

Kutipan Derma Kilat Adik Zawawi

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. & Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, hari ini selepas saya post entry Edisi Hijrah dan saya link kan ia di FB, saya menerima satu tawaran hebat. Berbunyi begini, 'nak buat amal jariah x?' Mungkin andai hati saya buta, saya akan lihat ia sebagai satu bebanan. Tapi Alhamdulillah, syukur, Allah buka hati saya untuk turut membantu, menghulur tangan dengan harapan dapat meringankan beban pihak yang memerlukan.

Saya pendekkan cerita, hamba Allah yang approach saya untuk buat amal jariah ini adalah saudara saya sendiri. Bersama-sama melihat tumbesaran saya dari kecil hingga dewasa, kerana ada dalam tempoh tertentu saya dijaga oleh bondanya. Kenapa saya maklumkan ini? Kerana saya perlu tekankan bahawa pihak yang berhasrat buat amal jariah dan mengajak saya untuk buat amal jariah ini adalah reliable person. Kita semua ingat, segala apa yang kita lakukan kerana Allah swt.

Apa yang ingin saya usahakan?

Saya dengan rendah hati ingin pohon jasa baik sahabat-sahabat, rakyat Malaysia, atau siapa-siapa saja yang sudi untuk menghulurkan bantuan. Saya ingin jalankan derma kilat di MMU khususnya dan andai ada yang sudi, ingin saya pohon jasa baik kalian untuk usahakan derma kilat di mana jua anda berada. Setakat mana yang kita mampu tolong, kita tolong. Insyaallah derma kilat di MMU akan saya jalankan secepat mungkin dan saya jangkakan  usaha ini akan diteruskan dalam tempoh sebulan dan akan kita sampaikan wang derma kilat kepada pihak yang memerlukan selepas itu.

Siapa pihak yang memerlukan itu?


Nama: Zawawi

Nama Ibu: Pn Rosnaini bt Aris
Usia: 3 tahun lebih
Masalah: Mengalami masalah kesihatan kronik iaitu Kanser Darah. Telah menjalani Kimoterapi Tahap 5.
Untuk pengetahuan kalian, keadaan kesihatan adik Zawawi semakin membimbangkan. Menurut doktor, sel darah putihnya telah semakin membesar dan hampir menutup keseluruhan darah merahnya. Jika ini berlaku akan menyebabkan kegagalan sel darah merah membawa oksigen ke otak dan kesemua organ. 
Untuk pengetahuan kalian juga, adik Zawawi telah menjalani rawatan Kimoterapi Tahap 5 (yang terakhir) pada November 2010. 
Doktor telah mengesahkan tiada lagi rawatan Kimoterapi buat adik Zawawi, dan sekiranya terjadi lagi 'relapse' (sel darah putih berkembang semula) adik Zawawi hanya boleh bergantung pada ubat Kimo yang menelan belanja RM1500/ubat. 
Kos Perubatan/Rawatan: RM160, 000 bagi menanggung kos perubatan & rawatan yg akan dijalani sekiranya ada penderma darah & transplant yg sesuai dengan jenis darah adik Zawawi iaitu darah jenis 'O'.

Bagaimana untuk menghulurkan bantuan?

Andai kalian ingin hulurkan bantuan tak kisah secara kecil-kecilan atau besar-besaran, minta jasa baik kalian untuk hubungi:
Fateen Najlaa (017-3503382) / Mohd Rezal (016-8957576) -sekitar MMU/Melaka
Mohd Azraei (012-3443951) - Sekitar Taman Keramat
Ataupun terus hubungi Jawatankuasa Induk yang menggerakkan usaha derma kilat buat adik Zawawi ini:
Fatimazuraida (0192320108 - defida012@yahoo.com.my) atau; 
Etty Nurulhuda (0192197316 - uda06@yahoo.com). 

Perlu ke untuk hulurkan bantuan?

Dengan nama Allah, tiada paksaan dalam usaha ini. Andai terbuka pintu hati kalian untuk membantu, Alhamdulillah. Kami yang mengusahakan tidak mendapat apa-apa keuntungan tapi percayalah, walau 1 sen bantuan yang dihulurkan, amat besar maknanya pada keluarga adik Zawawi. Lebih besar lagi syafaat yang Allah kurniakan buat kita yang membantu orang dalam kesusahan.

Ikhlas bicara saya, saya ingin lihat adik Zawawi untuk terus sihat walaupun saya tidak kenal adik Zawawi secara personal. Kita perlu sentiasa beringat dengan ujian Allah dalam aturan kitaran hidup ini. Hari ini mungkin hari kita membantu, hari esok mungkin hari kita dibantu. Sesungguh apa yang baik akan dibalas baik. Kalau setiap daripada kita dapat menghulurkan RM1, kalau ada 100 orang membantu dah dapat RM100. Kalau 1000 orang, dah RM1000. Itu kalau seorang hanya menderma sebanyak RM1. Kalau ada yang menderma lebih, alhamdulillah. Lagi besar bantuan yang dapat kita hulur kepada adik Zawawi.

Kita harus beringat, esok lusa kita berumah tangga, kita bakal punyai cahaya mata yang menjadi penyejuk hati kita. Bayangkan kalau kita berada di tempat Pn Rosnaini dan suami, alangkah hancurnya hati. Oleh itu, saya menyeru sahabat-sahabat semua untuk turut membantu. Hulurkan tangan ringankan beban. Biarpun kita tidak mengenal Adik Zawawi, tapi menjadi tuntutan kita untuk membantu saudara seIslam, untuk membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan.

Minta jasa baik semua untuk terus berikan kami sokongan dalam menjayakan usaha murni ini, insyaAllah. Dan semoga Allah rahmati jasa baik kalian dunia dan akhirat. Wallahualam. 

Akaun utk Sumbangan : 
Akaun atas nama : ETTY NURULHUDA BT MOHD JOHAR @ MOHAMAD
Maybank Account : 164258370838
Nama Akaun : Definal bin Syofyan 
Akaun CIMB : 12260088442528

p/s: Kalau ada dari pihak Kelab/Organisasi dalam MMU yang hendak turut sama menjayakan derma kilat ini, saya alu-alukan. Contohnya SRC, UPG, IU, PBMKM, SRM, Rovers, etc. Saya akan usahakan untuk dapatkan keizinan STAD utk edarkan tabung derma kilat buat adik Zawawi. 

