![]() |
| .Sarra Adelya. |
Assalamualaikum wbt.
Bila mengenang tarikh hari ni, dah 25 Dec, bermakna tinggal 5 hari lagi nak jejak tahun 2010, mulalah saya menggagau memikir ape eh wish list/azam 2010 saya? Nak buat kesimpulan sama ada tercapai atau tidak. Rupanya2 memang saya xde senaraikan azam/wish list 2010 saya kerana pada January 2010 saya sibuk dengan program-program especially ProKAM. Lepas tu lupa habis dah nak mencanang azam. hehe.
Tapi x mengapalah. Masih ada kesempatan untuk mensyukuri nikmat yg Allah beri sepanjang hidup ni, khususnya pada tahun 2010. Antara ingat dan lupa, dengan apa yg saya perolehi, izinkan saya kongsikan di sini.
Tahun 2010
Basically, tahun 2010 ini terlalu banyak peluang yg Allah kurniakan untuk saya. Dia merencanakan hidup saya yg 'sparkle' nya lain mcm. Sukar nak diluahkan dengan kata-kata. Pencapaian dan pengalaman yang sy perolehi dalam masa setahun ni, terlalu banyak sehinggakan kadang2 saya rasa, mcm melalui setiap satu daripadanya dalam tempoh bertahun-tahun. Walhal, semuanya berlaku dalam masa setahun.
- Kemuncak kesibukan bergelar President UPG termasuklah menjadi Pengarah ProKAM yg julung kali dijalankan. Bekerja bersama komiti-komiti hebat dan mantap, menjadikan nikmat event kebajikan ini lebih menyerlah. Syukur. Pertama kali saya berdiri di rostrum, memberi ucapan sebagai Pengarah Program di hadapan Datuk Seri Ali Rustam. Dengan segala rempah lawak bodoh yang saya selitkan, akhirnya berjaya saya tambat hati DSAR kerana dia mengajak saya ke Lombok.hehe. Pengalaman menggerakkan ProKAM memberikan saya dan sahabat-sahabat lain satu ilmu baru yang sangat besar. Menjalankan usahasama dengan pihak kerajaan negeri, etc etc. Seronok. Belajar satu benda baru.
- Menjadi Pengarah Tangkap Muat Career Fair juga satu ilmu baru yang berbeza. Gila kuasa President UPG term 2009/2010. Kelakar juga. Ni semua hasil kata sepakat Hicom yang akhirnya membuatkan kami semua melepet kepenatan bila penghujung term. Tapi kepuasan dirasai kan. Alhamdulillah.
- UPG meraih 4 awards pada MMU Awards 2010. Seronok, bersyukur, semuanya ada. 3 Awards utk ProKAM dan 1 Award untuk Muhibbah Dinner adalah satu pencapaian yang tidak pernah diharapkan dan disangka. Rasa puas melihat wajah kegembiraan pejuang-pejuang UPG khususnya yang hadir memenuhi 4 meja UPG di MMU Awards. Waktu ini yang saya rasakan adalah nikmat Allah yang begitu besar. Dalam masa singkat Dia didik saya untuk melihat dunia dari mata kabur seorang hamba, agar menjadi celik hati dengan tawaran hebatNya di atas dunia ini. Saya merasa beruntung dan bertuah diberi peluang untuk mengemudi sebuah organisasi yang berobjektifkan kaunseling dan kebajikan, sekaligus membetulkan niat saya dalam kebanyakan masa bila melakukan sesuatu perkara. Saya sangat bertuah dapat bekerja dengan satu pasukan hebat yang lebih membawa kepada nilai kekeluargaan yang tebal. Tanpa mereka, siapa saya? Tanpa mereka, tidaklah saya mengumpul ilmu di dada sebanyak ini (yang masih sikit sebenarnya). Terima kasih, kalian.