For further reference, please click here.

Sunday, December 26, 2010

2010 - 2011

.Sarra Adelya.
Assalamualaikum wbt.

Bila mengenang tarikh hari ni, dah 25 Dec, bermakna tinggal 5 hari lagi nak jejak tahun 2010, mulalah saya menggagau memikir ape eh wish list/azam 2010 saya? Nak buat kesimpulan sama ada tercapai atau tidak. Rupanya2 memang saya xde senaraikan azam/wish list 2010 saya kerana pada January 2010 saya sibuk dengan program-program especially ProKAM. Lepas tu lupa habis dah nak mencanang azam. hehe.

Tapi x mengapalah. Masih ada kesempatan untuk mensyukuri nikmat yg Allah beri sepanjang hidup ni, khususnya pada tahun 2010. Antara ingat dan lupa, dengan apa yg saya perolehi, izinkan saya kongsikan di sini.

Tahun 2010

Basically, tahun 2010 ini terlalu banyak peluang yg Allah kurniakan untuk saya. Dia merencanakan hidup saya yg 'sparkle' nya lain mcm. Sukar nak diluahkan dengan kata-kata. Pencapaian dan pengalaman yang sy perolehi dalam masa setahun ni, terlalu banyak sehinggakan kadang2 saya rasa, mcm melalui setiap satu daripadanya dalam tempoh bertahun-tahun. Walhal, semuanya berlaku dalam masa setahun.

  1. Kemuncak kesibukan bergelar President UPG termasuklah menjadi Pengarah ProKAM yg julung kali dijalankan. Bekerja bersama komiti-komiti hebat dan mantap, menjadikan nikmat event kebajikan ini lebih menyerlah. Syukur. Pertama kali saya berdiri di rostrum, memberi ucapan sebagai Pengarah Program di hadapan Datuk Seri Ali Rustam. Dengan segala rempah lawak bodoh yang saya selitkan, akhirnya berjaya saya tambat hati DSAR kerana dia mengajak saya ke Lombok.hehe.  Pengalaman menggerakkan ProKAM memberikan saya dan sahabat-sahabat lain satu ilmu baru yang sangat besar. Menjalankan usahasama dengan pihak kerajaan negeri, etc etc. Seronok. Belajar satu benda baru. 
  2. Menjadi Pengarah Tangkap Muat Career Fair juga satu ilmu baru yang berbeza. Gila kuasa President UPG term 2009/2010. Kelakar juga. Ni semua hasil kata sepakat Hicom yang akhirnya membuatkan kami semua melepet kepenatan bila penghujung term. Tapi kepuasan dirasai kan. Alhamdulillah.
  3. UPG meraih 4 awards pada MMU Awards 2010. Seronok, bersyukur, semuanya ada. 3 Awards utk ProKAM dan 1 Award untuk Muhibbah Dinner adalah satu pencapaian yang tidak pernah diharapkan dan disangka. Rasa puas melihat wajah kegembiraan pejuang-pejuang UPG khususnya yang hadir memenuhi 4 meja UPG di MMU Awards. Waktu ini yang saya rasakan adalah nikmat Allah yang begitu besar. Dalam masa singkat Dia didik saya untuk melihat dunia dari mata kabur seorang hamba, agar menjadi celik hati dengan tawaran hebatNya di atas dunia ini. Saya merasa beruntung dan bertuah diberi peluang untuk mengemudi sebuah organisasi yang berobjektifkan kaunseling dan kebajikan, sekaligus membetulkan niat saya dalam kebanyakan masa bila melakukan sesuatu perkara. Saya sangat bertuah dapat bekerja dengan satu pasukan hebat yang lebih membawa kepada nilai kekeluargaan yang tebal. Tanpa mereka, siapa saya? Tanpa mereka, tidaklah saya mengumpul ilmu di dada sebanyak ini (yang masih sikit sebenarnya). Terima kasih, kalian.
  4. Melepaskan tanggungjwb seorang President juga bukanlah satu perkara kosong yang tiada nilai dalam hidup saya. Bila memandangnya dari sudut kehidupan secara keseluruhannya, ia adalah satu pengalaman yang tidak mudah ditukar ganti. Merasa juga beban mencari penyambung misi menguruskan sebuah organisasi. Merasa juga melepas pergi sebuah organisasi yang diibaratkan sebagai suami.haha. Ianya mematangkan diri saya. Belajar untuk melepaskan sesuatu bersama doa mengirinya. Alhamdulillah. 
  5. Global Model United Nation (GMUN) - Ini anugerah besar, yang membawa perubahan kpd saya, dari banyak segi. Dari cara berfikir, cara saya melihat sesuatu, kesedaran memantapkan nilai diri, mula membuka minda untuk mempelajari lebih banyak ilmu di dunia contohnya perihal ekonomi, politik, etc. Banyak bertemu dengan rakan-rakan baru yang sangat hebat semuanya, sekaligus meluaskan rangkaian persahabatan, dan mencapahkan ruang komunikasi dalam membincangkan sesuatu idea. Hebatlah mereka semua. Saya paling kerdil. Tidak pernah terbayang untuk dipilih menyertai GMUN setelah melalui 3 kali selection/training courses anjuran KBS. Tidak pernah terbayang untuk bergelar wakil/delegasi Malaysia ke GMUN. Bangga menjadi wakil Malaysia yang menganjurkan satu persidangan hebat seumpama itu. Terpaksa bertungkus lumus belajar banyak benda baru dalam masa yang limited mengajar saya untuk menjadi lebih dewasa. Lebih terasa beruntung bila dapat berkomunikasi dengan sahabat-sahabat antarabangsa yang dari latar belakang yang bermacam-macam. Masa itu barulah terasa, 'orang Malaysia lebih tinggi nilai budi pekertinya.'hehe. No offence. Proud to be Malaysian. Thanks STAD, Thanks GMUN, Thanks UN, Thanks KBS, Thanks to all. Syukur Ya Allah.
  6. Selesai GMUN, ingatkan habis dah semuanya. Rupa2nya Allah nak bagi lagi 1 nikmat pengalaman hidup buat hambaNya yang jakun, terperuk kat dalam Malaysia memanjang. Dia beri saya peluang untuk melihat dunia luar, apabila dijadikan KBS sebagai medium untuk saya menjejakkan kaki ke Vietnam. Siapa sangka, saya keluar Malaysia pun tak pernah. Sekali dapat pergi, FOC pula tu. Lebih bermakna apabila membawa misi menjual nama baik Malaysia melalui ASEAN + 3 Youth Festival, Hanoi. Bertuahnya saya apabila diberi peluang mewakili Malaysia bersama 4 lagi sahabat. Kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain, but in a very short time, we made a good relationship like a small family.  Tidak pernah saya terfikir untuk menari dan mempersembahkannya di hadapan ribuan manusia. Kalau diberi peluang untuk menari lagi, memang saya TAKNAK.hehe. Kami juga membentangkan suara Malaysia dalam forum berkenaan dengan pembangunan belia selain buka booth untuk pamerkan kebudayaan Malaysia. Merasa juga di'interview' wakil press dari Vietnam. Nasib ada translator. Kalau tak, juling mata memahami bahasa isyarat. Tapi ini satu pengalaman indah. Duduk di negara orang, melihat budaya hidup mereka, buat saya rasa bangga dan syukur dilahirkan di Malaysia, dibesarkan dengan budaya cantik Malaysia. Again, No offence! Thank You Allah. 
  7. Menyambung persahabatan yang 'tertidur' lama juga, perkara indah yang berlaku dalam hidup saya dalam tahun 2010.
  8. Saya juga melihat dan meraikan konvokesyen 2 orang sahabat saya, Azie di UMT dan Sha di UiTM. Terfikir juga, entah cmane lah gaya saya konvo nanti. Tapi x pe. Lambat lagi. By that time saya harap saya dah bijak bergaya, melawa ala-ala diva supaya meletusss. hehe
  9. Saya juga memulakan perusahaan keli secara kecil-kecilan bersama Ayah Keli dan Mak Keli. They know who they are. Menjadi atau tidak, berhasil atau tidak, untung atau rugi, itu soal lain. Yang penting, pengalaman hidup perlu dikutip. Jangan tertinggal di belakang. Saya bersyukur. Sebab merasa macam-macam juga termasuklah berenang kuak lentang bersama ikan keli yang harum semuanya. 
  10. 2010 juga menyaksikan pertambahan ahli keluarga dalam keluarga besar saya. Kami menyambut kedatangan Sarra Adelya Balqis dengan penuh kegembiraan and welcoming mood. Syukur. Syukur. Syukur. p/s: Her photo is on top of this entry.
  11. Fail - Pass untuk subject Equity seperti mana yang saya ceritakan dalam entry yang ini. Haish. Lain mcm betul tahun ini Allah uji saya, dan ajar saya untuk melihat susun atur sebuah kehidupan dengan lebih jelas dan bijak. Allahuakbar.
  12. Rezeki melimpah ruah apabila diterima buat praktikal di Zaid Ibrahim & Co. Sebuah firma guaman yang tak berapa nak kecil. Menggugat keyakinan saya juga tatkala menjejakkan kaki ke firma itu untuk mengambil offer letter, semalam. Environment yang tidak dapat saya luahkan dengan kata-kata. Tapi sy percaya, Allah mahu saya lihat dunia ini dengan lebih bijak lagi dengan menempatkan saya di situ utk menimba ilmu undang-undang daripada yang pakar. Syukur. Saya akan lakukan yang terbaik. Paling baik. Insyaallah.
  13. 2010 Allah didik saya bagaimana untuk bersahabat dengan lebih bijak dan waras. Dia ajar saya untuk mengawal rasa sakit dalam hati. Dia ajar saya untuk redha dengan apa yang berlaku. Dia didik saya untuk terus ikhlas dalam persahabatan. =)
  14. Allah buka mata saya, bahawa apa-apa terjadi sekalipun, yang hanya akan berada bersama saya sentiasa adalah Keluarga saya. Jadi saya lebih buka mata, bijak menilai, dan lebih menghargai mereka. I love them, so much! 
  15. Moga-moga Allah tunjukkan siapa jodoh saya. Terima kasih kerana ada yang sudi hadir mengisi ruang hati yang kosong. *kosong ke?* Beruntung rasanya melalui fasa mengenali hati budi walaupun tak pasti dengan apa-apa. Tak rugi apa pun bila berkawan. Kan awak kan? Kawan dah lama, cuma tak kenal mana.haha

During GMUN Conference.

ProKAM - Giving Speech.
Tahun 2011


Secara amnya, saya tak terasa seperti hendak menyenaraikan wish list 2011 saya ataupun azam 2011 saya. Kalau setakat saya tulis panjang lebar, berangan mcm2, tapi sy sendiri tak berhijrah, tak ke mana juga kan? Jadi secara ringkas, untuk tahun 2011, saya ingin:

  • Menjadi seorang anak dan hamba yang Solehah. 
  • Menjadi seorang manusia yang lebih baik, yang boleh memanusiakan orang lain.
  • Berusaha lebih keras ke arah kestabilan hidup untuk masa mendatang. (kestabilan dari segala segi)
  • Menjadi seorang hamba yang sentiasa ada rasa syukur dalam diri ini dengan segala kurnia yang Allah beri.
  • Terus menimba ilmu dunia dan akhirat, biar apabila dihisab nanti, banyak ilmu menemani diri ini.
  • mencari jodoh. haha. 
Sekian saja perkongsian kali ini. Saya dah berceloteh panjang tentang 2010-2011. Anda bila lagi?

p/s: Kepingin banget bermain roller-blade. Usia makin bertambah, terencatku juga makin bertambah. Alahaiii..

Friday, December 24, 2010

Saya Sayang Adik Saya.

Assalamualaikum wbt.

Promosi! Promosi! Saya ada seorang adik, masih single, hensem tak tipu punya. Berminat? Sorry! Tak layan!haha. Pagi ini, saya bangun dari tidur, saya sedar yang saya sayang betul sama adik bujang sayang. Sebab dialah saya tak bergelar bongsu. Tapi sayang sayang dia banyak banyak.

Biasanya, kalau saya balik rumah, saya tak ada orang lain untuk disakat, dibuli dan dikulikan. Kecuali adik saya. Selalu juga bila dia bosan-bosan (sebab tak ada aktiviti dengan member2 dia) dia msg saya, tanya 'kak ten bila balik?' Ini soalan biasa saya terima. Kadang-kadang dia tanya, 'Kak ten, bila kita nak kuar jalan-jalan?' Ataupun 'Kak Ten, bowling/wayang jom!' Comel kan adik saya kan? Tgk kakak dia lah.