- Melepaskan tanggungjwb seorang President juga bukanlah satu perkara kosong yang tiada nilai dalam hidup saya. Bila memandangnya dari sudut kehidupan secara keseluruhannya, ia adalah satu pengalaman yang tidak mudah ditukar ganti. Merasa juga beban mencari penyambung misi menguruskan sebuah organisasi. Merasa juga melepas pergi sebuah organisasi yang diibaratkan sebagai suami.haha. Ianya mematangkan diri saya. Belajar untuk melepaskan sesuatu bersama doa mengirinya. Alhamdulillah.
- Global Model United Nation (GMUN) - Ini anugerah besar, yang membawa perubahan kpd saya, dari banyak segi. Dari cara berfikir, cara saya melihat sesuatu, kesedaran memantapkan nilai diri, mula membuka minda untuk mempelajari lebih banyak ilmu di dunia contohnya perihal ekonomi, politik, etc. Banyak bertemu dengan rakan-rakan baru yang sangat hebat semuanya, sekaligus meluaskan rangkaian persahabatan, dan mencapahkan ruang komunikasi dalam membincangkan sesuatu idea. Hebatlah mereka semua. Saya paling kerdil. Tidak pernah terbayang untuk dipilih menyertai GMUN setelah melalui 3 kali selection/training courses anjuran KBS. Tidak pernah terbayang untuk bergelar wakil/delegasi Malaysia ke GMUN. Bangga menjadi wakil Malaysia yang menganjurkan satu persidangan hebat seumpama itu. Terpaksa bertungkus lumus belajar banyak benda baru dalam masa yang limited mengajar saya untuk menjadi lebih dewasa. Lebih terasa beruntung bila dapat berkomunikasi dengan sahabat-sahabat antarabangsa yang dari latar belakang yang bermacam-macam. Masa itu barulah terasa, 'orang Malaysia lebih tinggi nilai budi pekertinya.'hehe. No offence. Proud to be Malaysian. Thanks STAD, Thanks GMUN, Thanks UN, Thanks KBS, Thanks to all. Syukur Ya Allah.
- Selesai GMUN, ingatkan habis dah semuanya. Rupa2nya Allah nak bagi lagi 1 nikmat pengalaman hidup buat hambaNya yang jakun, terperuk kat dalam Malaysia memanjang. Dia beri saya peluang untuk melihat dunia luar, apabila dijadikan KBS sebagai medium untuk saya menjejakkan kaki ke Vietnam. Siapa sangka, saya keluar Malaysia pun tak pernah. Sekali dapat pergi, FOC pula tu. Lebih bermakna apabila membawa misi menjual nama baik Malaysia melalui ASEAN + 3 Youth Festival, Hanoi. Bertuahnya saya apabila diberi peluang mewakili Malaysia bersama 4 lagi sahabat. Kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain, but in a very short time, we made a good relationship like a small family. Tidak pernah saya terfikir untuk menari dan mempersembahkannya di hadapan ribuan manusia. Kalau diberi peluang untuk menari lagi, memang saya TAKNAK.hehe. Kami juga membentangkan suara Malaysia dalam forum berkenaan dengan pembangunan belia selain buka booth untuk pamerkan kebudayaan Malaysia. Merasa juga di'interview' wakil press dari Vietnam. Nasib ada translator. Kalau tak, juling mata memahami bahasa isyarat. Tapi ini satu pengalaman indah. Duduk di negara orang, melihat budaya hidup mereka, buat saya rasa bangga dan syukur dilahirkan di Malaysia, dibesarkan dengan budaya cantik Malaysia. Again, No offence! Thank You Allah.
- Menyambung persahabatan yang 'tertidur' lama juga, perkara indah yang berlaku dalam hidup saya dalam tahun 2010.
- Saya juga melihat dan meraikan konvokesyen 2 orang sahabat saya, Azie di UMT dan Sha di UiTM. Terfikir juga, entah cmane lah gaya saya konvo nanti. Tapi x pe. Lambat lagi. By that time saya harap saya dah bijak bergaya, melawa ala-ala diva supaya meletusss. hehe
- Saya juga memulakan perusahaan keli secara kecil-kecilan bersama Ayah Keli dan Mak Keli. They know who they are. Menjadi atau tidak, berhasil atau tidak, untung atau rugi, itu soal lain. Yang penting, pengalaman hidup perlu dikutip. Jangan tertinggal di belakang. Saya bersyukur. Sebab merasa macam-macam juga termasuklah berenang kuak lentang bersama ikan keli yang harum semuanya.