Oh kisahnya mcm ni. Semalam, saya tidur, saya mimpi. Well, hari2 pun saya mimpi. Saya memang suka merayau dalam tidur, so kalau 1 malam tak mimpi memang tak sah. Saya mimpi, saya balik rumah hujung minggu, saya cari adik saya. Umie saya dengan penuh emosi kata, 'Adik kau tak de!' Saya tanyalah, 'dia pergi mana?' Umie kata, 'adik kau dah buat hal skg ni! Umie hantar dia kat pusat pemulihan akhlak!' Saya tanya lagi, 'dekat mana, bagitaulah aten..' Tapi malangnya Umie taknak bagitahu. Umie kata, 'Kau tak payah cari dia. Umie hantar dia kat Klang.' Jadi dengan penuh runtun hati, saya menangis beria-ria, tak boleh terima hakikat adik saya masuk pusat pemulihan akhlak. Adik saya tu baik budaknya. Mana mungkin jadi budak jahat! Saya nangis-nangis, saya kata pada Umie, 'kenapa Umie hantar dia kat sana? Ijam dah janji dengan Aten nak tolong Aten pindah bilik minggu ni..' Bersungguh-sungguh saya nangis. Oh btw, memang Ijam janji dengan saya untuk tolong saya pindah bilik dalam rumah tu. Sebagai balasan saya beri dia 1 hp terpakai saya, maka dia perlu tolong saya. 

Dalam mimpi tu jugak, entah mcm mana scene dia boleh berubah ikut suka mak bapak dia. Suddenly, adik saya balik singgah rumah. Saya pun heart to heart dengan dia, saya tanya, 'Apa dah jadi? Kenapa Ijam buat semua ni?' Lalu dengan penuh kerek dia jawab, 'Selama ni Kak Ten tak pernah pun nak tegur Ijam bila Ijam buat salah. Sekarang kenapa baru nak kesah?' Ya Allah. Melalak lagi saya di situ. Kemudian dia berlalu, katanya nak kena balik Klang dah. Sentap saya. Ternganga.

Tragis kan mimpi saya? Tapi saya fikir juga, betapa syahdunya saya dalam mimpi itu. Membuktikan betapa sayangnya saya pada dia. Jadi petang/malam tadi saya saja menyemak di wall FB dia. 
Saya tulis, 'bro, i dream bout u last nite. umie abah send u to a juvanile school and i was crying like hell. gile karut. syg jugak aten kat ijam.haha


blaja rajin2. jangan gatal2. tahun depan spm kan. cuti ni dah kena stat blaja. kalo ko blaja rajin, ko blaja kat U nanti aten tanggung. kalo ko malas, ko cari duit sendiri. bye'


Beza usia kami 7 tahun. Harap-harap by the time dia sambung belajar masuk U, saya dah mampu untuk membantu dia sedikit sebanyak. Kalau tak, pandai2 lah dia kutip ilmu dunia, susah payah merasa jadi kuli untuk cari seringgit dua.hehe. Bunyi je mcm kejam, tapi saya x cukup kejam lagi.

Harapan saya agar adik saya menjadi seorang jejaka idaman malaya yang paling berkualiti. Menggenggam erat identiti seorang Muslim sejati, mendidik diri menjadi manusia hebat yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, agama dan masyarakat secara keseluruhannya. 

Satu benda je yang membosankan tentang Ijam. Setiap petang mesti dia keluar pergi main kat padang. Tapi was-was juga saya, takkan gi padang pakai jeans. haha. Nampak sangat mengulau tempat lain. Tak pe Ijam, xpe. Jangan kamu kantoi dengan kakak kamu ni. Kalau kamu kantoi, nahas kamu. Akan ku ceramah 7 hari 7 malam tanpa henti.hehe.

Ini gambar Profile picture FB adik saya. Kawan dia komen, katanya "kakak you serious comel lah!" Happy saya.haha
Untuk adik saya, terima kasih kerana selalu jadi teman setia saya saat kesunyian dan tiada aktiviti untuk dijalankan. Kaulah teman saat aku kebosanan dan kesepian. Kaulah boyfriend sejatiku. Tanpa dirimu, mungkin aku kelihatan tak laku.haha. Be a good boy. We all love u, dear handsome boy.

Biodata adik saya: 

Nama - Ahmad Azharul Nizam
Nama Gelaran - Ijam
Umur - 16 tahun
Makanan Kegemaran - Apa-apa lauk Ayam dan Ikan Keli Masak Sambal / Berlada
Minuman Kegemaran - Fresh Oren / Milo Ais
Hobi - Menyanyi 24/7
Status - Duda
Cita-cita - Penyanyi (hahahha!)
Ayat yang gemar diucap - 'Umie ni kenapa??' haha
Protege - Khairul Irdeen Daniel @ Idin
No Tel: Call me first before you call him.haha

p/s: I love u, bro!

Wednesday, December 22, 2010

Syukur.Kuasa.Dua

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Berhari-hari x update blog, sebab sibuk sikit. Menguruskan beberapa perkara. Sampai rasa penat, dan termenung sendiri. Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk keadaan ini. Mengundur diri pun ada baiknya juga. Bukan tak sayang, tapi kerana memberi peluang untuk diri berehat. Faham ke apa maksud saya? Buat-buat paham aje lah ye. =)

Saya ada berita baik nak dikongsikan di blog. Entry-entry yang sebelum ni bunyinya mcm pasrah gila kan.haha. Mencari diri, mencari ketenangan. Dan disebalik kerungsingan hati itu, Allah kurniakan saya hadiah untuk saya panjatkan kesyukuran.

Saya Tidak Gagal Equity Trust II

Jujur cerita, sem yang lepas, sy mendapat keputusan exam yang paling buruk, paling teruk, paling hampeh dalam sejarah saya sebagai pelajar comel di MMU. Allahuakbar. Parahnya luka dalam hati, hanya Tuhan yang tahu. Tapi masa itu sedihnya sebentar saja, tatkala saya mengkhabarkan berita buruk itu kepada Umie Abah dan mereka tenang (walaupun tak suka), saya terus rasa tenang. Tiada kekusutan. Tambah lagi dengan input rohani yg diperoleh dari Kem bersama Konsis. Lega. Lega. 

Tapi bohonglah kalau tak kecewa. Mana taknya, saya dapat D* untuk subject Equity and Trust II. Kalau MMU students tu faham lah, dengan gred itu, saya hanya layak untuk re-sit exam pada final exam sem ini, atau kalau tidak mahu ambil risiko untuk gagal lagi, silalah re-take ye kawan2. Jadi dengan rasa lemah longlai saya terfikir untuk re-take, lebih meyakinkan, boleh repair segala markah yang ada. Tapi, mungkin Allah nak tunjuk kebenaran, saya tak boleh register untuk re-take sebab jadual clash dengan subject final year saya skg ni. Oleh itu, saya pasrahkan hati utk get ready for the re-sit exam.

Nak dijadikan cerita, satu hari dalam kekecewaan dan hampa dan tiada perasaan, saya borak2 dengan beberapa org classmates. Memaklumkan saya dapat D* utk Equity II. Semuanya terkejut dan terkujat. Ada seorang teman berkata begini, 'Are u sure fateen, u dapat D*? What did u get for your midterm? U tahu tak midterm i dapat 3/20 yet i passed the paper!'

Bila kenyataan sebegini keluar, saya seperti terawang-awang. Saya rasa mcm, 'biar benar...?' Saya tidak lah cemerlang semasa midterm tpi sy lulus dengan markah 11.5/20. Tiba-tiba.. Ting!! Saya terfikir, ada kemungkinan tak lecturer lupa nak key-in markah midterm saya? Sebab apa? Sebab saya ambil exam midterm separate from other classmates sbb masa tarikh sebenar midterm saya berjuang utk GMUN. Dan sy mendapat pelepasan dari Dekan Fakulti untuk ini. Lecturer benarkan saya amek midterm pada hari berlainan di mana pada waktu itu, kwn2 lain sudah pun memperoleh markah midterm mereka.

Dipendekkan cerita, saya usahakan untuk cek carry mark saya utk subject ni. Tapi lecturer saya kata, 'we cannot reveal it, and its clear.' Jadi saya refer kepada coordinator untuk law school, dia panjangkan persoalan ini kepada dekan, dan seterusnya dekan kata, 'it's the student's right to know their carry mark eventhough they had failed the subject.' Tujuan saya 1 je. Untuk memastikan benar atau tidak lecturer lupa memasukkan markah midterm saya. 

Saya kemudiaannya dinasihatkan untuk apply for re-grading supaya rekod saya boleh disemak semula. Walaupun pada mulanya saya tak mahu sebab niat saya hanya untuk tahu carry mark, saya taknak pun final exam paper saya dikorek semula. Tapi atas nasihat coordinator law school, saya apply jugak untuk re-grading dengan melaburkan wang rm50. Lama saya menunggu keputusannya. Dalam hati tiada langsung meletak harapan. Saya pasrah. Saya redha.

Semasa cuti midterm hari tu, Abah tiba-tiba berkata.. 'Abah kecewa betul la dengan result ko yang lepas ni..' Abah masih tidak dapat menerima hakikat saya faul satu subject. Abah Umie tahu tentang usaha saya untuk re-grading tu semua. They keep on asking me about the result which makes me rasa, Ya Allah.. Beria benar dorang ni.. Aku sendiri tak berharap. 

Jumaat lepas, coordinator law school tanya saya, 'is your result out?' Saya cakap, errr. 'I'm not sure.' Dia kata, 'how can you're not sure.. U better check your result, it's coming out very soon.' Saya cuma kata, 'ok miss. i will.' Ketika ini, tiada harapan juga di hati saya.

Ahad malam, balik dari TOF, bertugas sebagai trainer, sy saja gatal2 check Student Information Centre, kot2 ada update dari segi result terus ke online system kan? Jeng-jeng-jeng. Guess what? Alhamdulillah. Saya pass equity II hasil regrading. Taklah masyuk. Setakat C. Majority dalam kelas juga mendapat C.haha. 

Saya syukur sangat2. Lega hati saya. D* telah terpadam dari rekod pencapaian akademik saya. Tiada perkataan lain yang keluar, kecuali Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Syukur Allah tunjukkan kebenaran, terima kasih Umie Abah atas doa yang tidak putus-putus. Jadi tak perlulah saya risau-risau untuk re-sit paper equity lagi. Saya lulus! Pengalaman betul untuk saya. Merasa juga sebentar perasaan orang mendapat D* buat julung kalinya. Memang sedih, kecewa. Tapi Allah nak ajar saya sesuatu yg besar tentang hidup ini rupanya. Thank You Allah.

Thank you classmates for giving me support to fight for my right. Tq shabira sebab bagi moral support. Tq azraei sebab bagi suntikan rohani. Tq osmet sebab buat saya cool. Tq bestie sbb sy tahu dia x putus2 mendoakan saya dari jauh. Tq all.

Saya diterima untuk buat Legal Attachment di ZICO!

Ini syukur lagi saya panjatkan. Semester depan, saya akan meninggalkan Melaka untuk 1sem/3 bulan untuk berkampung bersama keluarga di KL. bye-bye Melaka. Saya akan buat Legal Attachment /  Practical di ZICO (Zaid & Co). Syukur permohonan diterima.

Ni nak share, masa saya buat application ni, kene attachkan dengan result. Saya rasa benci dan malu gile sebab ada D* tu. Rasa nak delete je, tapi xpela. Jujurlah kan kalo dah itu yg tercatat jelas. Saya pasrah. 

Alhamdulillah, last week saya dapat call dari ZICO memaklumkan 'your application is successful!' Kata mereka, nanti offer letter siap, mereka akan call dan saya kena amek. Saya kata, ok! Happy, tak payah pening2 lagi.

Siang tadi, saya receive call lagi. Kata mereka, offer letter dah siap. Mereka suruh datang amek hari ni. Dalam hati saya kata, kalau saya batman, boleh terbang, memang saya dah pergi amek. hehe. So, saya kata, Jumaat saya akan datang amek. Alhamdulillah. Thank you Allah sebab permudahkan urusan saya.