- 2010 juga menyaksikan pertambahan ahli keluarga dalam keluarga besar saya. Kami menyambut kedatangan Sarra Adelya Balqis dengan penuh kegembiraan and welcoming mood. Syukur. Syukur. Syukur. p/s: Her photo is on top of this entry.
- Fail - Pass untuk subject Equity seperti mana yang saya ceritakan dalam entry yang ini. Haish. Lain mcm betul tahun ini Allah uji saya, dan ajar saya untuk melihat susun atur sebuah kehidupan dengan lebih jelas dan bijak. Allahuakbar.
- Rezeki melimpah ruah apabila diterima buat praktikal di Zaid Ibrahim & Co. Sebuah firma guaman yang tak berapa nak kecil. Menggugat keyakinan saya juga tatkala menjejakkan kaki ke firma itu untuk mengambil offer letter, semalam. Environment yang tidak dapat saya luahkan dengan kata-kata. Tapi sy percaya, Allah mahu saya lihat dunia ini dengan lebih bijak lagi dengan menempatkan saya di situ utk menimba ilmu undang-undang daripada yang pakar. Syukur. Saya akan lakukan yang terbaik. Paling baik. Insyaallah.
- 2010 Allah didik saya bagaimana untuk bersahabat dengan lebih bijak dan waras. Dia ajar saya untuk mengawal rasa sakit dalam hati. Dia ajar saya untuk redha dengan apa yang berlaku. Dia didik saya untuk terus ikhlas dalam persahabatan. =)
- Allah buka mata saya, bahawa apa-apa terjadi sekalipun, yang hanya akan berada bersama saya sentiasa adalah Keluarga saya. Jadi saya lebih buka mata, bijak menilai, dan lebih menghargai mereka. I love them, so much!
- Moga-moga Allah tunjukkan siapa jodoh saya. Terima kasih kerana ada yang sudi hadir mengisi ruang hati yang kosong. *kosong ke?* Beruntung rasanya melalui fasa mengenali hati budi walaupun tak pasti dengan apa-apa. Tak rugi apa pun bila berkawan. Kan awak kan? Kawan dah lama, cuma tak kenal mana.haha
![]() |
| During GMUN Conference. |
![]() |
| ProKAM - Giving Speech. |
Tahun 2011
Secara amnya, saya tak terasa seperti hendak menyenaraikan wish list 2011 saya ataupun azam 2011 saya. Kalau setakat saya tulis panjang lebar, berangan mcm2, tapi sy sendiri tak berhijrah, tak ke mana juga kan? Jadi secara ringkas, untuk tahun 2011, saya ingin:
- Menjadi seorang anak dan hamba yang Solehah.
- Menjadi seorang manusia yang lebih baik, yang boleh memanusiakan orang lain.
- Berusaha lebih keras ke arah kestabilan hidup untuk masa mendatang. (kestabilan dari segala segi)
- Menjadi seorang hamba yang sentiasa ada rasa syukur dalam diri ini dengan segala kurnia yang Allah beri.
- Terus menimba ilmu dunia dan akhirat, biar apabila dihisab nanti, banyak ilmu menemani diri ini.
- mencari jodoh. haha.
Sekian saja perkongsian kali ini. Saya dah berceloteh panjang tentang 2010-2011. Anda bila lagi?
p/s: Kepingin banget bermain roller-blade. Usia makin bertambah, terencatku juga makin bertambah. Alahaiii..



2 bicara mereka~:
tahun yang penuh warna warni ye. :D
btw, tak teringin nak MENARI lagi ke? kat mmu plak. HAHAHA
menari? never never.haha
Post a Comment