Siang tadi, bagitahu Umie tentang ni. Umie laju2 tanya, praktikal dapat duit tak? Saya ketawa. Umie nak tuntut 10% lah tu. Saya tahu. Umie tak sabar nak tgk saya kerja. Sabarlah Umie. Nanti aten niaga kat pasar malam aten cari duit.hehe

Inilah yang saya katakan syukur.kuasa.dua. Alhamdulillah Ya Allah.

Wednesday, December 15, 2010

Mari fikir.

Aku pilih jalan diam, kerana aku bagi ruang kalian berfikir.
Apa yang dilakukan hari ini, satu pelaburan baik untuk masa mendatang, atau sekadar satu kerugian akibat keras hati manusia..
Sayangnya kita mendaki bersama, tapi hari ini kita masing-masing biarkan ego menguasai jiwa. 
Belum terlewat untuk duduk semeja, menghirup manis secawan kopi yang sama. Demi mengembalikan indah rasa pejuang-pejuang bangsa yang rela miskin rehat, kerana kaya benar dengan semangat.
Aku mengingatkan diri aku juga di sini, 'selagi mana kita melihat kesilapan berpunca dari yang lain, selagi itu kita takkan belajar dari setiap kesilapan dalam kehidupan..'
Aku menunggu. Aku tetap akan berjuang. Walaupun tinggal aku seorang. Kerana ini perisa dalam jiwa kehidupan aku yg telah lama aku rasa.

Come & Join Us! TOF II is back!

Salam & Good day to all!

Welcome back to MMU after having a great holiday! We would like to announce that the TOF II is now back! Do not waste this opportunity as the TOF is one of the mediums for you to polish up your skills in being a Fantastic Facilitator in town! =) UPG offers you a not-to-be-wasted programme so, please ensure that you grab this chance as soon as possible. If you are looking for a chance to develop your skills and to gain new experience, this will be the best offer for you! 

The details of the programme are as follow;
Date: 17-19 December 2010
Day: Friday - Sunday
Fee: RM 8 (UPG Members) / RM 10 ( Non-members)
Venue: Botanical Garden, Ayer Keroh
SAPS point will be provided!

Come & join us for the TOF II! You will get the knowledge & experience that you have never had before. And the most important thing is that, be part of FaciTeam Family! So what are you waiting for?? Register now!

Contact Persons:
Debra : 014-2682908
Naim Shayir : 017-5170901

Monday, December 13, 2010

Rasa.

Rasa itu hadir lagi. Kali ini lebih kuat menekan, menyesak dada.

Dan titis jernih itu kembali menemani.
Allahuakbar.

Sunday, December 12, 2010

Selamat Ulangtahun, Sayang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hari ini, 12/12/2010 hari lahir Batrisya yang ke 5. Pejam celik, pejam celik, dah besar dah Trisya.

Trisya sayang,
Kalau hari ini Ucu menaip ucapan, mungkin kakak tak boleh baca lagi sebab kakak masih merangkak dalam membaca. Tapi kalau esok lusa kakak dah pandai baca, kakak dah pandai klik blog Ucu ni, kakak bacalah. =)

Cepat masa berlalu. Rasa mcm baru lagi Ucu tengok kakak lahir, membesar, menakalkan diri dan membijakkan diri kakak. Dah 5 tahun dah usia kakak. Tapi bijak kakak mcm orang tua.

Kakak kena jadi budak baik, budak rajin, budak pandai. Kakak kena jadi orang hebat. Kakak kena jadi contoh kepada adik-adik kakak nanti ye? Insyaallah doa ucu, doa kami semua bersama kakak.

Ucu rasa mcm baru lagi ucu jaga kakak lepas Mama habis pantang. Masa tu ucu memberambuskan diri ucu dari Matrix, ucu tak de ape nak buat kat umah, Tok Umie dan Mama kakak mintak tolong ucu jaga kakak. Beberapa bulan jugalah ucu jaga kakak. Makan minum berak kencing kakak ucu settle.hehe. Lepas ucu bosan, ucu pergi cari kerja, Mama hantar kakak umah sebelah.hehe. Baik juga ucu ni kan.hehe

Sebab tu lah kakak dekat di hati ucu. Ucu bangga skg kakak dah pandai membaca sikit2, kakak bijak bercakap kalah orang tua, kakak independent, kakak budak baik. Terharu ucu tgk kemajuan kakak yg dulu nya memanjang jahanamkan make up kawan2 ucu yg datang rumah, yg tahu nak melawaaa je, skg kakak datang umah Tok Umie kakak mintak ucu pen dan buku je untuk menulis. Bangga ucu dengan kakak. Ucu nak tepuk tangan hoyey2 lah sebab kakak dah pandai tulis nama kakak sendiri, AYU IRDEENO walaupun ejaan sebenarnya AYU IRDEENA. Tapi 1 huruf silap tu kira halal la.hehe

Kakak, happy birthday yg ke 5. Lekas besar ye kakak. Jadi anak yang solehah, jadi hamba Allah yang cantik imannya, jadi contoh terbaik buat semua. Ucu sayang kakak. Rindu kakak banyak2.

Kami serupa kan? Dialah siti nurhaliza saya. 
Jaga diri baik2 dekat kampung tu ye. Jangan noty2. Love U always my Ayu Irdeena Batrisya.

p/s: Sebak ucu bila call kakak hari tu kakak kata, 'Betul ke Mama Aten kat rumah kakak? Kakak rindu Mama Aten..'

Apa-apa ajalah.

Ahad menjelma lagi. Rasa tak sanggup nak balik Melaka.huhu.

Yang terbayang di Melaka hanyalah Bukit Beruang dan Maathurat. Selain daripada meeting-meeting yang bersusun dan mencari semangat dan tenaga untuk perjuangan belajar yang semakin perlahan. Perlu dilajukan semula. Haish.

Seminggu meninggalkan maathurat, diri diuji itu ini. Keseronokan dirasai hanya lara dunia. Astaghfirullah. 

Tekanan sungguh terpaksa meninggalkan Maathurat untuk seminggu lagi kerana masalah wanita. Tak tahu mcm mana nak drive balik Melaka sorang-sorang dalam senggugut yang mematahkan setiap inci semangat yang ada. Tapi tak pe. Perlu digagahkan juga.

Hari ni Azie ada di Times Square. Hajat nak bersua barang seketika walaupun dia datang x bagitau awal-awal. Sadis. Macam2 sadis. Itulah lumrah hidup. People change. But i changed a lot. A lot.

Semalam baru tersedar. All these while, aku fikir aku hanya hilang sahabat-sahabat. Tapi sebenarnya, aku juga hilang separuh dari diri aku. Semangat makin nipis rasanya. Alhamdulillah mujur ada pegangan pada tali Allah. Yang ini akan jadi tempat untuk aku paut, sekuat-sekuat2 pautan. 'Ya Allah, telah kau hidupkan aku dalam keadaan Iman. Maka, matikanlah aku dalam keadaan Iman juga..'

Some1 says that, 'awaklah yang melengkapkan mereka(sahabat-sahabat saya)..' But I do not think so. In fact, they completed me. But that was before.

Tahun baru, buku baru.. Mahu mencari kekuatan diri yang berganda-ganda. Orang kata, 'you have everything..' Kelakar bunyinya. Alhamdulillah, Allah beri saya jalan hidup yang manis, tawar, pahit, manis, kelat untuk saya hargai. Esok, lusa bila terhantuk, boleh menyedarkan diri. Hari ini bila gembira, tidak akan alpa dengan tawaran hebat dunia yang menjanjikan sengsara akhirat. Semalam kalau Allah kurnia kasih sayang, cinta, persahabatan dalam diri, kita rasa seperti dunia kita punya. Walhal hakikatnya segalanya pinjaman. Segala rasa adalah pinjaman dari Allah. Syukur dipinjamkan. Syukur padaMu ya Allah.

Kalau dalam keadaan resah begini, diberi tugasan kerja yang berlambak, syiok juga. Tapi dah la resah, kerja tak ada.hehe. Boleh hilang kewarasan seperti lalat sebentar.hehe. Tidak mengapa. Pasang tekad dalam diri, saya pasti boleh terus berjuang.

Terbaca status dari Nik Amin, kalau Allah beri kesedihan sebenarnya Dia beri kita peluang untuk jahit semula sejadah iman yang terkoyak. =)

Semalam nak tidur rasa payah benar. Garu sana garu sini kerana nyamuk. Tenung sana tenung sini kerana resah. Tapi akhirnya senyum. Kerana dah dapat strategi. Tidak aku mahu mencari kasih dan mendamba sayang. Tapi aku ingin mencari diri terbaik, dalam pemahaman Islam dan kecantikan Iman. Insyaallah.

I am a positive thinking person. And yes I am. Nyah kau dari sini wahai anasir jahat! hehe. Kang kalo saya control baik subconcious mind saya, jadi jutawan kang, susah plak.hehe

Jangan dipersalahkan orang lain andai hati ini yang bersedih. Kerana kita sedih kerana kita yang pilih. Sedihnya kena balik melaka. Tak puas duduk rumah lagi. Amek study leave jom? Lama sikit cuti.hehehe

Harap-harap dia sudi lagi teman saya panjat bukit beruang. Besar harapan saya..
Wassalam.

Saturday, December 11, 2010

Jauh Belayar.

Aku bosan. Aku blur. Aku jam.


Aku bukak laptop. Bukak Youtube. Cari lagu Larut; Dewa 19. 
Aku tak tahu apa yang perlu aku rasa.


Aku jam lagi. Tapi aku senyum dalam hati. Jauh aku belayar.. Kini mencari jalan pulang ke daratan. Moga aku terus istiqamah dalam perjuangan. Perjuangan mencari diri terbaik milik jasad aku. Jasad Najlaa.


"Kalau aku punyai peluang untuk belayar kembali, aku ingin..
Tapi kalau aku punyai pilihan untuk tidak merasai pelayaran itu, aku pilih itu. Tuhan.. Tetapkan hati aku. Aku pohon."

Cuti-cuti Midterm

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt dear blog and readers..

Rasa mcm tak percaya, cuti midterm seminggu dah sampai ke penghujungnya. Tak nak percaya kalau boleh. Tak nak balik Melaka! Tak nak. hehe.

Sekejap gila rasa cuti seminggu. Satu ketika dulu, masa zaman sibuk sangat dengan aktiviti, lepas satu, satu, masa tu kalau boleh taknak ada cuti. Demi melangsaikan kerja. Kelakar juga bila diingat semula. Hebat betul Allah menguji kemampuan kita. Sekarang bila imbas memori, tersenyum memanjang. Senyuman pulak manis, alahai.hehe. 

Esok dah kena balik Melaka, cuma tak pasti jam berapa berangkat. Ada masalah teknikal sebab saya ketiadaan kunci rumah sewa, jadi kena relax-relax dulu. Kena makesure housemate balik dulu, if not, saya kena berteduh di bawah pohon mangga yang banyak kerengga, berkawan dengan monyet yang hensem suka curi mangga. Tak mahulah. Nanti saya tergoda, bahaya.

Eh, cuti seminggu berlalu, apa aktivitinya?

Banyak juga sebenarnya. Most of the days, saya habiskan di rumah. Bersama keluarga tersayang. Walaupun pada awalnya rasa bosan nak kojol, tapi lama-lama rasa mcm tiada perasaan pula.haha. Bertemankan facebook, blog, dan anak buah yang aktif terlajak (terlebih vitamin dan zat besi), maka tidaklah sunyi hari-hari cuti saya.

First day balik cuti masa Sabtu lepas, sampai-sampai KL terus ke Lowyat, beli hadiah HP Nokia E5 untuk Umie sebagai birthday presentnya yang ke 59. Well, saya tukang beli aja. Melarikan diri daripada menyumbang dari sudut kewangan dengan alasan, 'i am a student'.hehe. So kira halal la kan. Saya menyumbang juga beli kad. hehe. Sebenarnya kewangan sendiri sesak sedikit kerana sibuk membeli hp utk diri sendiri 2-3 minggu lepas. Padan muka!

We had a simple birthday celebration. Umie simpan Kek yang Umie dapat daripada Kak Yong. Jauh Kak Yong hantar bersama bunga. Itulah rutin Kak Yong setiap tahun. Tak kiralah birthday Abah mahupun Umie, dia akan hantar kek dan bunga.hehe. So hari Sabtu tu baru upacara potong kek. Yang lilinnya hanya ada 5 batang besar, 5 batang kecil. Bermakna, 55 tahun. Muda 4 tahun lah demi nak jugak tiup lilin. Tak cukup pun belasah aje. Yang best, bukan Umie pun yang bersungguh meniup. Tetapi, cucu-cucu yang berderet. Tahniah cucu! Tahniah!

Ni birthday siapa skg ni? Auni ke, Ommar ke, Iris ke, Tok Umie?
Ijam was not in d picta sbb dia yg tangkap gmbar. Sorry ijam.

Choc Banana Secret Recipe. Telah sedikit lunyai akibat di cuit sana sini.
  
Abah bersungguh2 mahu KY tengok bukti bunga yang telah Umie trima.

Sesi buka hadiah.
Sengih baik punya sambil tayang hadiah nya dan tayang gigi juga. 

Ok selesai cerita aktiviti bersama keluarga. Ada banyak lagi la sebenarnya aktiviti bersama family yang saya buat seperti bermain bowling bersama Ijam dan Jaa (cousin tersayang). Dan juga melantak bersama mereka dan Umie Abah di JJ Au2. Besides saya jadi Mak Badut bermain lari-lari, gaduh-gaduh, emo-emo, jadi bibik kepada anak-anak buah yang terlajak geliga. Sakit hati juga kadang-kadang. Haish. Nasiblah jadi Ucu yang suka membuli dan bila budak-budak besar, saya jadi bahan buli. Tahniah Najlaa. Tahniah!

Nak highlight lagi satu aktiviti cuti saya, bermain ice skating di Sunway Pyramid. Dengan Shabira (yang baru habis final exam first sem as a medical student), Ijam (my hensem bf) dan Mustaqim (my made-in-Terengganu cousin). This is a well planned program.hehe. Dari awal sebenarnya hajat nak gi Sunway Lagoon dengan Sha, Ckyn dan Naz. Matrix gang sebenarnya. Tapi memandangkan Ckyn dah bercuti ke Terengganu balik kampung, dan usha-usha harga tiket, taknak plak lagi mahal cekik darah sampai kering kan? So tukarlah plan. And mmg dari awal berhajat untuk mengajak Ijam yang ku puja. So bergeraklah kami ke sana dengan restu Umie dan Abah. Sempat juga mengepau abah beberapa helai wang poket atas alasan, 'Untuk kos suka ria Ijam.' I am a student. I can't afford to pay for my bro for the suka-ria activity. hehe.

We went to Sunway Pyramid, we bought 4 tickets for Narnia. Then we went for ice skating. Memang best lah gelak sampai usus bersimpul akibat telatah Ijam, Mustaqim dan Sha. Memanjang nak peluk tiang ke apehal? Bila nak skate nye? Sakit juga lah jiwa. Tak derlah, memang saya tak terror tapi taklah hampas mcm mereka.hehe. Actually, ice skating adalah permainan yang biasa kami adik beradik main satu ketika dahulu. Iaitu bertahun-tahun-tahun-tahun yang dulu. Zaman kakak-kakak dan abang belum berkahwin, masa mereka rajin bercintan cintun sambil bergathering, berkumpul bersama teman masing-masing beramai-ramai. Keluar ditemani mahram lah konon! Termasuklah adik kecik mcm saya dan Ijam. But that was long long time ago. When I was still schooling. When I was a little innocent girl.hehe. So skill dah nipis, dah tak berani nak main sangat. Tapi akibat teringin, maka pergi juga. Tapi sebelum itu, nak bagi amaran. Janganlah pergi main time cuti sekolah sebab:
1) MAHAL
2) Ramai orang gile babas. 

So untuk ice skating saya nak bagi;

  • Ijam - Anugerah Skater Tak Jatuh Langsung (sebab memanjang peluk tiang, cemana nak jatuh!).
  • Mustaqim - Anugerah Skater Wa Cayalah Beb ( sebab penuh semangat brgambar walaupun firstimer)
  • Sha - Anugerah Skater Love Sembah Bumi ( sebab jatuh 2 kali.hehe. Tapi semangat kuat!)
  • Saya sendiri - Anugerah Skater Comel Sokmo (sebab hakikat.hehe)
Nak sarung kasut pun tak pandai, ada hati nak pose!

What's up! What's up!

Style kan? kan? Tahu dah..

The cuttest skater on the floor.

Manisnya.... saya.

Dah stat dah terencat Najlaa.

Gedebush! Tau takut!!

The gays. Eh silap. I mean, the guys.

My little-hot-stuff-hensem boy.


After main ice skating kitorg gi Solat Zohor then baru masuk movie. Narnia oh Narnia. Memang best la. I like. Menterujakan lah untuk saya yang selalunya tgk movie jiwang dan bodoh je. Kali ni up sikit lah. Tahniah juga untuk kami kerana kemajuan ini atas bantuan Shabira juga. Dia yang nak sangat tengok Narnia. Kalau ikutkan Ijam, entah2 Hantu Mak Limah Pulang Ke Rumah pun dia layan.haha. Yang best, at the end of the movie Ijam kata, 'Pening kepala Ijam tengok Narnia. Sbb kejap2 kena tengok subtitle, pastu tengok gambar nya pulak.' hehe. Sadis adik aku Englishnya kongkang. Tak pe Ijam tak pe. Kekurangan u i terima seadanya. Hidup I pasti sunyi tanpa u, u tahu kan?haha

Hari ni Sha akan balik Kelantan. Bye-bye bebeh. Saya pun esok berangkat ke Melaka. Actually saya dah buat salah dan kejam terhadap diri sendiri dan rakan-rakan lain sbb sepatutnya hari ni, saya ada program anjuran Usrah yang harus saya hadiri. Tapi saya lupa akan program itu, dan hanya ingat di hujung waktu cuti. Nak adjust balik dah tak sempat memandangkan Umie memang x suka kalo saya chow awal tanpa early notice.hehe. Rasa berdosa, bersalah dan tidak berguna sementara. Tak mengapa. Saya yakin mereka yang pergi pasti akan kongsi ilmu dengan saya. =)

Oklah. Mahu berundur dahulu. Perlu goreng ayam untuk makan tengahari. Umie mmg suka bagi kerja half way mcm ni. Thanks Umie. Memang Thanks.hehe.

I had fun with my family. 1 hari nanti, kalau saya punyai keluarga sendiri, saya mahu anak saya main ice skating juga. Mana tahu Malaysia nanti bersalji, senang lah nak bergerak sana sini.hehe.

Sekian.

p/s: Azie turun KL tak bagi tahu. Sadis hati rasanya. Tidak mengapa.